Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Gambar Vios Baru. Show all posts
Showing posts with label Gambar Vios Baru. Show all posts

11 Oct 2013

Pandu Uji Toyota Vios Baru Hari Ini

Assalamualaikum..

Pandu Uji Toyota Vios Baru Hari Ini | Dah hampir seminggu Toyota Vios baru dilancarkan. Anda dah tengok secara live? Kalau belum, haa apa lagi jangan lupa terjah la Toyota Showroom yang berdekatan okey. Menarik? dah tentu-tentu lah kan..



Untuk pengetahuan semua, sejak pengenalannya pada 2003, Vios adalah model Toyota paling laris terjual bagi segmen kenderaan penumpang kecil bukan nasional. Dan kalau ikut perkiraan 6 daripada 10 pembeli di Malaysia (bagi segmen B) memilih Vios sebagai pilihan. Sehingga Ogos tahun ini, jumlah Vios yang terjual mencecah angka 265,000 unit. Pengambilan tempahan bagi Toyota Vios serba baru ini dibuka sejak 1 Julai sehingga kini lebih daripada 8,000 unit sudah ditempah. 

Kenapa mesti Toyota Vios baru menjadi pilihan? 
"Penjimatan minyak yang tiada tandingan, keselesaan pemanduan dan tentunya prestasi keseluruhan model ini adalah selangkah dihadapan berbanding pesaing-pesaingnya"

Dibawah gambar yang sempat disnap masa kereta tu baru je masuk showroom kat ofis aku minggu lepas.. Ramainya orang yang keluar masuk dan testdrive kereta baru ni. Weekend fuhh lagi ramai.. Jangan lepaskan peluang eh untuk pandu uji Vios baru hari ini..
  






Ni lah showroom kita..

Lama-lama tengok lawa lah pulak. Errr, ada sape-sape sudi nak bawak aku jalan-jalan naik Vios baru nanti ni?? acecece, kemain..

#apa kata anda?

2 Oct 2013

Toyota Vios Baru 2013 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Assalamualaikum..

2013_Toyota_Vios_launch_ 004

UMW Toyota Motor Sdn Bhd hari ini secara rasminya melancarkan model baru Vios generasi ketiga. Model yang mengusai kategori B-segmen ini mempunya 5 variant bermula dari J ( manual), J (auto), E (auto), G (auto) dan TRD Sportivo (auto).

Toyota Vios baru ini masih lagi mengekalkan engine berkapasiti 1.5Liter 1NZ-FE 4silinder dengan VVTI dengan 4kelajuan bagi transmisi automatik manakala 5speed bagi manual transmission. Toyota Vios baru ini juga bagaimanapun menawarkan penjimatan minyak petrol hampir 5peratus dari model yang sebelumnya.

2013_Toyota_Vios_launch_ 003


2013_Toyota_Vios_launch_ 022

2013 Toyota Vios 26

2013_Toyota_Vios_launch_ 015

2013_Toyota_Vios_launch_ 027

2013 Toyota Vios 37



Didatangkan dengan 5 pilihan warna iaitu Mdium Silver Metallic, Silver Mettalic, Attitude Black, White dan Quartz Brown Metallic. Jaminan selama 3tahun atau 100,000KM.

Harga Vios Baru 2013 diatas jalan termasuk insurans (Semenanjung Malaysia) adalah seperti berikut :

  • Toyota Vios 1.5 J (manual) -RM73,200
  • Toyota Vios 1.5 J (auto) -RM77,300
  • Toyota Vios 1.5 E (auto) -RM82,900
  • Toyota Vios 1.5 G (auto) -RM88,500
  • Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo (auto) -RM93,200


SOURCE

22 Apr 2013

Yaris & Vios Baru Dipertontonkan Di Shanghai International AutoShow

Assalamualaikum..

2014 Toyota Yaris, Vios, Hybrid, Six-Passenger Concepts – 2013 Shanghai

Toyota Yaris 2013 TRD Sportivo



Jom tengok video bawah ni..


Vios baru dah dilancarkan di Thailand, sini pulak bila ye? Agak-agak korang suka tak tengok? Erm.. Semart kan Yaris tu :)