Assalamualaikum..
Dalam sebuah hadis, Luqman bin Hakim menceritakan pada suatu hari seorang lelaki datang bertemu Rasulullah kerana ingin memeluk Islam. Lelaki berkenaan memang terkenal dengan kejahatannya, sering merompak, berjudi dan meminum minuman keras.
Dihadapan Rasulullah, dia memeluk Islam dan kemudian berterus terang, "Ya tuan, sebenarnya saya selalu berbuat dosa dan sukar meninggalkannya."
Lantas balas Rasulullah, "Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?" dan si lelaki menjawab, "Ya, saya janji."
Dalam perjalanan pulang selepas bertemu Rasulullah, lelaki itu berfikir-fikir, "Alangkah beratnya aku hendak meninggalkan kebiasaany jahat ayng telah aku lakukan sebelum ini seperti yang dikehendaki Rasulullah."
Bagaimanapun kata hatinya itu memberikan hikmah kerana setiap kali dia terdorong untuk melakukan kejahatan, akan ada suara hatinya yang mengejek, "hei! Berani kau buat jahat? Kalau Rasulullah bertanya, apa hendak dijawab? Berani kau berbohong dengannya?"
Begitu juga setiap kali hatinya cenderung melakukan kejahatan, dia akan ingat pesanan Rasulullah dan hatinya segera berbisik, "Kalau aku berbohong pada Rasulullah beerti aku mengkhianati janji padanya. Sebaliknya, jika aku bercakap benar aku akan menerima hukuman sebagai seorang Muslim. Tuham memang dalam pesanan Rasulullah itu ada hikmah sangat berharga!"
Sejak itu, kehidupan lelaki itu berubah. Dia membuat hijrah besar dalam meninggalkan semua tabiat buruk dan melakukan amalan kebajikan.