Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

29 Sept 2014

Tanda-Tanda Awal Kehamilan

Tanda-tanda Awal Kehamilan |

Assalamualaikum..
Bagaimana nak ketahui yang kita sedang berbadan dua? Lagi-lagi bagi mereka yang pertama kali mengandung. Pastinya tak ada pengalaman lagi. Pulak tu jika kehamilan tu berlaku di awal tempoh perkahwinan. Macam yang berlaku pada Aima dan suami. 
Dan kenapa pentingnya untuk kita mengetahui dan prihatin dengan tanda-tanda kehamilan ni. Sebab ada je yang tak tau diri tengah mengandung tup-tup tetiba keguguran. Makan tak jaga, badan tak jaga buat kerja berat, aktif dan sebagainya. 
Boleh baca kat bawah ni apa yang kebiasaannya terjadi dan menjadi tanda-tanda seseorang itu hamil. Apa yang dikongsi ni banyak terjadi kepada Aima sendiri, berdasarkan pengalaman yang ditempuhi baru-baru ni.
Lewat atau Tak Datang Haid
Yang ni memang ketara sangat. Maklumlah Aima jenis yang kitaran haidnya tetap setiap bulan. Sebelum berkahwin elok je datang period ni. Paling teruk pun lari sehari dua dari tarikh biasa. Tapi bila berkahwin, haid tak datang-datang. Memang susah hati waktu tu, Aima ambil masa lebih sebulan jugak la untuk pengesahan mengandung ni. Sebaiknya, bila dah terlewat beberapa hari dari tarikh period tu, dah boleh buat pregnancy test dah untuk kesahihan.
Payudara Sakit dan Bengkak
Haa, yang ni memang akan dirasai oleh hampir keseluruhan ibu mengandung. Payudara akan mula rasa sakit, tegang dan berdenyut-denyut. Rasa sensitif sangat kat bahagian tu lagi-lagi bahagian puting. Maklumlah badan mula nak menyedia dan mempersiapkan bekalan yang cukup untuk pengeluaran susu nanti.
Kerap Buang Air Kecil
Memang boleh rasa sangat perubahan bila mengandung ni. Sekejap-sekejap nak buang air kecil. Lagi-lagi waktu tidur malam. Perkara ni berlaku sebab bilamengandung ni dia akan menekan pundi kencing kita, tu yang kerap dan mudah sangat nak buang air.Jadi, kena la selalu minum air untuk menggantikanbalik air yang dah hilang dari badan tu. Aima memang prefer minum air suam (walaupun dalam tempoh tak sampai sejam selepas minum akan melawat tandas sampai 3-4kali).
Rasa Lesu dan Kerap Letih
Masa mengandung ni, tubuh si ibu memang mudah letih, kadangkala lesu je. Kalau boleh rasa nak tidur je sepanjang hari. Aima sendiri awal-awal dulu memang macamni. Waktu bekerja siang aktif sangat, tapi bila balik rumah..rasa nak baringdan tidur sepanjang masa. Tapi ada je ibu-ibu mengandung yang aktif, tak rasa penat sangat sepanjang mengandung. Benda-benda bergantung pada setiap individu. Takkan pernah sama.
Sensitif dan Emosi Berubah-Ubah
Ahha, yang ni seringkali terjadi dikalangan kita. Macam bila kita datang bulan tu. Sekejap okey,sekejap nak marah je kerjanya. Yang merajuk tak payah cerita la. Tau-tau je dah menangis meleleh airmata. Emosi tak stabil kan. Suami-suami mungkin boleh perasan tentang perubahan ni. Tapi, dalam keadaan apa pun si suami kenalah bersabar dengan ketakstabilan emosi isteri. Prihatin dengan keadaan isteri, insyaAllah akan dapat membantu menambaik mood isteri mengandung ni.
Masalah Sembelit
Awal-awal mengandung dulu Aima pernah la jugak merasa masalah sembelit ni. Tapi takde la kritikal. Kalau sebelum ni biasa buang air besar setiap hari,bila dah mengandung ni agak susah sikit nak membuang. Alhamdulillah bila dah masuk trimester kedua, dah back to normal. Cuma mungkin perkara ni akan berulang lagi nanti lagi-lagi biladah makan ubat.
Loya dan Muntah/Mual
Kebanyakkan ibu mengandung akan merasa loya dan mual. Rasa nak muntah je. Perkara ni normal bagi proses kehamilan ni. Jangan takut nak makan sebab risau akan muntah-muntah. Cuba sedaya upaya makan juga. Jangan biarkan perut kosong. Bila perut kosong lagilah kita akan rasa loya dan mual. Kebiasaannya loya dan muntah-muntah ni akan berkurangan bila memasuki trimester kedua. Jadi bersabarlah, insyaAllah kita dan baby kuat nak tempoh alahan ni.
Suhu Badan Tinggi
Perubahan yang ni memang berlaku pada tubuh badan Aima. Suami sendiri selalu tegur bila sentuh badan panas sedangkan diri dia sejuk. Benda ni memang tak mampu nak dikawal la. Dah dia nak panas kan, nak buat lagu mana. 
Mungkin ada banyak lagi tanda dan perubahan yang berlaku bila diri seorang wanita ni mengandung. Aima sekadar berkongsi pengalaman dan perubahan yang Aima sendiri rasai masa awal-awal mengandung dulu. Sama-sama kita jaga diri,jaga kandungan insyaAllah semuanya akan okey. 
Kepada yang dah mula merasai perubaha-perubahan yang disebutkan tu, cepat-cepatlah ke klinik untuk pengesahan. Jangan lupa buat kad merah jambu sekali ye. Jangan jadi macam Aima yang kena bebel dengan nurse sebab 14minggu baru terkedek-kedek nak jengah Klinik Kesihatan.
Wassalam.
   

