Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label Alahan Semasa Mengandung. Show all posts
Showing posts with label Alahan Semasa Mengandung. Show all posts

29 Sept 2014

Tanda-Tanda Awal Kehamilan

Tanda-tanda Awal Kehamilan |

Assalamualaikum..
Bagaimana nak ketahui yang kita sedang berbadan dua? Lagi-lagi bagi mereka yang pertama kali mengandung. Pastinya tak ada pengalaman lagi. Pulak tu jika kehamilan tu berlaku di awal tempoh perkahwinan. Macam yang berlaku pada Aima dan suami. 
Dan kenapa pentingnya untuk kita mengetahui dan prihatin dengan tanda-tanda kehamilan ni. Sebab ada je yang tak tau diri tengah mengandung tup-tup tetiba keguguran. Makan tak jaga, badan tak jaga buat kerja berat, aktif dan sebagainya. 
Boleh baca kat bawah ni apa yang kebiasaannya terjadi dan menjadi tanda-tanda seseorang itu hamil. Apa yang dikongsi ni banyak terjadi kepada Aima sendiri, berdasarkan pengalaman yang ditempuhi baru-baru ni.
Lewat atau Tak Datang Haid
Yang ni memang ketara sangat. Maklumlah Aima jenis yang kitaran haidnya tetap setiap bulan. Sebelum berkahwin elok je datang period ni. Paling teruk pun lari sehari dua dari tarikh biasa. Tapi bila berkahwin, haid tak datang-datang. Memang susah hati waktu tu, Aima ambil masa lebih sebulan jugak la untuk pengesahan mengandung ni. Sebaiknya, bila dah terlewat beberapa hari dari tarikh period tu, dah boleh buat pregnancy test dah untuk kesahihan.
Payudara Sakit dan Bengkak
Haa, yang ni memang akan dirasai oleh hampir keseluruhan ibu mengandung. Payudara akan mula rasa sakit, tegang dan berdenyut-denyut. Rasa sensitif sangat kat bahagian tu lagi-lagi bahagian puting. Maklumlah badan mula nak menyedia dan mempersiapkan bekalan yang cukup untuk pengeluaran susu nanti.
Kerap Buang Air Kecil
Memang boleh rasa sangat perubahan bila mengandung ni. Sekejap-sekejap nak buang air kecil. Lagi-lagi waktu tidur malam. Perkara ni berlaku sebab bilamengandung ni dia akan menekan pundi kencing kita, tu yang kerap dan mudah sangat nak buang air.Jadi, kena la selalu minum air untuk menggantikanbalik air yang dah hilang dari badan tu. Aima memang prefer minum air suam (walaupun dalam tempoh tak sampai sejam selepas minum akan melawat tandas sampai 3-4kali).
Rasa Lesu dan Kerap Letih
Masa mengandung ni, tubuh si ibu memang mudah letih, kadangkala lesu je. Kalau boleh rasa nak tidur je sepanjang hari. Aima sendiri awal-awal dulu memang macamni. Waktu bekerja siang aktif sangat, tapi bila balik rumah..rasa nak baringdan tidur sepanjang masa. Tapi ada je ibu-ibu mengandung yang aktif, tak rasa penat sangat sepanjang mengandung. Benda-benda bergantung pada setiap individu. Takkan pernah sama.
Sensitif dan Emosi Berubah-Ubah
Ahha, yang ni seringkali terjadi dikalangan kita. Macam bila kita datang bulan tu. Sekejap okey,sekejap nak marah je kerjanya. Yang merajuk tak payah cerita la. Tau-tau je dah menangis meleleh airmata. Emosi tak stabil kan. Suami-suami mungkin boleh perasan tentang perubahan ni. Tapi, dalam keadaan apa pun si suami kenalah bersabar dengan ketakstabilan emosi isteri. Prihatin dengan keadaan isteri, insyaAllah akan dapat membantu menambaik mood isteri mengandung ni.
Masalah Sembelit
Awal-awal mengandung dulu Aima pernah la jugak merasa masalah sembelit ni. Tapi takde la kritikal. Kalau sebelum ni biasa buang air besar setiap hari,bila dah mengandung ni agak susah sikit nak membuang. Alhamdulillah bila dah masuk trimester kedua, dah back to normal. Cuma mungkin perkara ni akan berulang lagi nanti lagi-lagi biladah makan ubat.
Loya dan Muntah/Mual
Kebanyakkan ibu mengandung akan merasa loya dan mual. Rasa nak muntah je. Perkara ni normal bagi proses kehamilan ni. Jangan takut nak makan sebab risau akan muntah-muntah. Cuba sedaya upaya makan juga. Jangan biarkan perut kosong. Bila perut kosong lagilah kita akan rasa loya dan mual. Kebiasaannya loya dan muntah-muntah ni akan berkurangan bila memasuki trimester kedua. Jadi bersabarlah, insyaAllah kita dan baby kuat nak tempoh alahan ni.
Suhu Badan Tinggi
Perubahan yang ni memang berlaku pada tubuh badan Aima. Suami sendiri selalu tegur bila sentuh badan panas sedangkan diri dia sejuk. Benda ni memang tak mampu nak dikawal la. Dah dia nak panas kan, nak buat lagu mana. 
Mungkin ada banyak lagi tanda dan perubahan yang berlaku bila diri seorang wanita ni mengandung. Aima sekadar berkongsi pengalaman dan perubahan yang Aima sendiri rasai masa awal-awal mengandung dulu. Sama-sama kita jaga diri,jaga kandungan insyaAllah semuanya akan okey. 
Kepada yang dah mula merasai perubaha-perubahan yang disebutkan tu, cepat-cepatlah ke klinik untuk pengesahan. Jangan lupa buat kad merah jambu sekali ye. Jangan jadi macam Aima yang kena bebel dengan nurse sebab 14minggu baru terkedek-kedek nak jengah Klinik Kesihatan.
Wassalam.
   

