Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Contest Yeo's Malaysia Sepetang Bersama Blogger. Show all posts
Showing posts with label Contest Yeo's Malaysia Sepetang Bersama Blogger. Show all posts

10 Feb 2014

Yeo's Pilihan Kami Seiring Bersama

Yeo's Pilihan Kami Seiring Bersama |

Assalamualaikum..

yeos-minicontest-468x60


<Detik Bermula>
Sekejap sahaja masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah hampir 27 tahun rupanya diriku. Teringat kali pertama mula-mula berlari merentas desa di sekolah lebih 10 tahun yang lalu. Ketika itulah aku diperkenalkan dengan dia. Dia, dia, dia.. Hanya 2 rupa tapi memang menggiurkan rasa, nikmat yang tak terkata. Ahhh, bahagia menjadi anak cikgu disekolah yang sama. Boleh meminta extra rupanya. Free... Senyum bahagia diriku.
Sejak itu, aku memang memilih dia. Mungkin bukan setiap masa tapi mudah kata 'selalu'. Ahh, ruginya umur sudah dewasa baru berakal memilih untuk bersama dia. Tapi, bak kata orang berilmu 'tidak ada istilah terlewat bagi mereka yang berusaha mencapai kebahagiaan'. Hakikat yang tak mampu ku sangkal "Aku bahagia memilih dia"
<Keluarga Besar>
Kalau dah bersama selalu takkan masih tak mengenali kan.. Yes, YEO'S namanya.Sekali lagi ku tepuk dahi bila mengetahui punyalah besar famili Yeo's ni. Bukan setakat Chrysanthemum Tea (Teh bunga), Soya dan Cincau saja malah bermacam-macam lagi rupanya. Tu belum termasuk 'Asian drink' yang berbagai perisa. Laici, tebu, teh kundur, rose bandung. Fuhhh, dapat minum satu-satu ni confirm nikmat tak terkata.
                                                          

Siapa kata kuantiti tidak melahirkan kualiti? Buktinya Yeo's menawarkan banyak pilihan tanpa meminggirkan kualiti dan sentiasa mepertingkatkan mutu penghasilan produk. Dan yang lebih baik dan terbaik setiap produk minuman Yeo's menyumbang kepada kesihatan tubuh dan memaksimakan apa yang diperlukan oleh tubuh kita. Chrysanthemum tea misalnya kurang gula dan bertindak sebagai penyejukan semulajadi tubuh. Terasa kesegaran bila menikmatinya dalam sejuk mahupun suhu bilik. 
Susu Soya Yeo's? Tak perlu kata apa-apa kerana dah terbukti ianya terbaik. Rendah lemak, tanpa bahan pengawet, tanpa pewarna malah bebas kolestrol. Apa lagi yang dimahukan?? Minum sahaja tanpa banyak bicara. Segar lagi menyegarkan. Bagi mereka yang mengandung, minum sambil berdoalah banyak-banyak moga niat untuk mendapatkan anak yang putih cerah bersih berseri dimakbulkan. Sungguh, itu antara usaha kita. 
<Bukan Aku Tapi Kami>
Dan hari ini, Yeo's masih tetap bersama. Kini, bukan hanya aku tapi KAMI. Ye, kami.. kerana Yeo's merupakan pilihan kami sekeluarga. Walau berbagai pilihan seumpamanya di pasaran, Yeo's tetap menjadi keutamaan. Kualiti dijaga, mutu terpelihara, kesegaran dinikmati bersama. Mahu sihat, segar dan bertenaga pilihlah Yeo's! Yang penting jangan meragui statusnya kerana sudah tentu Yeo's halal. 
Nak tahu lebih lanjut mengenai Yeo's boleh lawati 
<Yeo's dan Door Gift>
Tersenyum bila mengenang kembali musim Raya Cina yang baru berlalu. Majlis pertunanganku berlangsung dengan baik sekali. Thanks Yeo's for being part of my big day on that day. Jangan tak percaya Yeo's ada dalam beg door gift yang kami sediakan. See, nampak tak berharganya Yeo's pada kami =)

Saya sudah lama bersama Yeo's, anda bila lagi? 
Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.
Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014
(dengar-dengarnya kuota dah penuh)

Jom sama-sama bagi sokongan untuk entri ni. Mohon SHARE di Google+ dan di FB ye. 
Terima kasih banyak-banyak..