24 Sept 2014

Suri Rumah Sepenuh Masa, Antara Dipaksa dan Terpaksa

Suri Rumah Sepenuh Masa, Antara Dipaksa dan Terpaksa |

Assalamualaikum..
Hidup ni takkan pernah terlepas dari diuji. Selepas satu-satu datang silih berganti. Kali ni cabarannya lebih hebat. Antara dipaksa dan terpaksa. Bukan lagi dalam dilema, bukan juga dalam situasi serba tak kena tapi dalam keterpaksaan keputusan itu terlahir juga.
Alhamdulillah, surat berhenti kerja dah pun dihantar kepada pihak yang sepatutnya. Lebih kurang sebulan je lagi untuk meneruskan kerjaya. Siapa yang tak sayang kerja yang dah bertahun bersama. Tapi, mungkin bukan rezeki saya dan baby untuk terus kekal disitu. Takpe lah, insyaAllah rezeki Allah luas. Pasti akan ada rezeki lain diluar sana.   
Alasan berhenti kerja? Terpaksa... kerana dipaksa. Itu je yang mampu diperkatakan. Bukan suami yang paksa ye, Kami berdua terpaksa menerima perkara ni sebaiknya. Alhamdulillah, keluarga masing-masing memahami. 
Perancangan? Masih belum ada lagi. Suri rumah sepenuh masa mungkin. Moga perjalanan hidup kami walau getir sekalipun dapat dilalui sebaiknya. Syukur kerana dikelilingi oleh mereka yang menyayangi. Terima kasih Allah!

22 Sept 2014

Alahan Semasa Mengandung

Alahan Semasa Mengandung |

Assalamualaikum..
Bercerita tentang wanita mengandung dan alahan tentunya takkan dapat dipisahkan. Ada yang alahan biasa-biasa je, ada yang teruk sangat sampai tak larat nak bangun. Ada jugak yang alahannya sampai ke 9bulan. Yang paling bertuah sepanjang mengandung, relaks je langsung tak mengalami alahan seperti kebanyakkan mommy to be ni.
Mengandung anak pertama ni, merasa jugaklah alahan yang selama ni hanya didengar. 3bulan trimester pertama mengandung ni memang sungguh-sungguh mencabar. Bukan hanya diri sendiri je, tapi cabaran besar buat si suami yang sedikit sebanyak mengalami tekanan melayan kerenah dan perubahan si isteri.

Loya dan Muntah
Alahan loya dan muntah ni memang tak mampu nak dihindar. Lebih-lebih lagi Aima melalui trimester pertama tu ketika bulan puasa. Ya Allah, memang sunguh-sungguh hebat ketika tu. Puasa? rasanya tak sampai separuh pun yang berjaya dilalui. Selebihnya terpaksa pecah telur ayam. Loya dan muntah ni kemungkinan besar berlaku sebab masa tu memang langsung takde selera makan, tak lalu nak telan walaupun seteguk air. Bila dah tak makan, perut kosong, angin la apa lagi. Tu yang kejap-kejap nak muntah je walaupun bukan ada apa isi yang nak dimuntahkan pun.

Alah Bau Bauan
Haaa, yang ni memang tak boleh nak elak. Aima sendiri surender awal-awal pasal bau-bau nisemua. Serius memang tak boleh nak tahan. Bukan setakat perfume, deodorant, bedak saje malah bau sabun basuh ke, shower gel dengan shampoo pun rasa busuk. Tapi Alhamdulillah sampai ke hari ni masih boleh bertahan dengan bau suami. Kalau tak, tak tahu lah jadi apa. Mungkin sebab tu ada kes suami kena tidur luar sepanjang isteri mengandung sebab si isteri alah dengan bau badan suami.

