Luahan Dr Azizan Osman Berkaitan 'Saya Kantoi Menipu' |
![]() |
Dr Azizan Osman |
Bermacam tohmahan dan pandangan buruk dilemparkan kepada beliau sampai aku rasa lebih baik aku tak baca. Tak naklah aku rosakkan hati dan minda aku dengan benda-benda buruk. Dan kejap tadi ni aku terbaca post beliau di laman sosial berkaitan isu ni. Boleh baca dibawah ni yang dikopi pasta kan ye. Mohon fahamkan,
[Saya kantoi menipu?]
Asalnya saya tidak bercadang untuk komen kerana Puan Hajah Yasmin, CEO Richworks telah bersuara mengenai isu ini sebelum ini. Tetapi di atas permintaan ramai inbox saya terima dari anak murid saya, saya kongsikan di sini perasaan saya.
Saya rasa sedih pun ada, rasa kecewa pun ada, rasa marah pun ada. Itulah yang saya rasa beberapahari ini bila ada pihak tidak bertanggungjawab yang membuat viral provokasi kononnya [Dr Azizan kantoi menipu] di laman media sosial beberapa hari ini. Jujurnya saya agak terperanjat bila diberitahu ada lagi percubaan orang yang cuba fitnah dan memburukkan nama saya sedangkan saya baru sahaja selesai mengadakan sesi perkongsian ilmu bagaimana membina hidup berjaya dunia akhirat dengan kembali kepada sunnah berniaga selama 3-hari di satu program bernama Intensif Jutawan Industri bersama lebih 4,300 orang, tak ada pula saya dapat komen saya menipu di dalam program yang saya ada di hadapan mereka?
Rupa-rupanya ia satu isu basi yang cuba di "spin" kan untuk menarik orang ke laman web mereka. Isu cik peserta ini sebenarnya adalah satu salah faham yang telah pihak CEO baru Richworks iaitu Hjh Yasmin telah selesaikan sebelum ini cuma kesilapan kami ialah tidak meminta cik peserta tersebut menurunkan posting tersebut tetapi beliau telah menjelaskan di FB beliau yang ianya telah selesai dengan baik di kedua-dua pihak. Saya kecewa bukanlah kerana nama saya di promosikan begitu rupa, tetapi saya kecewa dengan sikap segelintir masyarakat saya yang mempunyai daya pemikiran yang sangat cetek. Saya mungkin dituduh menipu oleh 1 atau 2 orang dan boleh sembunyi daripada apatah lagi 4,000 lebih peserta yang hadir live bersama saya siang malam? Saya memperjuangkan agar bangsa saya bangkit membina kekuatan ekonomi dan kembali menguasai perniagaan serta membina tahap kewangan yang membuatkan kita mampu berzakat dan bersedekah dengan banyak. Salahkah saya? Jika anda tidak suka saya, sesi seminar saya bukan untuk anda tetapi buat mereka yang mahu memperbaiki tahap hidup mereka. Kita bangsa yang banyak hutang, banyak masalah moral, banyak persengketaan politik serta langsung tidak ada kekuatan ekonomi. Bila lagi kita mahu bangkit??
Nasihat saya kepada mereka, bertaubatlah jika anda muslim. Setiap perkara baik yang kita lakukan, malaikat catit dan pasti Allah swt balas, begitulah sebaliknya. Hidup ini tidak lama dan kita perlu menempuh kematian, alam barzah dan pertimbangan serta keadilan di Mahsyar nanti. Saya doakan hidayah buat mereka ini dan mereka yang terlibat menyebarkannya. Kesian sebenarnya kan?
#DrAzizanOsman
~Saya pernah mengikuti beberapa program beliau, saya juga adalah salah seorang dari beratus ribu anak didik beliau. Jangan sesekali kita menilai orang tanpa kita kenali siapa dia. Cuba sekali anda turut serta dalam program (kalau tak mahu bayar cari yang free punya) dan pasti anda akan dapat rasa dan serap energi yang sentiasa beliau salurkan tu. Ikhlas atau tidak, anda sendiri nilaikannya nanti. Dan akui lah hakikat kehidupan, manusia itu tidak pernah sempurna. .. Terima kasih kerana sudi membaca.
tak tahu dah nak percaya ke tak,,
ReplyDeletemacam macam la sekarang ni orang seorang cakap tipu sorang cakap x aku ada post berita yang katakan dr azizan punya DR menipu ja korang datang baca sendiri bukti bukti dia
ReplyDeletebagus bagus.perkongsian yg baik nih.sy pun ade terbaca dlm majalah review hal dia ehehe :)
ReplyDeleteermm.. terbaca tajuk pasal ni semalam..tapi tak ambil kisah sangat. sbb takot kita ni dituduh tutup periuk nasi org..
ReplyDeletebiar la.. bukan nya mereka di paksa untuk sertai.. willingness mereka sendiri
Tula reputasi kena jaga, bila dah tercalar susah nak baiki.
ReplyDeleteBiasalah.. Dia antara yg terkenal dan terbaik dlm dunia usahawan.. Suka dgn cara dia... Dia berkongsi ilmu cara nk berjaya mcm dia.. Tpi biasalah manusia.. Mana blh tgk org sng kn..
ReplyDeletesemoga dr.azizan tabah melaluinya . ujian tu tetap ada tak kira kita berada di level mana ...
ReplyDeleteapa2 pon kita amik je apa yg baik. Yg tak baik tu takyah amik. Mana ada org sempurna kat dunia ni.
ReplyDeleteDr Azizan seorang yang humble, kadang kala bila communication break down kita mudah menjatuhkan hukuman yang orang ini dan orang itu menipu. Sebagai manusia tiada yang sempurna dan ' ketidak sempurnaan ' itu ada di mana-mana. Jangan mudah percaya pada kabar angin.
ReplyDelete