Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

30 Nov 2013

12 Finalis Anugerah Juara Lagu Ke 28 (AJL 28)

Assalamualaikum..

12 Lagu Ke Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) |


Sebanyak 12 buah lagu terpilih ke Anugerah Juara Lagu 28 setelah 3 minggu peringkat Separuh Akhir berlangsung. Malam Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) dijadualkan berlangsung 26 Januari 2014 nanti.

Berikut merupakan 12 buah lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu 28 :

  • In Love With You - Aizat Amdan & Noh
  • Takkan Terpisah - Black
  • Kau Yang Terindah - Alyah
  • Kalau Aku Kaya - Awi Rafael & Alttimet
  • Penglipurlara - Hazama & The Penglipurlara
  • Tanda Tanya - Azlan & The Typewriter
  • Hanya Aku - Hyper Act
  • Sahabat - Najwa Latif feat Sleeq & Shamkamarul
  • Bahagiamu Deritaku - Hafiz
  • Salam Musik - Salam Musik
  • Bosan - Stacy
  • Ikut Rentakku -Jaclyn Victor
Errrm, macam tak best je lagu-lagu yang terpilih ni..



Berhijrah Ke Kuching Sarawak

Assalamualaikum..


Salam hujung minggu untuk semua. Pertamanya nak mintak maaf sangat-sangat kepada semua, untuk hampir seminggu ni mungkin Aima akan kurang berada kat sini sebab Aima akan mengikut abah yang akan berhijrah ke Kuching, Sarawak bermula hari ni. Abah dah ditukar kerja ke sana.. Jadinya, kita nak ikut ler =) Flight kami malam ni,

Happy? Errmm mestilah happy. Dah lama tu tak terbang naik kapal! Bila tanya mak bila my last naik kapal dia cakap entah tak tahu. Maknanya... aima tak pernah naik ler tu. Kesian kan, Haaa, kepada orang-orang Sarawak agak-agak korang sudi tak nak terima kedatangan Aima ni?? Hehehehe,

Abah akan mulakan sesi kerja bersama dengan orang Kuching awal Disember ni. Selamat bekerja dan menempuh alam baru kat sana. Sedih sebenarnya bila abah dah jauh ni. Rasa macam dah tak tahu nak bergantung kat siapa. Rasa jauh sangat kot. Yelah, sepanjang 26tahun ni boleh dikatakan hari-hari tengok muka mak abah. Tetiba abah nak duduk jauh pulak. Kalau abah stay lama kat sana, Aima ingat next year awal tahun nak kesana jugaklah!


Jangan sedih-sedih, bila baca ayat kat atas ni... ye, saya relakan pemergian abah kerana bekerja mencari rezeki, moga penghijrahan beliau ke tempat baru ni memberi 1000 rahmat rezeki yang melimpah ruah. InsyaAllah, Amin...

p/s : Aima hanya ikut untuk hantar abah je. Jangan risau nanti hari Rabu Aima balik sini ye. Doakan selamat pergi dan pulang ye =)


Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Assalamualaikum..

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 


Jom dapatkannya sekarang...

Official Websitewww.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.

29 Nov 2013

Petua Tidur Mengikut Sunnah Nabi

Assalamualaikum..

Petua Tidur Mengikut Sunnah Nabi |


  • Sebelum dan selepas tidur, baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa harian ini tetapi hakikatnya harga yang Allah janjikan adalah syurga.
  • Jangan tidur mengadap kaki arah kiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang meninggal dunia.
  • Sesiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, maka dia dianggap sebagai mati syahid. Tasbih Fatimah adalah amalan zikir -Subhanallah 33kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 34 kali.
  • Baca 4 Qul (Surah Al-Ikhlas, Al-Kaafirun, Al-Falaq dan An-Nas) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
  • Niat untuk bangun tahajud. Sekiranya tidak terjaga malam. Allah tetap mengira seolah-olah dia bertahajud sepanjang malam. Tahajud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang. 
  • Ambil wuduk sebelum tidur dan solat sunat taubat sebanyak 2 rakaat.
  • Maafkan semua kesalahan orang lain terhadap kita dan halalkan semua hutang-piutang sebelum tidur. Bangun tidur, boleh buka fail semula (kalau mahu).
  • Tidur cara Rasulullah adalah mengiring badan ke kanan dan tapak tangan dibawah pipi.


Kenapa Dengan Biodata Peribadi YB Kesavan Subramaniam?

Assalamualaikum..

Kenapa dengan biodata peribadi YB Kesavan? |

Bila bercerita pasal keyword ni... Ada satu keyword untuk beberapa hari yang lepas yang buat aku tergelak dan garu kepala sekejap. Yelah, blog ni hanyalah blog peribadi je. Bukan blog politik, blog masakan atau blog yang seumpama dengannya. Tetiba ada satu keyword ni dah berbaur politik sikit pulak. Serius nak habaq kat korang ni.


Sape yang cari pasal YB Kesavan ni?? Kalau satu dua tu takpelah, mungkin dia tersilap masuk kan. Ni banyak pulak tu. Agak-agak korang apa yang aku nak jawab eh bila orang dok cari pasal ni??

