Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

31 Mar 2014

Jika Itu Takdirku Episode 23 Tonton Online

Jika Itu Takdirku Episode 23 Tonton Online |

Assalamualaikum..
JIKA ITU TAKDIRKU EPISODE 23

Jika Itu Takdirku Episode 22 Online

Jika Itu Takdirku Episode 22 Tonton Online |

Assalamualaikum..
JIKA ITU TAKDIRKU EPISODE 22

[crazyscreen.biz]Jika.Itu.Takdirku.E22 by riptheworld

30 Mar 2014

Kesedaran Bermula Hidupkan Untuk Memberi

Kesedaran Bermula Hidupkan Untuk Memberi |

Assalamualaikum..
Kesempatan yang diberikan Ilahi memberi ruang dan peluang yang cukup hebat bagiku. Ruang untuk penyatuan, kesempatan untuk menzahirkan, peluang untuk mengenali mereka-mereka yang hebat. Bersua muka dengan blogger hebat Tuan Denaihati ternyata sesuatu yang susah nak digambarkan dengan kata-kata. Sehingga hari ni, masih lagi tak tersebut aku perihal Sepetang Bersama Blogger 2014 ni. Terima kasih kepada Tuan Denaihati, dan juga team Denaihati Network Anarm.net, Eizil.comMelastik Bintang, diatas penganjuran #SBB2014
Ni antara senarai blogger yang perasan namanya disebut di dalam buku Denaihati.. 
takde buku ni?? boleh dapatkan di http://kedai.denaihati.my/

