Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

30 Jun 2015

#Cabaran 20Hari | Menu Wajib Bulan Puasa

#Cabaran 20Hari | Menu Wajib Bulan Puasa |

Assalamualaikum.. (Day 4)
Kalau ikut nafsu, semua benda teringin nak makan semasa berbuka. Tapi, bila dah makan 2biji kurma dan seteguk dua air dah kenyang nampaknya. Kan..
Ni antara benda yang memang wajib Aima makan tak kira la berbuka atau sahur di bulan puasa ni 
  • KURMA - Haa yang ni bukan satu, dua, tiga biji je. Semasa berbuka sahaja kita belasah sampai 5biji. Masa sahur sekurangnya 4biji. Maklumlah fully breasteeding jadi kurma ni sangat membantu mengekal dan tambah susu.
  • SUSU KAMBING -Yang ni bulan tak puasa pun memang akan minum jugak. Kalau tak siang, mesti malam. Kalau tak time berbuka, wajib ambil waktu sahur. 
  • NESTUM/OAT -Waktu berbuka dah makan nasi. Tapi tak sampai 2jam lepas tu mesti lapar balik. The best solution oat la pilihan yang terbaik. Hehehe,
  • BUAH-BUAHAN -Bulan puasa, buah memang menjadi keutamaan. Mesti nak makan buah setiap hari. Anggur dan tembikai dah tentu. Yang jadi mangsa incik suami la sebab kerap sangat kena pergi beli buah. Nasib baik dah pandai beli sekarang ni. Hehe,
Lauk ke kuih ke semuanya biasa-biasa je. Takde yang wajib. Kalau ada, ada la. Kalau takde bila ada kesempatan boleh cari. I is tak cerewet makan. Hehehe, Selamat berbuka dan bersahur ye.

Cecah 1000

Cecah 1000 |

Assalamualaikum..
1000. Tak sangka cecah dah 1000 entri bagi blog yang hidup segan mati tak mau ni. 1000 entri yang dah ter publish dah 30 entri dalam draf. Haaa, kemain banyak eh dalam draf tu. Yelah, idea menulis tu punyalah banyak tapi akhirnya terbiar sepi gitu. Terlalu lama masa yang diambil. 2012 bermula, 2015 baru nak cecah 1000. Huhu.. nampak sangat tak rajinnye kita kan. Hehe,
Moga dengan angka 1000 ni menguatkan lagi semangat untuk terus berblog. Blog pun dalam proses menukar wajah pasti penuh dengan iltizam dan azam baru nak memajukan lagi diri dalam bidang ni. InsyaAllah moga-moga Allah permudahkan. Yang penting kena konsisten. Dah tak nak cuti-cuti banyak. Kemudahan semua ada lappy, tab, internet wifi semua ada. Cuma nak dengan tak nak je kan.

Untuk Sarah, terimalah. Nanti Sarah besar bolehlah menyelusuri perjalanan hidup mama bersama Sarah dari awal ni. Mama sayang Sarah!

Terima kasih semua. 

29 Jun 2015

Tonton Drama MAID Episod 7 Astro Ria

Tonton Drama MAID Episod 7 Astro Ria |

Assalamualaikum..

Tonton Drama MAID Episod 6 Astro Ria

Tonton Drama MAID Episod 6 Astro Ria |

Assalamualaikum..

Perkembangan Baby Sarah 4 Bulan

Perkembangan Baby Sarah 4 Bulan |

Assalamualaikum..
Alhamdulillah syukur. 15 June 2015 yang lalu genap Nur Sarah Alya 4 bulan. 2 hari selepas tu rutin kebiasaan setiap bulan melawat klinik kesihatan untuk check up. Result kali ni tak berapa nak memberangsangkan. Graf perkembangan Sarah tak cantik. Border line je. Masih ada peningkatan cuma tak berapa nak naik berat si Sarah ni.

Bulan lepas (3 bulan) berat Sarah 4.7kg dan dah 4 bulan ni bila timbang alahaii hanya 5kg je. Naik 300gram je sedangkan Sarah fully breastfeeding. Pulak tu kuat menyusu, kejap kejap nak susu je. Seharusnya berat tu naik banyak la kan.

