Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Alam Semulajadi. Show all posts
Showing posts with label Alam Semulajadi. Show all posts

30 Dec 2013

Ikan Masuk U

Assalamualaikum..

Ikan masuk U? Iye, serius nak habaq ni. Ikan masuk U.. glamer betul #ikan terubuk masin tu tau..





Hehehehe.. #hanya di Sarawak

6 Oct 2013

Cara Kekalkan Air Kolam Ikan Bersih

Assalamualaikum..

Penyelenggaraan kolam ikan penting supaya kebersihannya sentiasa terpelihara.

Penataan taman kurang lengkap tanpa adanya elemen landskap kejur. Seperti contoh pembiakan kolam ikan pada sudut taman menambahkan pesona visual yang dilihat. Tetapi, ramai yang tidak tahu cara penjagaan yang sesuai bagi memastikan air kolam ikan terus terpelihara kebersihannya.


Berikut beberapa panduan yang dapat dikongsi tentang penyelenggaraan kolam:
  • Bagi memastikan kolam kekal dengan penyelenggaraan minimum, apa kata tanam tanaman akuatik merangkumi anggaran ruang satu pertiga daripada keluasan kolam. Penanaman tanaman dalam kolam penting untuk mengawal keseimbangan kadar ammonia dan nitrat dalam air. 
  • Pastikan kolam anda mempunyai penapis untuk memastikan air tidak cepat keruh dan berbau yang boleh menyebabkan pertumbuhan kulat dan lumut. 
  • Penapis air perlu dicuci sebaik-baiknya seminggu sekali untuk memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan bersih.
  • Gunakan bahan pencuci dengan kadar pekatan sederhana jika anda mahu mencuci kolam. Keadah berkenaan dapat membantu mengurangkan kesan bahan pencuci yang dikhuatiri membunuh hidupan air.
  • Kesihatan tumbuhan dan ikan bergantung kepada berapa kerap anda membersih dan menyelenggara kolam, jadi buat satu jadual rutin pembersihan kolam secara berkala.
  • Tidak perlu risau dengan keadaan lumut dengan keadaan terkawal. Lumut yang menghijau menjadikan landskap nampak lebih hidup.

#info laman

2 Jun 2013

Mengidam Tebu

Assalamualaikum..

Hai sahabatku semua... ni cerita semalam petang. tak tahu lah nape tiba-tiba boleh pulak teringin nak makan tebu. Kat luar kiri kanan rumah memang mak ada tanam tebu. Tinggi-tinggi je mencacak langit. Mungkin sebab dah selalu sangat nampak, jadinya teringin nak makan.


Tanya kat mak petang semalam, "nak makan tebu boleh mak?" selamba je mak jawab ambik sendiri. Hohoho, dah dapat green light pe lagi bawak pisau kapak tu g la tetak si tebu tu. Hahahaha, kesian kat aku sebab tak reti nak cabut tebu tu camne.. (nampak sangat tak pernah berkebun kat luar) Tapi orang cakap nak seribu daya, tak mau seribu dalih kan.. Akhirnya, rezeki tu Allah tetap beri. Alhamdulillah, merasa lah jugak makan tebu. Ermm, sedap....

Terlupa nak tanya, awak-awak suka makan tebu??

24 Apr 2013

Silence Day Of The Wednesday | Airglow

Assalamualaikum..

source : APoD -google+

#Subhanallah..Maha Suci Allah