Yang aku boleh jawab ialah YB Kesavan ni adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hutan Melintang yang mewakili PKR. Itu jelah yang aku tau. Pernah jumpa beliau beberapa kali secara berdepan, dan beliau kelihatan okey je..


Aura Cun Kolagen

Assalamualaikum..

Aura Cun Kolagen | 


Kandungan :
Maltodextrin, Guarana Extract, hydrolyzed Marine Collagen, Mixed Berry Extract (Strawberry, Bilberry, Rasberry, Elderberry, Blackcurrant, Red Beet), Vitamin C, L-Glutathione.

Cell Plus merupakan makanan kecantikan dan kesihatan yang dirumus dari serbuk kolagen marin terhidrolisis tulen gred tinggi, menawarkan kadar penyerapan yang tinggi dan mengandungi pelbagai asid amino yang lengkap dan berkhasiat.

Diperbuat daripada bahan semulajadi tanpa pengawet. Sugar Free!

Manfaat dan khasiat Aura Cun Kolagen :

  • Membekalkan nutrien untuk menyuburkan kulit, rambut dan kuku dari dalam badan.
  • Membantu mencerahkan kulit.
  • Meningkatkan stamina dan tahap tenaga.
  • Menegangkan dan melembapkan kulit secara maksimum.
  • Melambatkan proses penuaan sel-sel lain seterusnya memperlahankan keseluruhan proses penuaan.
  • Membantu untuk merangsang sistem imun.
  • Mengurangkan selulit.
  • Menguatkan folikel rambut dan mengurangkan keguguran rambut.
  • Menyembuhkan luka-luka dalaman.
  • Meremajakan kulit.
  • Menghilangkan kedutan di wajah.
  • Menguatkan sel-sel tulang dan memperkuatkan gigi.
  • Sesuai diambil oleh ibu mengandung untuk mencantikkan kulit bayi dan memperbanyakkan susu ibu.

Cara Pengambilan :
Campurkan 1 paket Cell Plus bersama air biasa (200ml) sejuk atau mineral water dan kacau disertai bacaan bismillah dan selawat sehingga larut sebelum diminum. (Tidak digalakkan menggunakan air panas).
Minum 1 atau 2 paket sehari sebelum atau selepas makan, sebaik-baiknya sebelum tidur malam. SANGAT BERKESAN!

Harga sekotak : RM 120.00 (mengandungi 15 paket)


Tonton Online Playboy Itu Suami Aku Episode 12

Assalamualaikum..

Tonton Online Playboy Itu Suami Aku Episode 12 |


Fina dah sedar dan hilang ingatan? Dan Fina dah berubah watak.. baguslah, takde lah kena buli lagi kan.. Adrian pulzk makin menjadi-jadi perangai playboy dia. Sah, memang aku benci sama dia!

Jom tonton online Playboy Itu Suami Aku Episode 12 melalui link berikut :


Terlepas episod yang lepas? Jom kita tonton online Playboy Itu Suami Aku Full Episode..


28 Nov 2013

Penangan Keyword Bermusim

Assalamualaikum..

Penangan Keyword Bermusim |

Kalau sebelum ni, Love You Mr. Arrogant merupakan kata kunci yang orang cari sehingga mencetus fenomena. Aku pernah bercerita tentang benda ni sebelum ni. Boleh baca kat SINI. Memang sangat berkesan. Ingatkan ianya berakhir kat situ je. Rupanya kalau kita berusaha, ianya tak mati terus.

Hari ni, semua orang mencari-cari adakah Playboy Itu Suami Aku pulak. Cerita dia bukanlah best atau hebat sangat-sangat tapi mungkin masing-masing bagi peluang untuk kenal Mr. Playboy dan isteri dia dengan lebih rapat. Cehh, kemain ayat aku kan.Tapi betul la, macam Zara Zya & Azlee Khairi dulu. Pada mulanya ramai yang komen siapa diorang ni, tak kenal la. Haa, sekali gandingan depa dua orang menjadi bukan ke semua nak sayang Zaara, semua menggedik nak Mr. Arrogant (termasuklah aku hahahaha).


Tulah dia penangan kata kunci atau keyword bermusim ni. Trafic walau tak sehebat orang lain tapi aku still nampak hasilnya kerana sememngnya diri masih baru belajar. Memang kena usaha sikit la. (Aku terpaksa berkorban banyak demi blog-bangun seawal pagi) kalau tak memang tak jalan la blog ni. Siang memang dah kerja, malam penat terus tidur. Kalau tanya aku apa yang aku dapat, takde pape pun. Cuma satu kepuasan dan happy sangat bila ianya berkembang dengan baik.

