Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Bayi Sukar Tidur Siang. Show all posts
Showing posts with label Bayi Sukar Tidur Siang. Show all posts

29 Jun 2015

Perkembangan Baby Sarah 4 Bulan

Perkembangan Baby Sarah 4 Bulan |

Assalamualaikum..
Alhamdulillah syukur. 15 June 2015 yang lalu genap Nur Sarah Alya 4 bulan. 2 hari selepas tu rutin kebiasaan setiap bulan melawat klinik kesihatan untuk check up. Result kali ni tak berapa nak memberangsangkan. Graf perkembangan Sarah tak cantik. Border line je. Masih ada peningkatan cuma tak berapa nak naik berat si Sarah ni.

Bulan lepas (3 bulan) berat Sarah 4.7kg dan dah 4 bulan ni bila timbang alahaii hanya 5kg je. Naik 300gram je sedangkan Sarah fully breastfeeding. Pulak tu kuat menyusu, kejap kejap nak susu je. Seharusnya berat tu naik banyak la kan.

*Berat-5kg *Tinggi-58cm *Lilitan kepala-38cm

Nak kata frustrated tu idakkk ler. Tapi sedikit sebanyak terasa la jugak kan. Bila tengok anak orang amboi kemain montel chubby je. 2-3bulan pun dan semangat naik berat badan. Anak kita macam tak cukup makan pulak. Macam-macam la hinggap kat kepala otak ni. Tapi pastu cuba think positive way. 

Nurse suruh ubah rutin Sarah ni. Sebab dah menjadi kebiasaan Baby Sarah aktif sangat-sangat disiang hari ditambah dengan ketidakmahuan dia untuk tidur secara baik waktu siang. Menurut nurse, baby perlu tidur waktu siang sekurang-kurangnya 2jam untuk membentuk jisim otot bayi. Waktu yang disarankan tengahari. Start dalam pukul 11 dan keatas tu dah cantik sangat la. Wajib tidur katanya. No wonder la Baby Sarah ni tak naik berat pun sebab asyik nak main je waktu siang. Tidur tak nak, asal suruh baring je mengamuk sedangkan mata dah mengantuk.

Alhamdulillah, sejak balik dari klinik (untuk seminggu awal puasa ni) mama cuba ubah rutin Sarah. Cuba ikut apa yang disarankan pihak klinik. Nampaknya berjaya. Berjaya buatkan Sarah tidur siang dan lebih dari 2jam yang sepatutnya. Mama nak maintain supaya Sarah berjaya seimbangkan waktu tidur dan waktu main dia. Menyusu tetap pasti la. 

8 Jun 2015

Formula Menidurkan Baby Sarah Siang Hari

Formula Menidurkan Baby Sarah Siang Hari |

Assalamualakum..

Alhamdulillah. Syukur diri ini masih lagi diberi kekuatan untuk menjaga buah hati Nur Sarah Alya ni. Satu perkara yang agak memenatkan bila sikecik ni payah sangat nak tidur siang. Buat lah macamana pun, tetap jugak dia nak berlawan mata tu walau hakikat memang dah mengantuk sangat. Dan akhirnya terpaksa melayan kisah mengamuk dia. Uhukkk, bila jadi camni benda penting yang selalu sematkan dalam kepala 'Sabar!'
Ni gambar minggu lepas. Lady Boss!
Hari ni, lepas zohor ni saja bawak Sarah tidur dalam bilik dan On Acond. Macam biasa la, mengantuk tu memang dah siap ada. Tapi energy si Sarah ni memang luar biasa. Mengantuk pun tetap tak mahu pejam mata tu. Owh anakku, mama penat sayang. Cuba selimutkan dia, maklumlah sejuk kan. Habis ditendangnya selimut tu. Bawah kaki la selimut tu mendarat akhirnya. 

Toing! tiba-tiba mama dapat idea. Mama nak bungkus anak mama ni. Bedung kaki tangan dia dengan selimut yang sedia ada tu. Terkebil-kebil jugak si comel Sarah ni mula-mula. Yelah dah berbulan-bulan maa tak bedung dia sejak dalam pantang lagi. Dari dulu dia bukan suka kena bedung. Kalau bedung pun sekejap je, elok pastu tangan dah keluar. 

Kali ni mama tak bagi peluang. Macam-macam eksperimen dah mama buat nak menidurkan dia siang hari. Semua tak jalan. Untuk hari ni alhamdulillah, menjadi pulak. Mama bedung dia dalam selimut, Ketat tak ketak la. Masih mampu jugak dia bergolek, maklumlah Sarah sekarang ni dah expert meniarap. Pelan-pelan mata dia mengecil. Dan elok pejam tidur sendiri, lagi mama tepuk montot dia lagi sedap dia tidur sambil alunan zikir munajat kat youtube. Alhamdulillah.   

Nanti mama nak cuba lagi. Masa main kita main,masa minum kita minum susu, masa tidur baby kenalah tidur.. okey sayang!