Assalamualaikum..
Salam untuk semua. Alhamdulillah, sejuk perut mak mengandung kan bila anak yang 17tahun lalu dalam perut sekarang ni membesar dengan baik, jadi anak yang bijak dan terpilih menjadi salah seorang yang terpilih. Alhamdulillah..
Salam untuk semua. Alhamdulillah, sejuk perut mak mengandung kan bila anak yang 17tahun lalu dalam perut sekarang ni membesar dengan baik, jadi anak yang bijak dan terpilih menjadi salah seorang yang terpilih. Alhamdulillah..
Ingat lagi tak entri sebulan dua yang lalu ketika keputusan SPM 2012 diumumkan. Boleh baca kat SINI. Syukur kerana Allah bagi nikmat tu dan sekali lagi kesyukuran kerana my adik Muhammad Amin berjaya mendapat tawaran biasiswa JPA-Mara untuk menyambung pengajian. Dan tak sangka dapat Amerika Syarikat.
Tempoh persediaan selama 2tahun (24bulan) di Intec Shah Alam sebelum boleh ke sana. Moga-moga dia berjaya menghadapi perjalanan hidup yang panjang dan agak mencabar selepas ni. (Budak ni ikut dan kepala dia je, bukan nak kira orang lain) Hailaaaa.. hahaha,
Errrk, sebelum terlupa. Tahniah kepada adik-adik lain yang terpilih jugak. Sememangnya anda hebat. Mana-mana yang tak terpilih tu, jangan putus asa. Kat mana sekalipun kita belajar tu bukanlah utama, Yang penting bagaimana kita memanfaatkan segala ilmu yang diajar dan yang dimilik untuk membantu diri, keluarga, agama dan negara.. Ingat, proses pembelajaran tu takkan pernah selesai walau dimana dan berapa umur kita sekalipun.
p/s: nak tau apa rahsianya? nanti InsyaAllah akan cuba dikongsikan bersama..
