Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

24 Oct 2014

Pahang Mara Ke Final Piala Malaysia 2014

Pahang Mara Ke Final Piala Malaysia 2014 |

Assalamualaikum..
Wakil Pantai Timur, Pahang melangkah bergaya ke final Piala Malaysia 2014 selepas menyingkirkan pasukan Kedah pada pertembungan separuh akhir kedua malam ini di Stadium Darul Makmur. 
Kelebihan bermain dihadapan penyokong sendiri ternyata membawa tuah buat pasukan Pahang dengan kemenangan besar 5gol tanpa balas sekaligus layak dengan agreget 6-3.
Tewas pada perlawanan separuh akhir pertama Ahad lalu tidak mematahkan semangat juang Tok Gajah untuk meneruskan kemaraan walau bekalan hanya satu gol ditempat lawan tempoh hari. 
Skuad kendalian Zainal Abidin Hassan ternyata mempamer aksi penuh bertenaga sepanjang 90minit berlangsung. Jentera serangan Pahang memang hebat! Martias Conti, mu superb la hatrik tu...
3 gol pada separuh masa pertama sudah cukup membuatkan penyokong terhibur ditambah pula dengan 2gol lagi pada babak kedua. Memang taring panjang nampaknya Tok Gajah malam ni.
Rasanya ni hadiah terbaik buat Sultan Pahang yang menyambut Hari Keputeraan hari ni. 
Apa pun, Pahang terpaksa menunggu keputusan pertemuan diantara JDT mahupun Felda United malam esok untuk menentukan siapa lawan mereka di pentas akhir Piala Malaysia 2014 nanti. 
Tahniah untuk Pahang dan seluruh penyokong serta rakyat Pahang diatas kemaraan ini. 


20 Oct 2014

Posisi Tidur Terbaik Untuk Ibu Mengandung

Posisi Tidur Terbaik Untuk Ibu Mengandung |

Assalamualaikum,.
Ramai wanita mengandung bermasalah untuk mendapatkan keselesaan ketika tidur. Lebih-lebih lagi bila perut dah semakin membesar. Sekejap pusing kekiri,sekejap ke kanan.. pun belum tentu selesa untuk tidur. Bagi yang memang dah terbiasa tidur secara melentang atau meniarap sebelum ni makin bermasalah lah untuk tidur sewaktu hamil ni.
Tidur secara melentang semasa mengandung boleh meningkatkan risiko sakit belakang dan buasir, masalah penghadaman, pernafasan dan pengaliran darah malah tekanan darah rendah. Tidur melentang memberi tekanan pada bahagian abdomen, pastinya memberi rasa senak dan sukar bernafas.

Posisi tidur yang terbaik bagi ibu mengandung adalah posisi mengiring (sleep on side). Belajar dan berlatihlah untuk tidur secara mengiring kiri atau kanan. Tidur mengiring tidak mengganggu peredaran darah malah lebih banyak nutrien dan oksigen dapat dihantar kepada bayi didalam rahim. Ia juga membantu buah pinggang mengkumuhkan bahan buangan dan cecair daripada badan dengan lebih efisien, serta mengurangkan bengkak di buku lali, tapak kaki dan tangan.

Cuba tidur mengiring dengan memeluk bantak yang diletakkan di celah kaki. (Kembali semula ke posisi ini jika terjaga di tengah malam dan mendapati tidur dalam keadaan meniarap atau menelentang). Boleh juga beli beberapa bantal khas untuk ibu mengandung, malah bantal biasa juga boleh digunakan. Susun bantal di celah kaki, di bawah perut, dan di belakang badan untuk lebih keselesaan dan sokongan tambahan.

Dalam banyak kajian menunjukkan risiko bayi mati dalam rahim bagi wanita yang tidur secara mengiring adalah rendah berbanding wanita yang tidur secara posisi lain. Kesan meniarap atau terlentang semasa tidur menyebabkan darah yang membawa oksigen dan nutrien tidak sampai kepada bayi dalam rahim dan menyebabkan kandungan mati.
Jadi berhati-hatilah memilih posisi tidur yang sesuai semasa kehamilan ni. InsyaAllah, moga Allah permudahkan segala ujian dan nikmat ni.


Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episod 25

Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episod 25 |

Assalamualaikum..
MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA EPISOD 25

19 Oct 2014

Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episod 24

Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episod 24 |

Assalamualaikum..
MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA EPISOD 24

13 Oct 2014

Ibu Mengandung Kerap Buang Air Kecil

Ibu Mengandung Kerap Buang Air Kecil |

Assalamualaikum..
Sejak-sejak mengandung ni, banyak perubahan yang berlaku lebih-lebih lagi bab buang air kecil. Kadangkala terasa penat sebab kejap-kejap nak ke tandas. Kalau selepas minum air lagilah terasa nak membuang je.

