Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Cabaran Oktober. Show all posts
Showing posts with label Cabaran Oktober. Show all posts

6 Oct 2015

#Cabaran InstaBlog 7 Hari EFGKBBA (Day6)

#Cabaran InstaBlog 7 Hari EFGKBBA (Day6) |


Assalamualaikum..

Masa sarapan memang kebiasaan tak ambil yang berat-berat. Tapi kalau nak cerita masa belajar dulu memang jarang kot breakfast ni. Padahal penting okey sarapan ni. 
Sarapan la yang akan bagi kita tenaga untuk bekerja di siang hari tu. Kalau takde tenaga macamana nak kerja kan. Lagi-lagi bagi ibu yang menyusu badan, penting sangat untuk topup makan minum untuk diri sendiri, susu dan baby kita. 

Menu wajib kita setiap hari tentunya.... 
Susu kambing Wildan dan juga 2 keping roti bakar! Kalau tak roti kadangkala nestum/oat. Tapi susu kambing memang wajib ambil setiap hari. Menu berat yang lain mee, bihun, nasi goreng, nasi lemak tu ada jugak tapi jarang-jarang.. Hehehe, kalau masak dapat la makan kan =)


5 Oct 2015

Cabaran InstaBlog 7 Hari EFGKBBA (Day5)

Cabaran InstaBlog 7Hari EFGKBBA (Day 5) |

Assalamualaikum..

Haa, tentang drama tv atau movie feberet ni macam best je nak menulis sebenarnya. Maklumlah sebelum-sebelum ni I is kaki drama. Tapi sejak-sejak dah beranak ni, terus terang cakap memang takde masa nak melekat depan tv sangat. Kalau rajin melayan pun jam 7malam Isnin hingga Khamis waktu drama Akasia TV3. Hahaha, nak jugak promote free tv3 tu eh.
#Cabaran InstaBlog 7 Hari EFGKBBA

Kalau nak difikirkan drama atau muvie feveret ni, kita suka drama bersiri kat AXN. Cerita orang putih okey... hahaha, tapi serius memang suka sangat-sangat cerita ni. Sanggup follow dari season 1 sampai la season 5 (yang ni kena tengok online sebab kat AXN Malaysia belum release lagi rasanya). 
Yeahhh, I love this tv series!
Commander McGarrett.... ohhh haaa, Aloha!

#Cabaran InstaBlog 7 Hari EFGKBBA (Day4)

#Cabaran InstaBlog7 Hari EFGKBBA (Day4) |

Assalamualaikum..

Saya jenis kuat makan. Jadi freezer ke peti ais ke dapur ke memang akan selalu dijelajah. Nak buat camne perut ni selalu sangat lapar sejak-sejak dah bersalin ni kekuatan makan tu fuhh semangat sungguh!
Kalau kat freezer senangcerita yang kita cari adalah aiskrim. Kadang kalau aiskrim dah habis pun sibuk jugak nak bukak, mana la tau kan tetiba ada magik datang balik aiskrim tu kan..

#Cabaran InstaBlog 7 Hari EFGKBBA

Ni la benda yang kita suka....


Konon lepas bersalin ni nak pantang ais setahun tapi tang aiskrim, uhukkk terbabas jugak. Bukan selalu tapi kadang-kadang yang boleh dikategorikan 'selalu' gak la. Hahaha,

1 Oct 2015

Cabaran InstaBlog 7 Hari EFGKBBA

Cabaran InstaBlog 7 Hari EFGKBBA |

Assalamualaikum..

Terasa nak sahut pulak Cabaran Oktober yang akan bermula hari ni. Almaklumlah, kalau tak sahut tak berupdate lah nampaknya blog usang ni. 

Cabaran InstaBlog 7 Hari EFGKBBA
1. Selfie Paling Comel
2. Ada Apa Dalam Wallet Anda?
3. Perkara Wajib Buat Setiap Hari
4. Apa Anda Selalu Cari Dalam Freezer?
5.Drama Tv/ Movie Feveret
6. Breakfast Wajib Anda
7. Gadget Tercinta

Syarat Penyertaan : (Nampak macam boleh la...)
1. Terbuka kepada semua yang ada blog dan instagram.
2. Update di blog dahulu.
3. Masukkan gambar yang berkaitan dengan cabaran dan karang ayat menarik yang tak terlampau pendek atau tak terlampau panjang.
4. Share gambar blurr di instagram
5. Buat caption yang menarik igers untuk masuk ke blog anda
6. Masukkan hashtag #CabaranInstaBlog7HarieFGKBBA  #EFGKBBA #ExchangeFedGroup #KelabBloggerBenAshaari
7. Blogwalking ke setiap blog yang join Cabaran ini dengan meninggalkan komen menarik. 
8. Follow blog sekiranya belum follow dan mention yang anda baru follow. 
9. Tajuk mesti ada keyword "Cabaran 7 Hari" untuk memuahkan pencarian di google.

Selamat menyahut cabaran & happy blogwalking!

Bagus jugak kadang ada cabaran gini. Yang dah malas ni kadang bila tengok blog rasa sayang je kosong camtu (padahal setiap hari berlambak cerita nak dikongsi tapi alamak.... penyakit M tu ada je bila baru start menulis). Dah lama sangat tak ber blogwalking. Jom!