Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Comel. Show all posts
Showing posts with label Comel. Show all posts

15 Feb 2016

Ustazah Pilihan

Assalamualaikum..

Alahaiii, seronoknya bila tengok anak membesar depan mata ni. Nur Sarah Alya, kemain susah nak 'pakai' tudung ni. Apa saje benda yang kita letak atas kepala dia semua dia tepis, tarik dan rentap dan dan tu jugak. Tak tahu lah kenapa. Rimas agaknya.

jom wish happy besday kat Sarah... hihi

Tapi lately, alhamdulillah baik pulak respon dia bila dibagi pakai tudung. Siap bagi kerjasama nak berselfie lagi. Amboi anak dara ni, memang sungguh!

Tadaaa,,, senyum dia tu yang paling mahal. Sebab susah okey budak kecik ni nak senyum. Selalu buat muka sardin je.


InsyaAllah moga Sarah membesar jadi anak yang baik ye. Ustazah pilihan yang terus berjuang demi keteguhan Agama Islam kita, juga demi negara, keluarga tercinta..

*bakal Pilot yang bergelar hafizah (hafaz AlQuran) insyaAllah.

3 Feb 2016

Habit Terbaru Sarah

Assalamualaikum.. 

Makin hari makin banyak peel pelik-pelik si Sarah ni. Sekarang ni dah mula balik masuk jari dalam mulut dia. Bukan 1, bukan 2 tapi kalau boleh semua nak dimasak dalam mulut tu. Alahaiii lah anak. 
Ni bajet-bajet comel budak kecik ni bila tau mama nak ambil gambar dia. Acecece... Kemain ko ye nak! Nasib baik memang comel + gedik je. Hihihi,
Best part is ... dia memang pandai sembunyikan gigi atas bawah dia! Hahaha

30 Dec 2013

Ikan Masuk U

Assalamualaikum..

Ikan masuk U? Iye, serius nak habaq ni. Ikan masuk U.. glamer betul #ikan terubuk masin tu tau..





Hehehehe.. #hanya di Sarawak

1 Dec 2013

Kalender Kuda

Assalamualaikum..

Hai semua.. "Kalender Kuda? Haa, apa benda tu?"-ni lah soalan yang aku tanya. Serius bila fikir-fikir balik benda paling asas pun aku tak tahu. Ya Allah, boleh pulak aku tak tau yang selama ni kalender yang biasa kita tengok tu kalender kuda. Serius aku tak tahu! Maklumlah sekarang ni jarang dah pun nampak kalender kuda-kuda camni. (Sejak ada satu customer bagi tu yang aku baru belajar belek-belek benda alah tu).


Owh, sebab banyak kuda eh dalam dia.. Ok, fine. Nampak sangat aku ni bukan pemerhati yang bijak. Kekekeke, Dah nak masuk tahun baru kan.. Hidup aku macamni jugak, kesiann....

14 Nov 2013

Emosinya Baby Ni

Assalamualaikum..

Cer korang tengok video baby ni. Reaksi dia Comel plus Sweet sungguh bila dengar ibu dia nyanyi. Menghayati betul dia bila dnegar lagu tu.

Jom kita layan baby kecik yang memang serius comel ni..


Alolololo.. geramnya tengok =)

2 Nov 2013

If You're Happy And You Know It

Assalamualaikum..

Happy, bahagia dan gembira? Baguslah.. Semoga kebahagian terus mengiringi perjalanan hidup kita. Dah lama tak dengar lagu ni. Jom kita nyanyi dah bergembira bersamanya..


Tetiba feel jadi kanak-kanak pulak.. Relax, jangan stress-stress. Seronok je tengok budak-budak kecik sebelah rumah ni main-main. Tak payah fikir tentang masalah, tak perlu susah-susah nak buat pilihan. Tak perlu sakit-sakit kepala nak fikir baik buruk.. Kan, alangkah bahagianya jadi kanak-kanak ni.


21 Aug 2013

Silence Day of The Wednesday | Untuk Mereka Yang Buncit Sahaja

Assalamualaikum..



#jangan raba-raba perut pulak =)

Silence Day of The Wednesday | I Don't Care

Assalamualaikum..



#feeling POYO =)

18 Aug 2013

Truck Pick Up Yang Comel

Assalamualaikum..









#Luv Chevrolet..

15 Aug 2013

Ragam Si Cilik

Assalamualaikum..

Masih lagi dalam mood raya? Owh, aku sudah kembali masuk ofis hari ni.. Hari ni nak cerita tentang my child fruit aka my anak buah yang seorang ni. Dia balik raya macam-macam ragam budak kecik ni.Geram tengok dia yang kitorang panggil Drama King (entri semalam).



Umur dah 1tahun 3bulan, tapi Ya Allah keciknya dia.. mama dia kata report card semuanya line merah. Baru 7kg kalau tak silap aku. Kuat makan jugak budaknya. tapi badan tak cukup kuat selalu demam, perut meragam..






Ni lah gambar-gambar yang sempat dirakam masa sicilik ni beraya kat kampung (umah embah kat Chendrong Balai).. Semoga besar jadi budak baik ye Hamim..

14 Aug 2013

Silence Day of The Wednesday | Drama King

Assalamualaikum..


Dialah Drama King. Raja airmata.. Dialah Hamim Wajdi yang sudah pun 1tahun 3bulan.. 
"my child fruit" 

9 Jun 2013

Dia Tak Gatal, Dia Hensem..

