Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

27 Aug 2015

Keberkesanan Krim Herbal Blend Shaklee

Keberkesanan Krim Herbal Blend Shaklee |

Assalamualaikum..

Tempoh hari ada diceritakan yang babyku Nur Sarah Alya memiliki kulit yang agak sensitif. Boleh baca SINI Kalau tak dijaga betul-betul habis naik ruam merah-merah terutama di kawasan leher dan bawah dagu, pipi dan celah-celah pelihat seperti siku, lutut dan belakang telinga. Kerap berpeluh menambahkan lagi derita bagi sikecil ni.

Keberkesanan Krim Herbal Blend Shaklee (pengalaman sendiri)

Alhamdulillah, hasil perkongsian dengan sahabat-sahabat akhirnya dipertemukan dengan Krim Herbal Blend Shaklee ni. Lebih kurang seminggu pakai dah nampak hasil yang sangat memberangsangkan. Ruam tebal kat pipi dan bawah leher makin nipis. Biji-biji merah di pipi Sarah dah makin berkurangan. Kulit yang dulunya kasar nampaknya semakin halus.
Sarah pun nampaknya makin ceria walaupun sesekali tangan dia tak lepas nak menggaru. Mujur mama sempat tangkap tangan dia (mana yang nampak la) sebelum kuku halus dia mencakar tubuh sendiri.
Yang seronoknya Krim Herbal Shaklee ni nampak serasi dengan kulit Sarah. Masih dalam proses pemulihan. Mama harap kulit anak mama ni makin elokla. Cantik dan flawless gitu. Hehehe,

Khabarnya krim ni untuk macam-macam kegunaan. Memang multi purpose sungguh.
Antara kegunaan Krim Herbal Blend Shaklee ialah :

  • Boleh merawat eczema dan menghilangkan parut luka eczema.
  • Mencegah dan merawat ruam panas, kurap susu, ruam lampin dikalangan bayi dan yang berkulit sensitif -macam yang berlaku kat Sarah ni. 
  • Untuk melegakan gigitan serangga contohnya nyamuk semut pun boleh. 
  • Boleh menghilangkan parut, merawat tumit pecah dan luka dan juga kulit melecur 
  • Juga boleh dijadikan losyen harian untuk melembabkan kulit supaya tidak kering dan kasar.
  • Krim urut badan
  • Merawat kulit gatal

Kepada yang ada masalah seperti yang Sarah alami ni boleh lah mencuba Krim Herbal Shaklee ni sebagai kaedah alternatif (selain dari ubat doktor/farmasi) ye. Janji kita berusaha nak baik pulih anak insyaAllah Allah Maha Mendengar dan Mengetahui.

Terima kasih semua atas saranan yang diberikan. Tolong doakan semoga Sarah cepat sembuh ye. Kesian bila baby sekecik ni kena uji camni. Terima kasih jugak untuk Ummi Naurah yang jual krim ni dekat mama Sarah. Semoga bisnes awak bertambah rezeki ye.
Yang area Sitiawan, Manjung, Lumut tu boleh la cod dengan beliau ye.
Ummu Naurah -0133014573
   

26 Aug 2015

Bila Anak Dah Mula Kenal Orang

Bila Anak Dah Mula Kenal Orang |

Assalamualaikum..

Di usia menjangkau 6bulan ni nampaknya Sarah dah pandai memilih dengan siapa yang dia nak. Kalau dulu dia tak kisah sangat. Jarang menangis kalau orang ramai dok dukung dia. Tapi sekarang jangan kata orang nak dukung, dia pandang orang lain pun dia dah menangis dulu. Siap menitik bergenang air mata. Alahaiii, drama queen betul si Sarah ni.
Tak ingat ni gambar bila. Hihi
Hanya 2 muka je yang dia nak sekarang ni. Mama dan nenek dia je. Even papa dengan atuk dia pun kadang dia tak mahu. Kalau sekejap-sekejap tu boleh la. Mula la merengek lepas tu. Nak buat camne, dah muka mama dengan nenek je yang dia tengok sepanjang hari. Muka ni jelah yang dok melayan dia main, berdukung ke sana ke mari. 