Alahan ni semua bergantung jugak pada individu. Ada yang okey, ada yang tak. Tapi doktor cakap, ibu mengandung jadi alahan,lemah tak bermaya,muntah-muntah camni sebab baby dalam perut nak berkembang dengan baik sihat. Sebab tu baby serap semua  rasa sihat si ibu.

Yang penting kita jaga diri, jaga kesihatan, jaga baby dalam perut tu. Sentiasa positifkan diri, insyaAllah semuanya OKey....








Kenapa Perlu Baca Blog Parenting

Kenapa Perlu Baca Blog Parenting |

Assalamualaikum..
Perjalanan hidup kita ni berkembang dari satu tahap ke tahap yang berlainan. Senang cerita dari baby yang tak tahu apa-apa, berkembang menjadi kanak-kanak riang, kemudian mencapai tempoh akil baligh dan selepas itu mula membesar menjadi seorang dewasa. Dari sendiri mula berdua, bertiga dan seterusnya. 
Parenting Blog? 
Mengikut pemahaman Aima sendiri, Parenting Blog, blog yang berkisar tentang perjalanan hidup rumah tangga khususnya anak-anak yang merupakan permata pelengkap jiwa. Blog yang sentiasa berkongsi ilmu keibubapaan, tips-tips mendidik dan membesarkan anak-anak tidak kira dalam apa jua bentuk sekalipun. Ada yang menulis dari sudut pandang isteri, yang dari perspektik suami pun tak kurang juga. Ilmu dan pengalaman tu yang banyak menjadi ikutan dan rujukan kepada pembaca diluar sana. 
Kenapa Perlu Baca Blog Parenting?
Saat ni, Aima merasakan blog-blog begini sangat penting dalam mempersiapkan diri kita sebagai suami, isteri mahupun ibubapa. Ilmu keibubapaan bukan hanya untuk mereka yang dah berkahwin sahaja betul tak. Persediaan tu yang paling penting. Macam Aima sendiri dah agak lewat baru betul-betul nak mendalami dunia parenting ni. Dah disahkan mengandung 3-4bulan baru nak sibuk-sibuk google sana sini nak dapatkan ilmu tentangnya. 
Besar cabarannya zaman sekarang dalam membesarkan anak-anak. Mental, fizikal, moral, sahsiah, rohani segala macam aspek yang kita kena ambil tahu, ambil peduli dan pantau. Sebab tu ilmu ni keibubapaan ni sangat penting. Pengalaman mereka yang terdahulu juga kena ambil kira. Mana yang baik kita ikut, yang buruk jadikan tauladan. Betul tak?
Kadang-kadang rasa terhibur bila membaca kisah-kisah yang parenting blogger ni kongsikan. Yelah, anak-anak sekarang ni kan macam-macam ragam. 
Haa, sebelum terlupa ni antara blog parenting yang Aima suka baca lately..
*BabyCenter (dah 4bulan baru sibuk nak baca perkembangan baby dalam perut ni, hehehe)

-Rasa semangat pulak nak tulis entri dan join segmen yang dianjurkan Blog Melastik Bintang ni. Elok jugak untuk persedian diri sendiri kan. Nak jadi ibu ni bukan mudah oooo.. Kepada yang nak join, dipersilakan. Semua pun boleh turut serta kata Tuan MelastikBintang ni. 


11 Sept 2014

Segmen Ben Ashaari : Impianku Seorang Blogger

Segmen Ben Ashaari : Impianku Seorang Blogger

Assalamualaikum..
Blogger Ben Ashaari buat segmen! Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk turut serta walaupun dah betul-betul dipenghujung-(Baru balik kerja je). Seronok bila tengok ramainya pengikut setia beliau yang join. Hebat aura abg Ben ni..Like!

Kena cerita sikit tentang latar belakang diri..
Okey, senang cerita Aima orang kampung je anak jati Perak, Kecik sampai besar masih disini. Bergelumang dalam bidang Automotif kereta hampir 10tahun. Baru je berkahwin melepasi 4bulan yang lepas. Alhamdulillah, sedang dikurniakan rezeki mengandung anak sulung 17 minggu. Syukur dikelilingi dengan mereka-mereka yang menyayangi.

Cerita Kelebihan pasal Blog?
Ahha, blog www.babyaimacomel.com ni sebenarnya dah lama menyepi. Dekat 4bulan sejak-sejak sibuk menguruskan projek nikah kahwin sendiri. Ingatkan boleh la kembali aktif, tapi diuji pulak dengan gelombang besar. Mengandung, apa lagi alahan muntah-muntah,loya, mual.. Pakat tak dan la nak tengok blog sendiri. Sehari dua ni baru la ada kekuatan nak kembali menulis. InsyaAllah akan cuba bertahan dan kentalkan diri untuk menulis dan terus menulis di sini. InsyaAllah.
Jadi, agak-agak korang bila baca ni, takde lah nampaknya kelebihan blog ni sejujurnya. Kan...