Aku agak untuk drama tv yang bakal menjadi carian terbaik kemungkinan besar adalah MasterChef Malaysia All Stars yang kini sedang berlangsung di Astro Ria. Tu pun aku suka, serius tak tinggal lagi episod setakat hari ni. Untuk bulan depan dah tentu-tentulah drama Projek Memikat Suami pulak. Haaa, yang ni memang aku tak sabar nak tunggu =)

Asyik pasal drama tv je, takde cerita lain ke?? Pasal gosip artis, yang baik mungkin okey. Tapi kalau benda-benda yang mengaibkan, yang berat kepada sebelah kiri maaf, aku tak berminat sangat. Cukuplah kalau dapat berkongsi benda baik je. Kan, kan..


Tapi, cuma satu jelah risiko bila entri menggunakan keyword bermusim ni. Kalau menjadi dapatlah hasilnya, kalau tak memang duk termangu kelip-kelip mata sorang-sorang lah (macam yang aku buat awal-awal mencuba dulu). Tapi, hakikatnya banyak lagi benda lain yang aku nak kongsikan kat sini. Bukan setakat keyword bermusim atau nak kejar trafik semua ni.. Tapi lebih kepada perkongsian ilmu, kesihatan, keibubapaan, kasih sayang, buku dan sebagainya.

Terima kasih kerana membaca =) Nak kekal sihat dan bertenaga? Jom cuba SINI.

Tonton Online Playboy Itu Suami Aku Episode 11

Assalamualaikum..

Tonton Online Playboy Itu Suami Aku Episode 11 | 


Episod hari ni macam tragik sikit je. Saat Fina nak pergi, King pulak tahan dia. Semuanya gara-gara CEO punya jawatan. Dan sebab perangai dia yang pentingkan diri tu, dia dah kecewakan dan menyumbang kepada sebuah hati luka. Fina bawak diri dan konflik bakal bermula nampaknya bila Fina kemalangan dilanggar kereta.

Jom tonton online Playboy Itu Suami Aku Episode 11 melalui link berikut :

Terlepas episod yang lepas? Jom kita tonton online Playboy Itu Suami Aku Full Episode..

27 Nov 2013

Playboy Itu Suami Aku Episode 10

Assalamualaikum..

Playboy Itu Suami Aku Episode 10 |


Jom tonton online Playboy Itu Suami Aku Episode 10 melalui link berikut :


Terlepas episod yang lepas? Jom kita tonton online Playboy Itu Suami Aku Full Episode


PageView Yang Naik Turun Naik Turun Je

Assalamualaikum..

Salam Rabu untuk semua. Semalam tak update blog pun sebabnya balik kerja dah penat dan terus tidur. Lately dah tak banyak fokus kat blog. Weekend pun jarang-jarang sangat dapat kumpul draf. Nak berblogwalking pun aku kejap ada, kejap takde. Sekejap timbul, sekejap tenggelam. Maaf sangat kepada semua. Diriku bukanlah blogger yang dapat mengadap lappy atau gadjet ni semua 24jam. Tuntutan kerja sahaja dah membataskan. Hampir 12jam berada di luar, kerja pulak hampir 6hari seminggu... Apa je yang saya ada??

Yeahh, time management tu yang penting. Kalau fikirkan kerja, sampai bila-bila pun takkan habis kan. Dan sebenarnya ada perkara yang lebih penting yang terjadi dalam hidupku. Tapi bila difikir-fikirkan balik, baiklah lupakan je. Ok, kita tinggalkan perkara yang menyerabutkan kepala tu. Kita cerita benda lain ye.

Pageview dalam tempoh 24jam dari awal pagi semalam sehingga awal pagi ni... Alhamdulillah, pageview meningkat dengan mendadak. Kebiasaanya average hanya 3-4K je. Tapi semalam, 13ribu. Ye, saya dah tau dah sebab pe. Ramai sangat orang yang mencari Mr. Playboy. Hello, hensem sangat ke Mr. Playboy itu? Aku benci sama dia, tapi setiap hari jugak la aku nak balik cepat dan nak tengok sama dia.. Agak-agak korang tu namanya benci ke??


Entri ni takde unsur riak, bangga diri atau seumpama dengannya ye. Sungguh, takde niat langsung. Cuma nak cakap, yang entri keyword bermusim macam ni memang sangat membantu. Entri bermusim ni memula aku belajar dari Abang Hanif Idrus dan kemudiaanya yang selalu bagi aku semangat pasal ni adalah Tuan BM. Mereka salah seorang dari my inspirer. Mereka hebat! (korang klik nama diorang ni untuk ke sana ye).

Haaa, dan sebenarnya... ramai yang mencari Playboy Itu Suami Aku Episode 10. Maaf, buat masa ni tak dapat nak bagi link lagi untuk tonton online sebabnya takde sumber lagi. Yelah, kat tonton.com.my sendiri pun tak boleh tengok. Ada problem dan please try again later katanya.. Okey, aku faham.. Tunggu jelah ye. Harap semua bersabar. Nasib semalam balik kerja awal dan dapat tengok tv =)

Okey,  maaf sebab aku membebel tak sudah. Pasni nak cerita sikit pasal keyword pulak. Ada yang menarik aku rasa. Selamat hari rabu, semoga semuanya sihat dan ceria. haaa, untuk kak Dik Bee... Selamat hari Jadi. Semoga panjang umur dan terus dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan terbaik..