Yang paling tak tahan tu, kalau menangis (especially bila orang lain dukung termasuklah papa dia-ada masa dan ketikanya la) macam orang sakit sungguh-sungguh. Meleleh-leleh ayaq mata tu. Nampak je mama atau mama dukung je terus ok, diam. Haa, nampak tak permainan dia kat situ...

Hai la anak, nasib baik mama ni tak keje tau. Boleh la awak gitu. Cer kalau antar rumah orang tak tahu la mama nak fikir apa yang bakal berlaku nanti.

Drama bersiri dah bermula...   

24 Aug 2015

Apa Yang Orang Singapura Cari Ye?

Apa Yang Orang Singapura Cari Ye? |

Assalamualaikum..

Sebenarnya dah lama dah perasan yang kebanyakkan pengunjung blog ni datangnya dari Singapura. Boleh dikatakan setiap hari mesti ada je.
Apa yang mereka cari kat blog ni ye sebenarnya?? 

Rasanya mesti menonton online drama melayu yang dah lepas-lepas tu. Kan... hehehe, silakan la ye. Mana-mana yang boleh ditonton tu silalah tonton. Saje nak share mana lah nanti diri sendiri pun terpaksa jugak 'tonton online drama' ni. Keadaan sekarang nak tengok tv memang dah takde kesempatan. Jadi bila nak tengok, google jelah jawabnye. Huhu,
Apa-apa pun terima kasih warga Singapura yang tak putus-putus nak ke mari. Mana yang mampu kita share, lain-lain tu mungkin korang kena google jugak la ye. 

Kepada sahabat sehati sejiwa warganegara Malaysia, terima kasih banyak-banyak jugak ye sebab sudi singgah dan ziarah blog kerdil yang hidup segan tapi mati tak mahu ni.

16 Aug 2015

Tonton Drama Zahira Episod 10 Online

Tonton Drama Zahira Episod 10 Online |

Assalamualaikum..
DRAMA ZAHIRA EPISOD 10

14 Aug 2015

Tonton Drama Zahira Episod 9 Online

Tonton Drama Zahira Episod 9 Online |

Assalamualaikum..
ZAHIRA EPISOD 9



Blog Berwajah Baru

Blog Berwajah Baru |

Assalamualaikum..

Dah terlewat sebenarnya untuk publish entri berkenaan wajah baru blog ni. Dah dekat sebulan pun siap diedit oleh mereka yang pakar. Maaf ye sebab baru berkesempatan nak up entri ni.

Terasa dah lama sangat blog ni terbiar. Dan masa puasa hari tu betul-betul berhajat nak hidupkan blog kesayangan hamba ni dengan penuh keceriaan dan kasih sayang serta berazam nak pergi lebih jauh lagi lepas ni. Maksudnya nak terus menulis, tak kira lah apa pun halangan yang mendatang. Apa yang mampu dikongsi insyaAllah akan terus diceritakan disini.

Juga dengan hasil rombakan kabinet yang lalu, nak naik taraf sikit blog ni bukan hanya personal blog tapi juga sebab dah jadi makcik-makcik jadi blog menjurus kepada keibubapaan. Parenting blog dah pasni. Parenthood, matherhood apa yang boleh la. InsyaAllah..

Amacam penampilan terbaru kulit dan baju I? Ada macam Dato' Siti tak?? Kekeke, Alhamdulillah. Puasa hati sangat. Rasa comel weiii, sejuk je mata tengok blog sendiri (bukan nak riak, tapi macam biasala siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri kan)... 

Sebelum terlupa, semua ni adalah hasil sentuhan magis amoi cantik dari Ipoh ni siapa lagi kalau bukan blogger aka desinger hebat Saudari Sheda Ucu. She's very talented right! Thank You so much Sheda sebab bersusah payah kerah idea tenaga dan masa untuk blog ~Hanya Insan Biasa~ ni. InsyaAllah akan datang kita repeat order lagi ye. =) dah macam order baju online pulak gayanya. Hihihi.