Tapi jangan risau... kerap buang air kecil ni sebenarnya ciri-ciri utama kehamilan. Pendek kata perkara ni adalah normal bagi ibu-ibu mengandung. Kebiasaan perkara ni berlaku terutama dalam trimester pertama dan ketiga kehamilan. Ia merupakan tanda-tanda kehamilan yang biasa. Maklumlah, perubahan hormon sedang berlaku pada tubuh badan kita.

Bila bayi dalam kandungan semakin membesar, badan akan mengeluarkan lebih banyak air kencing, tetapi pundi kencing pulak semakin mengecut. Jadi, walaupun pundi kencing tu kosong, tetapi tekanan yang diterima membuatkan pundi kencing tu seakan penuh. Hal ni semakin kuat bila dah sampai penghujung kehamilan, masa tu kepala baby dah berada dibawah dan bersedia untuk lahir.

Buat ibu-ibu yang mengandung, jangan cuba untuk mengurangkan jumlah air yang kita minum semata-mata mahu mengelak untuk kerap ke tandas. Pengurangan cecair boleh menyebabkan dehidrasi, dan perlu minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas sehari untuk membantu pengaliran nutrien kepada baby kita.

Masalah ini akan berkurangan taklama selepas bayi dilahirkan.Dalam tempoh beberapa hari selepas dilahirkan, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak air kencing dan lebih kerap. Ketika ini badan sedang menyingkirkan segala cecair tambahan yang terkandung dalam sistem darah semasa hamil.

Tetapi, kita mungkin perlu berjumpa dengan doktor jika mengalami :
 -Rasa sakit atau panas ketika membuang air
 -Rasa hendak terkencing tetapi hanya beberapa titik sahaja yang keluar.
*Kemungkinan menghidap jangkitan saluran kencing (UTI). Minum banyak air untuk mencairkan kencing dan berjumpalah doktor secepat mungkin. Anda mungkin memerlukan antibiotik untuk mengubati UTI. Jika tidak diubati, UTI boleh menyebabkan jangkitan buah pinggang, yang mana boleh meningkatkan risiko anda sakit untuk bersalin terlalu awal (premature).



11 Oct 2014

Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episod 21

Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episod 21 |

Assalamualaikum..
MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA EPISOD 21

10 Oct 2014

Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episod 23

Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episod 23 |

Assalamualaikum..
MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA EPISOD 23

Bajet 2015, Apa Harapan Kita?

Bajet 2015, Apa Harapan Kita? |

Assalamualaikum..
Isu Bajet 2015 menjadi trending untuk beberapa hari ni. Dengan isu kenaikan harga bahanapi petrol Ron 95 dan diesel yang masih belum surut. Opss, bukan harga minyak naik ye, cuma subsidi dikurangkan 20kupang... bak kata pak menteri, rakyat kena faham. Okey.
Perbentangan Bajet 2015 yang dijadual dibentangkan Perdana Menteri esok petang di Dewan Rakyat pastinya ditunggu-tunggu oleh kita semua kan. Yelah, banyak isu pastinya bermain dalam fikiran rakyat Malaysia ni kan. Soal pendidikan, hartanah-perumahan, tentang kos sara hidup yang memang makin meningkat dan menekan, lagi-lagi GST yang bakal diperkenalkan bermula April tahun depan. 
Bonus untuk kakitangan awam? Okey.. 
BR1M? Masih perlu lagi ke?
Banyak sangat harapan kita rakyat marhaen ni kan.. 
Hurrmmm, tunggu dan lihat jelah esok ye dakk, 


9 Oct 2014

10 Keajaiban Sedekah

10 Keajaiban Sedekah |

Assalamualaikum..
"The more we give, the more we get back!" InsyaAllah..

Tidak akan berkurang harta yang kita infaq/sedekahkan dengan ikhlas kerana Allah melainkan Allah akan menggantikannya dengan berlipat ganda. Subhanallah, itu janji Allah.
Banyak dari kita sebenarnya takut nak memberi. Saya sendiri pun berfikir banyak kali sebelum nak menghulur. Takut dengan huluran itu akan mengurangkan apa yang kita ada. Tapi kita lupa, lagi banyak kita memberi, lagi banyak sebenarnya yang kita akan perolehi. Kita menambah apa yang kita ada hakikatnya. Itulah The Power of Sedekah.