26 Nov 2013

Jus Aura Delima Salsabila

Assalamualaikum..

Aura Delima Salsabila |


Dalam sebuah hadits mauquf dan marfu', Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa buah delima termasuk dalam buah syurga.
"Tiada satu pun buah delima yang kalian tanam, melainkan ia dibuahi dengan biji buah delima Syurga".

Kebaikan dan Khasiat Jus Aura Delima Salsabila membantu dalam :

  • Meningkat daya tahan dan melawan jangkitan kuman
  • Menyerlah keremajaan dan kehalusan pada kulit
  • Memberikan bentuk badan yang ideal.
  • Melindungi kelenjar prostat, payudara, pundi kencing, organ paru-paru dan kulit dar ancaman kanser.
  • Menguatkan jantung dengan menghalang pembentukan plaque dan melancarkan pengaliran darah.
  •  Menurunkan kadar LDL (kolestrol jahat) dan meningkatkan aras HDL (kolestrol baik).
  • Meningkatkan aktiviti dan fungsi minda dan menguatkan ingatan.
  • Menguatkan keupayaan dan stamina badan.
  • Mempercepatkan penyembuhan luka.
  • Menguatkan rawan, otot, sendi dan mencegah osteoporosis.
  • Mengurangkan gastrik dan menggalakkan flora usus yang sihat.
  • Melindungi badan daripada penuaan pramatang. 
Kumpulan Nasyid terkenal negara, Rabbani juga merupakan pengguna Aura Delima Salsabila
Cara minum :
~Minum 2 sudu besar, 2-3 kali sehari. Sebaiknya diambil sebelum sarapan atau ketika perut kosong. 

Harga sebotol (380ml) : RM 120.00 (SM)

Boleh mencuba hari ini dan anda pasti akan merasa perubahannya. Berminat untuk mendapatkannya boleh menghubungi 012-5466547 (call/sms/watsapp). 

Nak mencuba Produk Ekslusif AuraLife yang lain? Jom kita ke SINI. Nak anak yang cemerlang, jom baca SINI.

25 Nov 2013

Playboy Itu Suami Aku Episode 9

Assalamualaikum..

Playboy Itu Suami Aku Episode 9 |


Errrm, hari ni terasa benci dengan Mr. Playboy. Entah, sakit hati pulak aku tengok dia. Tak suka! tak suka! Mr. Arrogant dulu walaupun dia kahwin terpaksa dengan Zaara tapi dia layan Zaara dengan baik. Tapi Mr. Playboy ni.... serius aku benci dengan dia! Dasar King Crocodile! Kenapa aku emosi sangat ni? Ahha, memang susah hati =(

Jom tonton Online PlayBoy Itu Suami Aku Episode 9 melalui link dibawah berikut :


Terlepas menyaksikan episod-episod yang lepas? Jom kita Tonton Online Playboy Itu Suami Aku Full Episode 

24 Nov 2013

Ibu dan Ayah Satu Pasukan

Assalamualaikum..

Ibu dan Ayah Satu Pasukan |


Bermula dari lafaz "Aku terima nikahnya" maka termeterailah satu ikatan yang suci antara dua hati. Kebahagian lebih terasa dengan kehadiran cahayamata, penyambung kasih sayang antara suami isteri, Namun, tugas baru sebagai ibu bapa mungkin menuntut terlalu banyak tenaga dan komitmen. Adakalanya ibu bapa mungkin merasa tertekan dan kecewa sekiranya merasakan diri mereka tidak dapat menjalankan tugas dengan baik.

Dalam hal ini, ibu bapa biasanya memerlukan sokongan dan dorongan dari pelbagai pihak. Namun yang paling penting sekali ibu bapa perlu bekerjasama antara satu sama lain dengan penuh meafakat dan bersatu hati. Setiap langkah anda dalam mendidik anak-anak tentu akan menjadi lebih bermakna dengan ditemani oleh orang yang paling disayangi iaitu pasangan anda.

Ibu dan ayah boleh menjadi rakan sekerja yang sangat produktif sekiranya mereka saling bekerjasama dan faham memahami dalam usaha murni ini. Sudah pastilah anda mengharapkan pasangan masing-masing untuk menjadi individu yang paling memahami tanggungjawab yang anda pikul sebagai ibu atau ayah. Namun ada juga pasangan yang gagal menjalankan tugas dengan baik kerana tidak tahu bagaimana menjalankan tugas dengan baik kerana tidak tahu bagainama untuk membantu pasangannya mendidik anak-anak dengan berkesan. Jangan risau. Masih belum terlambat bagi anda untuk berbincang semula dan mencapai kata sepakat dalam hal ini.

Tidak dinafikan bahawa contoh-contoh yang berguna dari ibu bapa kita masih boleh digunakan. Namun memandangkan keadaan zaman yang semakin berubah dan mencabar, gaya pembelajaran teknik keibubapaan ini perlu diubah sedikit. Ibu bapa zaman moden perlu menjadi lebih proaktif dan membinasakan diri mempelajari ilmu-ilmu keibubapaan dari sumber-sumber lain dari awal lagi. Banyak kursus-kursus seumpama ini disediakan oleh kementerian, organisasi tertentu.