Assalamualaikum..

"Dah, dah.. Jangan nak menggatal!"
"Dia tak gatal.. Dia hensem....."

Hekhekhek.. hekhekhek..
(sampai ke hari ni aku dok ingat lagi si dia ketawa hekhekhekhek tu. Alaaa, ketawa yang lebih kurang tersengguk-sengguk tu) nampak sangat ketawa dia tu seolah-olah suka benar dia bila orang kata dia hensem =)


Hai semua sahabat ku... selamat malam.
Tetiba terasa nak berkongsi cerita dengan korang. Malam Jumaat aritu aku dengan family pergi la makan ikan bakar dekat Teluk Muroh, Lumut dekat dengan Teluk Batik tu. Haa, pe pulak kaitannya gatal dengan hensem ni eh?? Hahaha, for sure sebenarnya aku pun tak pasti apa motif aku cakap si dia ni hensem. Sesungguhnya semua ni berlaku secara spontan dan memang terjadi sungguh.

Ahha, cerita dia cenggini. Kejadian ni berlaku setelah habis makan, time tu baru nak gerak ke kereta untuk balik. Aku dengan kakak (my adik bongsu) berjalan sama. Terjumpalah 3 orang gentlemen kat tepi jalan ni. Ala-ala kutu rayau gitu =) Nak dijadikan cerita kitorang dihalang oleh seorang dari mereka. Si dia ni kemain lagi dok mendepa tangan kiri kanan tak bagi kitorang lalu. Aku pun cakap la "kitorang nak balik dah ni" tapi si dia ni tetap berjalan depan kitorang.

Pastu lagi sorang mamat yang paling besar (aku tengok secara visual) kat tepi jalan sambil duduk atas basikal sound la si dia yang menggedik depan kami tadi ni. "dah,dah.. jangan nak menggatal!" aku dengan kakak memang tak tahan langsung tergelak kat situ. Dalam pada tu jugak aku sempat memberi reaksi spontan "dia tak gatal, dia hensem la..."

Hekhekhekhek... si hensem boy ni kemain ketawa terhinjut-hinjut. Terdengar-dengar dia cakap "hensem" berselang seli dengan ketawa. Kelakar sungguh dia ketawa. Yang pasti menurut kakak, dia nampak macam suka betul bila orang puji dia lagu tu... lalalalalala... terasa bahagia bila kita berjaya seseorang ketawa walau hanya dengan sebaris ayat pendek.


**terasa aku pulak yang menggatal dengan si hensem boy tu tau.. kekekeke (memang sampai sekarang aku tak faham apa kaitan dia menggatal dengan kenyataan hensem aku tau.. Anyway, the truth is si dia yang aku ceritakan ini adalah seorang yang sangat sweet. Dengan tak berbaju dan berkaki ayam, memang comel giler =) Beliau adalah budak kecik yang aku agak umur dia 3 ke 4 tahun manakala yang besar sekali tu mungkin dalam 6-7tahun. Lagi sorang tu mungkin baya-baya Upin dan Ipin je.

19 May 2013

Funny Baby Video

Assalamualaikum..

Hai semua, baby-baby anda apa khabar? Hehehe, tetiba cerita pasal baby pulak kan. Takde pape pun, sebenarnya rajin godek-godek video kat Youtube. Then jumpa la video yang kelakar ni, Memang kelakar, asyik ketawa je tengok..

Jom layan video ni..



Video bawah ni jugak.. Aduhaiii.. 


Saje je tengok video-video ni.. sebab comel :) sian budak-budak kecik ni kan



24 Apr 2013

Silence Day of The Wednesday | Kita Bakor Je

Asslamualaikum..

api!api!

Silence Day of The Wednesday | Ada Hutang Ke??

Assalamualaikum..

Apa tengok-tengok??

source : perkongsian fb, terima kasih sayang..

19 Apr 2013

Gediknya Dia Mengekek Tak Sudah-Sudah

Assalamualaikum..

Terkekek gelak tengok video budak kecik ni. Video anak buah yang gedik sangat. Eeii, geram tau tengok. Hamim Wajdi yang dah pun memasuki 11bulan. Video ni direkod kira-kira 3bulan lepas kalau tak silap.

Jom layan budak kecik ni mengekek..



Memang gedik kan si budak laki Hamim Wajdi ni. Mengekek je tengok. Suka kucing? Fulaweiii, sabar jelah tengok Hamim ni. Maklumlah, aku kan takut sangat dengan kucin'


10 Apr 2013

Silence Day of The Wednesday | Tidur Sempurna

Assalamualaikum..

Alololoo.. bestnya kena dodoi

sumber : fb (terima kasih sayang)

8 Apr 2013

When I Smile To U, Pls Smile Back To Me

Assalamualaikum..

Apa pun yang terjadi, seteruk mana pun ia, sebesar mana pun dugaan hari ni, selaut mana pun lautan api menghempas, sehebat mana pun tiupan angin... aku perlu  kembalikan senyuman itu.  Walau pahit tetap jua harus ku telan. Manis tanpa gula...

saya tau saya comel.. tapi untuk hari ni jelah. kekeke

saya senyum, mohon awak senyum semula pada saya. Adakah saya terlalu demand kalau mengharapkan awak balas senyuman saya??

~saya okeylah awak... marah? nope. i'm just confuse. why? why? why?