Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

11 Jan 2018

Drama Sangat

Assalamualaikum..

Apa khabar? Allah.. lama betul tak masuk dan jenguk blog ni. Last update post pun Disember 2016. Mak aihhh, ni dah 2018. Setahun lebih dah Mama Sarah oiii. Tak patut tak patut. My first blog ever. Pertama kali menulis blog kat sini lah. Tapi.. hati macam dah takde kat sini (cewahhh kemain kan). Sebab banyak sangat drama kan... Dulu mama Sarah memang kaki drama, entah apa nafsu la dok post pasai drama sangat pun tak tau lah. Sekarang ni pun sama jugak masih kaki drama tapi dah insaf la nak buat lagi. Hahaha..

Ada 42 entri dalam draf. Gila la kau mama Sarah. Dah penat-penat tulis dok p peram dalam draf. Pastu langsung tak sign in masuk blog yang ni. Huhu. Banyak aje cerita pasal Sarah tu yang berderet kat draf tapi.... Pasal banyak sangat drama la sebelum ni! Pasni kalau nak tulis pasal drama pun cukupla cerita pasal drama aje. Tak mau dah buat macam sebelum-sebelum ni. Dan jugak mama Sarah malas nak p godek-godek sebenarnya blog ni. Banyak sangat error. Nak godek benda pun tak tau apa pasai blog. Haha, nampak sangat tak pernah ambil tau.

Apa-apa pun terima kasih yang masih sudi datang cari dan tonton online drama-drama melayu yang best. Maaf ye kalau ada banyak sangat broken link, takde link atau tak ada pun video-video drama tu. Serius, mama Sarah dah tak tau nak buat apa. Ni pun baru belajar sign in blogger & baru nak belajar menulis cerita. Tapi mama Sarah tulis dekat blog baru ye. Blog ni.. nanti slow-slow mama Sarah garu kepala yang tak gatai ni.

Jemput singgah blog baru mama Sarah ye. Baru nak belajar dan bina mood menulis cerita pasal Sarah. Untuk kenangan masa depan dia.
http://ladyaima.blogspot.com



Ladyaima,
Mama Sarah
Aima Babycomel
Hidup Ini Anugerah

No comments:

Post a comment

Awak memang COMEL!
Terima Kasih