"Kita membina hidup dengan apa yang kita dapat tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita berikan".
Hidupkan Untuk Memberi 
Terus terang dikata, hampir 27tahun melayari hidup yang memang penuh mencabar ni.. aku lebih banyak menerima. Lebih banyak mengharapkan penerimaan, lebih mudah menadah dari memberi dan menghulurkan. Tak kiralah dari segi kewangan, material, sokongan moral, keluarga dan sebagainya. Mudahnya dulu aku mengharapkan orang lain memahami diriku sedangkan aku.. loser. 
 "Rezeki.. ada dimana-mana, datang tanpa diduga, tepat pada masa yang penting usaha & tawakkal" -santapan minda Denaihati 
Bila Tuan Denaihati berkongsi kegembiraan dengan rezeki yang tidak disangka-sangka kerana konsep hidup beliau yang 'Hidup Untuk Memberi' ia sangat menyentuh rasa. Betul, bila kita melihat kegembiraan diwajah penerima terutama pada mereka yang berusaha keras untuk mendapatkan apa yang mereka impikan, hati kita sendiri pasti akan rasa bahagia. Mana tahu dengan huluran kita tu mereka mendoakan yang baik-baik untuk kita, ye dakk?? Okey, saya belajar perkara tu bersama tuan Denaihati. 
Kongsi Kenangan, Ilmu dan Kebaikan.
Tumpang gembira dengan hasil penulisan Hafiz Mohd pemenang peraduan Yeo's tempoh hari. Fuiyoo, panjang lebar apa yang beliau tulis. Beliau berkongsi kenangan bersama Yeo's, ilmu tentang Yeo's itu sendiri malah bercerita tentang kebaikan dan kelebihan Yeo's yang mana mungkin ada orang diluar sana yang tidak mengetahui selama hari ni. Siap manfaat nutrisi Yeo's lagi. Yeo's Pilihan Semulajadi..
Jadi Penulis Blog Yang Bagus.
Perkongsian dar blogger Liza Razak. Betul lah beliau kata. Semua orang boleh jadi blogger, semua orang mampu ada blog. Tapi, bukan semua orang dilahirkan ada bakat menulis dan disegani semua orang. Semua pun mesti bermula dari bawah. Perlahan-lahan kayuh dengan usaha belajar. 
Tips terbaik dari beliau :
1. Kenal diri sendiri -tahu apa yang kita nak, apa yang kita nak kongsikan di blog. Apa pendirian kita berkenaan blog.
2. Belajar secara bijak -jangan jemu untuk mencari ilmu setiap hari. Tapi jangan belajar membabi buta!
3. Cari peluang improve gaya penulisan blog -rajinkan diri join contest yang ada kualiti. 
4. Be creative -variasikan tajuk entri. Jangan buat pembaca blog kita bosan!
5. Berani suarakan pendapat -blogger kena berani beri pendapat dan berani terima teguran. Tapi, kena pandai kawal emosi.
Isu Poligami Isu Berat ni....
Buku Denaihati Hidupkan Untuk Memberi bukan hanya menceritakan pasal blog je. Ya Allah, banyaknya panduan dan pengajaran untuk kita teruskan hidup. Perkongsian beliau tentang isu poligami (okey, jangan salah faham bukan tuan Denaihati yang berpoligami eh. Beliau berkongsi kisah orang-orang yang rapat, yang berlaku depan mata beliau kehidupan mereka yang beristeri lebih dari satu ni. Kalau tanya aku, memang susah nak berkongsi kasih tapi entahlah bila sembang dengan adik beradik kitorang seolah rela dan nakkan payung emas tu. Siap cakap nak yang memula. Bukan nombor 2 dan seterusnya. Kalau agak boleh berlaku adil, silakan la...
Ibu teman sepanjang hayat.
Kalau bercerita pasal ibu ayah ni, boleh menangis dibuatnya. Sebak sungguh baca kisah yang Tuan Denaihati kongsikan dalam buku ni yang bertajuk 'Teguran Ibu Dijadikan Musuh Hingga Ke Akhir Hayat'. Owhh, mak adalah teman terbaik sepanjang hayat. Dari kecik sampailah ke besar, apa yang ibu kita tak pernah buat untuk kita?? Walau miskin, hina macamana pun ibu kita, perkara yang seorang ibu takkan pernah lupa untuk buat adalah mendoakan kesihatan, kebaikan dan kesejahteraan anaknya. 
Marah? Ye, marah tu memang akan ada. Ibu mana yang tak pernah marah anak betul tak. Kalau kita buat salah, confirm ibu akan marah. Kalau tak marah, bila kita nak berakal untuk faham sesuatu kesalahan yang dilakukan. Mak saya, masa kecik-kecik dulu kalau dia jerit satu taman boleh dengar. Dahtu kalau tak jerit camne la anak-anak beliau yang 10 ni nak dengar kata kan. Kerana marah, jerit dan pukulan kedua ibu bapa kami lah yang menjadikan kami insan hari ni. 
'Seorang ibu sanggup memelihara 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tentu dapat memelihara seorang ibu' -santapan minda Denaihati.
Salute sangat dengan Tuan Denaihati yang tak serik berkongsi  menceritakan pengalaman dan kekecewaan hidup yang pernah beliau alami sebelum ni. Ditipu dan dikhianati rakan niaga, (boleh baca kisah kisah ketidakjujuran seorang yang dulunya sahabat yang penuh ketamakan dan tidak jujur perihal Nasi Lemak AirAsia). Tambahan cerita berkaitan keliatan seorang kawan dalam membayar hutang. Alahaii, kena tipu dua kali dengan orang yang sama. 
Tabik spring sungguh daku dengan ketabahan dan kesabaran hati beliau dalam menumpuh dugaan hidup. Niat untuk membantu memang memakan diri. Terima kasih kepada Tuan Denaihati yang tidak segan silu berkongsi kisah pengajaran supaya kita tidak mengulangi perkara yang pernah beliau alami.
Ingat, hutang sampai mati pun takkan boleh lupus kecuali si pemberi hutang tu menghalalkan hutang yang diberi. Berat tu!
Haa, ada jugak cerita pasal hacker yang tak putus-puuts nak hack akaun online beliau. Aduhaiii, beratnya cabaran hidup beliau.

