Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Kehamilan. Show all posts

4 Apr 2016

Tips Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum..

Menyusukan bayi dengan susu badan adalah perkara yang sangat dituntut daripada ibu. Walaupun adakala para ibu melalui detik sukar untuk menyusukan disebabkan pelbagai halangan, namun cubalah sedaya upaya supaya si kecil dapat menyusu badan secukupnya.

Pakar kesihatan memang mengakui bahawa cara paling sihat memberi makan kepada bayi baru lahir ialah dengan menyusukan bayi. Bayi yang diberikan susu badan sejak lahir akan kurang jatuh sakit dalam tahun pertamanya. Susu ibu juga dapat mengekalkan kesihatan bayi dalam masa jangka panjang.

Para ibu juga perlu tahu bahawa menyusukan bayi dapat mengurangkan risiko ibu menghadapi kanser payu dara sebelum menopaus. Malah turut membantu mengurangkan risiko dari kanser ovari dan osteoporosis.

Tempat Selesa
Sesi penyusuan selalunya mengambil masadari tujuh hingga 40minit. Justeru, pilihlah tempat selesa untuk anda dan bayi, misalnya tempat yang tidak mudah diganggu, senyap, bersih dan tidak membosankan.

Posisi Betul
Pegang bayi anda dalam posisi yang betul. Anda tidak sepatutnya merasa sakit pada bahagian lengan dan belakang tubuh. Boleh letak kusyen atau bantal untuk menyokong tubuh anda. Anda dan bayi hendaklah selesa barulah sesi penyusuan akan berlangsung dengan lancar.

Halangan Penyusuan
Adakala bayi tidak dapat menyusu dengan betul kerana keadaan payudara. Misalnya puting yang agak pendek, air susu sedikit atau rasa sakit pada payudara ibu. Payudara boleh jadi sakit apabila ia membengkakatau putingnya melecet.

Selain itu, memastikan bayi menghisap dengan betul. Bayi sepatutnya menghisap mulut penuh dan bukannya pada hujung puting sahaja. Pelajari teknik penyusuan dengan teliti supaya anda dapat menyusukan bayi dengan betul.

Pakaian Khas
Terdapat pakaian khas untuk ibu yang menyusukan bayi. Keluarkan sedikit ajet untuk anda memakai coli khas. Ianya dapat memudahkan anda menyusukan bayi apatah lagi jika di tempat awam.

Mengepam Susu
Khas untuk ibu bekerja, proses mengepam susu sangat penting dilakukan. Pam susu ikut tempoh masa supaya tidak akan menyebabkan payu dara terlalu penuh dengan susu. Setiap kali payu dara dikosongkan, susu akan dihasilkan semula dan anda akan memperoleh susu baru. Beli produk tempat menyimpan susu supaya susu tahan lama sebelum disimpan dalam peti sejuk di rumah anda.


6 Mar 2015

Pengalaman Ngeri Bersalin Anak Pertama

Pengalaman Ngeri Bersalin Anak Pertama |

Assalamualaikum..
Syukur Alhamdulillah masih lagi diri ini diberi kesempatan untuk melakar kenangan kat sini. Hehehe, kenangan lah sangat kan. Terima kasih Allah atas rezeki cahaya mata pertama ni. Rezeki kurniaan yang tak mampu nak digambarkan dengan kata-kata.
Kalau sebelum ni asyik nak cerita pasal mengandung, bermula dari saat ni nampaknya dah berubah topik. Bila lahirnya si kecik secara automatiknya dah beralih kisah tentang si dia.. Pengalaman bersalin anak pertama ni, MasyaAllah.. Jom baca kronologi kesakitan demi kesakitan, bertarung nyawa demi melahirkan anakanda tercinta.

14.02.15 (5.30ptg)
-Petang tu lepas zohor memang tidur sungguh-sungguh. Sedar-sedar dah pukul 5petang. Sempatlah ke toilet lepas tu. Masa ni memang takde perasan apa-apa perubahan pun pada diri. Then, sambung baring balik kat bilik sambil layan game COC kejap. Bila bangun je dari katil, tetiba ada air mengalir kat celah peha ni. Serius, ingatkan terkencing tapi teringat nurse kat klinik kesihatan asyik ulang-ulang pesanan tentang tanda-tanda nak bersalin setiap kali pergi check up. Nurse cakap air ketuban ni berbeza sangat dengan air kencing sebab air ketuban ni tak boleh nak tahan-tahan tak  macam nak buang air kecil tu. Then try rasa dengan tangan rasa macam berlendir dan bau pun takde bau hancing.
Lepas tu apa lagi menjerit la panggil adik-adik. Mak yang baru lepas solat asar pun terkejut bila bagitau yang air dah tumpah ni. Mak memang confident yang memang air ketuban dah pecah. Kelam kabut la apa lagi bersiap gerak ke hospital. Serius cakap masa tu memang blur, jadi tak tau nak buat apa.Nasibla ada adik-adik perempuan yang tolong ambil barang itu ini untuk siap-siap ke hospital.

14.02.15 (6.15ptg)
Sampai hospital je terus ke labor room. Suami pun sampai sekali sebab suami time tu memang ada kat area sana. Adik memang dah siap call suami cakap jangan balik rumah, suruh dia terus ke hospital je sebab air ketuban dah pecah. Mula lah episod bila doktor start buat prosedur biasa diorang. Memang sakit masa diorang check untuk confirmkan betul ke tak pecah ketuban tu sempat jugak la terjerit sekejap. Sakit kot. Then pasang CTG kat perut nak tengok denyutan baby. Alhamdulillah, reading yang di rekod tu okey. Lepas tu kena interview dengan doktor. Banyak jugak la yang dia tanya dia. Kita pun pasrah jelah menjawab.

Kemudian doktor bagi tau yang pihak hospital bagi tempoh sehingga jam 6pagi esok. Kalau tak bersalin jugak kena masuk ubat la. Dalam kata lain kena paksa untuk bersalin jugak. Kalau dah masuk ubat pun tak jalan, last option terpaksa lah operate. Yelah, air ketuban dah pecah kan. Risau jugak kalau-kalau baby dalam tu boleh lepas ataupun dah makan najis dia sendiri. Masa tu memang pasrah tapi dalam hati berdoa sangat-sangat biarlah bersalin secara normal.

Tapi alhamdulillah doktor yang jelaskan tu positif. Dia cakap kebiasaannya yang dah pecah air ketuban ni 80peratus darinya bersalin normal. Dan pernah terbaca artikel yang mana bagitahu bukan semua orang berpeluang merasai pecah air ketuban secara semulajadi. Kebanyakkannya doktor yang pecahkan. Alhamdulillah, memang takde sakit apa-apa dari pecah air ketuban sampailah malam tu. Dah selesai kat labor room tu, terpaksalah berjalan masud wad.

