Assalamualaikum..
Skuad Bawah 23Tahun negara melakar kemenangan ketiga berturut-turut dalam perlawanan
Pesta Bola Merdeka menentang Thailand sekaligus menempah tiket ke final Sabtu ini. Skuad bimbingan jurulatih
Ong Kim Swee ini mara dengan penuh bergaya dengan kemenangan 3gol tanpa balas.
Pemain-pemain negara jelas menunjukkan permainan yang terbaik dan penuh kental biarpun keputusan dua kemenangan lalu telahpun melayakkan mereka ke pentas akhir.
Gol pertama Malaysia hadir seawal minit kesebelas selepas Mohd Nasir Basharuddin menyempurnakan bola cuba dikeluarkan oleh penjaga gol Thailand, Arikhan Same. Pasukan muda negara terus mempamerkan aksi menarik dengan mengasak pintu gol Thailand dengan beberapa percubaan bahaya selepas itu. Penyerang
Mohd Rozaimi Ab Rahman berjaya menambah gol kedua negara pada minit ke-27 selepas menewaskan penjaga gol di dalam kotak penalti.
Rozaimi sekali lagi menambah keceriaan skuad negara dengan merembat kencang dari luar kotak penalti pada masa minit ke-80 melengkapkan gol ketiga negara.
Skuad muda negara bakal beraksi di perlawanan pentas akhir menentang Myanmar Sabtu ini selepas Myanmar layak ke final menewaskan Singapura 2-0 malam tadi. Myanmar mara setelah kelebihan gol berpihak kepada negara tersebut.
Tahniah Malaysia!
 |
Keputusan Penuh Malaysia 3-0 Thailand |