22 Sept 2014

Alahan Semasa Mengandung

Alahan Semasa Mengandung |

Assalamualaikum..
Bercerita tentang wanita mengandung dan alahan tentunya takkan dapat dipisahkan. Ada yang alahan biasa-biasa je, ada yang teruk sangat sampai tak larat nak bangun. Ada jugak yang alahannya sampai ke 9bulan. Yang paling bertuah sepanjang mengandung, relaks je langsung tak mengalami alahan seperti kebanyakkan mommy to be ni.
Mengandung anak pertama ni, merasa jugaklah alahan yang selama ni hanya didengar. 3bulan trimester pertama mengandung ni memang sungguh-sungguh mencabar. Bukan hanya diri sendiri je, tapi cabaran besar buat si suami yang sedikit sebanyak mengalami tekanan melayan kerenah dan perubahan si isteri.

Loya dan Muntah
Alahan loya dan muntah ni memang tak mampu nak dihindar. Lebih-lebih lagi Aima melalui trimester pertama tu ketika bulan puasa. Ya Allah, memang sunguh-sungguh hebat ketika tu. Puasa? rasanya tak sampai separuh pun yang berjaya dilalui. Selebihnya terpaksa pecah telur ayam. Loya dan muntah ni kemungkinan besar berlaku sebab masa tu memang langsung takde selera makan, tak lalu nak telan walaupun seteguk air. Bila dah tak makan, perut kosong, angin la apa lagi. Tu yang kejap-kejap nak muntah je walaupun bukan ada apa isi yang nak dimuntahkan pun.

Alah Bau Bauan
Haaa, yang ni memang tak boleh nak elak. Aima sendiri surender awal-awal pasal bau-bau nisemua. Serius memang tak boleh nak tahan. Bukan setakat perfume, deodorant, bedak saje malah bau sabun basuh ke, shower gel dengan shampoo pun rasa busuk. Tapi Alhamdulillah sampai ke hari ni masih boleh bertahan dengan bau suami. Kalau tak, tak tahu lah jadi apa. Mungkin sebab tu ada kes suami kena tidur luar sepanjang isteri mengandung sebab si isteri alah dengan bau badan suami.

Alahan ni semua bergantung jugak pada individu. Ada yang okey, ada yang tak. Tapi doktor cakap, ibu mengandung jadi alahan,lemah tak bermaya,muntah-muntah camni sebab baby dalam perut nak berkembang dengan baik sihat. Sebab tu baby serap semua  rasa sihat si ibu.

Yang penting kita jaga diri, jaga kesihatan, jaga baby dalam perut tu. Sentiasa positifkan diri, insyaAllah semuanya OKey....