14.02.15 (10.30 malam)
Dah nak masuk tengah malam nurse datang. Dia tanya dah ada contraction ke belum. Huhu, masa ni memang cakap kat dia sakit biasa-biasa je. Macam rasa baby gerak tu je. Dia pun duduk sebelah dan rasa kat perut. Dia cakap dah ada contraction ni. Dalam tempoh 10minit 2kali contraction katanya. Kita pun bodoh-bodoh tanya, 'owh, ni la contraction eh?" Nurse tu siap cakap yang badan kita ni daya tahan sakit tu kuat sebab tak rasa sakit pun padahal nurse tu cakap contraction pun agak kuat jugak. Serius?? Iye kan je la time tu. Sambil tu sembang-sembang la dengan dia. Dia cakap InsyaAllah tengah malam nanti boleh bersalin ni. Aminn, memang cakap kat dia harap sangat baby akan keluar sebelum pukul 6 nanti sebab takut nanti kena masuk ubat.

15.02.15 (2.30 pagi)
Masa ni memang dah tak senang duduk mahupun baring. Contraction dah makin kuat terasa. Elok-elok sembang dengan kawan kat katil sebelah (dia pun rupanya airketuban dah pecah hari sebelumnya cuma baru 34minggu -premature) rupanya dia ke labor room dulu. Tetiba dah tak tahan sakit katanya (padahal contraction Aima yang kuat). Bila dah keseorangan ni kejap-kejap bangun berjalan. Orang kata elok berjalan banyak supaya senang bukak nanti. Sampai masa dah tak tahan sangat contraction yang dah makin kerap tu gagahkan diri ke kaunter jugak. Bagitahu kat nurse yang dah sakit sangat. Diorang pun check tapi katanya 'belum lagi dik.Baru 2cm je. Pergi tido dulu' -kecewa..

15.02.15 (3.45 pagi)
Korang agak dengan contraction yang dah makin memuncak ni mampu nak tido lagi ke? Kejap-kejap sms dengan suami bagitau keadaan time tu. Kalau dah sakit tu apa pun tak boleh nak fikir dah. Suami memang dari awal dah standby je katanya. Contraction memang makin kerap. Dari 5minit sekali dah makin kuat 2-3minit sekali diikuti dengan gerakan kuat baby. Ya Allah masa tu memang rasa dah seksanya sakit orang nak bersalin ni. Sekali lagi menapak ke kaunter bagitahu yang sakit makin kuat.

Sekali lagi kecewa bila sister tu kata 'lebih kurang sama je dik macam tadi. Biasanya kalau anak pertama ni sejam 1cm je dia bukak. Pergi balik katil dulu. Kalau sakit mengiring ke kiri' -double kekecewaan tu. Lepas ni pakat memang tak pergi kaunter dah. Pasrah je. Sakit pun sakitlah! Suami yang dah bersiap gerak ke hospital at last standby @tido dalam kereta je kat parking depan labor room tu. Memang kesian kat suami tapi kesian lagi kat isteri dia ni yang dah tak tertanggung sakitnya.

15.02.15 (5 pagi)
Lebih kurang dekat pukul 5pagi sister datang nak buat CTG. Lama jugak la dekat setengah jam. Memula bacaan okey tapi dah tengah-tengah tu tak cantik katanya. Hurmm, tak pepasal ke drip air. Sakit kot! Dah la contraction tu seakan tak mau kompromi, makin kuat dan terus kuat. Tangan ni siap genggam besi kepala katil. Diorang pun memang nampak yang contraction tu consistant sangat tapi setakat boleh tengok jela kan. Then datang doktor pelatih kot rasanya. Bagitahu ka dia memang dah sakit sangat. Dia check dan buat muka kecewa. Tak banyak pun bukak katanya.Lebih kurang je macam tadi. Haa, serius?? Okey, fine!

Tak sampai 15minit lepastu datang doktor yang dekat labor room petang semalam. Berkumpul la 3-4 orang kat katil ni. Bebel-bebel pasal patient lain kat katil kita ni. Sekali lagi mention kat doktor tu yang dah sakit sangat lebih teruk dari nak membuang air besar. Dia pun check dan doktor tu punya respon 'patutlah awak sakit sangat, rupanya dah bukak 6cm. Biasanya kalau 3 ke 4cm kita dah tolak pergi labor room'  -Sempat jugak la jawab, 'memang dari tadi saya sakit. Bukan saje-saje cakap sakit!'

15.02.15 (6 pagi)
Sampai dekat labor room masa tu gelap je. Takde yang emergency kot. Staf pun ada yang tido. Time ni memang dah terpisah dengan handphone sebab kat wad tadi diorang kelam kabut ambil barang-barang semua.Jadi dah terputus hubungan dengan suami. Then diorang siap-siapkan kita, naik katil semua. Pastu dengar akak nurse tu bebel 'diorang ni cakap je 6cm, sampai sini dah full' masa tu faham la yang dah sampai masa untuk baby nak keluar tengok dunia. Sementara tunggu akak nurse tu siapkan dokumen yang patut (sebab nampak dia menulis), dia cakap dah boleh teran.

Huh, nasib la malam tadi tu sempat jugak google cara-cara nak teran bersalin (memang berguna betul la ilmu yang dibaca walau tengah sakit).Bila dah teran akak nurse tu dok kata 'haa pandai, teran panjang lagi' sampai la satu ketika rasa macam dah habis nyawa dah. Maklumlah memang langsung takde pengalaman bersalin ni kan. Dia asyik suruh teran panjang-panjang. Dah tu camne nak teran panjang-panjang? Sampai la dia ambil tangan ni dah suruh pegang katanya tu rambut baby. Siap cakap tak sayang ke kat baby? Sikit je lagi ni. Tak nak tengok baby ke? Dia cakap teran panjang-panjang lagi macam nak buang air besar tu.

Dah tak tau nak fikir pe, memang teran sungguh-sungguh. Sakit tak sakit memang all out je time tu. Bila rasa sakit gas tula yang disedut (tapi takdela sedut banyak-banyak -setakat nak legakan sekejap je). Dan alhamdulillah, usaha yang terakhir tepat 6.38pagi 15hb Februari 2015 dengan berat2.65kg meluncur keluar sikecik yang cukup-cukup 40 minggu berada dalam perut ni. Rasa lega tu ya Allah tak tau nak gambarkan camne bila nampak baby tu depan mata. Keluar-keluar je terus celik mata dia dan terus menangis. Nurse tu sambil ucap Alhamdulillah tunjukkan jantina baby yang selama ni main cak-cak dengan mama dia. Owh, baby girl rupanya. Lepas tu terus bawak si kecik keluar.

Masa proses menjahit tu sempat la terfikir 'Aku dah jadi mak?? Tak sangka, tempoh 9 bulan 10 hari tu dah berakhir subuh ni rupanya. Kena jahit.. awal-awal tu tak sakit tapi dah hujung-hujung tu sakit kot. Sempat la sedut gas tu sekali dua lagi untuk kurangkan sakit. Saat yang ditunggu menjelma bila staf nurse bawak baby dan letak kat dada suruh menyusu kan si kecil ni. Tak tau nak gambarkan perasaan tu bagaimana. Speechless. Lepas tu suami pun masuk. Dia cakap dia dah jumpa dan siap pegang baby ni dah tadi sebab nak iqamatkan dia. Alhamdulillah,

Syukur Ya Allah dengan pengalaman ngeri ni. Yes, memang ngeri rasanya sampai boleh termimpi-mimpi sekali lagi. Kesakitan demi kesakitan, rasa memang dah hujung nyawa pun. Nak ulang lagi pengalaman ni? Hurrrm, tarik nafas panjang-panjang hembus pelan-pelan. Moga dengan rezeki kurniaan Allah ni akan terus dipermudahkan rezeki yang lain pula nanti.

