Assalamualaikum..
"Sesiapa pun boleh berjaya asalkan mereka memiliki keinginan yang tinggi untuk berjaya. Mereka juga harus bersedia untuk meniru jejak langkah orang-orang yang sudah berjaya. 'Diam, Dengar dan Ikut,"
- Dr. Azizan Osman, seorang mentor yang telah kaya dan berjaya
Kegagalan merupakan pelengkap kepada setiap kejayaan. Kegagalan bukan bertentangan dengan kejayaan, ia sebenarnya saling melengkapi. Kata lawan sebenar untuk 'kejayaan' ialah 'langsung tidak pernah bertindak' ataupun tidak pernah mencuba. Hanya orang yang putus asa, lemah semangat menerima kegagalan sebagai takdir ilahi qada dan qadar.
"Nothing in life is to be feared. It is olny to be understood."
Tuhan murka pada mereka yang
mudah putus asa. Setiap kejayaan perlu menerima kegagalan seperti yang dialami oleh Nabi Yunus a.s, bila baginda tidak berani gagal dan dihumban ke dalam laut termasuk ke daalm perut ikan nun maka dia berdoa 'la illa ha illa anta subhanaka inni kun tum minaz zalimin'
Semua jutawan baharu di dunia memiliki sifat sama iaitu
Berani Gagal. Mereka semua berani berimpian, berani mencubam berani gagal dan berani untuk mencapai impian ingin direalisasikan.
Fakta tentang Kejayaan dan Kegagalan :
1. Orang yang berjaya kebih banyak kali gagal dalam kehidupan mereka.
2. Hanya mereka yang mempunyai kekuatan untuk bangkit semuala akan terjamin kejayaan.
3. Setiap usahawan akan gagal secara purata 3.8 kali atau 4 kali sebelum menemui perniagaan yang sesuai untuk mencapai matlamat serta impian mereka.
4. Kejayaan sebenar ialah kebolehan seseorang beralih dari satu kegagalan dan bangkit semula dari kehidupannya.
Kejayaan setiap manusia datangnya dari
ilmu pengetahuan dan
sikap yang baik. Sikap adalah segala-galanya, dan kita mesti mengubahnya untuk mengubah kehidupan kita. Hanya dengan ilmu kita boleh menambah ilmu. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita perolehi.
"the more you give, the more you get". Ilmu tak boleh datang kepada kita melainkan kita perlu mencari.
"Harta tidak akan berkurangan dengan sebab bersedekah, dan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi hamba-Nya yang pemaaf dan orang yang bertawadhu (rendah hati), akan Allah angkat darjatnya"
-Hadis Riwayat Muslim