Maka sebagai ibu bapa alaf baru, bersedialah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan anda dengan cara yang bukan konvensional ini. Ini tidak bermakna anda tidak pandai mengendalikan sendiri anak-anak anda tetapi cuma sebagai ilmu tambahan bagi memantapkan lagi pendekatan keibubapaan kita.


22 Nov 2013

Dapat Setengah Juta

Assalamualaikum..

Salam Jumaat untuk semua tersayangku... Jumaat yang indah lagi mempersonakan. Angin bertiup lembut, pagi-pagi hujan mencurah membasahi bumi. Its perfect day walau punchcard ku merah hari ni. Lewat 3minit, hujan maaa.. mana boleh tahan. hehehehee,

Alhamdulillah, syukur. Terima kasih kepada semua yang ada, semua yang sudi bersama ku susah senang, terima kasih banyak-banyak. Walau perkembangan ku lambat, tapi u guys tetap ada sudi datang rumah ni. Thanks.

Statistik sehingga jam 10pagi tadi yang sempat di printscreen.. poyo je kan aku ni, nak jugak sebut 'juta' tu.. kekekeke.



Orang lain dah jauh ke depan, aku baru nak belajar berenang. Takpelah, slow tapi tetap steady dan sihat selalu. Tu je yang aku harapkan.. thanks awak-awak semua...

Kenapa ayat aku berterabur hari ni ye?? Errm, perut lapar kot. Bye..


21 Nov 2013

Playboy Itu Suami Aku Episode 8

Assalamualaikum..

Playboy Itu Suami Aku Episode 8 |




Diorang dah kawin.. dan si suami marah-marah dan buat isteri dia camu? Ish, aku nak marah ni!! Tak mau cerita detail, jom layan jelah drama Playboy King yang dah mula jeles bila isteri dia nak keluar rumah. Huhuhu,

Jom Tonton Online Playboy Itu Suami Aku Episode 8 melalui link berikut :

Playboy Itu Suami Aku Episode 8

Terlepas menonton episod lalu? Jom kita terjah Tonton Online Playboy Itu Suami Aku Full Episode


Pesanan Luqmanul Hakim Kepada Anaknya

Assalamualaikum..

Pesanan Luqmanul Hakim Kepada Anaknya |


  • Hai anakku ; ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau inginkan selamat, agar jangan karam layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah.
  • Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan daripada Allah.
  • Hai anakku ; orang yang merasa dirinya hina dan rendah di dalam beribadat dan taat kepada Allah maka dia bertawaddu' kepadaNya, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha untuk menghindarkan maksiat kepadaNya.
  • Hai anakku ; sekiranya orang tuamu marah kepadamu (kerana kesalahanmu), maka marahnya orang tua itu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman.
  • Jauhkan dirimu daripada berhutang, kerana berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
  • Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenarnya takut, tentu engkau akan terlepas dari sifat putus asa dari rahmatNya.
  • Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa melamunkan hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah dari memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
  • Jauh bersifat dusta. Sebab bersifat dusta itu mudah sekali mengerjakannya, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang merbahaya.
  • Hai anakku ; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan sahaja kerana pahitnya barang. Kerana yang manis itu belum tentu menimbulkan kesegaran, dan yang pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
  • Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang taqwa dan musyuarahlah urusanmu dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat daripadanya.
  • Hai anakku ; bukanlah sesuatu kebaikan namanya bila mana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. hal ini tidak ubah seperti seseorang yang mencari kayu bakar, setelah banyak terkumpul maka ia tidak kuat memikulnya padahal dia masih menambahkannya.
  • Hai anakku ; apakah engkau ingin menemukan kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan atau menyedarkan kamu, maka bolehlah engkau ambil sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah engkau terhadapnya.
  • Selalulah baik tutur katamu dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, kerana engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang berharga.
  • Hai anakku ; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu darinya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
  • Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlakumu sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharapkan sanjungan orang lain, kerana motivasi riya' iaitu menimbulkan cela.
  • Hai anakku ; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan dunia sahaja kerana engkau diciptakan Allah bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tidak ada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya oleh dunia.
  • Hai anakku ; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan kemanfaatan bagi orang lain.
  • Hai anakku ; janganlah engkau mudah tertawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, jangan engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau menanyakan sesuatu yang tiada gunanya bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.
  • Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat berkata yang mengandungi racun, barang siapa yang tidak dapat menahan ledahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
  • Hai anakku ; bergaullah rapat dengan orang yang alim dan berilmu. Perhatilah kata dan nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagai tanah yang subur disirami air hujan.
  • Hai anakku ; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu dan nafkahkanlah selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang memberi beban kepada orang lain. Sebaliknya jangan engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau berteman orang yang bermuka dua, kerana akan membahayakanmu.

Playboy Itu Suami Aku Episode 7

Assalamualaikum..