Sesiapa yang nak edit blog tu boleh la dapatkan khidmat dan servis dari Sheda Ucu ni ye. Tak rugi labur sikit untuk hasil yang sangat ohsem ni. Tq, Tq ye Sheda..

13 Aug 2015

1Gram 1Bulan 1Keluarga Powergold

1Gram 1Bulan 1Keluarga Powergold |

Assalamualaikum..
Nilai matawang Ringgit kita semakin hari makin jatuh. Semakin hari makin kecil nilainya. Kalau dahulu RM50 macam-macam barang boleh dibeli tetapi hari ini dengan nilai yang sama mungkin 2 atau 3 barang sahaja yang dapat diperolehi dengan not RM50 tu.

Nampak tak kita yang keadaan ekonomi segara semakin membimbangkan. Inilah hakikat yang harus kita terima.
Untuk menunggu pihak berkuasa kerajaan melakukan sesuatu mungkin agak memakan masa. Tapi untuk memastikan kita terus berada di landasan yang selesa di kemudian hari, perubahan itu yang perlu kita sendiri lakukan.

KENAPA PILIH SIMPAN EMAS??

Kenapa mesti EMAS? Ada apa dengan EMAS
Mudah sahaja penceritaan dia. Perkhabaran yang mudah untuk difahami dan perbandingan yang jelas nyata bakal diperolehi.
Kita SIMPAN DUIT RM200 tiap-tiap bula..
Cukup 10 tahun dapat RM24,000 kan..
RM24,000 sekarang dengan yang akan datang agak-agak sama nilai tak??
Mesti tak kan.. sebab nilai matawang makin lama makin mengecil.

Tapi EMAS??
Cuba tukar RM200 kepada SIMPANAN EMAS..
Maksudnya kita beli dan simpan EMAS setiap bulan.. (cukup untuk bermula dengan 1gram sebulan)
10 tahun akan datang dah tentu dapat 120gram kan..
Nilai emas sekarang dengan nilai emas akan datang sama tak??
For sure tak kan sama! Sebab nilai emas tu makin berlipat kali ganda tingginya.

Cuba kita flashback masa zaman kita kecik-kecik dulu..

Dulu mak, nenek kita beli EMAS dengan harga RM36 per gram..
Sekarang tengok la harga dah jadi RM170++ per gram.
Masih tak nampak lagi ke UNTUNG nya kalau kita SIMPAN EMAS??

Kenapa Pilih 1Gram??
*Mudah, murah dan mampu milik. 
-Kebanyakkan orang fikir kalau emas je mesti mahal. Mesti orang berduit je yang mampu untuk beli emas ni. Memanglah, kalau fikir untuk beli berkilo-kilo emas tentulah harganya ratus-ratus ribu. Mind set ni yang perlu kita kikis. Dalam waktu kita menunggu nak mencukupkan duit yang beratus-ratus ribu tu sedar tak kita sebenarnya dah kerugiaan. Sebab emas semakin hari makin tinggi nilainya. Kecilkan skop, mulakan dengan 1gram sebulan dan teruskan istiqamah dalam menyimpan emas. Paling tidak setahun kita sudah ada 12gram. Buat masa sekarang harga 1gram boleh diperolehi bawah harga RM180. Semua orang mampu milik insyaAllah.

*Kegunaan semasa kecemasan.
-Kita tidak tahu mungkin ada ketika kita mempunyai krisis kewangan yang memerlukan wang. Mungkin nilai yang diperlu itu tidaklah terlalu besar. Cuba bayangkan kita mungkin memerlukan RM500, perlu ke kita untuk menjual emas yang beratnya 20gram? Dah tentu rugi kan. Ada baiknya kita jual emas yang kecil-kecil ini dari terpaksa mengorbankan emas yang besar nilainya. 

*Istiamah dalam menyimpan.
-Dengan 1gram insyaAllah kita mampu berterusan menyimpan kerana tidak memerlukan modal yang besar. Biar sikit-sikit kerana lama-lama membukit juga. Yang penting usaha kita untuk terus menyimpan kerana pastinya Simpanan Emas Menguntungkan.