Terima kasih Allah. Sekian sahaja untuk lakaran pengalaman dan kenangan untuk hari ni. Mungkin ianya tak seindah dan sehebat orang lain. Tapi, inilah satu-satunya kisah hingga hujung nyawa.

Gambar baby? takde lagi... heeeee



9 Feb 2015

39 Minggu Berlalu

39 Minggu Berlalu |

Assalamualaikum..
Usia kandungan kini dah memasuki 39 minggu++. Sekejap je masa tu berlalu. Terasa macam baru je semalam alahan muntah-muntah tak selera makan. Kalau mengikut anggaran doktor insyaAllah due pada 15 Februari 2015 ni. Jadi tinggal beberapa hari sahaja lagi nampaknya. Buat masa ni belum ada lagi tanda-tanda baby ku nak keluar.
Melalui pengalaman 38 minggu mengandung ni macam-macam perkara yang dilalui. Sakit pening perit masam manis semua ada. Sabar tak sabar, marah sakit hati bermacam la yang ditempuhi. Kuat tak kuat je hati untuk semua tu. Alhamdulillah, dalam kesusahan tu pasti ada kemudahan kan lepas tu.

Dah penghujung ni, apa yang diharapkan moga semuanya akan dipermudahkan InsyaAllah. Tu doa dan harapan Aima. Moga baby yang bakal dilahirkan ni nanti sihat walafiat selamat dan sejahtera. Kerisauan hati tu masih tetap ada. Tak boleh lari dari memikirkannya. Bila baca pengalaman bersalin sahabat-sahabat lain, Ya Allah gerun nya rasa hati ni. Mula lah berfikir mampu ke tidak diri ni nak melalui saat-saat genting tu nanti.

Nervous!

7 Feb 2015

Hubungan Seks Ketika Hamil

Hubungan Seks Ketika Hamil |

Assalamualaikum..
Kehamilan bukanlah menjadi faktor penghalang kepada pasangan suami isteri untuk melakukan hubungan seks. Kebanyakkan wanita hamil takut untuk berhubungan intim bersama suami kerana bimbang akan memberi kesan dan membahayakan kandungan.
Sedangkan menurut kajian, membuktikan yang melakukan hubungan seks semasa hamil tidak dikaitkan dengan kelahiran pramatang jika kehamilan itu sihat dan normal. Malah satu kajian menunjukkan wanita hamil yang melakukan seks secara teratur selama kehamilan kurang cenderung mengalami kelahiran pramatang.
Dengan kehamilan normal, melakukan seks tidak ada kaitan dengan keguguran. Malah, jika anda berasa seksi dan cukup sihat, mungkin baik juga anda menikmatinya sepanjang kehamilan. Melakukan seks semasa hamil mungkin baik bagi hubungan anda dan suami pada masa kini dan selepas kehadiran bayi.
Walau bagaimanapun, ada keadaan-keaadan penting di mana anda akan dinasihatkan supaya tidak melakukan persetubuhan.
*berlaku pendarahan
*sakit atau kekejangan abdomen
*ketuban pecah
*sejarah kelemahan serviks
*plasent previa (uri rendah) terutama jika pernah mengalami pendarahan.

Panduan posisi terbaik untuk wanita hamil
Bila kandungan mula membesar, anda mungkin kurang selesa bila suami mengambil posisi di atas. Berikut adalah posisi-posisi dan tips-tips yang sesuai diaplikasikan ketika kehamilan berlangsung.
  • Baring di sisi. Jika suami anda diatas, dia perlu lebih kreatif dalam gimnastik apabila perut anda semakin membesar. Tetapi berbaring di sisi membenarkan suami anda menjauhkan sebahagian besar perutnya dari uterus anda.
  • Gunakan katil sebagai alat membantu. Perut anda bukan penghalang jika anda berbaring menelentang di tepi atau di hujung katil dengan membengkokkan lutut dan punggung andadan kaki terletak di tepi tilam. Suami anda boleh melutut artau berdiri di depan anda.
  • Baring sisi ke sisi dalam posisi sudu, yang hanya membolehkan penetrasi yang tidak dalam. Penetrasi yangdalam boleh jadi tidak selesa apabila kehamilan meningkat.
  • Naik atas suami anda. Dengan cara ini abdomen anda tidak tertekan dan membenarkan anda mengawal kedalaman penetrasi.
  • Masuk dari posisi duduk, yang juga tidak meletakkan berat ke atas uterus. Cuba duduk atas riba suami anda manakala dia duduk atas kerusi (yang kukuh).
Di mana ada kemahuan, pastinya ada jalan. Dengan sedikit eksperimen, anda dan suami anda tentu akan berjumpa satu teknik yang sesuai bagi anda.

#babycenter


21 Jan 2015

Pengalaman Minum Air Gula (MGTT) Semasa Mengandung

Pengalaman Minum Air Gula (MGTT) Semasa Mengandung |

Assalamualaikum..
Semalam buat pertama kalinya terpaksa menempuh pengalaman minum air gula di klinik kesihatan. Mohon bayangkan setelah 36 minggu mengandung baru ni lah klinik suruh minum air gula tu. Sebenarnya sebelum ni Aima check up di klinik kesihatan lain, Tapi bila dah dekat-dekat nak bersalin di samping dah berhenti kerja ni Aima tinggal dengan mak sendiri jadi prefer untuk check up di klinik kesihatan yang terdekat. Dan agak terkilan jugak la sebab mengikut doktor yang sebelum ni ujian MGTT (minum air gula) ni tak lah wajib untuk semua ibu mengandung -Keutamaan kepada golongan berisiko. Tapi untuk klinik kesihatan yang baru Aima transfer ni mewajibkan semua ibu mengandung menjalani ujian MGTT ni.
ihsan dari mr. google
Okey, sebelum tu kita perlu tahu yang ujian MGTT (minum air gula ni) dijalankan untuk memastikan ibu-ibu mengandung ni tidak mempunyai penyakit GDM(Gestational Diabetis Mellitus) sepanjang tempoh kehamilan. Ibu hamil yang dikesan mempunyai kencing manis perlu menjalani rawatan lanjut dalam tempoh kehamilan tu.

Jadi, seawal 10malam hari sebelumnya terpaksa berpuasa. Sehari dua sebelum tu pun memang control makan jugak la. Mana lah tau kalau ikut nafsu makan ni semua je nak makan pun kan. Keinginan sewaktu mengandung ni kadangkala diluar jangkauan. Dan pagi-pagi lagi sebelum jam8.00 dah tunjuk muka kat klinik kesihatan tu. Bermula dengan ambil darah sebelum dipanggil untuk minum air gula yang memang betul-betul manis. Serius, memang manis pekat lekit tu. Bak kata nurse tu 'kalau dah namanya air gula, faham-faham jelah ye'.

