Assalamualaikum..
Bajet 2014 : GST Bakal Dilaksana 2015 |
Kerajaan akan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April, 2015 pada kadar enam peratus. Menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan, ia adalah sistem cukai yang adil dan menyeluruh yang memanfaatkan semua rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini. Beliau berkata GST akan dikuatkuasakan 17 bulan daripada hari ini dengan kadar enam peratus itu antara yang paling rendah dalam kalangan negara-negara ASEAN.
"Perlu saya tegaskan bahawa GST bukanlah cukai tambahan baharu," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan. Sebaik dilaksanakan, Najib berkata cukai tunggal atau GST itu akan membolehkan kerajaan menangani kelemahan dalam sistem percukaian sedia ada.
"Lebih 160 negara di dunia telah melaksanakan GST. Ini jelas menunjukkan bahawa GST terbukti sebagai satu sistem cukai yang telus, berkesan dan adil.
"Majoriti negara-negara dunia itu tidak akan melaksanakan GST jika ia memudaratkan rakyat dan negara," kata beliau.
Beliau berkata kerajaan percaya ini adalah masa terbaik untuk melaksanakan GST dengan kadar inflasi yang rendah dan terkawal. Pada masa ini, kadar inflasi adalah rendah pada dua peratus. Beliau berkata GST tidak akan dikenakan ke atas bahan makanan asas seperti beras, gula dan tepung serta bekalan air paip.
Ia juga tidak akan dikenakan ke atas perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan dan 200 unit pertama bekalan elektrik sebulan untuk pelanggan domestik.
Sementara itu, perkhidmatan pengangkutan, tol lebuh raya, pelajaran serta perkhidmatan kesihatan dikecualikan daripada GST.
Jual beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan yang terpilih dikecualikan daripada GST.
"Dengan pelbagai pakej istimewa yang disediakan oleh kerajaan, tentunya tiada pihak akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang dan
perkhidmatan sewenang-wenangnya. Harga barang akan sentiasa dipantau. Kerajaan akan menerbitkan risalah harga barang dan perkhidmatan yang boleh digunakan untuk membuat perbandingan harga," jelas Najib.