Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Ibu Mengandung Kerap Kencing Malam. Show all posts
Showing posts with label Ibu Mengandung Kerap Kencing Malam. Show all posts

13 Oct 2014

Ibu Mengandung Kerap Buang Air Kecil

Ibu Mengandung Kerap Buang Air Kecil |

Assalamualaikum..
Sejak-sejak mengandung ni, banyak perubahan yang berlaku lebih-lebih lagi bab buang air kecil. Kadangkala terasa penat sebab kejap-kejap nak ke tandas. Kalau selepas minum air lagilah terasa nak membuang je.

Tapi jangan risau... kerap buang air kecil ni sebenarnya ciri-ciri utama kehamilan. Pendek kata perkara ni adalah normal bagi ibu-ibu mengandung. Kebiasaan perkara ni berlaku terutama dalam trimester pertama dan ketiga kehamilan. Ia merupakan tanda-tanda kehamilan yang biasa. Maklumlah, perubahan hormon sedang berlaku pada tubuh badan kita.

Bila bayi dalam kandungan semakin membesar, badan akan mengeluarkan lebih banyak air kencing, tetapi pundi kencing pulak semakin mengecut. Jadi, walaupun pundi kencing tu kosong, tetapi tekanan yang diterima membuatkan pundi kencing tu seakan penuh. Hal ni semakin kuat bila dah sampai penghujung kehamilan, masa tu kepala baby dah berada dibawah dan bersedia untuk lahir.

Buat ibu-ibu yang mengandung, jangan cuba untuk mengurangkan jumlah air yang kita minum semata-mata mahu mengelak untuk kerap ke tandas. Pengurangan cecair boleh menyebabkan dehidrasi, dan perlu minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas sehari untuk membantu pengaliran nutrien kepada baby kita.

Masalah ini akan berkurangan taklama selepas bayi dilahirkan.Dalam tempoh beberapa hari selepas dilahirkan, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak air kencing dan lebih kerap. Ketika ini badan sedang menyingkirkan segala cecair tambahan yang terkandung dalam sistem darah semasa hamil.

Tetapi, kita mungkin perlu berjumpa dengan doktor jika mengalami :
 -Rasa sakit atau panas ketika membuang air
 -Rasa hendak terkencing tetapi hanya beberapa titik sahaja yang keluar.
*Kemungkinan menghidap jangkitan saluran kencing (UTI). Minum banyak air untuk mencairkan kencing dan berjumpalah doktor secepat mungkin. Anda mungkin memerlukan antibiotik untuk mengubati UTI. Jika tidak diubati, UTI boleh menyebabkan jangkitan buah pinggang, yang mana boleh meningkatkan risiko anda sakit untuk bersalin terlalu awal (premature).