Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Cara Mengatasi Masalah Bau Badan. Show all posts
Showing posts with label Cara Mengatasi Masalah Bau Badan. Show all posts

4 Apr 2013

Cara Mengatasi Masalah Bau Badan

Assalamualaikum..

Berbalik kepada entri terdahulu Mengapa Bau Badan Lelaki Lebih Kuat Berbanding Wanita. Okey, dibawah ni ada beberapa tips dan cara bagaimana untuk mengatasi masalah bau badan.

Rajin Mandi
     Mandi adalah langkah awal yang baik untuk mengatasi masalah bau badam selain mencuci pakaian. Mandi dengan pancuran lebih baik jika dibandingkan dengan berendam kerana ketika air memancar, lebih banyak kotoran dan bakteria terbuang dari badan dengan aliran air yang konsisten.

Pakai Deodoran/Antiperspiran
     Sejumlah deodoran hanya menutup bau badan tetapi sebahagian lain ada yang berfungsi memerangi bakteria. Deodoran yang palingefektif adalah uang mengandungi bahan-bahan aktif. Antiperspiran bekerja dengan cara menyumbat kelenjar peluh, jadi bakteria tidak dapat berinteraksi dengannya. Sabun antibakteria juga membantu membunuh kuman-kuman.

Nutrisi Yang Tepat
     Mengurangkan pengambilan kafein membantu mengurangkan bau badam. Kopi,kola, coklat dan makanan lain yang mengandungi kafein berperanan terjadinya bau badan kerana ia merangsang kelenjar peluh apokrin. Bakteria sangat suka peluh yang banyak mengandungi lemak. Banyakkan minum air bagi menjaga kelenjar peluh ekrin agar tetap aktif dan ini bagi mengurangkan peluh apokrin yang pada akhirnya meminimumkan bau badan.

Asid Boric
     Salah satu produk terbaik untuk mengatasi bau badan ialah asid boric. Bahan ini murah dan fungsinya cukup baik untuk mengatasi bau badan. Hanya sapukan pada bahagian ketiak setelah mandi. Asid boric akan melambatkan penyebaran bakteria. Jangan gunakan terlalu banyak bahan ini kerana ia aka menyebabkan iritasi/kerengsaan.

Terapi Lain
     Jika bau badan tidak dapat di atasi juga walau telah mencuba pelbagai cara diatas, ada sejumlah produk yang dapat mengatasinya tetapi atas nasihat doktor. Perlu diingatkan bahawa munculnya bau badan yang berlebihan boleh disebabkan jangkitan kulat.


Mengapa Bau Badan Lelaki Lebih Kuat Berbanding Wanita

Assalamualaikum..

Mengapa bau badan lelaki cenderung lebih kuat berbanding wanita? Salah satu alasan mengapa bau badan lelaki lebih kuat adalah kerana kadar testosteron yang lebih tinggi. Hormon ini mempengaruhi pengeluaran peluh apokrin. Selain itu, umumnya lelaki kurang menjaga kebersihan jika dibandingkan dengan wanita, walaupun bukan semua yang bersifat begiti namun kekerapan mandi dan menjaga kebersihan tubuh juga memainkan peranan terhadap bau badan seseorang lelaki.

Lelaki muda biasanya mengeluarkan bau badan yang lebih kuat namun wanita juga menghasilkannya. Jadi semuanya tergantung kepada tahap kebersihan seseorang individu. Selain itu sifar lelaki yang cenderung mengenakan pakaian yang sama untuk jangka lebih lama, tanpa dicuci terlebih dahulu menjadi faktor mengapa bau badan kaum lelaki lebih menyengat. Meskipun tubuh bersih tetapi pakaian kotor, badan anda tetap akan berbau.

Alasan lain mengapa lelaki cenderung mengeluarkan bau badan lebih kuat berbanding wanita adalah kerana umumnya lelaki lebih aktif berbanding wanita. Wanita juga jarang bersenam berbanding kaun lelaki. Pelari lelaki cenderung lebih kuat berpeluh kerana pori-pori pada kulit terbuka ketika melakukan senaman. Jadi tidak hairanlah jika kaum lelaki yang banyak melakukan aktiviti fizikal cenderung lebih kuat bau badan mereka.

Jom baca cara mengatasi masalah bau badan pula


~tapi lelaki sekarang dah advance malah lebih hebat dari wanita. banyak yang lebih bersifat metroseksual yang seringkali menjaga penampilan diri. Kan?