Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Jenayah. Show all posts
Showing posts with label Jenayah. Show all posts

2 Nov 2013

Janda Muda Mati Ditikam di Manjung

Assalamualaikum.

Janda Muda Mati Ditikam di Manjung |

Polis menunjukkan gambar mangsa
SERI MANJUNG -Misteri menyelubungi kes pembunuhan seorang janda anak dua apabila mayatnya ditemui dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah dengan satu kesan tikaman di dadanya di rumahnya di tingkat satu Apartmen Bukit Pertama, Lumut dekat sini kelmarin.

Dia dikatakan terbaring di atas lantai bilik tidurnya. Polis kemudian bertindak menahan teman lelakinya yang merupakan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sebelum itu menghantar mayat Nariza Mustapha, 32 ke Hospital Seri Manjung pada pukul 10.30 pagi.

Anggota tentera tersebut bertugas di Pangkalan TLDM Lumut manakala wanita itu pula membuka perniagaan di pasar raya Perwira Niaga Malaysia (Pernama) di dalam kem tersebut. -Kosmo

25 Oct 2013

Pengawal Tembak Mati Pegawai Bank Mungkin Warga Asing

Assalamualaikum..

Gambar suspek menerusi CCTV
Pengawal keselamatan yang menembak mati seorang pegawai bank dipercayai merupakan warga asing. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar mengesahkan bahawa suspeck menggunakan kad pengenalan palsu. Laporan awal juga mendedahkan suspek mungkin warga Indonesia.

Pihak polis juga menafikan spekulasi bahawa suspek sudah ditahan dan percaya dia masih berada di Selangor. Timbalan Ketua Polis Selangor juga menegaskan orang ramai supaya tidak mempercayai maklumat palsu yang tersebar. Katanya beberapa jam selepas kes rompakan itu, khabar angin menerusi SMS tersebar mengenai suspek ditahan ketika cuba untuk menaiki pesawat di lapangan terbang.

mstar.