Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Carta Pertumbuhan Gigi Bayi. Show all posts
Showing posts with label Carta Pertumbuhan Gigi Bayi. Show all posts

19 Feb 2016

Budak Gigi Jarang

Assalamualaikum..

Budak Sarah ni jarang senyum. Pendek kata memang susah nak senyum, muka masam sokmo. Serius dan memang orang akan cakap aishhh sombong nau budak kecik Sarah ni. Tapi kalau ditenung-tenung, dirisik-risik sekali dia senyum... melting okey, boleh cair kome tau.

Dah masuk setahun ni, dah makin besar Alhamdulillah. Dah murah dengan senyuman. Mudah tersenyum persis malu tapi mahu tu. Yes, Malu tapi mahu!

Jangan tak tahu, gigi atas dia sekarang ni baru ada 2 batang. Gigi kapak okey. Dan yang  paling best, gigi kapak yang jarang! Mama rasa boleh muat satu lagi gigi kat tengah tu...

Tak percaye?? Try ler kome zoom gambor bawah ni. Hihihi, comei sangat la Sarah mama ni! Ok, bye..

7 Jan 2016

10 Bulan Setengah 3 Batang Gigi

10 Bulan Setengah 3 Batang Gigi |


Assalamualaikum..

Seronoknya mama! Dalam entri lepas, baru je cerita yang Sarah tak tumbuh-tumbuh gigi lagi walaupun dah cecah 9 bulan. Basa SINI. Alhamdulillah, sekarang ni Sarah dah ada 3 batang. 2 gigi bawah dan 1 belah atas. Comel pulak bila tengok yang atas tu satu aje yang dah keluar. Sebelah lagi tu baru nak keluar agaknya.
Marah betul kalau suruh tunjuk gigi
Punyalah susah kalau orang nak tengok atau usik gigi dia. Marah! Jangan la nak sentuh-sentuh, dia ketap dan tutup mulut tu kuat-kuat. Silap-silap boleh meradang budak tu. Dahla jenis muka selamba je. Nak tunggu dia senyum fuhh punya lah payah. Sabar jelah nak oiii.


Gigi sebelah bawah yang tumbuh dulu. Dah tegak mencacak naik, baru la papa dia perasan yang Sarah dah ada gigi. Pandai dia sembunyikan dari pengetahuan papa ye... Hihi, mama memang dah tau dah. Yelah, dah kita yang mengasuh dia kan,mestilah semua perkembangan dia mama pantau. 

Semoga terus berkembang dengan baik ye Sarah. Punya gigi cantik berseri bak berlian! Haha

24 Nov 2015

Belum Tumbuh Gigi

Belum Tumbuh Gigi |


Assalamualaikum..

Sarah dah cecah 9bulan. Uhhh, cepat betul masa berlalu. Tup tup besar dah dia. Makin hari macam biasa makin banyak ragam dia. Pelik-pelik budak ni tau. 
Cuma yang paling ketara, Sarah tak tumbuh gigi pun lagi. Sebatang pun tak mandang bak kata orang Perak! Owh, bila la mu nak keluar ni wahai gigi?? Huhuhu, mama pulak yang tak sabar ni Sarah. Takde gigi tapi nak makan gaya orang besar. Bubur cair-cair, nestum halus-halus ni dah tak mau telan. Nak makan benda yang boleh dikunyah. Yelah Sarah, mama layankan je. Janji hang makan molek-molek ye Cik Sarah.
Tok hang kata maybe tak cukup kalsium kot tu pasai hang lambat tumbuh gigi. Errm, maafkan mama ye sebab mama tak ambil berat pasal hal ni. Mama tak tahu yang sepatutnya dari seawal mengandung lagi dah kena amalkan pemakanan sihat untuk keperluan kalsium yang cukup. Lepas bersalin dalam tempoh berpantang baru lah mama sibuk-sibuk nak minum susu kambing.
pinjam kat pakcik google je pic ni
Sekarang ni barulah mama tergerak nak ambil suppliment untuk tambah kalsium. Baru je mula amalkan produk Shaklee Ostematrix. Moga-moga ianya dapat membantu kami anak beranak sihat tulang kuat. Amin...

Kepada yang sedang hamil tu, jangan lupa minum susu ye. hihi..

*entri ni dah seminggu tersimpan dekat draf hampir sebulan dah.