Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Kata Hikmah. Show all posts
Showing posts with label Kata Hikmah. Show all posts

26 Sept 2013

Penenang Jiwa

Assalamualaikum..

"Ingat! Sesungguhnya dalam jasad (manusia) ada segumpal darah. Jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ingat! Itulah hati."


Manusia hanya akan beroleh ketenangan apabila fitrah atau rohaninya terisi, subur dan sihat. Yang dimaksudkan dengan kerohanian yang subur dan sihat ialah persediaan dan keteguhan hatinya untuk mengalahkan musuh-musuh batin, iaitu syaitan dan hawa nafsu. Musuh batin ini sangat payah untuk ditumpaskan jika tidak mempunyai persediaan asas yang lengkap.

Suatu hal yang pasti bahawa pada setiap jiwa manusia terjadi pergelutan dan peperangan yang dasyat yang menentukan apakah dia akan tetap sebagai manusia atau akan menjadi binatang yang berbadan manusia. Itulah peperangan antara rayuan syaitan dan seruan agama, Antara kebatilan dan kebenaran.

Memang, sebuah nafas panjang ditarik dan dihembuskan. Bersama berjuta jeritan. Menanti suatu kepuasan. Dunia menawarkan kenikmatan. Kaki, hendak ke mana melangkah? Antara syaitan dan malaikat bergelut. Berebut menguasai diri. Tapi, hendak ikut siapa...?Demikianlah peperangan itu berlaku.

Kedua-dua belah pihak bertarung dalam kancah peperangan, iaitu hati. Jika iblis menangm manusia akan kehilangan kemanusiaan. Dan apabila agama yang menang, ia akan menjadi manusia yang luhur, arif dan bijaksana.

Setiap kemaksiatan yang dilakukan seseorang, ia bagaikan bintik-bintik hitam yang mengotori dan mengeraskan hatinya. Semakin ia berani melakukan maksiat, kedudukan iblis bertambah kuat. Dan.. Iblis mengibarkan benderanya. Maka ketika itulah hati akan menderitai penyakit. Suatu penyakit yang berbahaya namun tidak dapat dirasai. Penyakit yang sukar ditemukan doktornya. Penyakit yang akan menghantar seseorang ke Neraka!

~Mohon bantu diriku mencari ketenangan hati, dalam kekalutan mencari arah mana yang patut ditujui.. (Dalam proses membaca buku Penenang Jiwa ini)... InsyaAllah akan berkongsi hasil pembacaan. Terima kasih kerana membaca.


  "Ya Allah, berikanlah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis."

30 Aug 2013

Rahsia Menjadi Kaya & Berjaya

Assalamualaikum..

"Sesiapa pun boleh berjaya asalkan mereka memiliki keinginan yang tinggi untuk berjaya. Mereka juga harus bersedia untuk meniru jejak langkah orang-orang yang sudah berjaya. 'Diam, Dengar dan Ikut," 
- Dr. Azizan Osman, seorang mentor yang telah kaya dan berjaya


Kegagalan merupakan pelengkap kepada setiap kejayaan. Kegagalan bukan bertentangan dengan kejayaan, ia sebenarnya saling melengkapi. Kata lawan sebenar untuk 'kejayaan' ialah 'langsung tidak pernah bertindak' ataupun tidak pernah mencuba. Hanya orang yang putus asa, lemah semangat menerima kegagalan sebagai takdir ilahi qada dan qadar.

"Nothing in life is to be feared. It is olny to be understood."

Tuhan murka pada mereka yang mudah putus asa. Setiap kejayaan perlu menerima kegagalan seperti yang dialami oleh Nabi Yunus a.s, bila baginda tidak berani gagal dan dihumban ke dalam laut termasuk ke daalm perut ikan nun maka dia berdoa 'la illa ha illa anta subhanaka inni kun tum minaz zalimin'

Semua jutawan baharu di dunia memiliki sifat sama iaitu Berani Gagal. Mereka semua berani berimpian, berani mencubam berani gagal dan berani untuk mencapai impian ingin direalisasikan.

Fakta tentang Kejayaan dan Kegagalan :

1. Orang yang berjaya kebih banyak kali gagal dalam kehidupan mereka.
2. Hanya mereka yang mempunyai kekuatan untuk bangkit semuala akan terjamin kejayaan.
3. Setiap usahawan akan gagal secara purata 3.8 kali atau 4 kali sebelum menemui perniagaan yang sesuai untuk mencapai matlamat serta impian mereka.
4. Kejayaan sebenar ialah kebolehan seseorang beralih dari satu kegagalan dan bangkit semula dari kehidupannya.