Alhamdulillah, kuatkan diri jugak untuk teguk dan telan air gula yang penuh secawan tu dalam sekali nafas je. Tak mahu nak sikit-sikit sebab kalau camtu memang tak tertelan lah jawabnya. Pening? memang pening lepas tu. Dahlah tak boleh makan serta minum sepanjang 2jam selepas minum air gula tu. Tahan jelah Tapi lega sebab boleh maintain sampai sample darah kedua diambil. Cekal jugak rupanya hati ni ye. 

Sementara menunggu sampai pukul 10pagi tu, buat prosedur check up macam biasa. Dengar nurse membebel@nasihat itu dan ini, check perut, jumpa doktor.. Dan doktor maklumkan yang nampaknya baby dah turun bawah ni. Maksudnya, kalau baby tu berhajat nak keluar anytime jelah. Kalau ada tanda-tanda nak bersalin tolong cepat-cepat ke hospital ye.. Baikkkk..

Okey, ni nak cerita lagi lepas balik dari klinik memang terpaksa berdepan dengan pengalaman yang mengerikan. Sakit nak bersalin tu datang lagi. Sejam lebih jugak la menanggung kesakitan tu. Perut sakit ya amat, Tak sampai 10-15minit sakit memulas-mulas baby pulak mengeras je, lega sekejap lepas tu datang balik kesakitan tu. Ya Allah, Menangis tu tak payah cakap la. 

Dan akhirnya, setelah sejam lebih sakit... kena cirit-birit lagi. Sama kes macam yang sebelum ni boleh baca kat SINI. Agaknya kesan dari minum air gula yang pekat tu kot. Perut mungkin terkejut yelah selama ni mana pernah minum air camtu kan..

Alhamdulilllah, baby masih lagi menendang perut mama dia. Masih belum berhajat untuk keluar. Mohon doakan yang baik-baik ye. 


19 Jan 2015

Terima Kasih Wad 1 (Wad Bersalin) Hospital Mersing

Terima Kasih Wad 1 (Wad Bersalin) Hospital Mersing |

Assalamualaikum.. (entri tertunggak!)
Masuk wad lagi? Ahha, kali ni kes berat sikit. Baby dalam perut ni serasa-rasanya tak bergerak dalam tempoh 24jam -dalam tempoh 24jam tu yang betul-betul boleh rasa pergerakan dia hanya sekali or maybe dua kali je. Sedangkan sepatutnya chart kena penuh 10kali gerakan dalam tempoh 12jam. 
Hurmm, memang berat. Mak pak mana yang tak risau kan. Baby dalam perut senyap sunyi je sedangkan hari-hari biasa elok je dia gerak. Siap boleh nak nampak lagi perut tu naik turun.
Kemungkinan besar mungkin disebabkan perjalanan panjang serta jauh malah lebih 11jam duduk saje dalam kereta. Cuba bayangkan perjalanan dari Tanah Merah, Kelantan ke Endau, Johor. 2hari sebelum tu Sitiawan, Perak ke Tanah Merah.Tak pernah-pernah jalan jauh macamni. Hurrmmm, penat tu tak usah kata la. Incik suami pulak terpaksa memandu kereta dengan kelajuan yang biasa-biasa je. Maklumlah bawak mak buyung kat sebelah, kang terlompat-lompat entah apa pulak jadinya kan...

Memula tu nurse kat hospital tu bising jugaklah bila bagitau baby tak gerak dalam tempoh 24jam. Mau nye tak bising, sepatutnya dalam tempoh 12jam tu kalau baby respon tak aktif dah patut kena pergi check hospital. (Tapi tak boleh nak salahkan diri jugak sebab nurse kat klinik kesihatan baru je ajar cara nak kira gerakan baby 2hari sebelum kejadian tu). Lagipun masa tu kandungan baru masuk 7bulan.

Alhamdulillah, masa dia buat CTG tu, baby bagi respon. 2 kali dia tendang mesin ctg tu. Owh, pandai pulak eh dia nak bagi respon bila semua orang dah betul-betul risau pasal dia. Tapi, atas nasihat doktor, dia suruh berehat dekat hospital dalam tempoh 24jam untuk pantau perkembangan baby. Memang pada awalnya kami berdua refused nak daftar masuk wad, tapi bila doktor yang on call tu cerita kemungkinan-kemungkinan yang mungkin boleh terjadi, kami pasrah jugak akhirnya. Okey, 24jam check in wad 1 Hospital Mersing, Johor.

Duduk wad, memang la bosan kot. Bukan seronok pun jadi orang sakit ni. Tapi, syukur Alhamdulillah.. staf Wad 1 (Wad Bersalin) Hospital Mersing ni semuanya baik-baik dan sempoi je. Patient pun tak ramai... Memang nak sangat sampaikan penghargaan ni kepada mereka yang bekerja di Wad 1 Hospital Mersing. Terima kasih banyak-banyak dari orang utara.

-Entri ni dah tertunggak lama sangat kat dalam draf ni. Dari sehari ke sehari nak publish sampai ke sudah takde. Maaf ye,

17 Jan 2015

36 Minggu - Bila Tanda-Tanda Bersalin Menjengah

36 Minggu -Bila Tanda-Tanda Bersalin Menjengah |

Assalamualaikum..
Terasa kekok pulak bila lama dah tak menulis. Banyak sebenarnya yang nak dikongsi. Lagi-lagi bila cerita bab berbadan dua ni. Ermm, entri ni nak sangat berkongsi sikit pengalaman bila kena acah konon baby nak keluar dah. Siapa yang tak risau betul tak. Dalam pada kita belum betul-betul bersedia tetiba lebih 70peratus tanda nak bersalin tu datang.
Sepatutnya bila dah masuk 36minggu dah bersedia dah. Sebab anytime je baby boleh keluar. Yelah, buatnya baby tu nak keluar awal, tak ke menggelupur nanti. Alhamdulillah, kalau ikut keperluan asas baby tu rasanya lebih 80peratus dah siap. Cuma masalahnya baju baby mama tak basuh lagi! Heeeeee.. Yang ni memang mengaku la silap sendiri =)

Lewat malam tadi, dah dekat tengah malam jugak la tetiba perut sakit sangat-sangat. Serius,sakit kali ni memang betul-betul tak mampu nak dibendung. Baru acah-acah je pun punyalah sakit, kalau betul-betul beranak nanti entah macamana la rasa sakit tu ye?? Sebab tu kepada kaum suami semua diluar sana, mohon sayangi isteri anda sebaiknya. Mereka buat pengorbanan besar mengandung dan melahirkan zuriat korang.

Sambung balik cerita tadi. Sakit perut yang kuat, rasa macam nak membuang air besar, tapi bila keluar masuk bilik air tak jugak membuang. Sakit tu kejap-kejap datang 10-15minit sekali. Fuhhh, dengan perut atas bawah mengeras semacam, memang betul-betul risau masa tu. Tapi dalam kesakitan tu sempat jugak google 'tanda-tanda nak bersalin'. Memang telan air liur la bila tanda-tanda yang disenaraikan tu memang sedang dialami masa tu kecuali.. (tak berlaku pendarahan dan air ketuban tak keluar).

Suami masih lagi relax, masih lagi meneruskan pemasangan lego dia walaupun jelas ketara yang dia sebenarnya risau jugak tu. Lepas beberapa ketika, kena cirit-birit pulak.. Berulang jugak ke tandas lepas tu. Sakit perut tu masih lagi terasa, tapi Alhamdulillah, dapat jugak lelapkan mata walau kejap-kejap terjaga sebab perut dan pinggang masih sengal-sengal.

