Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

6 Oct 2013

Isteri Queen Control dan Menteri Kewangan?

Assalamualaikum..

Isteri Queen Control dan Menteri Kewangan? 
Sebenarnya bukan queen control yang menjadi isu, tetapi 'qualiti control' yang penting dalam pengurusan kewangan. Siapa lebih pandai mengurus duit untuk berbelanja dan mengagihkan kepada perkara yang lebih utama, dialah yang patut jaga kewangan keluarga.

Perlu lihat siapa yang membawa rezeki dan cara berbelanja. Harus berhati-hati dengan faktor kemampuan dan kemahuan. Jika kemahuan mengatasi kemampuan akan jadi teruk. Sepatutnya siapa yang boleh mengatur kewangan dalam keluarga dialah 'menteri kewangan'.

Bagaimanapun kedua-duanya perlu ada perbincangan dan perancangan. Beri keutamaan kepada keperluan asas utama dalam keluarga seperti untuk agama, makan minum, pendidikan, kesihatan, penempatan, rumah dan lain-lain lagi. Pada peringkat permulaan pasti ada percubaan (perancangan kewangan keluarga). Set perbelanjaan keluarga bersama-sama. Jika dah ada garis panduan, baru senang urus kewangan. Siapa yang cerdik atau berkebolehan, dia boleh bantu urus perbelanjaan sama ada suami atau isteri.

Suami jika ada kepercayaan kepada isteri, tidak mengapa jika serahkan tugas perancangan kewangan keluarga kepada isterinya, ada konsultan untuk ringankan beban, jadi suami tidak perlu bersusah payah fikir. Takkan jatuh maruah suami jika serahkan tugas berkenaan kepada isteri, tetapi itu namanya kerjasama.

Lagi satu jika kedua-duanya bekerja, elok digunakan konsep perkongsian pintar, tambahan sekiranya sesebuah keluarga itu banyak hutang. Tak salah jika isteri mahu membantu suami. Pasangan perlu bersikap saling mempercayai, jangan boros.

#sinarharian

5 comments:

  1. sy percaya isteri sy menjadi akauntan keluarga. yes...tak akan jatuh maruah jika suami isteri saling mempercayai dan bekerjasama membangun keluarga.

    ReplyDelete
  2. Kami sama2 aje bab ni... Konsep perkongsian pintar...

    ReplyDelete
  3. Artikel di sini lebih matang dari rethorik biasa.
    Perbincangan dua hala diperlukan dn di masa perlu anak2 juga dilibatkan bersama.
    Memang sikap manusia berkepentingan masing2 dn somebody has to make a decision.
    Sipeminta tidak akn pnh mengambilkira apa masalah di pihak penyumbang, kerana kepentingan2. Kalau ada pun 1 ketikanya dari 10 atau 1 dlm 10.
    contoh jika isteri nk beli itu dan ini, katakn RM3K. Cuba taktik ini .... apabila kita dpt mengumpul RM3K serahkan duit tsbt kpdnya. 9 dari 10 ia akn berkata : "on 2nd thought, membazir adalah sahabat Syaitan, kecualilah diperlkn sangat".

    Yes .... it is.

    ReplyDelete

Awak memang COMEL!
Terima Kasih