Haiyaaa, dah hujung-hujung buku ni ada kisah tentang subsidi. Tak mau cerita pasal ni boleh kannnn? =) hehehe, 
Maaflah andai tulisan ku hari ni membosankan. Dah lama tak menulis kerana kesibukann, baru nak bermula melangkah semula ni. Mohon doakan yang terbaik ye kengkawan.. Terima kasih,
  

27 Mar 2014

Jika Itu Takdirku Episode 21 Tonton Online

Jika Itu Takdirku Episode 21 Tonton Online |

Assalamualaikum..
JIKA ITU TAKDIRKU EPISODE 21 

26 Mar 2014

Jika Itu Takdirku Episode 20 Tonton Online

Jika Itu Takdirku Episode 20 Tonton Online |

Assalamualaikum..

JIKA ITU TAKDIRKU EPISODE 20



Jika Itu Takdirku Episode 19 Online

Jika Itu Takdirku Episode 19 Online |

Assalamualaikum..
JIKA ITU TAKDIRKU EPISODE 19

25 Mar 2014

Jika Itu Takdirku Episode 18 Tonton Online

Jika Itu Takdirku Episode 18 |

Assalamualaikum..
JIKA ITU TAKDIRKU EPISODE 18

18 Mar 2014

Projek Memikat Suami Episode 12 Tonton Online

Projek Memikat Suami Episode 12 Tonton Online |

Assalamualaikum..
PROJEK MEMIKAT SUAMI EPISODE 12

PMS 12 by artzrules




Jika Itu Takdirku Episode 17 Tonton Online

Jika Itu Takdirku Episode 17 Tonton Online |

Assalamualaikum..

JIKA ITU TAKDIRKU EPISODE 17

17 Mar 2014

Meniti Detik Berliku

Meniti Detik Berliku |

Assalamualaikum..

Kalau ditanya apa yang daku rasa, perasaan ni tak tergambar rasanya. Saat ni, detik dan ketika ni aku betul-betul lost. Semua perkara buat serba tak kena. Hilang, hilang... 

Kalau ikut kata hati, jiwa ku pasti akan mati. Andai ikut rasa, for sure aku akan binasa. Dan jika aku ikut akal, tak tahu berapa lama aku sanggup nak hadapi. 

Detik kian berliku, dah tak mampu nak berlawan, berjuang lagi. Kali ni, aku betul-betul give up.. Ya Allah, aku benar-benar berserah KepadaMu. Jangan Kau bolak balikkan hatiku.......... 

I am LOSER

15 Mar 2014

Pageview Seminggu Ini

Pageview Semiggu Ini |

Assalamualaikum..
First off all nak ucap syukur Alhamdulillah kerana dengan izinnya masih diberi peluang untuk mencoret sesuatu disini. Negara masih lagi dikejutkan dengan tragedi MH370 yang sehingga kini masih belum ditemui. Kita doakan semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah Yang Maha Esa lagi Maha Mengetahui.
Pageview hari ni setakat 10pg
Tak pasti apa yang berlaku untuk minggu ni. Pageview secara tiba-tiba semacam je dia punya gaya. Serius semacam, totally different dari kebiasaan. (Kemain nak cakap omputih kannnn.., sorry dah merojakkan bahasa). Tiba-tiba,

Tapi sebelum tu nak mintak maaf sangat-sangat, memang nak bagitau awal-awal yang blog ni dah makin susah nak update secara baik dan konsisten. Kerja kat ofis yang makin memeningkan kepala, hal nikah kahwin yang masih belum sempurna, naik turun emosi yang entahpape. Esok lusa ni nak selesaikan kursus kahwin pulak. 
Pageview semalam dan hari sebelumnya
Terima kasih kepada yang datang, nanti kita kawin jangan lupa datang jugak ye... hehehe,  tergaru-garu kepala sebenarnya entri ni nak cerita apa ehh?? Aiyoooo :(

#prayforMH370

14 Mar 2014

Jika Itu Takdirku Episode 16 Tonton Online

Jika Itu Takdirku Episode 16 Tonton Online |

Assalamualaikum..