Bila bangun pagi esoknya, soalan pertama suami 'okey dah perut?' Alhamdulillah, lega dah sikit. Incik suami cakap 'Kena food poisoning kot' Ermm, agaknya lah. Tapi, sakit tu... tak mampu nak digambarkan dengan apa jua rasa.

Sampai ke saat ni, nampaknya baby masih bertahan dalam perut ni. Ruang untuk baby dalam perut makin sempit, mama dia yang makin semput. InsyaAllah, dengan keizinan Allah, due babylahir pertengahan bulan depan. Mohon doakan yang baik-baik ye. Terima kasih semua.

p/s: dalam proses menambah baik blog,belum siap pun.. banyak lagi yang tak terurus. heeee, sori.

10 Nov 2014

Bila Isteri Mengandung Buat Perangai

Bila Isteri Mengandung Buat Perangai |

Assalamualaikum..
Sendiri tersenyum sebenarnya bila nak menulis entri ni. Yelah, diri sendiri tengah mengandung kan.. Tapi, bila sebut pasal buat perangai, ehemmm... rasanya tak kot. Memang kita yang mengandung ni kadang-kala tak pernah kisah pun pasal orang lain. Tak mahu ambil tahu pun tentang perasaan orang lain. Yang penting sekali kita nak orang sekeliling yang jaga hati dan perasaan kita.
Betul tak??? Okey, ada yang bersetuju. Ada jugak yang tak bersetuju. Aima sendiri pun kadang rasa macamtu jugak. Dan siapa cakap ibu mengandung ni tak peduli tentang perasaan orang lain? Kita makin jadi seorang yang penyayang dan bertimbang rasa tau. Ada masa, kita menangis sendiri dalam hati sebab orang kiri kanan depan belakang kita tak ambil tahu pun tentang diri kita. Lagi kalau dah memang sarat, perut dah besar. Nampak tak camne kita jaga hati orang walau hakikatnya sikit pun orang tak pandang kita.... alahaii sedihnya.
Bila isteri mengandung buat perangai?? Apa maksud buat perangai tu? Alaaa, buat perangai pelik-pelik, mahupun perangai yang memang lari jauh dari sifat kebiasaan dia. Bukan lah maksudnya buat perangai tu berlaku curang pulak. Ishh, perut dah memboyot lagi pulak nak cakap curang. Memang cari pasal tu namanya. Ye dakk?
Mengidam? Hurrrm, tu ada ketikanya. Bukan semua nak buat perangai pelik-pelik, mintak yang bukan-bukan. Mana-mana permintaan mudah si isteri tu harap-harap encik suami penuhi la. Jangan terkejut sebab ada yang memang betul-betul tidur luar sebab memang sungguh-sungguh si isteri buat perangai bila apa yang dihajati tu tak dapat. 
Alhamdulillah setakat hari ni, Aima masih boleh kawal lagi segala keinginan dan perangai tu... Harap-harap takde buat perangai yang akan menyusahkan suami. Mintak sangat dijauhkan dari semua tu. 

3 Nov 2014

Hero Atau Heroin

Hero Atau Heroin |

Assalamualaikum,,
Bila dah kahwin, mesti teringin nak dikurniakan rezeki anak. Bila dah mengandung, mulalah terfikirkan pasal jantina anak yang dikandung. Betul tak? Walaupun takde lah berharap sangat untuk dapat anak lelaki atau sungguh-sungguh nakkan anak perempuan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mengandung anak sulung.
Alhamdulillah, setakat hari ni memang takde terfikir sangat pasal jantina baby ni. Hero ke, heroin ke yang penting baby kat dalam perut ni sihat, aktif dan berkembang dengan baik. Lagipun masa last scan baby ni (20 minggu) dulu doktor cakap tak dapat nak tengok sebab dia kepit kaki dia. 
Okey, kami terima seadanya lelaki ke perempuan. Dan tak mahu mengharap sangat, sebab nanti iye-iye je masa scan lelaki tetiba yang keluar perempuan. Tak ke haru.
Walaupun, lately ramai yang tegur kata ni mesti baby boy. Okey.. terima seadanya, just be positive! Kalau diberi pilihan, memang tak nak tau baby boy or baby girl. Biarlah sampai dah bersalin baru tahu..   

20 Oct 2014

Posisi Tidur Terbaik Untuk Ibu Mengandung

Posisi Tidur Terbaik Untuk Ibu Mengandung |

Assalamualaikum,.
Ramai wanita mengandung bermasalah untuk mendapatkan keselesaan ketika tidur. Lebih-lebih lagi bila perut dah semakin membesar. Sekejap pusing kekiri,sekejap ke kanan.. pun belum tentu selesa untuk tidur. Bagi yang memang dah terbiasa tidur secara melentang atau meniarap sebelum ni makin bermasalah lah untuk tidur sewaktu hamil ni.
Tidur secara melentang semasa mengandung boleh meningkatkan risiko sakit belakang dan buasir, masalah penghadaman, pernafasan dan pengaliran darah malah tekanan darah rendah. Tidur melentang memberi tekanan pada bahagian abdomen, pastinya memberi rasa senak dan sukar bernafas.

Posisi tidur yang terbaik bagi ibu mengandung adalah posisi mengiring (sleep on side). Belajar dan berlatihlah untuk tidur secara mengiring kiri atau kanan. Tidur mengiring tidak mengganggu peredaran darah malah lebih banyak nutrien dan oksigen dapat dihantar kepada bayi didalam rahim. Ia juga membantu buah pinggang mengkumuhkan bahan buangan dan cecair daripada badan dengan lebih efisien, serta mengurangkan bengkak di buku lali, tapak kaki dan tangan.

Cuba tidur mengiring dengan memeluk bantak yang diletakkan di celah kaki. (Kembali semula ke posisi ini jika terjaga di tengah malam dan mendapati tidur dalam keadaan meniarap atau menelentang). Boleh juga beli beberapa bantal khas untuk ibu mengandung, malah bantal biasa juga boleh digunakan. Susun bantal di celah kaki, di bawah perut, dan di belakang badan untuk lebih keselesaan dan sokongan tambahan.

Dalam banyak kajian menunjukkan risiko bayi mati dalam rahim bagi wanita yang tidur secara mengiring adalah rendah berbanding wanita yang tidur secara posisi lain. Kesan meniarap atau terlentang semasa tidur menyebabkan darah yang membawa oksigen dan nutrien tidak sampai kepada bayi dalam rahim dan menyebabkan kandungan mati.
Jadi berhati-hatilah memilih posisi tidur yang sesuai semasa kehamilan ni. InsyaAllah, moga Allah permudahkan segala ujian dan nikmat ni.


13 Oct 2014

Ibu Mengandung Kerap Buang Air Kecil

Ibu Mengandung Kerap Buang Air Kecil |

Assalamualaikum..
Sejak-sejak mengandung ni, banyak perubahan yang berlaku lebih-lebih lagi bab buang air kecil. Kadangkala terasa penat sebab kejap-kejap nak ke tandas. Kalau selepas minum air lagilah terasa nak membuang je.

