Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

9 Dec 2013

Kahwin Tak Semudah ABC 123

Kahwin Tak Semudah ABC 123 |

Assalamualaikum..

Pagi semalam berkesempatan mendengar bicara dari Ustaz Taha dalam rancangan Assalamualaikum di TV AlHijrah. Alhamdulillah, banyak jugak ilmu yang beliau sampaikan. Suka dengar bila Ustaz yang femes dengan panggilan Ustaz To'ha ni bercerita. Tajuk semalam yang beliau pilih adalah Kahwin Tak Semudah ABC 123.. Ye, setuju sangat dengan ustaz cakap tu!

Ni antara intipati yang beliau sebarkan semalam. Mungkin bagi yang dah berumah tangga tu lebih memahami. Dan untuk yang mahu dan bakal berumah tangga seperti ku ini, adalah baik untuk kita jadikan iktibar dan panduan supaya kita tak lah silap ambil langkah nanti. Yelah, kahwin tu bukan untuk sehari dua kan..

Bukan hanya hal 2 orang.

-Itulah hakikat perkahwinan, perkahwinan bukan hanya melibatkan hal dua hati. Bukan hanya setakat I Love You, You Love Me. Bukan hanya sekadar I suami, you isteri bila dah berumah tangga. Ia melibatkan banyak pihak. Perkahwinan bukan untuk memisahkan ibu dengan anak, tapi perkahwinan mengembangkan silaturrahim yang ada. Kaum keluarga kerabat dibesarkan. Sebab tu orang kata, bila berkahwin kita bukan hanya berkahwin berdua sahaja, tapi sekali dengan ahli keluarga, ibu bapa, adik beradik, saudara mara yang lain. 

Elakkan cerai urban.
-Macam kata Ustaz To'ha, mungkin mengikut kajian mereka yang berada dibandar lebih banyak yang mengalami masalah cerai urban ni. Zaman dah berubah, dunia dah maju. Kalau dahulu sebelum kahwin boleh je kita kata kita terima diri dia seadanya. Kenapa bila dah lama-lama, bak kata ayat sebelum tadi "zaman dah berubah, dunia dah maju" kita pun nak berubah sama. Kita jadi cepat bosan, menyampah.. Masing-masing dah mula memaling muka kearah lain. Pastu bila dah takde persefahaman mula lah nak berpisah. Hurrrrm takutnya nak hadapi macam ni. 

Yang penting, dalam kesibukan dunia yang bergerak pantas, kekangan masa yang kadangkala tak bisa dikawal belajarlah untuk menghargai mereka yang berada di sekeliling kita. Ye, suami dan isteri. Kadangkala kuantiti tidak menjamin kualiti. Kualiti masa itu yang diharapkan. Biar masing-masing sibuk tetapi bila masa yang ada itu digunakan sebaiknya bersama... pasti indahkan..  

Jangan taat buta tuli.
-Pesanan ni khusus untuk para isteri kata Ustaz To'ha lagi. Jangan terlalu mengikut kata atau taat andai perintah suami itu melanggar fitrah atau berpaling dari perintah Allah. Isteri memang wajib taat kepada suami kerana sesungguhnya syurga seorang isteri terletak ditelapak kaki suaminya. Redha isteri adalah redha suaminya. Nak jadi isteri derhaka? Tak nak kan... Tapi kalau dah arahan si suami terang-terang membelakangkan agama, pesanan ustaz tadi jangan taat buta tuli.

Terima kasih kerana membaca, sekadar berkongsi. Mohon betulkan andai ada yang tersalah sampai.


9 comments:

  1. nak ke, taknak ke. duk pikir sampai lebam biji mata ke. kena tempuh jugak sekali seumur hidup. be positif je.

    ReplyDelete
  2. betul tu...banyak perkara yang kena kita lakukan untuk memastikan rumah tangga aman dan damai..

    ReplyDelete
  3. kahwin memang bukan senang, konsep perkahwinan tu yang kita nak kena betul2 faham, kahwin memang senang, nak perkukuhkan dan pertahankan bukan mudah...banyak duri, onak dan ranjau...kena kental...dan banyak sabar serta cekal...faham konsep perkahwinan...

    ReplyDelete
  4. thanx atas nasihat...b0leh jadi panduan untuk saya.. hihi

    ReplyDelete
  5. melihat apa yg berlaku disekeliling , mmg x mudah sebenarnya . redah jer la ...

    ReplyDelete
  6. Semoga rumah tangga kita semua sentiasa bahagia.. aamiin. T kasih diatas perkongsian..

    ReplyDelete
  7. Doakan yang baik-baik aja untuk semua...

    ReplyDelete

Awak memang COMEL!
Terima Kasih