Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Drama Cinta Jannah Slot Akasia TV3. Show all posts
Showing posts with label Drama Cinta Jannah Slot Akasia TV3. Show all posts

23 Sept 2013

Alahai Cinta Jannah

Assalamualaikum..

Hyep semua.. korang layan tak Drama Cinta Jannah di TV3 tu? Drama yang dah hampir ke penghujungnya. Amacam, best tak korang rasa? Ahha, aku nak cerita sikit ni pengalaman aku tonton drama ni.


Jujur aku cakap, dari awal lagi aku dah mula blur-blur tentang drama ni. Tapi mata masih jugak layan (biasanya aku tengok dekat tonton.com.my tak pun melalui aplikasi dekat smartphone ni je. Aku tengok tau dan jarang missed cerita ni (adalah sekali dua episod tertinggal) tapi sampai ke sudah aku masih tak faham. Cerita dia belit-belit dan banyak sangat terkait. Yang pasti, sampai lah ke hari ni, komen aku.. "ish, lebih-lebih pulak cerita ni!"

"Lebih-lebih" tu maksud aku sepatutnya cerita tu simple je. Tak perlulah sampai tergolek, luka, berdarah-darah, masuk hospital semua tu. Cukuplah sekadar "dah jatuh ditimpa tangga je". Hahahaha, nampak tak aku sendiri yang over kan. Tapi betul, aku tak faham ler cerita ni.

Banyak sangat hal-hal lain. Kejap Aril, Datuk Khalid, Tengku mummy tu, Supian, Razak, Damia, hurmmm dengan perangai kakak dia si Balkis yang semacam tu... Ish, aku tak faham.

Yang aku nak tengok adalah Cinta Jannah dan suami dia Aril!  Okey, tu je nak cakap... Nak tengok sampai habis, kalau aku tak paham jugak (maksudnya... aku lah yang lampi) hehehehe, Maaf, takde niat nak kondem ke apa. Cuma, serius aku tak faham cerita ni..............

Selamat menonton.. dan menanti selepas ni Love You Mr. Arrogant


"Sedikit amal disertai ilmu lebih baik daripada banyak amal dalam kebodohan."

14 Aug 2013

Drama Cinta Jannah TV3

Assalamualaikum..


Drama Cinta Jannah TV3. Salam untuk semua. Drama terbaru Slot Akasia bakal memulakan siarannya bermula hari ini 14 Ogos ini. Pelakon Aeril Zafrel bakal bergandingan dengan Nelydia Senrose selaku teraju utama dalam drama tragis ni.

Drama bersiri 24 episod yang diarahkan oleh Azmi Hatta ini akan ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 petang di TV3. Pastinya Drama Cinta Jannah ini akan menandingi drama yang menambat hati jutaan rakyat Malaysia iaitu Teduhan Kasih.

Antara barisan pelakon hebat selain Aeril Zafrel dan Nelydia Senrose adalah Reen Rahim, Ramona Zam Zam, Fadilah Mansoor, Saharuddin Thamby, Dian P Ramlee, Kartina Aziz dan Ezany Nizariff.


Ia berkisarkan tentang kehidupan seorang wanita bernama Jannah (Nelydia Senrose) melarikan diri dari rumah setelah dipksa oleh keluarganya untuk mengahwini Suffian sebagai isteri kedua. Bapanya, Abdullah ingin menebus balik tanah kebun yang digadai oleh adiknya Razak kepada Suffian selepas kalah judi. Duit tersebut juga dapat digunakan untuk mengadakan kenduri nikah untuk anak sulungnya (Reen Rahim). Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya.

Setibanya di Kuala Lumpur, Jannah menjadi keliru kerana tiada hala tuju. Tatkala memikirkan apa yang bakal berlaku, beg tangannya telah diragut dan Jannah jatuh, terhentak kepalanya dan jatuh pengsan. Secara kebetulan, Izaryl (Aeril Zafrel) lalu di situ lalu membantu Jannah yang pengsan. Pada masa yang sama, Izaryl berada dalam dilema kerana dia terpaksa mencari seorang isteri dalam masa 3 bulan bagi mengelakkan dirinya mengahwini Damia (Ramona Zam Zam) pilihan ibu Izaryl sendiri.

Dalam keterpaksaan, Izaryl membohongi Jannah dengan mengatakan bahawa dia telah memperkosa Jannah semasa dia pengsan. Justeru, mereka terpaksa berkahwin. Apabila mengetahui tentang perkahwinan itu, Ibu Izaryl Tengku Zareena (Dian P Ramlee) berasa amat marah.

Apa kesudahan kisah mereka? Jangan lupa menonton bermula petang ini Isnin hingga Khamis di TV3..

Sumber

~Tak sabar nak tengok Aeril Zafrel sbg hero yang sweet.. Suka kat dia! =)