Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Drama Kampung Girl TV3 Slot Zehra. Show all posts
Showing posts with label Drama Kampung Girl TV3 Slot Zehra. Show all posts

20 Jul 2013

Kampung Girl Episode 2

Assalamualaikum..


Kampung Girl Episode 2 bersiaran lagi. Kali ni terasa kecomelan gandingan Akim Ahmad dan Nad Zainal. Poyo nya Abang Ash tu kan. Ada ke patut Ainnur tu dikatakan nak jadi orang gaji? Hahahaha, comel betul la dia ni. Bukan, bukan comel pun sebenarnya

Benci betul kan si Ashraff Khairi tu dengan bakal isteri dia tu. Nak tengok Ainnur pun dia rasa menyampah giler. Alahai, sabar jelah.. Tapi macam Ustaz Kazim Elias kata Kalau Dah Jodoh.. makin dia lari jauh, makin la si dia ni mendekat..

Korang dah tonton Kampung Girl Episode 2? Best, kelakar jugak cerita ni tau. Haa, boleh tonton melalui link-link di bawah ni eh yang boleh ditonton online. Tadaaa,




13 Jul 2013

Kampung Girl Episode 1

Assalamualaikum..


Drama Kampung Girl telah menemui penonton bermula malam tadi 12 Julai 2013 di slot Zehra TV3. Drama yang diadaptasi dari Novel Kampung Girl karya Umi Kalsom ini bagiku permulaanya okeylah. Not bad, quite okey, agak menarik dan terhibur jugaklah.

Dibintangi oleh Akim Ahmad dan Nad Zainal selaku teraju utama, mengisahkan Ashraff Khairi yang dipaksa oleh mummy nya untuk berkahwin dengan Ainnur, budak kampung yang di'geli'nya sejak dari kecik lagi. Kampung Girl Episode 1 malam tadi banyak jugak flashback ketika zaman kanak-kanak Ainnur bersama Abang Ash dia. Perrrgh, memang poyo betul si Ash ni masa kecik dia. "budak kampung, kotor, jijik, busuk, nenek kebayan" semua ayat berapi keluar dari mulut Ash masa kecik dia. Kesian Ainnur, dia hanya nak berkawan je dengan Abang Ash budak bandar tu.


Tapi time dah besar ni aku rasa Ashraff Khairi makin sarkastik, ayat semua nak sinis je. Kelakar jugak la aku tengok watak yang di bawa Akim (AF) Ahmad ni. Emma Maembong sebagai Anisa? Cun betul Anisa ni..

Jangan risau, Drama Kampung Girl Episode 1 belum ada pertemuan antara Ashraff Khairi dengan Ainnur secara langsung. Hahahaha, pastinya Kampung Girl Episode 2 menjanjikan sesuatu yang menggoyah perasaan  anda. (Sebab membaca novelnya memang si Ash ni menguji kesabaran sungguh).

Anda boleh layari www.tonton.my untuk menonton secara online atau boleh klik link di bawah ni yang ada upload video Kampung Girl Episode 1. Klik SINI. Thanks to empunya video. Selamat menonton okey =)

8 Jul 2013

Drama Kampung Girl Slot Zehra TV3

Assalamualaikum..


Belum pun surut demam Sebenarnya Saya Isteri Dia kini bakal diganti dengan selsema Kampung Girl pula. Drama bersiri Kampung Girl Slot Zehra TV3 yang akan bersiaran bermula 12 Julai 2013 bermula jam 9 malam nanti merupakan satu lagi drama yang diadaptasi dari novel terbitan Karya Seni. Belum pernah baca novel ni? Boleh klik review SINI.

Memaparkan kisah menarik diantara Ashraf Khairi seorang budak bandar yang sangat berlagak dan bongkak dengan pasangan yang akan menjadi teman hidupnya, Ainnur Azmi seorang perempuan kampung yang dianggap kolot oleh lelaki bandar itu. Pastinya ramai yang akan sakit hati melihat watak Ashraf Khairi, lakonan Akim AF yang sangat jelas dengan kesombongan dan ego yang tinggi.


Pelakon comel Nad Zainal yang memegang watak sebagai Ainnur Azmi pastinya lebih tenang dan kelihatan sangat sweet. Seorang Kampung Girl yang menyimpan rahsia terbesar dengan memegang title Cikgu Ainnur juga merupakan seorang graduan universiti luar negara dan pastinya dengan terbongkarnya rahsia ini akan memberi tamparan hebat kepada sang suami yang seringkali memperlekehkan budak kampung sepertinya.. Nice story,  

 


Promo Kampung Girl

Tak banyak pun konflik dalam drama aka novel ni. Yang ada hanyalah sifat keegoan, kepoyoan yang sangat tinggi oleh Ashraf Khairi, si suami yang sememangnya budak bandar lah sangat kan...

Selamat menonton. Jangan lupa Kampung Girl Slot Zehra TV3, jam 9malam bermula 12 Julai 2013. Semoga terhibur =)