JIKA ITU TAKDIRKU EPISODE 16

12 Mar 2014

Jika Itu Takdirku Episode 15 Tonton Online

Jika Itu Takdirku Episode 15 Tonton Online |

Assalamualaikum..
JIKA ITU TAKDIRKU EPISODE 15


JikaItuTakdirku15_(new) by malaymoviemy

KELUARGA

Assalamualaikum..

Saya sayang keluarga saya walau saya naik kereta..  tak kisahlah motor, basikal, kapal terbang sekalipun langkah keselamatan tetap mesti menjadi keutamaan.


11 Mar 2014

Jika Itu Takdirku Episode 14 Tonton Online

Jika Itu Takdirku Episode 14 Tonton Online |

Assalamualaikum..

JIKA ITU TAKDIRKU EPISODE 14

Misteri MH370 Yang Masih Belum Terungkai

Misteri Kehilangan MH370 Yang Masih Belum Terungkai |

Assalamualaikum..

Sana sini pergi mesti semua dok cerita pasal pesawat #MH370 yang hilang tanpa dapat dikesan. Sehingga hari ni, dah masuk hari keempat tetapi masih jugak menemui jalan buntu. Pasukan penyelamat masih berusaha mencari, mengesan dan menyiasat apakah sebenarnya yang berlaku keatas pesawat boeing 777-200 ni. 


Risau, gelisah, susah hati.. hanya Dia yang Maha Mengetahui. Kita doakan agar semuanya dipermudahkan. Moga semuanya selamat dan dalam perlindungan Yang Esa. 

Mohon kepada semua, jangan tambahkan kesusahan dan kegelisahan hati mereka-mereka yang sedang berduka. Sama-sama kita membantu agar jangan menyulitkan lagi keadaan dengan menyebarkan berita-berita dan maklumat yang tidak sahih.. #prayforMH370


Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 40

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 40 |

Assalamualaikum..

BUKAN KERANA AKU TAK CINTA EPISODE 40 

Projek Memikat Suami Episode 12

Projek Memikat Suami Episode 12 Ditunda Siaran |

Assalamualaikum..

Drama Projek Memikat Suami Episode 12 yang sepatutnya bersiaran 10 Mac 2014 ditunda pada 12 Mac 2014 nanti berikutan tragedi yang menimpa pesawat MH370. #PrayforMH370. 


Jika Itu Takdirku Episode 13 Tonton Online

Jika Itu Takdirku Episode 13 Tonton Online |

Assalamualaikum..

JIKA ITU TAKDIRKU EPISODE 13

7 Mar 2014

Jika Itu Takdirku Episode 12 Tonton Online

Jika Itu Takdirku Episode 12 Tonton Online |

Assalamualaikum..

 JIKA ITU TAKDIRKU EPISODE 12


6 Mar 2014

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 39

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 39 |

Assalamualaikum..

BUKAN KERANA AKU TAK CINTA EPISODE 39

Rahsia Kecantikan Wanita Alaf Baru

Rahsia Kecantikan Wanita Alaf Baru |

Assalamualaikum..
Kehidupan pada hari ini memang tidak dapat lari daripada tekanan atau stress. Pelbagai perkara boleh mendatangkan stress seperti kerjaya, keluarga juga masalah kewangan. Perlu kita ketahui bahawa stress juga boleh mendatangkan pelbagai masalah kepada diri sendiri terutama masalah kulit dan emosi. 
Kalau bercakap bab kecantikan, wanita dan cantik sudah pasti takkan dapat dipisahkan. Umpama 'kami buddies takkan terpisah'. Kecantikan adalah begitu subjektif untuk diperkatakan. Pengertiannya amat luas kerana membabitkan zahir dan batin. Kecantikan adalah anugerah Allah kepada setiap wanita di dunia ini. Wajah yang cantik yang dikurniakan Allah beserta kehalusan budi pekerti menjadikan definasi cantik itu bertambah bermakna bagi setiap wanita. Cantik diluar dan dalam disulami dengan pemikiran positif dan minda yang sihat. Pastinya kita akan kekal cantik!