Jom tukar Ringgit kepada simpanan EMAS! Powergold pilihan terbaik. Murah baq hang!

Saya sudah, Nur Sarah Alya sudah. Kami sudah. Anda bila lagi?

 017-5040585
     

12 Aug 2015

Bayi Kulit Sensitif -Kurap Susu, Ruam Panas Atau Eczema?

Bayi Kulit Sensitif - Kurap Susu, Ruam Panas Atau Eczema? |

Assalamualaikum..

Bayi yang baru lahir sememangnya mempunyai kulit yang halus mulus. Orang kata selembut sentuhan bayi. Rasa nak pegang selalu. Masa awal-awal dulu seronoknya dapat pegang kulit baby. Kan.. dahla comel pulak tu.
Memasuki bulan kedua dan seterusnya, datang satu ujian. Dah mula naik tanda terutama dibahagian pipi Sarah. Sikit-sikit lama-lama makin ketara. Mak cakap tu orang panggil kurap susu. Mungkin lebihan susu tu tak dilap sempurna lepas menyusu. Bila sapu krim (tak tahu apa nama krim tu sebab suami beli kat kedai ubat cina masa dalam pantang) dua tiga hari lepas tu surut merah-merah tu. Tapi kemudiannya datang balik.
Bulan-bulan seterusnya makin hebat rupanya. Bila Sarah dah mula belajar main buih air liur dia, bawah dagu dan leher pulak jadi sasaran naik ruam merah. Tambah pulak lagi Sarah jenis kuat dan mudah berpeluh. Ruam panas pun boleh jadi. Aduhaiii.. sedih hati mama tengok keadaan anak camni.

Makin meningkat usia, kulit Sarah makin sensitif pulak. Kulit jadi kering dan kasar boleh kata keseluruhan badan dia la. Pipi, bawah leher, pergelangan kaki, celah-celah pelipat dan jugak belakang telinga. Menambah keadaan jadi teruk bila Sarah suka menggaru dan tenyeh tempat-tempat tu. Miang agaknya. 

Masa check up kat klinik (4 bulan seingat mama) nurse suruh bagi minum air masak. Kulit baby kering sebab tak cukup air. Okey, bagi la sikit-sikit dan Sarah pulak kemain suka sangat-sangat dengan air masak. Pantang nampak cawan je dah menggeletek badan dia.
Masa 5bulan mintak untuk refer dengan doktor lepas kena cucuk haritu sebab keadaan tak banyak berubah pun. Masih juga naik merah-merah. Doktor hanya bagi ubat krim untuk sapu je. Dia sendiri pun tak sure kenapa. Krim tu akan mengelupaskan kulit untuk diganti kulit baru. Okey, ada la perubahan sikit tapi tak membantu sangat. Kesian tengok anak jadi camni.    
Harap-harap yang terjadi dekat Sarah ni bukanlah Eczema. 
   

7 Aug 2015

Dah Besar Baru Sibuk Nak Berbedung

Dah Besar Baru Sibuk Nak Berbedung |

Assalamualaikum..

Nur Sarah Alya usianya lebih kurang seminggu lagi bakal mencecah 6 bulan. Alhamdulillah, membesar dengan sihat nampaknya. Sekejap je kan masa tu berlalu. Yang pasti seronok bila tengok anak kecik ni membesar depan mata sendiri. Penat... siapa kata tak bekerja dan duduk rumah saje tak penat. Dengan Sarah yang masih menyusu badan sepenuhnya lagi. 
Bedung Baby
Sebelum ni hanya selimut Pureen je yg dia nak
Okey, banyak-banyak hal tentang Sarah ni sehingga hari ni tidur mesti kena berbedung. Tak kisah la siang malam pagi petang mesti kena bedung. Kalau tak bedung tepuk la macamana pun, tak mahunya dia pejam mata tu walau dah ngantuk. Dah besar-besar ni sibuk pulak dia nak berbedung. Kalau nak tahu masa kecik dulu kemain dia mengamuk bila kita bedungkan dia. Dari dalam pantang lagi si Sarah ni tak berbedung. Tapi semenjak sebulan dua ni wajib pulak berbedung. 

