Assalamualaikum..
Malaysia XI vs FC Barcelona. 10 Ogos 2013. Satu lagi pertembungan menarik malam ini menyaksikan Malaysia selaku tuan rumah berdepan dengan jaguh handalan Catalan. Pasukan Barca yang memilih Malaysia dalam Jelajah Asia pra musim 2013/2014 tentunya mahu melakar satu lagi keputusan hebat setelah membelasah Pasukan Kebangsaan Thailand 7 gol berbalas 1 pada 07 Ogos 2013 yang lalu.
Perlawanan malam ini bakal berlangsung di Stadium Shah Alam selepas pasukan mereka memilih untuk menukar vanue perlawanan di saat-saat akhir kerana keadaan padang yang tidak begitu baik dan teruk di Stadium Nasional Bukit Jalil. (Actually memang betul pun kan, memang teruk pun keadaan padang SNBJ tu). Siaran Langsung melalui TV3 dan Astro Arena 801
Agak-agak mampu tak player kita mengekang kemaraan pasukan Barca nanti ni?? Harap-harap pemain kita mampu beri saingan dan jangan jadi pasukan belasah pasukan jaguh handalan dunia ni. Aku memang penyokong Barca but in the mean while mengharapkan tanahairku Malaysia tetap tenang dan tak mudah goyah dengan setiap serangan yang mendatang. Thailand yang hebat pun kena gula-gula je dengan Barca, Malaysia apatah lagi kan. (Walaupun hanya sekadar perlawanan persahabatan)..
Apa-apa pun, all the best untuk Malaysia all stars. Do the best, yang penting buktikan yang Malaysia Boleh!