Kulit wajah mulus sememangnya menjadi dambaan wanita. Tetapi tidak semua wanita dikurniakan kulit cantik tanpa sebarang masalah. Ada kalangan wanita berhadapan dengan masalah kulit antaranya kulit sensitif, kusam dan sebagainya. Masalah?? Banyak pilihan, rahsia dan ruang untuk kekal cantik ni sebenarnya.. 


Pemakanan Sihat
- Pemilihan pemakanan yang sihat dan seimbang sebenarnya akan melengkapkan hari-hari kita. Cabaran besar masa kini adalah melibatkan pemakanan. Faktor kesihatan kita juga banyak bergantung kepada pemakanan yang diambil. Terlalu banyak sumber-sumber makanan di pasaran sana yang tidak membantu mengekalkan kesihatan badan kita. Juga Makan sekadar perlu, bukan main belasah ikut nafsu. Atau lebih baik dan selamat jom kita ikut sunnah Nabi 'makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang'.  Bila tubuh kekal sihat, cergas, minda cerdas tentu akan menzahirkan kecantikan yang ada. 

Senaman Asas Kesihatan
- Selain mengamalkan tabiat pemakanan sihat dan rehat secukupnya, senaman juga merupakan salah satu komponen penting dalam gaya hidup sihat untuk kekalkan kecantikan. Ia merupakan sejenis riadah yang boleh dilakukan tanpa mengira umur, jantina dan pekerjaan. Senaman melibatkan aktiviti formal dan fizikal seperti berjogging, berlari, bersukan, berjalan kaki, berbasikal, tarian dan sebagainya. Mereka yang aktif bersenam dengan konsisten mempunyai kadar kematian lebih rendah berbanding mereka yang tidak aktif melakukan aktiviti senaman. 

Senaman membantu seseorang itu hidup dengan lebih cergas dari aspek fizikal dan mental. Senaman merupakan aktiviti yang perlu dirancang, diulang-ulang dan dibentuk mengikut kehendak dan keupayaan individu. Senaman yang dirancang hendaklah menghapuskan faktor-faktor risiko seperti kegemukan, peningkatan kemak dalam darah atau membuang tabiat tidak sihat dalam diri. Dengan aktiviti begini pastilah hidup kita akan lebih sihat, terancang dan tentulah menghasilkan output yang baik iaitu kekal sihat dan cantik.

Penjagaan Kecantikan Tradisional dan Moden
- Mana satu pilihan anda untuk kekal cantik, tradisional atau moden? Memilih untuk berhias sendiri, jamu buatan sendiri, urutan badan sendiri ataupun memilih cara moden untuk ke Spa, Saloon dan sebagainya?? Jangan tinggal kedua-duanya. Tradisional mahupun moden, kedua-duanya pasti dapat menyerlahkan kecantikan wajah dan tubuh kita.

Sesekali manjakan diri dengan rawatan spa apa salahnya. Anjung Jelita Spa & Beauty Centre menawarkan servis terbaik kepada wanita-wanita diluar sana. Tidak perlu risau kerana Anjung Jelita Spa ini diinspirasi berkonsepkan tradisional dan moden. Keselesaan dan kepuasan pengguna memang sangat titik beratkan. 100peratus produk organik tanpa bahan pengawet. Pasti anda akan menikmati rasa tenang dan selesa dan sangat sesuai dengan moto 3R mereka iaitu "Relax, Revive & Rejuvenate" yang membuatkan anda melangkah keluar dengan senyuman dan kepuasan.. 

Nak tahu lebih lanjut tentang Anjung Jelita Spa & Beauty Centre lokasi, servis yang ditawarkan dan promo yang sedang berlangsung, jom singgah SINI. Boleh Like juga Facebook mereka di SINI nanti. 

