Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Cara Terbaik Ibu MengandungTidur. Show all posts
Showing posts with label Cara Terbaik Ibu MengandungTidur. Show all posts

20 Oct 2014

Posisi Tidur Terbaik Untuk Ibu Mengandung

Posisi Tidur Terbaik Untuk Ibu Mengandung |

Assalamualaikum,.
Ramai wanita mengandung bermasalah untuk mendapatkan keselesaan ketika tidur. Lebih-lebih lagi bila perut dah semakin membesar. Sekejap pusing kekiri,sekejap ke kanan.. pun belum tentu selesa untuk tidur. Bagi yang memang dah terbiasa tidur secara melentang atau meniarap sebelum ni makin bermasalah lah untuk tidur sewaktu hamil ni.
Tidur secara melentang semasa mengandung boleh meningkatkan risiko sakit belakang dan buasir, masalah penghadaman, pernafasan dan pengaliran darah malah tekanan darah rendah. Tidur melentang memberi tekanan pada bahagian abdomen, pastinya memberi rasa senak dan sukar bernafas.

Posisi tidur yang terbaik bagi ibu mengandung adalah posisi mengiring (sleep on side). Belajar dan berlatihlah untuk tidur secara mengiring kiri atau kanan. Tidur mengiring tidak mengganggu peredaran darah malah lebih banyak nutrien dan oksigen dapat dihantar kepada bayi didalam rahim. Ia juga membantu buah pinggang mengkumuhkan bahan buangan dan cecair daripada badan dengan lebih efisien, serta mengurangkan bengkak di buku lali, tapak kaki dan tangan.

Cuba tidur mengiring dengan memeluk bantak yang diletakkan di celah kaki. (Kembali semula ke posisi ini jika terjaga di tengah malam dan mendapati tidur dalam keadaan meniarap atau menelentang). Boleh juga beli beberapa bantal khas untuk ibu mengandung, malah bantal biasa juga boleh digunakan. Susun bantal di celah kaki, di bawah perut, dan di belakang badan untuk lebih keselesaan dan sokongan tambahan.

Dalam banyak kajian menunjukkan risiko bayi mati dalam rahim bagi wanita yang tidur secara mengiring adalah rendah berbanding wanita yang tidur secara posisi lain. Kesan meniarap atau terlentang semasa tidur menyebabkan darah yang membawa oksigen dan nutrien tidak sampai kepada bayi dalam rahim dan menyebabkan kandungan mati.
Jadi berhati-hatilah memilih posisi tidur yang sesuai semasa kehamilan ni. InsyaAllah, moga Allah permudahkan segala ujian dan nikmat ni.