Impian Sebagai seorang Blogger..
Kalau ditanya tentang impian, harapan dan angan-angan dalam berblog ni,memang sungguh tak tinggi pun. Cukuplah sekadar orang tahu yang blog ni wujud. Kalau mahu yang lebih pun, mungkin belumsampai masanya lagi. Setiap orang rezekinya berbeza-beza. Lagi pulak aima belum cukup usaha nak capai sesuatu yang boleh dibanggakan seperti blogger hebat diluar sana. Semoga sahabat-sahabat blogger yang lain akan terus menyerlah bersinar dan maju jaya.



9 Sept 2014

Hati-Hati Mengandung Anak Pertama

Hati-Hati Mengandung Anak Pertama|

Assalamualaikum..
Saat mengetahui yang diri sedang hamil tentunya adalah saat yang paling menggembirakan. Pastinya banyak perubahan yang berlaku dalam diri seseorang wanita yang mengandung. Alahan, sakit muntah, loya, kurang selera makan.. Walaubagaimana pun, setiap individu wanita mengandung mempunyai pengalaman yang mungkin berbeza dari yang lain.
Bila kandungan dah mula memasuki bulan ke 4 ni, ramai yang dah mula menegur. Almaklumlah, perut dah mula kelihatan. Jalan pun dah macam orang mengandung 7-8bulan. Bila dah mengandung ni, automatik jalan dah tak macam biasa, semacam anak dara dulu dah tak mampu dah. Takde nak catwalk-catwalk lagi dah. 
Dan hari ni sahaja hampir 3 ke 4 orang yang memberi nasihat baik. "Hati-hati mengandung anak pertama ni". "Hati-hati berjalan" "Jaga baik-baik" Alhamdulillah, masih ramai yang prihatin sebenarnya. Sekurang-kurangnya dalam mereka memberi nasihat, mereka juga ada cerita pengalaman yang lepas. Terima kasih. InsyaAllah, akan cuba sebaik yang mungkin. 
Walaupun hakikatnya, daku sendiri pun tak tahu nak berjaga-jaga dari segi apa, mana, dimana... Mengandung kali petama, tentunya tidak ada pengalaman dan tidak pernah melalui proses kehamilan dan kelahiran itu sendiri.

8 Sept 2014

Ujian Besar Di awal Perkahwinan

Assalamualaikum..

Sekian kalinya setelah berbulan-bulan dapur sini tak berasap, malam ni jari jemari rasa nak menari atas keyboard pulak. Sedang memotivasikan diri sebenarnya ni. Ahha, kembali kepada cerita asal.. Aima dah selamat berkahwin beberapa bulan yang lalu, alhamdulillah dipermudahkan. Segan nak cerita banyak-banyak pasal kahwin ni. Sebab rasa macam......hurrmm okey,

Memula dulu menghilang sekejap sebab beri laluan kepada kerja-kerja kahwin. Maklumlah, waktu dah makin mendekat majlis. Sibuk lah katakan. Buat-buat sibuk pun ada jugak. Tapi syukur, alhamdulillah sampai jugak ke akhirnya projek kerja kahwin kita tu..

Ingatkan boleh la kembali berblog seperti dulu kala, rupanya didatangi ujian yang lebih besar. Allahuakbar! Segalanya serba tak kena. Dah mengalahkan orang angau bercinta. Makan tak kenyang, mandi dengan air paip confirm la basah, tidur memang tentu-tentu la tak lena. Perubahan yang begitu ketara sebenarnya. Tapi, percubaan pertama bila diperiksa 'negatif'. Walau tanda-tanda tu semua dah ada tapi keputusannya tak memberangsangkan. Okey... memang tak ada rezeki.

Dan sebulan lebih selepas kejadian tu, rasa macam semacam je. Ketidakpuasan hati masih ada, mencuba untuk kali kedua. 2 line! Tapi was-was pulak dah. Takut la tersalah baca arahan penggunaan ke. Ya Allah, besar betul cabaran masa tu. At last, pergi jugak kepada yang pakar. Alhamdulillah, kali ni positif. Sungguh, positif!

Apa perasaan masa tu?? Tak tahu nak kata apa. Tak terlalu awal ke? Kekadang tetiba rasa Ya Allah betul ke aku dah bersedia ni. Diri sendiri pun tak pandai urus lagi, ni pulak nak jaga satu nyawa lain dalam tubuh ni.. Memang ianya satu ujian besar buat diri ni diawal perkahwinan. Ujian nikmat, terima kasih Ya Allah. Terima kasih suamiku, terima kasih mak abah, terima kasih adik,abang,kakak ku semua.. Terima kasih sahabat.