Tapi jangan risau... kerap buang air kecil ni sebenarnya ciri-ciri utama kehamilan. Pendek kata perkara ni adalah normal bagi ibu-ibu mengandung. Kebiasaan perkara ni berlaku terutama dalam trimester pertama dan ketiga kehamilan. Ia merupakan tanda-tanda kehamilan yang biasa. Maklumlah, perubahan hormon sedang berlaku pada tubuh badan kita.

Bila bayi dalam kandungan semakin membesar, badan akan mengeluarkan lebih banyak air kencing, tetapi pundi kencing pulak semakin mengecut. Jadi, walaupun pundi kencing tu kosong, tetapi tekanan yang diterima membuatkan pundi kencing tu seakan penuh. Hal ni semakin kuat bila dah sampai penghujung kehamilan, masa tu kepala baby dah berada dibawah dan bersedia untuk lahir.

Buat ibu-ibu yang mengandung, jangan cuba untuk mengurangkan jumlah air yang kita minum semata-mata mahu mengelak untuk kerap ke tandas. Pengurangan cecair boleh menyebabkan dehidrasi, dan perlu minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas sehari untuk membantu pengaliran nutrien kepada baby kita.

Masalah ini akan berkurangan taklama selepas bayi dilahirkan.Dalam tempoh beberapa hari selepas dilahirkan, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak air kencing dan lebih kerap. Ketika ini badan sedang menyingkirkan segala cecair tambahan yang terkandung dalam sistem darah semasa hamil.

Tetapi, kita mungkin perlu berjumpa dengan doktor jika mengalami :
 -Rasa sakit atau panas ketika membuang air
 -Rasa hendak terkencing tetapi hanya beberapa titik sahaja yang keluar.
*Kemungkinan menghidap jangkitan saluran kencing (UTI). Minum banyak air untuk mencairkan kencing dan berjumpalah doktor secepat mungkin. Anda mungkin memerlukan antibiotik untuk mengubati UTI. Jika tidak diubati, UTI boleh menyebabkan jangkitan buah pinggang, yang mana boleh meningkatkan risiko anda sakit untuk bersalin terlalu awal (premature).



8 Oct 2014

Penyakit Anemia Semasa Mengandung

Penyakit Anaemia Semasa Mengandung |

Assalamualaikum..
Anaemia atau Anemia merupakan keadaan dimana berlakunya kekurangan hemoglobin di dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu apabila ibu mengandung mengalami anaemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.
Bagaimana Anemia Dikesan:
Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl.
Risiko Anemia terhadap ibu dan bayi :
Ibu    - Keguguran, 
         - Tumpah darah semasa dan selepas bersalin, 
         - Kematian.
Bayi - Tumbesaran dan perkembangan bayi terbantut.
         - Kelahiran bayi kurang berat badan.
         - Kelahiran tidak cukup blan
         - Bayi meninggal dalam kandungan.
Cara Untuk Mengatasi Masalah Anemia Semasa Hamil :
1. Tambah darah degan Pil Hematinik.
    Hematinik terdiri daripada empat jenis pil iaitu :
         -Pil zat besi (ferrous fumarate)
         -Pil asid folik
         -Pil vitamin C
         -Pil vitamin B kompleks (B Co
Mengapa pil hematinik sangat penting..
-Pil hematinik sangat penting kerana kandungan zat besi, B kompleks dan asid folic diperlukan untuk pembentukan sel darah merah.
-Pil vitaminC membantu untuk meningkatkan penyerapan zat besi.
-Pil hematinik membantu pulih dengan cepat dan janin membesar dengan sihat. Ia tidak menyebabkan saiz bayi besar. Berat lahir bayiyang normal adalah di antara 2.5kg - 4.0kg.
-Makan pil hematinik bersama air kososng atau jus buah-buahan untuk penyerapan yang optimum.
-Elakkan makan pil hematinik dengan air kopi, teh, minuman berkola, minuman bercoklat dan susu. Minuman ini mengandungi bahanyang menghalang penyerapan zat besi.
*Sesetengah ibu mengalami kesan sampingan seperti sembelit, rasa loya dan pening. Walau bagaimanapun, kesan sampingan tersebut hanyalah sementara sahaja.
2. Tambah Darah dengan Makan Makanan Kaya Zat Besi.
   -Sumber makanan kaya zat besi yang baik adalah terdiri daripada sumber haiwan seperti daging,hati,ayam,limpa, kerang, ikan, sotong dan ikan bilis.
   -Sayur-sayuran hijau seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam dan kailan juga mengandungi zat besi. 
   -Untuk mengatasi masalah anaemia, kita perlulah makan sekurang-kurangnya satu jenis makanan dari sumber haiwan yang kaya zat besi setiap hari.
   -Sekiranya wanita mengandung dikalangan vegetarian, perlulah mengambil makanan daripada kombinasi beberapa jenis kekacang sepertikacang hijau, kacang soya dan kacang dhalbersama makanan dan minuman yang tinggi kandungan vitamin C. Disamping meningkatkan lagi pengambilan sayur-sayuran hijau, dia juga perlu makan pil hematinik mengikut arahan,
Tingkatkan Penyerapan Zat Besi Dengan 2 Cara :
1. Lebihkan makan makanan yang membantu meningkatkan penyerapan zatbesi di dalam hidangan seperti berikut :
   -Buah dan sayur yang kaya dengan vitamin C seperti jambu batu, limau, betik, mangga dan sayuran hijau seperti pegaga, sawi, puvuk ubi,bayam dan kangkung.
   -Minum hus buah-buahan.
   -Makan bersama pencecah buah-buahan seperti sambal mangga, tomato atau limau kasturi.
   -Gunakan perencah daripada sumber haiwan seperti ikan bilis, udang, isi ayam dan isi daging.
2. Kurangkan makan makanan mengandungi bahan penghalang penyerapan zat besi seperti kopi, teh, minuman berkola dan minuman bercoklat :
   -Jika ingin mengambil makanan atau minuman tersebut pastikan diambil sekurang-kurangnya 1 hingga 2 jam selepas waktu makan atau selepas makan pil hematinik.
   -Susu juga mengandungi bahan penghalang penyerapan zat besi. Ibu hamil perlu minum 2-3 gelas susu sehari untuk mendapatkan cukup kalsium, jadi minumlah susu segar atau susu tepung diantara waktu makan utama seperti semasa miunm pagi, minum petang dan malam.

