Tips Pencegahan Penyakit Akibat Jerebu |
Assalamualaikum..Jerebu mengundang bahaya kepada tubuh badan kita.

Nasihat dibawah boleh diikuti bagi mencegah penyakit akibat jerebu :
- Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
- Mereka yang di dalam Kumpulan Berisiko Tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
- Penutup hidung dan mulut (mask) hendaklah digunakan oleh semua pengguna motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.
- Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
- Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.
- Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
- Gunakan kemudahan hawa dingin (acond) sekiranya menaiki kenderaan anda.
- Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
- sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya, mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar dari kawasan tersebut.