Masa nak membedungkan Sarah memang dia akan meronta sikit la. Tapi siap je bedung elok dia senyap, tak melawan pun. Tu yang suka dengan sinonet ni. Tepuk-tepuk sikit senang je dia lelap. 

Pulak tu sedap je dia tidur dan alhamdulillah, tempoh tidur dia sejak berbedung ni panjang sikit. Kalau dulu jenuh berjam kita mendodoikan dia tapi tidurnya alahai 10-15minit je pejam mata tu. Sekarang sebab dah boleh tau rutin harian tidur dia, jadi dah nampak bila masanya dia mengantuk. Bersambung-sambung tidurnya bila berbedung ni. Asal terjaga dan kita tepuk-tepuk balik dia pun elok sambung tidur semula. 
Bedung Baby
Skg guna kain cotton tak panas dan biar free leher
Lagi satu, dengan berbedung ni takde la dia dok garu-garu. Sebab Sarah dah ada habit baru iaitu menggaru. Walaupun kuku pendek tapi nipis kan jadi tajam la. Kesian tengok kadang sampai luka kulit dia dok garu-garu tu. Sarung tangan? Hurrmm, pakai pun dia tolong cabut. Budak dah pandai, 

Sarah makin besar, kain bedung pun sikit hari lagi tak muat la tu. Kaki tak kisah sangat tak tutup pun. Hehehe,  

6 Aug 2015

Serpihan Sah Milik MH370

Serpihan Sah Milik MH370 |

Assalamualaikum.

Perdana Menteri DS Najib Razak awal pagi ini mengumumkan serpihan yang di temui di Pulau Reunion baru-baru adalah milik pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang Mac tahun lalu.
Pengumuman tersebut dibuat pada satu sidang media tergempar di PWTC sekitar jam 2pagi Khamis.

"Hari ini selepas 515 hari sejak kehilangan pesawat tersebut, adalah dengan berat hati saya memaklumkan bahawa pakar siasatan antarabangsa mengesahkan serpihan itu sah bahagian daripada MH370.

"Kami mempunyai bukti fizikal bahawa, seperti yang saya umumkan pada Mac 24 tahun lalu, MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

"Bagi pihak Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada negara-negara, organisasi dan individu yang telah mengambil bahagian dalam carian ini," kata Perdana Menteri.

Misteri kehilangan MH370 mula terungkai pada 29Julai di kawasan pantai Pulau Reunion di Lautan Hindi selepas pekerja pantai menemui serpihan pesawat yang menyerupai sayap pesawat. Pemeriksaan lanjut pihak berkuasa Perancis kemudian mengesahkan 'flaperon' tersebut bahagian pesawat jenis Boeing 777.

Spekulasi tersebar bahawaserpihan tersebut mungkin daripada MH370 kerana tiada insiden lain yang melibatkan pesawat jenis Boeing 777 yang terhempas di air pernah dicatatkan. 

Penerbangan MH370 dilaporkan hilang sejak 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China.

Pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang dari radar setelah sejam berlepas.
Pada 29 Januari 2015, DCA memaklumkan MH370 merupakan satu tragedi di mana semua penumpang dan anak kapal terkorban.

-AstroAwani.com

5 Aug 2015

Hujung Jari Baby Sarah Bengkak Dan Bernanah

Hujung Jari Baby Sarah Bengkak Dan Bernanah |

Assalamualaikum..
Ni kisah 2minggu lepas.(ketika entri ni ditulis) Punyalah mama risau tetiba hujung jari Sarah bernanah bila bangun pagi tu. Beberapa hari sebelum tu perasaan la jari dia tu merah lain macam sikit dari jari biasa. Ada macam nak bengkak pun jugak. Tapi ingatkan takde pape lah. Dan Sarah pun aktif macam biasa, sikit pun tak menunjukkan tanda-tanda sakit.
Tapi bila pagi tu tengok dan naik nanah, hurmm mama still okey dan bersabar lagi. Sarah pun relaks je dia. Cuma pantau selalu sebab dia jenis suka masuk tangan dalam mulut. Dahla masuk mulut pastu siap gigit, kunyah korek-korek mulut tu guna jari dia. Suka sangat buat camtu. Pantang lepa je mula lah aktiviti dia tu.