29 Sept 2014

Tanda-Tanda Awal Kehamilan

Tanda-tanda Awal Kehamilan |

Assalamualaikum..
Bagaimana nak ketahui yang kita sedang berbadan dua? Lagi-lagi bagi mereka yang pertama kali mengandung. Pastinya tak ada pengalaman lagi. Pulak tu jika kehamilan tu berlaku di awal tempoh perkahwinan. Macam yang berlaku pada Aima dan suami. 
Dan kenapa pentingnya untuk kita mengetahui dan prihatin dengan tanda-tanda kehamilan ni. Sebab ada je yang tak tau diri tengah mengandung tup-tup tetiba keguguran. Makan tak jaga, badan tak jaga buat kerja berat, aktif dan sebagainya. 
Boleh baca kat bawah ni apa yang kebiasaannya terjadi dan menjadi tanda-tanda seseorang itu hamil. Apa yang dikongsi ni banyak terjadi kepada Aima sendiri, berdasarkan pengalaman yang ditempuhi baru-baru ni.
Lewat atau Tak Datang Haid
Yang ni memang ketara sangat. Maklumlah Aima jenis yang kitaran haidnya tetap setiap bulan. Sebelum berkahwin elok je datang period ni. Paling teruk pun lari sehari dua dari tarikh biasa. Tapi bila berkahwin, haid tak datang-datang. Memang susah hati waktu tu, Aima ambil masa lebih sebulan jugak la untuk pengesahan mengandung ni. Sebaiknya, bila dah terlewat beberapa hari dari tarikh period tu, dah boleh buat pregnancy test dah untuk kesahihan.
Payudara Sakit dan Bengkak
Haa, yang ni memang akan dirasai oleh hampir keseluruhan ibu mengandung. Payudara akan mula rasa sakit, tegang dan berdenyut-denyut. Rasa sensitif sangat kat bahagian tu lagi-lagi bahagian puting. Maklumlah badan mula nak menyedia dan mempersiapkan bekalan yang cukup untuk pengeluaran susu nanti.
Kerap Buang Air Kecil
Memang boleh rasa sangat perubahan bila mengandung ni. Sekejap-sekejap nak buang air kecil. Lagi-lagi waktu tidur malam. Perkara ni berlaku sebab bilamengandung ni dia akan menekan pundi kencing kita, tu yang kerap dan mudah sangat nak buang air.Jadi, kena la selalu minum air untuk menggantikanbalik air yang dah hilang dari badan tu. Aima memang prefer minum air suam (walaupun dalam tempoh tak sampai sejam selepas minum akan melawat tandas sampai 3-4kali).
Rasa Lesu dan Kerap Letih
Masa mengandung ni, tubuh si ibu memang mudah letih, kadangkala lesu je. Kalau boleh rasa nak tidur je sepanjang hari. Aima sendiri awal-awal dulu memang macamni. Waktu bekerja siang aktif sangat, tapi bila balik rumah..rasa nak baringdan tidur sepanjang masa. Tapi ada je ibu-ibu mengandung yang aktif, tak rasa penat sangat sepanjang mengandung. Benda-benda bergantung pada setiap individu. Takkan pernah sama.
Sensitif dan Emosi Berubah-Ubah
Ahha, yang ni seringkali terjadi dikalangan kita. Macam bila kita datang bulan tu. Sekejap okey,sekejap nak marah je kerjanya. Yang merajuk tak payah cerita la. Tau-tau je dah menangis meleleh airmata. Emosi tak stabil kan. Suami-suami mungkin boleh perasan tentang perubahan ni. Tapi, dalam keadaan apa pun si suami kenalah bersabar dengan ketakstabilan emosi isteri. Prihatin dengan keadaan isteri, insyaAllah akan dapat membantu menambaik mood isteri mengandung ni.
Masalah Sembelit
Awal-awal mengandung dulu Aima pernah la jugak merasa masalah sembelit ni. Tapi takde la kritikal. Kalau sebelum ni biasa buang air besar setiap hari,bila dah mengandung ni agak susah sikit nak membuang. Alhamdulillah bila dah masuk trimester kedua, dah back to normal. Cuma mungkin perkara ni akan berulang lagi nanti lagi-lagi biladah makan ubat.
Loya dan Muntah/Mual
Kebanyakkan ibu mengandung akan merasa loya dan mual. Rasa nak muntah je. Perkara ni normal bagi proses kehamilan ni. Jangan takut nak makan sebab risau akan muntah-muntah. Cuba sedaya upaya makan juga. Jangan biarkan perut kosong. Bila perut kosong lagilah kita akan rasa loya dan mual. Kebiasaannya loya dan muntah-muntah ni akan berkurangan bila memasuki trimester kedua. Jadi bersabarlah, insyaAllah kita dan baby kuat nak tempoh alahan ni.
Suhu Badan Tinggi
Perubahan yang ni memang berlaku pada tubuh badan Aima. Suami sendiri selalu tegur bila sentuh badan panas sedangkan diri dia sejuk. Benda ni memang tak mampu nak dikawal la. Dah dia nak panas kan, nak buat lagu mana. 
Mungkin ada banyak lagi tanda dan perubahan yang berlaku bila diri seorang wanita ni mengandung. Aima sekadar berkongsi pengalaman dan perubahan yang Aima sendiri rasai masa awal-awal mengandung dulu. Sama-sama kita jaga diri,jaga kandungan insyaAllah semuanya akan okey. 
Kepada yang dah mula merasai perubaha-perubahan yang disebutkan tu, cepat-cepatlah ke klinik untuk pengesahan. Jangan lupa buat kad merah jambu sekali ye. Jangan jadi macam Aima yang kena bebel dengan nurse sebab 14minggu baru terkedek-kedek nak jengah Klinik Kesihatan.
Wassalam.
   

22 Sept 2014

Alahan Semasa Mengandung

Alahan Semasa Mengandung |

Assalamualaikum..
Bercerita tentang wanita mengandung dan alahan tentunya takkan dapat dipisahkan. Ada yang alahan biasa-biasa je, ada yang teruk sangat sampai tak larat nak bangun. Ada jugak yang alahannya sampai ke 9bulan. Yang paling bertuah sepanjang mengandung, relaks je langsung tak mengalami alahan seperti kebanyakkan mommy to be ni.
Mengandung anak pertama ni, merasa jugaklah alahan yang selama ni hanya didengar. 3bulan trimester pertama mengandung ni memang sungguh-sungguh mencabar. Bukan hanya diri sendiri je, tapi cabaran besar buat si suami yang sedikit sebanyak mengalami tekanan melayan kerenah dan perubahan si isteri.

Loya dan Muntah
Alahan loya dan muntah ni memang tak mampu nak dihindar. Lebih-lebih lagi Aima melalui trimester pertama tu ketika bulan puasa. Ya Allah, memang sunguh-sungguh hebat ketika tu. Puasa? rasanya tak sampai separuh pun yang berjaya dilalui. Selebihnya terpaksa pecah telur ayam. Loya dan muntah ni kemungkinan besar berlaku sebab masa tu memang langsung takde selera makan, tak lalu nak telan walaupun seteguk air. Bila dah tak makan, perut kosong, angin la apa lagi. Tu yang kejap-kejap nak muntah je walaupun bukan ada apa isi yang nak dimuntahkan pun.

Alah Bau Bauan
Haaa, yang ni memang tak boleh nak elak. Aima sendiri surender awal-awal pasal bau-bau nisemua. Serius memang tak boleh nak tahan. Bukan setakat perfume, deodorant, bedak saje malah bau sabun basuh ke, shower gel dengan shampoo pun rasa busuk. Tapi Alhamdulillah sampai ke hari ni masih boleh bertahan dengan bau suami. Kalau tak, tak tahu lah jadi apa. Mungkin sebab tu ada kes suami kena tidur luar sepanjang isteri mengandung sebab si isteri alah dengan bau badan suami.

