Assalamualaikum..
Permulaan tahun baru 2014, kami dikejutkan dengan berita pemergian seorang yang begitu dekat dengan kami. Arwah Al Aariff bin Hamidi, seorang anak muda yang begitu disenangi semua pihak dijemput Ilahi untuk menemui Sang Pencipta petang 01 Januari 2014. Al-Fatihah..
 |
Bersama arwah beberapa bulan lalu di Langkawi cable car |
Tidak pernah disangka, tidak langsung terduga yang arwah akan pergi meninggalkan kita untuk selamanya. Sangat terkesan dihati. Begitu terasa kehilangannya. Kadangkala rasa macam tak percaya sekelip mata je kehilangan salah seorang family member.
Ye, kami dah ibarat satu family. Family yang sangat kuat, teamwork yang sangat hebat. Tapi, Allah lebih menyayangi beliau. Allah mengambil kembali haknya dalam saat kami tak bersedia untuk kehilangan arwah. Tak terduga, tak terjangka gurauan dan gelak tawa kami sehari sebelumnya merupakan yang terakhir bersama arwah. Dan yang paling tak terkata, kenangan bergambar beramai-ramai petang 31 Disember 2013 bersama arwah juga merupakan saat dan moment terakhir bersamanya.
 |
Sehari sebelum pemergian arwah |
Seminggu dah berlalu, masih lagi terkesan tentang pemergian arwah, seorang sahabat dan teammate yang cukup baik hatinya, tenang, bersuara hanya bila perlu, sering menjaga tutur kata, suka menyakat kadangkala, mintalah tolong apa sahaja, pasti akan dibantu seadanya.. Ahh, rindu..
Kehilangan yang cukup besar bagi keluarga besar kami. Jaguh Runner, 2 kali sudah terbang ke Jepun melengkapkan larian. Membawa nama negara tercinta, company terkemuka, harapan ibu ayahanda tercinta kerana beliaulah satu-satunya anak lelaki tunggal dalam keluarga.
Semoga dirimu tenang di sana, ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Al-Fatihah untuk arwah Al Aariff Bin Hamidi.
-Arwah meninggal dunia petang 01Jan2014 dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah lori 3tan di Venice,Lumut dan meniggal dunia ditempat kejadian.
caption : Gambar diatas Arwah berbaju hitam dengan kedua-dua gambar beliau menunjukkan isyarat 'thumbs up'