Nak mendidik hati ni bukannya senang. Dugaan, cabaran dan rujuk rayu syaitan ni takkan pernah habis. Sama-sama kita pupuk hati untuk sentiasa belajar memberi supaya mudah untuk kita menerima. InsyaAllah,
Pasni, jom berzakat pulak...



8 Oct 2014

Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episod 22

Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episod 22 |

Assalamualaikum..
MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA EPISOD 22

Penyakit Anemia Semasa Mengandung

Penyakit Anaemia Semasa Mengandung |

Assalamualaikum..
Anaemia atau Anemia merupakan keadaan dimana berlakunya kekurangan hemoglobin di dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu apabila ibu mengandung mengalami anaemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.
Bagaimana Anemia Dikesan:
Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl.
Risiko Anemia terhadap ibu dan bayi :
Ibu    - Keguguran, 
         - Tumpah darah semasa dan selepas bersalin, 
         - Kematian.
Bayi - Tumbesaran dan perkembangan bayi terbantut.
         - Kelahiran bayi kurang berat badan.
         - Kelahiran tidak cukup blan
         - Bayi meninggal dalam kandungan.
Cara Untuk Mengatasi Masalah Anemia Semasa Hamil :
1. Tambah darah degan Pil Hematinik.
    Hematinik terdiri daripada empat jenis pil iaitu :
         -Pil zat besi (ferrous fumarate)
         -Pil asid folik
         -Pil vitamin C
         -Pil vitamin B kompleks (B Co
Mengapa pil hematinik sangat penting..
-Pil hematinik sangat penting kerana kandungan zat besi, B kompleks dan asid folic diperlukan untuk pembentukan sel darah merah.
-Pil vitaminC membantu untuk meningkatkan penyerapan zat besi.
-Pil hematinik membantu pulih dengan cepat dan janin membesar dengan sihat. Ia tidak menyebabkan saiz bayi besar. Berat lahir bayiyang normal adalah di antara 2.5kg - 4.0kg.
-Makan pil hematinik bersama air kososng atau jus buah-buahan untuk penyerapan yang optimum.
-Elakkan makan pil hematinik dengan air kopi, teh, minuman berkola, minuman bercoklat dan susu. Minuman ini mengandungi bahanyang menghalang penyerapan zat besi.
*Sesetengah ibu mengalami kesan sampingan seperti sembelit, rasa loya dan pening. Walau bagaimanapun, kesan sampingan tersebut hanyalah sementara sahaja.
2. Tambah Darah dengan Makan Makanan Kaya Zat Besi.
   -Sumber makanan kaya zat besi yang baik adalah terdiri daripada sumber haiwan seperti daging,hati,ayam,limpa, kerang, ikan, sotong dan ikan bilis.
   -Sayur-sayuran hijau seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam dan kailan juga mengandungi zat besi. 
   -Untuk mengatasi masalah anaemia, kita perlulah makan sekurang-kurangnya satu jenis makanan dari sumber haiwan yang kaya zat besi setiap hari.
   -Sekiranya wanita mengandung dikalangan vegetarian, perlulah mengambil makanan daripada kombinasi beberapa jenis kekacang sepertikacang hijau, kacang soya dan kacang dhalbersama makanan dan minuman yang tinggi kandungan vitamin C. Disamping meningkatkan lagi pengambilan sayur-sayuran hijau, dia juga perlu makan pil hematinik mengikut arahan,
Tingkatkan Penyerapan Zat Besi Dengan 2 Cara :
1. Lebihkan makan makanan yang membantu meningkatkan penyerapan zatbesi di dalam hidangan seperti berikut :
   -Buah dan sayur yang kaya dengan vitamin C seperti jambu batu, limau, betik, mangga dan sayuran hijau seperti pegaga, sawi, puvuk ubi,bayam dan kangkung.
   -Minum hus buah-buahan.
   -Makan bersama pencecah buah-buahan seperti sambal mangga, tomato atau limau kasturi.
   -Gunakan perencah daripada sumber haiwan seperti ikan bilis, udang, isi ayam dan isi daging.
2. Kurangkan makan makanan mengandungi bahan penghalang penyerapan zat besi seperti kopi, teh, minuman berkola dan minuman bercoklat :
   -Jika ingin mengambil makanan atau minuman tersebut pastikan diambil sekurang-kurangnya 1 hingga 2 jam selepas waktu makan atau selepas makan pil hematinik.
   -Susu juga mengandungi bahan penghalang penyerapan zat besi. Ibu hamil perlu minum 2-3 gelas susu sehari untuk mendapatkan cukup kalsium, jadi minumlah susu segar atau susu tepung diantara waktu makan utama seperti semasa miunm pagi, minum petang dan malam.