Alahan ni semua bergantung jugak pada individu. Ada yang okey, ada yang tak. Tapi doktor cakap, ibu mengandung jadi alahan,lemah tak bermaya,muntah-muntah camni sebab baby dalam perut nak berkembang dengan baik sihat. Sebab tu baby serap semua  rasa sihat si ibu.

Yang penting kita jaga diri, jaga kesihatan, jaga baby dalam perut tu. Sentiasa positifkan diri, insyaAllah semuanya OKey....








Kenapa Perlu Baca Blog Parenting

Kenapa Perlu Baca Blog Parenting |

Assalamualaikum..
Perjalanan hidup kita ni berkembang dari satu tahap ke tahap yang berlainan. Senang cerita dari baby yang tak tahu apa-apa, berkembang menjadi kanak-kanak riang, kemudian mencapai tempoh akil baligh dan selepas itu mula membesar menjadi seorang dewasa. Dari sendiri mula berdua, bertiga dan seterusnya. 
Parenting Blog? 
Mengikut pemahaman Aima sendiri, Parenting Blog, blog yang berkisar tentang perjalanan hidup rumah tangga khususnya anak-anak yang merupakan permata pelengkap jiwa. Blog yang sentiasa berkongsi ilmu keibubapaan, tips-tips mendidik dan membesarkan anak-anak tidak kira dalam apa jua bentuk sekalipun. Ada yang menulis dari sudut pandang isteri, yang dari perspektik suami pun tak kurang juga. Ilmu dan pengalaman tu yang banyak menjadi ikutan dan rujukan kepada pembaca diluar sana. 
Kenapa Perlu Baca Blog Parenting?
Saat ni, Aima merasakan blog-blog begini sangat penting dalam mempersiapkan diri kita sebagai suami, isteri mahupun ibubapa. Ilmu keibubapaan bukan hanya untuk mereka yang dah berkahwin sahaja betul tak. Persediaan tu yang paling penting. Macam Aima sendiri dah agak lewat baru betul-betul nak mendalami dunia parenting ni. Dah disahkan mengandung 3-4bulan baru nak sibuk-sibuk google sana sini nak dapatkan ilmu tentangnya. 
Besar cabarannya zaman sekarang dalam membesarkan anak-anak. Mental, fizikal, moral, sahsiah, rohani segala macam aspek yang kita kena ambil tahu, ambil peduli dan pantau. Sebab tu ilmu ni keibubapaan ni sangat penting. Pengalaman mereka yang terdahulu juga kena ambil kira. Mana yang baik kita ikut, yang buruk jadikan tauladan. Betul tak?
Kadang-kadang rasa terhibur bila membaca kisah-kisah yang parenting blogger ni kongsikan. Yelah, anak-anak sekarang ni kan macam-macam ragam. 
Haa, sebelum terlupa ni antara blog parenting yang Aima suka baca lately..
*BabyCenter (dah 4bulan baru sibuk nak baca perkembangan baby dalam perut ni, hehehe)

-Rasa semangat pulak nak tulis entri dan join segmen yang dianjurkan Blog Melastik Bintang ni. Elok jugak untuk persedian diri sendiri kan. Nak jadi ibu ni bukan mudah oooo.. Kepada yang nak join, dipersilakan. Semua pun boleh turut serta kata Tuan MelastikBintang ni. 


9 Sept 2014

Hati-Hati Mengandung Anak Pertama

Hati-Hati Mengandung Anak Pertama|

Assalamualaikum..
Saat mengetahui yang diri sedang hamil tentunya adalah saat yang paling menggembirakan. Pastinya banyak perubahan yang berlaku dalam diri seseorang wanita yang mengandung. Alahan, sakit muntah, loya, kurang selera makan.. Walaubagaimana pun, setiap individu wanita mengandung mempunyai pengalaman yang mungkin berbeza dari yang lain.
Bila kandungan dah mula memasuki bulan ke 4 ni, ramai yang dah mula menegur. Almaklumlah, perut dah mula kelihatan. Jalan pun dah macam orang mengandung 7-8bulan. Bila dah mengandung ni, automatik jalan dah tak macam biasa, semacam anak dara dulu dah tak mampu dah. Takde nak catwalk-catwalk lagi dah. 
Dan hari ni sahaja hampir 3 ke 4 orang yang memberi nasihat baik. "Hati-hati mengandung anak pertama ni". "Hati-hati berjalan" "Jaga baik-baik" Alhamdulillah, masih ramai yang prihatin sebenarnya. Sekurang-kurangnya dalam mereka memberi nasihat, mereka juga ada cerita pengalaman yang lepas. Terima kasih. InsyaAllah, akan cuba sebaik yang mungkin. 
Walaupun hakikatnya, daku sendiri pun tak tahu nak berjaga-jaga dari segi apa, mana, dimana... Mengandung kali petama, tentunya tidak ada pengalaman dan tidak pernah melalui proses kehamilan dan kelahiran itu sendiri.

8 Sept 2014

Ujian Besar Di awal Perkahwinan

Assalamualaikum..

Sekian kalinya setelah berbulan-bulan dapur sini tak berasap, malam ni jari jemari rasa nak menari atas keyboard pulak. Sedang memotivasikan diri sebenarnya ni. Ahha, kembali kepada cerita asal.. Aima dah selamat berkahwin beberapa bulan yang lalu, alhamdulillah dipermudahkan. Segan nak cerita banyak-banyak pasal kahwin ni. Sebab rasa macam......hurrmm okey,

Memula dulu menghilang sekejap sebab beri laluan kepada kerja-kerja kahwin. Maklumlah, waktu dah makin mendekat majlis. Sibuk lah katakan. Buat-buat sibuk pun ada jugak. Tapi syukur, alhamdulillah sampai jugak ke akhirnya projek kerja kahwin kita tu..

Ingatkan boleh la kembali berblog seperti dulu kala, rupanya didatangi ujian yang lebih besar. Allahuakbar! Segalanya serba tak kena. Dah mengalahkan orang angau bercinta. Makan tak kenyang, mandi dengan air paip confirm la basah, tidur memang tentu-tentu la tak lena. Perubahan yang begitu ketara sebenarnya. Tapi, percubaan pertama bila diperiksa 'negatif'. Walau tanda-tanda tu semua dah ada tapi keputusannya tak memberangsangkan. Okey... memang tak ada rezeki.

Dan sebulan lebih selepas kejadian tu, rasa macam semacam je. Ketidakpuasan hati masih ada, mencuba untuk kali kedua. 2 line! Tapi was-was pulak dah. Takut la tersalah baca arahan penggunaan ke. Ya Allah, besar betul cabaran masa tu. At last, pergi jugak kepada yang pakar. Alhamdulillah, kali ni positif. Sungguh, positif!

Apa perasaan masa tu?? Tak tahu nak kata apa. Tak terlalu awal ke? Kekadang tetiba rasa Ya Allah betul ke aku dah bersedia ni. Diri sendiri pun tak pandai urus lagi, ni pulak nak jaga satu nyawa lain dalam tubuh ni.. Memang ianya satu ujian besar buat diri ni diawal perkahwinan. Ujian nikmat, terima kasih Ya Allah. Terima kasih suamiku, terima kasih mak abah, terima kasih adik,abang,kakak ku semua.. Terima kasih sahabat.