Bila petang berlalu, dah mula menampakkan mata kat nanah tu. Tapi yang pelik tu bila mama sentuh Sarah macam takde papeje. Langsung tak sakit. Risau, sape yang tak risau kan. Malam tu whatsapp mak kat kampung (cewahh kemain sebut kampung eh), mak cakap cucuk nanah tu guna jarum. Picit bagi keluar habis. Jangan bagi Sarah masuk mulut jari dia.

Alhamdulillah, malam tu Sarah tidur dan bagi kerjasama yang sangat baik. Langsung tak berkutik masa mama cucuk dan buang nanah dia. Esoknya tengok jari dia dah start kecut, dah tak bengkak lagi. Terima kasih mak. Sarah pun cakap terima kasih tok! Mak cakap bahaya kalau dia masuk mulut makan ke tertelan ke nanah tu. Sakit. Cirit birit nanti.

Lepas ni kena sentiasa peka. Jangan nak suka-suka semua benda hang nak pegang ye anak!  
*entri yang dah lama tersimpan kat draf

4 Aug 2015

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Terlibat Dalam Kemalangan JalanRaya |

Assalamualaikum..
Artikel ini bertujuan untuk memberi panduan tentang langkah-langkah yang perlu diambil jika anda terlibat di dalam kemalangan jalanraya. Anda mungkin cedera atau mengakibatkan kecederaan kepada seseorang atau telah merosakkan kenderaan anda atau kenderaan orang lain.
Sila baca SEBELUM sebarang kemalangan berlaku. 

A. Apa Yang Perlu Dilakukan di Tempat Kemalangan
1. Bertenang dan jangan cemas. Anda tidak boleh bertindak membelakangkan undang-undang.
2. Dail 999 (atau 112dari telefon bimbit( untuk pasukan kecemasan, jika terdapat mangsa yang tercedera/terperangkap.
3. Jika tiada kecederaan, alihkan kenderaan anda jika boleh supaya tidak menghalang trafik & anda tidak di dalam bahaya kemungkinan dilanggar oleh kenderaan lain.
4. Ambil butir-butir maklumat kenderaan & pemandu yang terlibat serta maklumat lain yang berkaitan.
5. Ambil gambar tempat kemalangan dan juga kenderaan-kenderaan yang terlibat.
6. Jika kemalangan berlaku semasa pergi atau balik dari tempat kerja, beritahu ketua anda secepat mungkin. 

B. Di Balai Polis
1. Buat laporan polis dalam masa 24jam selepas berlakunya kemalangan.
2. Jika anda cedera, dapatkan rawatan perubatn terlebih dahulu kemudian buat laporan di pondok polis di hospital.
3. Tulis laporan dalam Bahasa Malaydia dan turunkan tanda tangan di bahagian bawah laporan tersebut. Jika anda tidak boleh menulis di dalam Bahasa Malaysia, jelaskan kepada pegawai polis yang bertugas untuk menulisnya.
4. Sentiasa minta salinan sah laporan polis tersebut.

C. Sekiranya Anda Tercedera Atau Kenderaan Rosak
1. Jika cedera, dapatkan rawatan dengan segera. Dapatkan laporan rawatan dan jika boleh salinan laporan rawatan.
2. Sekiranya kenderaan anda rosak, baca polisi insuran kenderaan anda dengan teliti dan laporkan kemalangan kepada syarikat insuran dalam masa yang ditetapkan di dalam polisi. Jika tidak, syarikat insuran tidak akan mengendahkan tuntutan anda.
3. Pastikan kenderaan anda ditunda ke bengkel yang diiktiraf. Di sana, kerosakan kenderaan anda akan ditafsirkan oleh penaksir syarikat insuran. 

Biar lambat asal selamat. Berhati-hati ketika memandu. Kecuaian membawa Padah.
Ingatlah orang yang tersayang dan mereka yang menyayangi diri anda.