#Cabaran 20Hari - Pengalaman Pahit Di Bulan Puasa |
Assalamualaikum.. (Day 5)
Pengalaman Pahit di bulan puasa. Tahun ni rasanya takde lah lagi pengalaman pahit tu. Sebab tahun ni berpuasa bersama anak kecil yang menemani sepanjang masa. Jadinya pahit kelat tu tak muncul pun. Yang ada hanyalah keriangan dan penuh dengan kasih sayang.
Tapi bila difikir-fikirkan semula.. nak kata pahit tu tak lah sangat, cuma sedikit sebanyak meninggalkan kesan juga masa tu. Kesan psikologi yang agak kuat, Masa tu la,, Setahun yang lalu. Berpuasa dalam keadaan mengandung. Masa tu baru first trimester, Kandungan masih terlalu awal. Bukan masalah pada kandungan tapi kerana alahan yang tak sudah-sudah.
Mengandung dan alahan. Tak lalu makan. Makan je muntah. Tak makan dah tentu-tentu la perut masuk angin, lagi lah tak lalu nak makan. Kan? Perkara biasa la tu bagi ibu mengandung kan. Betul, tapi bila orang yang terdekat dengan kita sendiri tak memahami agak-agak apa yang mampu kita buat? Psikologi confirm drop until zero, betul tak,
Tapi tu semua cerita setahun yg dah berlalu. Biarkan lah.. Sarah Alya pun dah keluar dan mama bahagia sangat dengan kehadiran secilik ni. Yang penting sekarang susah senang kita bersama ye.
Pahit? hurmmm.. Buang yang keruh, ambil yang jernih,