Kejayaan setiap manusia datangnya dari ilmu pengetahuan dan sikap yang baik. Sikap adalah segala-galanya, dan kita mesti mengubahnya untuk mengubah kehidupan kita. Hanya dengan ilmu kita boleh menambah ilmu. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita perolehi. "the more you give, the more you get". Ilmu tak boleh datang kepada kita melainkan kita perlu mencari.


"Harta tidak akan berkurangan dengan sebab bersedekah, dan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi hamba-Nya yang pemaaf dan orang yang bertawadhu (rendah hati), akan Allah angkat darjatnya"
-Hadis Riwayat Muslim

26 Aug 2013

Kenapa Diri Payah Berubah?

Assalamualaikum..


Sejujurnya, kita sering merasa terkilan pada diri sendiri apabila bercakap mengenai membuat perubahan. Kita sering berada di takuk lama dan copy paste pencapaian semalam untuk hari-hari mendatang di sepanjang laluan hidup. Kita seperti tidak punya api di dalam untuk mencipta perubahan bermakna. Kita sering didorong untuk menjadi lebih baik;
Sesiapa yang hari ini lebih baik dari semalam dia orang yang untung. Sesiapa yang hari ini sama sahaja dengan semalam dia orang yang rugi. Sesiapa yang hari ini lebih buruk dari semalam dia orang zalim,

Perubahan perlu pada setiap 24 jam. Hari semalam yang telah ditinggalkan dengan bekas yang samar perlu menjadi pemacu kecemerlangan hari ini. Cuba kita bayangkan berapa banyak peningkatan yang berjaya dilakukan sejak 365 hari yang sudah. Alangkah hebatnya seorang itu pad tahun ini! Pastikan bagi suruhan itu matlamatnya adalah takwa, tapaknya iman. Pelaksanaannya, dua perkara yang berjalan seiring; jangan buat maksiat dan bina ketaatan. Perubahan akan lengkap apabila pendorong dalamannya adalah cita-cita meraih keredhaan Allah. Pakej ini berupaya membina diri seorang Muslim.

Dengan pendekatan ini, Rasulullah SAW telah berjaya memacu para Sahabat daripada 'Zero to Hero' daripada masyarakat yang musnah tidak berharga kepada penguasa dunia henat selamat berzaman-zaman lamanya. Kita dapati, Rasulullah SAW memulakan usaha dakwahnya pada usia 40 tahun dan tamat apabila baginda wafat pada usia 63 tahun.

Rasulullah hanya mempunyai tempoh 23 tahun untuk membina suatu asas tamadun gemilang dengan pengikut berbilion jumlahnya hingga ke hari ini. Alangkah singkat masa tetapi hasil didikan Baginda tahan berkurun-kurun lamanya. Ia sesuatu yang benar-benar hebat!


#pilihan kita golongan yang mana?

13 Jul 2013

Hikmah Mengapa Kita Sering Bertemu Dengan Orang Yang Salah

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan.. Sekadar perkongsian kata-kata hikmah yang mungkin boleh menyentuh hati kita bila membacanya.

"Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar yang kita hanya makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik, khas untuk diri kita.

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar Allah Maha Pemurah dan Penyayang kerana mengingatkan kita, dia bukan pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita masa hadapan.

Memang Allah sengaja  menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang mengalaminya.

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan  orang yang salah supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya.

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah.

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal"

~Perkongsian dari hasil pembacaan buku motivasi

7 Jul 2013

Motivasi Pagi -Bangkitlah Kembali

Assalamualaikum..


Jadikan kegagalan lalu itu sebagai pengajaran. 



Penanda arasnya bukan berapa kali kita jatuh tetapi seberapa pantas kita bangkit untuk menempuh cabaran mendatang.

5 Jun 2013

Silence Day of The Wednesday | Allah Menguji

Assalamualaikum..



pssss.. kenapa mesti diuji? Kerana Allah sayang kepada hambanya. 

Silence Day of The Wednesday | Buka Aib Orang Lain

Assalamualaikum..



psssss.. letakkan kaki kita di dalam kasut orang lain pasti kita akan merasai apa yang orang lain rasa..