Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

26 Jul 2018

Suratan Takdir Gersang Kisah Si Curang


Suratan Takdir by Gersang.

Entah pasaipa pun tak tahu la bila berhari hari dok ulang dengar lagu Gersang ni. Lagi -lagi bila dengar ulangan Anugerah MeleTOP Era (AME 2018) beberapa hari lepas. Suka dengar tapi serius tak suka kisah lagu ni. Sebab lagu ni memang sesuai untuk si peng'curang' diluar sana. Hahahaha


Kesukaran melafazkan
Pengucapan perpisahan
kepada yang tercinta
Tapi terpaksa ku lakukan
keranaku tidak mahu
terus berpura-pura

Usahlah aku disalahkan
Terjadinya perpisahan ini
Itu suratan takdir
Tak terlintas dihati ini
Untuk aku jatuh cinta lagi
Tapi takdir yang menentukan

Memang pernah ku berjanji
Kau yang pertama dan terakhir
Tetapi aku memungkiri
Tidak dapat ku terima
Dua cinta di dalam hati
Maafkanlah ku sayang

Dah buat hal,curang pastu konon-konon tak nak berpura-pura. Eleh dah kantoi la tu kan. Pastu pengakhirannya.. sedar diri tak mampu nak bawa dua cinta di dalam hati. Maafkan lah ku sayang.
Okey, sila angkat kaki dengan segera!

Hahaha, serius emosi pulak bila dengar lagu ni dan teringat pulak drama TV3 petang-petang pukul7 tu. Jangan Benci Cintaku tau!

Sekian.
Rockkapak dihati

pss.. boleh cari lagu ni kat youtube tau.

11 Jan 2018

Drama Sangat

Assalamualaikum..

Apa khabar? Allah.. lama betul tak masuk dan jenguk blog ni. Last update post pun Disember 2016. Mak aihhh, ni dah 2018. Setahun lebih dah Mama Sarah oiii. Tak patut tak patut. My first blog ever. Pertama kali menulis blog kat sini lah. Tapi.. hati macam dah takde kat sini (cewahhh kemain kan). Sebab banyak sangat drama kan... Dulu mama Sarah memang kaki drama, entah apa nafsu la dok post pasai drama sangat pun tak tau lah. Sekarang ni pun sama jugak masih kaki drama tapi dah insaf la nak buat lagi. Hahaha..

Ada 42 entri dalam draf. Gila la kau mama Sarah. Dah penat-penat tulis dok p peram dalam draf. Pastu langsung tak sign in masuk blog yang ni. Huhu. Banyak aje cerita pasal Sarah tu yang berderet kat draf tapi.... Pasal banyak sangat drama la sebelum ni! Pasni kalau nak tulis pasal drama pun cukupla cerita pasal drama aje. Tak mau dah buat macam sebelum-sebelum ni. Dan jugak mama Sarah malas nak p godek-godek sebenarnya blog ni. Banyak sangat error. Nak godek benda pun tak tau apa pasai blog. Haha, nampak sangat tak pernah ambil tau.

Apa-apa pun terima kasih yang masih sudi datang cari dan tonton online drama-drama melayu yang best. Maaf ye kalau ada banyak sangat broken link, takde link atau tak ada pun video-video drama tu. Serius, mama Sarah dah tak tau nak buat apa. Ni pun baru belajar sign in blogger & baru nak belajar menulis cerita. Tapi mama Sarah tulis dekat blog baru ye. Blog ni.. nanti slow-slow mama Sarah garu kepala yang tak gatai ni.

Jemput singgah blog baru mama Sarah ye. Baru nak belajar dan bina mood menulis cerita pasal Sarah. Untuk kenangan masa depan dia.
http://ladyaima.blogspot.com



Ladyaima,
Mama Sarah
Aima Babycomel
Hidup Ini Anugerah