Playboy Itu Suami Aku Episode 7 |


Aku suka babak-babak King jadi Papa Adrian. Alahai, sweetnya papa yang ada lebih kurang 500 orang anak ni =) dan nampak poyo tapi kelassss.

Jom tonton online Playboy Itu Suami Aku Episode 7 melalui link berikut

Playboy Itu Suami Aku Episode 7 


Terlepas episod-episod lepas? Jom Tonton Online Playboy Itu Suami Aku Full Episode

20 Nov 2013

Lawak Sengal | Prank Call

Assalamualaikum..

Aku tak tahan sungguh bila dengar budak kecik ni buat prank call nak demolish sekolah dia. Kelakar plus sengal. Sabar jelah. Jom dengar perbualan depa ni.


Terkekek-kekek aku dengar budak kecik ni bercakap. Sound very confident. Hahahaha,
Terhibur, so funny.....

Keputusan 2014 World Cup UEFA Qualification Play Off 2nd Leg (20 November 2013)

Assalamualaikum..

Keputusan 2014 World Cup UEFA Qualification Play Off  (2nd leg 20 November 2013) |


4 perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 berlangsung awal pagi ini (20 November 2013) bagi Benua Eropah (UEFA). Merupakan perlawanan timbal balik setelah perlawanan pertama berlangsung 15 November yang lalu.

Keputusan Penuh Kelayakan Piala Dunia 2014 Eropah (2nd Leg 20 November 2013)

ROMANIA ( 1 ) - ( 1 ) GREECE

CROATIA ( 2 ) - ( 0 ) ICELAND

SWEEDEN ( 2 ) - ( 3 ) PORTUGAL

FRANCE ( 3 ) - ( 0 ) UKRAINE

Keputusan Penuh Kelayakan Piala Dunia 2014 Eropah (1st Leg 15 November 2013) lepas.

GREECE ( 3 ) - ( 1 ) ROMANIA

ICELAND ( 0 ) - ( 0 ) CROATIA

PORTUGAL ( 1 ) - ( 0 ) SWEEDEN 

UKRAINE ( 2 ) - ( 0 ) FRANCE

 Hanya 4 tempat sahaja lagi bagi Benua Eropah untuk memenuhi slot ke Piala Dunia. Mana satu pilihan anda? Rasa macam tak best pulak KALAU pasukan hebat seperti Portugal, France, Ukraine, Greece tak masuk World Cup.. Kan...

Pasukan Yang Layak Ke Piala Dunia 2014 menerusi Play Off zon Eropah
GREECE, CROATIA, PORTUGAL & FRANCE

Playboy Itu Suami Aku Episode 6

Assalamualaikum..

Playboy Itu Suami Aku Episode 6 |


Episod hari ni memaparkan usaha King untuk membuatkan Afina tidak jadi berkahwin dengannya. Siap culik si Afina kot. Entahpape je si King ni. Tapi Afina sendiri pun memang tak berkenan dengan King Adrian tu. Cuma yang menyampahnya tengok perempuan gedik siapa lagi kalau bukan Fisya. Menyirap je tengok perempuan tu. Over kemain!

Puan Sri SD tu pulak dah beberapa kali kena reject pun masih tetap jugak tak mengalah. Nak jugak Afina tu jadi menantu dia. Okey, suka pulak aku tengok mummy King Adrian ni. Hehhehhe, dan yang paling aku suka part daddy King Adrian bagi nasihat men to men talk dengan anak dia perihal kahwin ni.. "kalau nak sempurna sampai bila-bila pun takkan sempurna kan" yeah betul tu..

Jom boleh tonton online Playboy Itu Suami Aku Episode 6 melalui link dibawah berikut ye

Terlepas episod lalu? Jom terjah sini boleh Tonton Online Playboy Itu Suami Aku Full Episode

19 Nov 2013

Keputusan Malaysia vs Qatar 19 November 2013

Assalamualaikum..

Keputusan Malaysia vs Qatar 19 November 2013 |

Malaysia yang turun malam ini tidak ada pilihan selain perlu menang ke atas pasukan Qatar untuk menghidupkan peluang layak ke Piala Asia 2015 nanti. Diatas kertas impian Malaysia untuk layak dilihat semakin samar dengan kegagalan terbaru tewas kepada pasukan Bahrin tempoh hari.

Jalan berliku pastinya menanti pasukan negara yang berada didalam Kumpulan D. Semoga kita tak tewas dengan mudahnya.

Keputusan Rasmi Malaysia vs Qatar 19 November 2013

MALAYSIA  0 - 1  QATAR

Playboy Itu Suami Aku Episode 5

Assalamualaikum..

Playboy Itu Suami Aku Episode 5 |


Dalam Episode 5 Playboy Itu Suami Aku kali ni, Puan Sri SD itu request Afina untuk jadi menantu dia. Beria-ria dia nak Afina kahwin dengan Adrian ni siap ugut kalau tak kahwin dengan Afina jawatan CEO company akan jadi milik orang lain. Haa, teringat pulak kat Mr. Arrogant yang kena kahwin paksa dengan Zaara.

