Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
Showing posts with label #Kelab Blogger Ben Ashaari. Show all posts
Showing posts with label #Kelab Blogger Ben Ashaari. Show all posts

6 Oct 2015

#Cabaran InstaBlog 7 Hari EFGKBBA (Day6)

#Cabaran InstaBlog 7 Hari EFGKBBA (Day6) |


Assalamualaikum..

Masa sarapan memang kebiasaan tak ambil yang berat-berat. Tapi kalau nak cerita masa belajar dulu memang jarang kot breakfast ni. Padahal penting okey sarapan ni. 
Sarapan la yang akan bagi kita tenaga untuk bekerja di siang hari tu. Kalau takde tenaga macamana nak kerja kan. Lagi-lagi bagi ibu yang menyusu badan, penting sangat untuk topup makan minum untuk diri sendiri, susu dan baby kita. 

Menu wajib kita setiap hari tentunya.... 
Susu kambing Wildan dan juga 2 keping roti bakar! Kalau tak roti kadangkala nestum/oat. Tapi susu kambing memang wajib ambil setiap hari. Menu berat yang lain mee, bihun, nasi goreng, nasi lemak tu ada jugak tapi jarang-jarang.. Hehehe, kalau masak dapat la makan kan =)


5 Oct 2015

Cabaran InstaBlog 7 Hari EFGKBBA (Day5)

Cabaran InstaBlog 7Hari EFGKBBA (Day 5) |

Assalamualaikum..

Haa, tentang drama tv atau movie feberet ni macam best je nak menulis sebenarnya. Maklumlah sebelum-sebelum ni I is kaki drama. Tapi sejak-sejak dah beranak ni, terus terang cakap memang takde masa nak melekat depan tv sangat. Kalau rajin melayan pun jam 7malam Isnin hingga Khamis waktu drama Akasia TV3. Hahaha, nak jugak promote free tv3 tu eh.
#Cabaran InstaBlog 7 Hari EFGKBBA

Kalau nak difikirkan drama atau muvie feveret ni, kita suka drama bersiri kat AXN. Cerita orang putih okey... hahaha, tapi serius memang suka sangat-sangat cerita ni. Sanggup follow dari season 1 sampai la season 5 (yang ni kena tengok online sebab kat AXN Malaysia belum release lagi rasanya). 
Yeahhh, I love this tv series!
Commander McGarrett.... ohhh haaa, Aloha!

4 Oct 2015

Cabaran InstaBlog 7 Hari EFGKBBA (Day 3)

Cabaran InstaBlog 7 Hari EFGKBBA (Day 3) |


Assalamualaikum..

Kalau ditanya kepada seorang surirumah apa perkara harian yang wajib dilakukan? Rasanya 1 kertas kajang ditulis depan belakang pun belum tentu cukup kan kalau nak cerita pasal rutin wajib ni. Lagi-lagi bagi mereka yang dah beranak pinak. Duduk rumah, rutin dia..... fuhh,
Dalam banyak-banyak benda perkara wajib yang tak leh lepas untuk dibuat setiap hari ialah bila menyiapkan my little princess. Sikecik ni seawal pagi papa dia pergi kerja dia dah berjaga. Bermakna kerja mama dia pun bermula. 

Menyiapkan air mandi Sarah dan lepastu Sarah pun mandi dengan bahagianya. Maklumlah budak kecik ni kalau bab mandi main air kemain suka. Heaven rasanya! Memandikan Sarah 3kali sehari, ni la benda yang wajib dilakukan setiap hari.

Yang benda lain-lain tu pun memang buat jugak tiap hari tapi kita cerita pasal Sarah sudah la. Hahaha, terima kasih sebab membaca. Ok, baiii 


3 Oct 2015

Cabaran InstaBlog 7 Hari EFGKBBA (Day 2)

Cabaran InstaBlog 7 Hari EFGKBBA (Day 2) | Ada Apa Dalam Wallet


Assalamualaikum..
Ada apa dalam wallet korang?? Dalam wallet/ purse je kan yang ditanya kan kan kan.. Sebabnya kalau dalam beg @ handbag tak payah cerita la. Harta karun melambak. Sekarang semuanya barang-barang anak kalau dalam handbag tu. Pampers, napkin, topi kasut ehh semua la Sarah punya. Barang mama setakat henpon, tab dengan lipstik je kot.
Okey, panjang kot mukadimah untuk entri ni kan. Seteret tu da poin, terus terang nak cakap yang dalam wallet tu bukam ada pape pun. Haha, disebabkan tak kerja dah sekarang ni... terus terang (lagi sekali bersikap jujur -hahaha) I is takde cash money. Ada la sekeping je duit kertas Ringgit Malaysia, tu pun dah cukup. Maklumlah urusan bisnes semuanya dihujung jari kan...

Yang lain ada la kad-kad bank. Mykad dan Mykid dan lesen ofkos la kena ada kan. Malah kad nikah juga! Okey, tu je. takde yang menarik pun.. Huhu, tadaaa..

Terima kasih kerana membaca kisah untuk hari ni. =)

#Cabaran InstaBlog7 Hari EFGKBBA #EFG #EFGKBBA #ExchangeFeeGroup