Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Fenomena Love You Mr. Arrogant. Show all posts
Showing posts with label Fenomena Love You Mr. Arrogant. Show all posts

4 Nov 2013

Minggu Terakhir Love You Mr. Arrogant

Assalamualaikum..

Minggu Terakhir Love You Mr. Arrogant | 

Photo: JANGAN LUPA SAKSIKAN KISAH CINTA ROMANTIK-KOMEDI, LOVE YOU MR. ARROGANT. TAYANG SETIAP ISNIN - KHAMIS, JAM 7-8 MLM... LAKONAN MAKIN MANTAP OLEH AZLEE KHAIRI DAN ZARA ZYA... Get ready Love You Mr Arrogant TV3 - 2013

Dah nak habis dah rupanya Love You Mr. Arrogant ni. Waaaa, sedih oooo.. pasni dah tak jumpa moment-monet indah dengan Mr. Arrogant lagi.. Eleh, jangan nak tipu kata tak suka cite ni. Yelah tu kalau kata, kita tak minat ler cite ni. Kehkehkeh, abis satu malaya ni dok cerita pasal Mr. Arrogant ni tau. Sana sini Mr. Arrogant. Fuhhhh, rindu.........

Amboi, kemain kan taksub dengan Mr. Arrogant ni. Okey, okey sebenarnya bukan taksub ye. Cuma, perangai Zaara tu lebih kurang je dengan perangai aku ni. Yang suka memberontak, suka melawan, suka merajuk, suka menjawab, suka menganjing kata orang. hahahaha, jahat jugak eh perangai aku tu. Tapi serius sweet je tengok Zaara dengan Irham ni.

Mana-mana yang terlepas episode-episod lalu boleh la tonton online kat SINI ye. Kalau tak puas haaa, download la pe lagi kan. Bila-bila je boleh jumpa Mr. Arrogant dengan Zaara nanti. Errrm, belum pun habis lagi aku dah rasa rindu. Novel Love You Mr. Arrogant dah ada. Download Love You Mr. Arrogant pun dah. Lagi? nak bahagia je.... tak mau demand lebih,

Jom tengok Promo Minggu Akhir Love You Mr. Arrogant


Serius, I'm gonna miss you Mr & Mrs Arrogant.....

23 Oct 2013

Mr. Arrogant Punya Pasal

Assalamualaikum..

Asyik-asyik Mr. Arrogant. Sana pergi Mr. Arrogant, sini pergi pun Mr. Arrogant. Rimas? Owh, tak!tak! Suka bahagia lagi adalah. hehehe, Aku pun tak terkecuali jugak nampaknya. Selagi tak abis full episode rasanya tetap lah menjadi kegilaan ramai.

Photo: "terima kasih sebb buat impian saya jadi kenyataan.." - Zaara. #loveyoumrarrogant #episod15

Photo: Irham & Zaara  #loveyoumrarrogant  -admin 1-

Bukan apa, semalam punya episod errmm sedih la pulak. Sampai terbawak-bawak la rasa sedih Zaara tu ke malam. Irham dalam dilema bila terpaksa membuat keputusan untuk berkahwin dengan Sherry atas permintaan terakhir mama dia yang konon-konon sakit. Kita pulak sakit hati tengok.. Fuhh, nampak tak betapa beremosinya aku.

Photo: Kenapa dua-dua muka sedih, muka geram? Jom dating dengan #LYMA 7mlm ini baru boleh tahu apa jadi!

Kalau semalam sweet2x, hari ni kita sad2x  jangan lupa kejap lagi episod 16 #loveyoumrarrogant   :)    -admin 1-

Zaara dengan aku kan lebih kurang sama. Kekekeke.

Image source LYMA page.

22 Oct 2013

Love You Mr. Arrogant Episode 15 Online

Assalamualaikum..

Love You Mr. Arrogant Episode 15 Online


Love You Mr. Arrogant
Zaara dan Irham alahai.. makin sweetnya bila bersama. Bahagianya tengok dalam masa yang sama kita rasa jeles pulak. Yelah, sebab kita tak dapat Mr. Arrogant tu. Hehehehe, gedik! =P  Dah duduk rumah baru, alahai.. jiwang jugak eh Zaara ni kan.

Jom Tonton Online Love You Mr. Arrogant Episode 15 melalui link berikut eh

Love You Mr. Arrogant Episode 15

Love You Mr Arrogant - Episod 15 by Fazleyismail90

Terlepas menyaksikan episod-episod lepas?
 Jom jenguk Tonton Online Love You Mr. Arrogant Full Episode

21 Oct 2013

Gara-gara Mr. Arrogant

Assalamualaikum..

Love You Mr Arrogant? Of course la I Love You Mr. Arrogant!.. Semuanya gara-gara Mr. Arrogant habis semua adik-adik, akak-akak, makcik-makcik, nenek-nenek jatuh cinta lagi. Kali ni setiap hari Isnin sampai ler ke Khamis berkali-kali jatuh cinta. Heiish, tak boleh jadi ni!


Aduhaii, dari kuda ke katak. Lepas ni entah apa lagi la ayat-ayat si Mr. Arrogant ni kan. Paling best dan paling dihafal ayat si Mr. Arrogant ni 'memang tak arrrrr' kan.. kan.. Comel kan bila dia sebut camtu. Laa ni, dah menjadi-jadi trending Mr. Arrogant ni. Kat fesbuk, twitter, blog tak payah cakap ler. Heyyy, bertuah la awak ye Mr. Arrogant sebab jadi pujaan hati ramai. Aku jugak salah seorangnya. kekeekek



Saje nak bawak korang bergelak ketawa refresh episode minggu lepas. Reaksi yang bersahaja dari Mr. Arrogant berlagak bagus ni. Hehehe, tak pasal-pasal kau Zaara dahi kena jentik =)


4 Oct 2013

Fenomena Love You Mr Arrogant

Assalamualaikum..

Fenomena Love You Mr. Arrogant | Salam Jumaat yang indah untuk semua teman, sahabat dan tersayangku sekalian..


Drama Love You Mr Arrogant, sebuah drama yang menyatukan hati Zafriel Irham dan Zaara Amirah. Drama yang mencetuskan fenomena bukan setakat di kaca tv malah di ruangan-ruangan media sosial. Awak peminat dan pengikut setia cerita ni? Okey, kita sama... Nak tau lebih lanjut drama ni berkisar tentang apa, boleh klik SINI

Dah jatuh hati dan hati dah terikat dengan drama best ni. Jatuh hati dengan Irham yang dah tentu-tentunya Arrogant berlagak ego tak ingat dunia tapi masih punya sekeping hati yang sangat blues. Cehh, blues pulak dah. kahkahkah. Tapi serius, cerita ni sarat dengan nilai kasih sayang dan nampak real tak dibuat-buat especially lakonan si Zaara tu. Kita suka! kita suka! Zaara yang gedik, Zaara yang comel, Zaara yang suka melawan, Zaara yang suka menjawab... Sama macam kita laaa. kekekkeke

Baru je sampai episod 6, jadi masih awal lagi. Sape-sape yang dah ketinggalan boleh ler klik SINI untuk tonton online eh. Jangan risau, drama ni dah melekat kat ramai hati mereka di luar sana... Dengan lagu tema yang sayu, owh melting! Lagu apa? jom dengar kat SINI (best lagu dia..)

Drama Love You Mr. Arrogant Slot Akasia TV3 (Isnin-Khamis jam 7malam).. Semoga terhibur!