Suka juga dalam episod ni bila Afina menegur mama dia yang sanggup menipu papa demi nak menyelamatkan Fisya. Sentap jugak eh mama dia bila dengar camtu. Jom tonton online Playboy Itu Suami Aku Episode 5 melalui link berikut..

Playboy Itu Suami Aku Episode 5


PISA EP5 by dfm2u

Terlepas episod yang lepas? Jom kita terjah sini Tonton Online Playboy Itu Suami Aku Full Episode


17 Nov 2013

Konsert Akhir Akademi Fantasia 2013 (AF 2013)

Assalamualaikum..

Konsert Akhir Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) |


Selamat untuk semua, malam ni berlangsung Konsert Akhir Akademi Fantasia 2013 yang akan berlintas langsung dari Stadium Negara dan disiarkan menerusi saluran Astro Ria tepat jam 9malam.

6 orang pelajar AF 2013 yang terpilih ke Konsert Final Akademi Fantasia 2013 berdasarkan undian sms adalah Azhael, Nabila, Faizul, Indah, Aisyah dan Nabila.

Siapa pilihan anda? Siapa juara ramalan anda? Susah nak kata... hehehe,

Tahniah, juara milik Bintang dari Sabah Faizul.. tahniah diucapkan,

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang

Assalamualaikum..

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang |



Filem pertama lakonan Ustaz Azhar Idrus bakal ditayangkan bermula 28 November 2013 nanti di pawagam tanahair. Filem yang diarahkan oleh Piere Andre ini turut menampilkan Kumpulan Shiro selaku teraju utama selain Zalif Sidek dan Along Raja Lawak.

Diharap filem berunsur dakwah dan pengajaran ini dapat disampaikan dengan penuh berkesan dan terkesan dihati mereka-mereka dan kita diluar sana. Hiburan itu tidak salah tetapi hendaklah berlandaskan hukum dan syariah

Jom layan trailer Ustaz Mu Tunggu Aku Datang..



So amacam, ada hati mau p tengok ka? hehehe

15 Nov 2013

Anak-Anak Adalah Hasil Acuan Ibu Bapa

Assalamualaikum..

Didikan yang baik tentunya akan menghasilkan anak-anak yang baik. Begitulah juga sebaliknya. Anak-anak mempelajari dunianya melalui acuan yang dibekalkan oleh ibu bapanya. Oleh itu pastikanlah acuan yang anda gunakan adalah acuan yang bersesuaian.

Menurut satu kata-kata seorang insan berilmu ;


"Jika anak dibesarkan dengan celaan, ia akan belajar memaki,

Jika anda dibesarkan dengan permusuhan, dia akan belajar berkelahi,

Jika anak-anak dibesarkan dengan cemuhan, dia akan belajar merendah diri

Jika anak dibesarkan dengan kerjasama, dia akan belajar menahan diri

Jika anak dibesarkan dengan motivasi, dia akan belajar menghargai,

Jika anak dibesarkan dengan sebaik-baik tindakan, dia akan belajar keadilan,

Jika anaka dibesarkan dengan rasa selamat, dia akan belajar menyenangi diri sendiri,

Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan, dia akan belajar menghayati cinta dan kasih sayang dalam kehidupannya,"


Mendidik anak adalah tanggungjawab ibu bapa yang terbesar. Anggaplah ianya sebagai satu kontrak antara kita dengan Allah untuk membentuk umat manusia yang beriman dan berguna. Kita mungkin hanya memiliki 17 tahun pertama dalam kehidupan anak-anak untuk melaksanakan tugas ini. Maka marilah kita lakukanlah dengan penuh dedikasi dan komitmen kerana Allah sentiasa akan menemani kita sepanjang perjalanan ini selagi kita beriman dan bertawakkal kepada Nya. Selamat meneruskan usaha murni anda.

Anak-anak ku? InsyaAllah soon =)


"Sesungguhnya lebih baik bagimu meninggalkan ahli, warismu dalam keadaan yang cukup daripada meninggalkan mereka menjadi beban tanggungjawab orang lain,"
-Hadis riwayat Bukhari Muslim- 

14 Nov 2013

Emosinya Baby Ni

Assalamualaikum..

Cer korang tengok video baby ni. Reaksi dia Comel plus Sweet sungguh bila dengar ibu dia nyanyi. Menghayati betul dia bila dnegar lagu tu.

Jom kita layan baby kecik yang memang serius comel ni..


Alolololo.. geramnya tengok =)

Playboy Itu Suami Aku Episode 2

Assalamualaikum..

Playboy Itu Suami Aku Episode 2 |


Amacam? best ke korang tengok Drama Playboy Itu Suami Aku ni?? Tak tahu? Okey.. aku pun tak tau jugak. Hehehe, tak tengok betul-betul pun drama ni. Ahha, jom Tonton Online Playboy Itu Suami Aku menerusi link dibawah ni ye.

Playboy Itu Suami Aku Episode 2

Terlepas menonoton episod yang lepas? Jom...


