Assalamualaikum..
Throwback. Sebenarnya ni cerita 2 bulan yang lepas. Awal Januari dulu kami berkesempatan ke Shah Alam menemani papa Sarah sempena Annual Dinner company office dia. Merasalah Sarah tidur hotel malam tu. Jadi sementara papa Sarah makan-makan, kami pun makan angin lah jugak malam tu.
Hajat kami nak mencuba mainan kat sana tu tak berhasil sebab kena beratur panjang, malam minggu orang ramai kan. Pulak tu kami dimaklumkan kena ada clubcard. Entahlah,mama pun tak tau. Hurrmm, kami pun ambil keputusan tak jadila nak buat sebab bukan nak datang selalu. Ok takpe, takde rezeki. Next time maybe. Lagipun masa tu Sarah dah mula mengantuk, sebelum dia mengamuk better lah mama ambil langkah berjaga-jaga. Hahaha,
*mama maintain comel kan Sarah kan... Wawawawa...
