Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Keputusan Final Piala FA 2013. Show all posts
Showing posts with label Keputusan Final Piala FA 2013. Show all posts

29 Jun 2013

Final Piala FA 2013 : Kelantan vs Johor Darul Takzim

Assalamualaikum..


Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini bakal menjadi saksi pertempuran 2 pasukan hebat tanah air Kelantan (TRW) dan Johor Darul Takzim (JDT). Kelantan turun selaku Juara Piala FA tahun lalu pastinya nekad untuk mengekalkan kejuaraan kali ini. Dan memang terlihat gelombang merah memenuhi stadium sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan kesayangan mereka. Begitu juga dengan gelombang biru mungkin. Semahu mungkin mempamerkan semangat Harimau Selatan..

Berbeza dengan TRW, pasukan himpunan all stars JDT pula ura-ura dijanjikan hadiah lumayan untuk pemainnya. Dengar cerita menyatakan 2 pemain terbaik mereka bakal memiliki kereta mewah Audi Q7. Sungguh? Ini tidak adil!! Yelah, dah tentu-tentunya menang kalah itu berpasukan. Bukan atas faktor individu kan.. Ye dakk?? Okey, tu pandangan penulis je =)

Apa-apa pun, selamat maju jaya untuk kedua-dua pasukan. Mengharapkan pertembungan terakhir Piala FA 2013 ini menjadi medan terbaik dan terhebat mereka untuk merebut kejuaraan. Bermain dengan penuh semangat kesukanan. Fair Play..

# Angin selatan bertembung Timur.. aku utara maaaa. apa kata anda??

Yeah, Kelantan The Red Warriors Juara Piala FA 2013. Tahniah kerana berjaya mengekalkan kejuaraan sekali lagi =)