*Berat-5kg *Tinggi-58cm *Lilitan kepala-38cm

Nak kata frustrated tu idakkk ler. Tapi sedikit sebanyak terasa la jugak kan. Bila tengok anak orang amboi kemain montel chubby je. 2-3bulan pun dan semangat naik berat badan. Anak kita macam tak cukup makan pulak. Macam-macam la hinggap kat kepala otak ni. Tapi pastu cuba think positive way. 

Nurse suruh ubah rutin Sarah ni. Sebab dah menjadi kebiasaan Baby Sarah aktif sangat-sangat disiang hari ditambah dengan ketidakmahuan dia untuk tidur secara baik waktu siang. Menurut nurse, baby perlu tidur waktu siang sekurang-kurangnya 2jam untuk membentuk jisim otot bayi. Waktu yang disarankan tengahari. Start dalam pukul 11 dan keatas tu dah cantik sangat la. Wajib tidur katanya. No wonder la Baby Sarah ni tak naik berat pun sebab asyik nak main je waktu siang. Tidur tak nak, asal suruh baring je mengamuk sedangkan mata dah mengantuk.

Alhamdulillah, sejak balik dari klinik (untuk seminggu awal puasa ni) mama cuba ubah rutin Sarah. Cuba ikut apa yang disarankan pihak klinik. Nampaknya berjaya. Berjaya buatkan Sarah tidur siang dan lebih dari 2jam yang sepatutnya. Mama nak maintain supaya Sarah berjaya seimbangkan waktu tidur dan waktu main dia. Menyusu tetap pasti la. 

#Cabaran 20Hari | Menu Ringkas Sahur

#Cabaran 20Hari - Menu Ringkas Sahur |

Assalamualaikum.. (Day 3)
Bersahur menjadi kewajipan setiap hari dibulan Ramadhan ni. Malas macamana pun mesti kena makan dan minum juga. 

Saje nak share menu ringkas sahur yang seringkali dimasak tak kira la time puasa atau pun tak. Memang mudah dan ringkas sangat tapi hasilnya sangat sedap. Makan dengan nasi putih panas-panas fuhhh memang sampai menjilat jari la. Menu ni kami dah makan sejak dari kecil lagi. Kalau tak ada lauk lain, ni pun dah cukup nikmat.
Ikan Bilis Masak Asam
Bahan-Bahan,
Ikan Bilis
Bawang Besar
Cili Besar
Air Asam Jawa

Cara Masak.
Goreng ikan bilis garing - Jangan sampai hangit ye. Angkat dan ketepikan.
Tumis bawang besar tak payah sampai layu sangat. Masuk air asam yang dah diasingkan biji. 
Kacau. Akhir sekali masukkan ikan bilis yang dah digoreng tadi. Gaulkan sebati. Siap!
Dah boleh makan masa sahur nanti.
*Tak perlu garam sebab ikan bilis dah cukup masin.. 

Ringkas dan mudah sangat kan?? Cubalah, mesti bertambah-tambah nanti. 
Selamat bersahur, selamat berpuasa.

Ramadhan Satu Perjuangan!
#Cabaran 20Hari 
#Cabaran 20Hari Puasa/Raya 2015

Tonton Drama M.A.I.D Episod 5 Astro Ria

Tonton Drama M.A.I.D Episod 5 Astro Ria |

Assalamualaikum..
M.A.I.D EPISOD 5


28 Jun 2015

#Cabaran 20Hari | Pengalaman Sahur

#Cabaran 20Hari | Pengalaman Sahur |

Assalamualaikum.. (Day2)
Sebagai seorang ibu yang fully breastfeeding untuk bayi kecil, bersahur menjadi kewajipan. Setakat hari ni belum pernah lagi terbabas dari tak bersahur walau dah dekat nak masuk imsak. Berpuasa dan menyusu badan memang sangat-sangat mencabar bagi ibu baru seperti Aima ni.
Setiap hari Aima pastikan akan makan nasi ketika sahur. Lauk tak kisahlah lauk apa yang ada. Even makan nasi dengan lauk serunding pun dah cukup dah. Janji nasi. Kurma insyaAllah selagi ingat, selagi boleh capai memang akan makan. Kurma bagus kan, lebih kurang macam milk booster jugak la. 10 dah berlalu, masih mampu lagi bertahan walau seringkali dihujung-hujung waktu tu rasa totally drain. Rasa nak give up pun ada tapi tetap mentabahkan diri untuk bertahan hingga saat berbuka.


