Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Iklan Raya Mamee 2013. Show all posts
Showing posts with label Iklan Raya Mamee 2013. Show all posts

5 Aug 2013

iklan Raya Mamee

Assalamualaikum..

Salam Isnin untuk semua.. tahun ni banyak betul kan iklan raya. Kebanyakannya punya mesej dan meninggalkan kesan dihati. Baguslah kan, iklan begitu la yang kita mahukan.

Mendidik dengan cara begitu kadang-kadang kesannya lebih mendalam.. Iklan Raya Petronas, Maxis, TM, Mamee.. dan ada lagi iklan-iklan raya lain. Tapi hari ni nak share pasal iklan raya mamee yang bila tengok bergenang air mata ku. Sedih, sayu dan teruja sebab ada Zizan dan Nora Danish kot. Hehehe.

Jom layan iklan raya mamee ni..


Walaupun mungkin iklan dia taklah sehebat iklan-iklan Petronas yang sebelumnya tapi kemana kita pergi pun kasih ayah tetap tiada galang gantinya.. lebih-lebih lagi bagi mereka yang punya ayah sahaja kini. Mereka lah ibu merekalah ayah, dan kasih itu sampai ke syurga tentunya...