Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Kelantan Belasah JDT. Show all posts
Showing posts with label Kelantan Belasah JDT. Show all posts

6 Oct 2013

Bila Kelantan Belasah JDT

Assalamualaikum..

Kelantan The Red Warrior (TRW) melangkah ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2013 dengan penuh bergaya selepas membenam pasukan pilihan Johor Darul Takzim (JDT) 6 gol berbalas 1. Pheww.. Kelantan mara dengan agreget 8-5. Tak tahu nak gambarkan situasi yang berlaku di atas padang tadi. Yang pasti pemain Kelantan berada dalam kelasnya tersendiri.

Kekalahan 2-4 ditempat lawan suku akhir pertama tempoh hari tidak menjejaskan walau sedikit persembahan mereka hari ni. Berbekalkan semangat bermain di hadapan penyokong sendiri, TRW jelas mempamerkan aksi-aksi menarik dengan gol-gol jaringan yang cantik. Tak sangka JDT jadi pasukan belasahan malam ini..

Apa sudah jadi sama JDT??  Jom kita tengok video 'Bila Kelantan Belasah JDT' =)

 

Satu lagi pertembungan suku akhir malam tadi menyaksikan Sarawak menumpaskan Sime Darby dengan 3 gol berbalas 1 dihadapan penyokong sendiri sekaligus mara ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2013.

Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2013 :

Jumaat (04/10/2013)
ATM 4 - 1 Lions XII (ATM mara dengan agg 4-2)
PKNS 1 - 2 Pahang (Pahang mara dengan agg 3-5)

Sabtu (05/10/2013)
Kelantan 6 - 1 Johor Darul Takzim (Kelantan mara dengan agg 8-5)
Sarawak 3 - 1 Sime Darby (Sarawak mara dengan agg 3-1)

Tahniah pasukan The Red Warrior dan Bujang Senang untuk persembahan menarik malam ini!