Tentang bersahur, kadangkala emosi terlebih. Maklumlah tidur malam tak semeriah dulu sebelum ada anak kan. Sekarang dah ada baby sekejap-sekejap terjaga. Beberapa hari lepas Baby Sarah pun sibuk nak join jugak bersahur. Layankan jugak la..

Itu jelah pengalaman bersahur untuk tahun ni. Tahun lepas-lepas, owhhh maaflah dah terlupa. Yang penting bangunlah bersahur walau hanya sebiji kurma dan segelas air kerana perbezaan puasa orang Islam dan kafir adalah bersahur. Bersahurlah dihujung-hujung waktu tau..

Ramadhan Satu Perjuangan! #Cabaran 20Hari

27 Jun 2015

#Cabaran 20Hari | Erti Puasa

#Cabaran 20Hari Erti Puasa |

Assalamualaikum.. (Day 1)
Syukur Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk merasa dan menikmati keindahan Ramadhan kali ni. Seperti yang sedia maklum, puasa disiang hari kita menahan lapar dan dahaga. Itu budak tadika pun tau. Kan...
Tapi percaya tak kita setiap peringkat umur mendewasakan kita pengertian puasa yang sebenar. Makin berusia makin kita menghargai betapa pentingnya puasa dan bulan Ramadhan tu. Betul tak? Kalau di ingat-ingat semula masa kecik dulu, selalu kita dimomokkan 'tak puasa tak dapat duit raya' Jadi semula pakat dok berpuasa walaupun ada je yang jadi toyol 'curi makan siang hari' hehehe. Puasa yang yang yok, pagi-pagi bukak periuk.. ramai je yang pernah buat dulu kan...

Puasa, menahan lapar dan dahaga dan yang paling penting menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa tu sendiri. Secara sengaja? Memang dah sah-sahla batal puasa tu kan. Yang penting kita control. Fuhh, kalau cakap pasal puasa ni banyak benda baru yang berlaku. Banyak perkara baru yang dilalui dan sedang dinikmati. Siapa cakap puasa ni dapat penat je? Mmang penat je yang bakal kita dapat kalau kita tak nikmati dan mensia-siakan Ramadhan yang Allah beri ni.

Tahun ni tahun kedua berpuasa sebagai isteri dan pengalaman pertama berpuasa sebagai seorang ibu. Menyusukan bayi ketika puasa ni adalah satu benda baru yang penuh mencabar. Sungguh-sungguh menguji kesabaran. Sabar melayani kerenah anak kecik yang baru menjengah 4bulan. Sabar mengawal nafsu lapar. Bersabar jelah nakkkk.. 

Selamat berpuasa. Selamat menjalani ibadah yang berlipat ganda ganjarannya di bulan Ramadhan yang mulia ni. #Cabaran 20Hari ini akan cuba disahut sebaiknya. Moga dengan #Cabaran 20 Hari Puasa/Raya 2015 ni buatkan blog ni terus dan sentiasa hidup. Tak mahu mati lagi. Terima kasih banyak-banyak.

Maaf, rumah ni sedang renovate. Dalam proses nak tukar image jadi mak-mak pulak. Hehehe, jemput-jemput masuk, jangan serik datang lagi ye..

25 Jun 2015

Tonton Drama M.A.I.D Episod 4 Astro Ria

Tonton Drama M.A.I.D Episod 4 Astro Ria |

Assalamualaikum..
M.A.I.D EPISOD 4


19 Jun 2015

Tonton Drama M.A.I.D Episod 3 Astro Ria

Tonton Drama M.A.I.D Episod 3 Astro Ria |

Assalamualaikum,,
M.A.I.D EPISOD 3


18 Jun 2015

Tonton Drama M.A.I.D Episod 2 Astro Ria

Tonton Drama M.A.I.D Episod 2 Astro Ria |

Assalamualaikum..
M.A.I.D EPISOD 2


Under Construction - Renovate Hati

Under Construction - Renovate Hati | 

Assalamualaikum,,
Bila dah terlalu lama rumah ni dibiarkan sepi, rasanya dah sampai masa ia perlu diberi perhatian. Sedih jugak sebab biarkan tak berpenghuni macamni. Rumah ni perlu jiwa, perlukan kasih sayang dan yang paling penting belaian. 
Dan inilah masa dan ketika yang sesuai untuk melakukan pengubahsuaian dan perbaiki segala kelemahan dan menutup segala kebocoran yang ada. Dan.... mulakan hidup baru. 
InsyaAllah, terima kasih Allah. dan terima kasih kepada yang sedia membantu.