Yang perlu kita ingat, kekal cantik perlulah seiring dengan kekal sihat tubuh badan. Jangan hanya nampak cantik pada zahirnya tapi tubuh kita, dalaman kita terus dimamah usia. Cantik, sihat, cergas, semuanya atas usaha kita. "Wanita, Kuasa, Penampilan dan Kecantikan -Serlahkan kekuatan dan keyakinanmu"

-Terima kasih kepada team Denaihati yang memberi ruang kepada semua untuk mengenali dan mendapatkan serivs terbaik dari Anjung Jelita Spa ini.

Moga-moga berpeluang untuk menjadi salah seorang yang bertuah di #SBB2014, #SBBYEOS214 nanti. Mungkin ni boleh jadi hadiah kahwin ke =)


Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 38

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 38 |

Assalamualaikum..

Aku Jatuh Cinta dengan cerita ni, Jatuh cinta dengan Abang Jebat! Sekali dua layan drama ni terus terpikat. Okey.. tak nak Mas, nak Abang Jebat je. Hahahaha, tapi serius suka dengan lakonan Shahnaz Ahmad yang memang poyo dan selamba tu. Cuma.. bab bila Mas menggeletis dengan laki dia tu yang tak tahan tu. Lebih-lebih pulak si Mas ni. Aku tak kawin lagi maaaa.

Dah masuk part-part sedih mereka. Konflik dah mula melanda.. sedihh,

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 38

5 Mar 2014

Jika Itu Takdirku Episode 11 Tonton Online

Jika Itu Takdirku Episode 11 Tonton Online |

Assalamualaikum..
JIKA ITU TAKDIRKU EPISODE 11

[crazyscreen.biz]JIT.E11 by riptheworld



Jika Itu Takdirku Episode 10 Tonton Online

Jika Itu Takdirku Episode 10 Tonton Online |

Assalamualaikum..
JIKA ITU TAKDIRKU EPISODE 10

[crazyscreen.biz]JIT.E10 by riptheworld


4 Mar 2014

Projek Memikat Suami Episode 11 Online

Projek Memikat Suami Episode 11 Online |

Assalamualaikum..

PROJEK MEMIKAT SUAMI EPISODE 11

3 Mar 2014

Jika Itu Takdirku Episode 9 Tonton Online

Jika Itu Takdirku Episode 9 Tonton Online |

Assalamualaikum..

JIKA ITU TAKDIRKU EPISODE 9



Jika Itu Takdirku Episode 8 Tonton Online

Jika Itu Takdirku Episode 8 Online |

Assalamualaikum..
JIKA ITU TAKDIRKU EPISODE 8



Projek Nikah Kahwin -Tugas Makin Berat

Projek Nikah Kahwin -Tugas Makin Berat |

Assalamualaikum..

Salam Isnin yang penuh keriangan hari ni. Kawan-kawan di luar sana sihat? Alahmdulillah, moga urusan dan perjalanan kalian dipermudahkan.. amin,

Bila masuk bab hal kerja kawin ni, makin dekat makin garu kepala jadinya. Makin nak hari makin gigit jari la daku nampaknya. Makin dia datang hari, makin aku jadi pening kepala. Yelahh, terasa makin berat tugas, makin banyak benda nak diuruskan. Fuhhhhh, panjang cerita kalau nak diceritakan.

Bagi yang dah berkahwin, memang tentu dah faham la kan. Bagi yang baru nak kawin ni, terasa la kekalutan tu. Bagi yang belum dan mungkin bakal berkahwin akan datang, kena bersedia planning awal la. Bukan macam kami ni, hahahaha last minit baru nak buat semua :)

Baru terkial-kial nak g kursus kahwin, baru sibuk nak buat itu ini. Tema hari kahwin nanti? Alahaiii, xde lagi. 

Kesimpulannya, betul ke nak kahwin ni???? Betulll....