Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Drama Jodoh Itu Milik Kita. Show all posts
Showing posts with label Drama Jodoh Itu Milik Kita. Show all posts

28 Aug 2013

Novel | Jodoh Itu Milik Kita

Assalamualaikum..


Judul: Jodoh Itu Milik Kita
ISBN : 978-967-0246-14-7
Terbitan : Karya Seni
Harga : RM 26.00 (SM), RM 29.00 (SS)

"Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali..."

Siapa sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih sayang yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.

"Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu tau. Nakalnya, ya ampun!!" -Dahlia Darius.

"Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She's a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?" -Aariz Danial.

"Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Sahlia itu... akan aku rampas sekejam mungkin!" -Syafiq

Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul si sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci... iaitu abangnya sendiri?


Hasil pembacaan :
Cerita yang sarat dengan nilai kekeluargaan, kasih sayang dan nilai persahabatan yang tinggi.. Menjadi seorang abang dengan menyayangi dan menghargai seorang adik tanpa sedari diri dibenci sepenuhnya rasanya terlalu sukar nak dibayangkan. Dendam yang sarat dalam diri, hati yang membengkak penuh rasa benci, itulah konflik yang terjadi dia antara Syafiq terhadap abangnya sendiri Aariz Danial. Akhirnya, bak kata pepatah  'yang dikejar tak dapat, yang dikendong bercucuran'  Sedih juga cerita ni. Banyak pengajaran yang boleh dibelajar dari novel ni.
Selamat membaca dan menonton (Drama Jodoh Itu Milik Kita sedang bersiaran di Astro Mustika HD)


"...if you really want to know who you are, look at the friends that you choose."

26 Aug 2013

Lagu Tema Jodoh Itu Milik Kita | Takkan Terpisah (Black)

Assalamualaikum..

Andainya kau tahu
Apa yang ada di dalam hatiku
Tersimpan takkan pernah berubah

Andainya kau tahu
Apa maksudku lafazkan cintaku padamu
Dengan cara yang berbeda
Oh mengapa seharusnya kita masih bersengketa

Demi cintaku, demi cintamu jangan biarku terseksa
Hembus nafasku, hembus nafasmu adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta

Takkan terpisah...
Takkan terpisah...

Andai ku tak mampu
Leraikan semua kekusutan yang melanda percintaan kita

Mungkin ini semua
Tetap menjadi satu pertanyaan selagi hati belum ada kepastian
Oh mengapa seharusnya kita masih bersengketa

Demi cintaku, demi cintamu jangan biarku terseksa
Hembus nafasku, hembus nafasmu adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta

Takkan terpisah...
Takkan terpisah...

Andainya kau tahu
Apa yang ada di dalam hatiku