Tonton Drama M.A.I.D Episod 1 Astro Ria

Tonton Drama M.A.I.D Episod 1 Astro Ria |

Assalamualaikum..
Drama M.A.I.D Episod 1. Lakonan Abang Sado Zul Ariffin dan si cantik Ayda Jebat.

M.A.I.D EPISOD 1



9 Jun 2015

Like Father Like Daughter

Like Father Like Daughter |

Assalamualaikum..
Syukur padamu Ya Allah dengan kesempatan yang diberi. Sikit hari lagi Nur Sarah Alya dah nak cecah 4bulan. Cepat betul kan masa berlalu. Makin hari makin banyak ragam dia yang dipersembahkan kat mama. Macam-macam color ada. Tapi semua tu buat mama bahagia. Bahagia bila melihat anak membesar depan mata mama.

Tapi yang paling mama buat mama rasa nak senyum ketawa je bila rupa Baby Sarah saling tak tumpah dengan papa dia masa kecil dulu. Serius! Dua-dua muka bulat, Kening hidung dagu semua sama. Memang anak papa sungguh! Dominan betul DNA papa dia eh. Kekeke,
Gambar kiri tu Sarah dan yang sebelah kanan tu papa dia 34tahun yang lepas. Comelkan depa berdua ni. Tak sangka mama yang papa Sarah ni comel sangat masa kecik dulu.. Sarah dah tentu-tentulah comel! (Siapa lagi nak puji anak sendiri kan kalau tak kita -lagipun tu kan satu doa, Aminn) 

8 Jun 2015

Formula Menidurkan Baby Sarah Siang Hari

Formula Menidurkan Baby Sarah Siang Hari |

Assalamualakum..

Alhamdulillah. Syukur diri ini masih lagi diberi kekuatan untuk menjaga buah hati Nur Sarah Alya ni. Satu perkara yang agak memenatkan bila sikecik ni payah sangat nak tidur siang. Buat lah macamana pun, tetap jugak dia nak berlawan mata tu walau hakikat memang dah mengantuk sangat. Dan akhirnya terpaksa melayan kisah mengamuk dia. Uhukkk, bila jadi camni benda penting yang selalu sematkan dalam kepala 'Sabar!'
Ni gambar minggu lepas. Lady Boss!
Hari ni, lepas zohor ni saja bawak Sarah tidur dalam bilik dan On Acond. Macam biasa la, mengantuk tu memang dah siap ada. Tapi energy si Sarah ni memang luar biasa. Mengantuk pun tetap tak mahu pejam mata tu. Owh anakku, mama penat sayang. Cuba selimutkan dia, maklumlah sejuk kan. Habis ditendangnya selimut tu. Bawah kaki la selimut tu mendarat akhirnya. 

Toing! tiba-tiba mama dapat idea. Mama nak bungkus anak mama ni. Bedung kaki tangan dia dengan selimut yang sedia ada tu. Terkebil-kebil jugak si comel Sarah ni mula-mula. Yelah dah berbulan-bulan maa tak bedung dia sejak dalam pantang lagi. Dari dulu dia bukan suka kena bedung. Kalau bedung pun sekejap je, elok pastu tangan dah keluar. 

Kali ni mama tak bagi peluang. Macam-macam eksperimen dah mama buat nak menidurkan dia siang hari. Semua tak jalan. Untuk hari ni alhamdulillah, menjadi pulak. Mama bedung dia dalam selimut, Ketat tak ketak la. Masih mampu jugak dia bergolek, maklumlah Sarah sekarang ni dah expert meniarap. Pelan-pelan mata dia mengecil. Dan elok pejam tidur sendiri, lagi mama tepuk montot dia lagi sedap dia tidur sambil alunan zikir munajat kat youtube. Alhamdulillah.   

Nanti mama nak cuba lagi. Masa main kita main,masa minum kita minum susu, masa tidur baby kenalah tidur.. okey sayang!