Jodoh Bukan Pilihan | Masih Relevankah Cara Ini?

Assalamualaikum..

Jodoh Bukan Pilihan | Masih Relevankah Cara Ini?

Allah berfirman yang bermaksud, "Dan kahwinkanlah orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hambar kamu, Lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan pada mereka dari limpahan kurnia-Nya kereana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya) lagi Maha Mengetahui."
-Surah an-Nur: 32-

Datuk nenek atau ibu bapa kita zaman dahulu kebanyakkannya disatukan dalam ikatan perkahwinan oleh keluarga dan sahabat handai. Anak-anak gadis ketika itu tidak berpeluang untuk bebas sana sini dan peluang bertemu lelaki juga tidak banyak. Tetapi apabila sampai masa si anak berumah tangga, akan ada kaum keluarga meregukan mereka sehingga mereka bersatu dalam gerbang perkahwinan.

Zaman berubah kini. Wanita atau lelaki semuanya sudah keluar dari kepompong masing-masing sama ada untuk belajar di pusat pengajian tinggia atau bekerja di pejabat. Proses mencari jodoh di antara lelaki dan wanita tidak lagi sesukar dahulu. Mereka bertemu di kampus atau pejabat, menjalinkan percintaan dan apabila rasa serasi bersama-sama langsung membawa pasangan bertemu ibu bapa untuk mengikat hubungan yang lebih jelas.

Perkahwinan suatu ikatan yang suci, tidak sekadar dilafaz di mulut tetapi juga diterima di hati dan diterjemahkan dalam perbuatan. Walaupun orang sekarang sudah bebas mencari jodoh sendiri, namun sebenarnya masih lagi wujud perkahwinan yang diatur orang lain. Terdetik juga persoalan, masih relevankah cara begini? Apatah lagi dengan banyak kes penceraian bolehkah cara ini membawa bahagia?

Errmm, Apa kata anda?

13 Nov 2013

Berani Kau Berbohong?

Assalamualaikum..

Dalam sebuah hadis, Luqman bin Hakim menceritakan pada suatu hari seorang lelaki datang bertemu Rasulullah kerana ingin memeluk Islam. Lelaki berkenaan memang terkenal dengan kejahatannya, sering merompak, berjudi dan meminum minuman keras.

Dihadapan Rasulullah, dia memeluk Islam dan kemudian berterus terang, "Ya tuan, sebenarnya saya selalu berbuat dosa dan sukar meninggalkannya."

Lantas balas Rasulullah, "Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?" dan si lelaki menjawab, "Ya, saya janji."

Dalam perjalanan pulang selepas bertemu Rasulullah, lelaki itu berfikir-fikir, "Alangkah beratnya aku hendak meninggalkan kebiasaany jahat ayng telah aku lakukan sebelum ini seperti yang dikehendaki Rasulullah."

Bagaimanapun kata hatinya itu memberikan hikmah kerana setiap kali dia terdorong untuk melakukan kejahatan, akan ada suara hatinya yang mengejek, "hei! Berani kau buat jahat? Kalau Rasulullah bertanya, apa hendak dijawab? Berani kau berbohong dengannya?"

Begitu juga setiap kali hatinya cenderung melakukan kejahatan, dia akan ingat pesanan Rasulullah dan hatinya segera berbisik, "Kalau aku berbohong pada Rasulullah beerti aku mengkhianati janji padanya. Sebaliknya, jika aku bercakap benar aku akan menerima hukuman sebagai seorang Muslim. Tuham memang dalam pesanan Rasulullah itu ada hikmah sangat berharga!"

Sejak itu, kehidupan lelaki itu berubah. Dia membuat hijrah besar dalam meninggalkan semua tabiat buruk dan melakukan amalan kebajikan.

Silence Day of The Wednesday | I Am Blogger

Assalamualaikum..


Aku blogger? Errm, belum layak lagi untuk ku digelar blogger.. Terima kasih sentiasa ada bersamaku, 

Playboy Itu Suami Aku Episode 1

Assalamualaikum..

Playboy Itu Suami Aku Episode 1 |


Dah tengok drama terbaru Slot Akasia TV3 Playboy Itu Suami Aku yang bersiaran jam 7malan Isnin hingga Khamis? Drama yang baru memulakan tayangan bermula 11November lalu menggantikan drama yang mencetus fenomena sebelum ini iaitu Love You Mr. Arrogant. 

Permulaan episod ni adalah pengenalan siapa Afina dan juga kembar tak seirasnya Fisya. Dan juga ke'sporting'an ibu mereka berdua tu. Hurrm, rasa musykil la pulak bila aku tengok mama diorang tu tau. Papa dia memang terbaik! Hehehhe,

Playboy? tak mau cerita lagi. Korang tengok jelah then baru boleh cakap ehh. Jom tonton Playboy Itu Suami Aku Episode 1 melalui link berikut :

Playboy Itu Suami Aku Episode 1

playboy itu suami aku ep1 by lehah_arrexa

Tonton Online Drama Playboy Itu Suami Aku Full Episode