Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

31 Aug 2013

56 Tahun Merdeka Malaysia Ku

Assalamualaikum..

Salam kemerdekaan dari Saya Anak Malaysia.. Pejam celik pejam celik dah 56 tahun berlalu rupanya saat pertama kali laungan MERDEKA berkumandang dulu.. Meniti masa 56 tahun tu pasti terlalu banyak perit getir yang terpaksa ditempuhi oleh mereka golongan terdahulu untuk memperjuangkan kemerdekaan ini kan. Bebas dari dijajah kuasa besar seperti British, Jepun, Portugis, Belanda, Komunis.. yang akhirnya kita generasi hari ni menikmati kemerdekaan dan kemajuan negara.


Tema Hari Kemerdekaan Ke 56 2013 "Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku" satu tema yang sangat bersesuaian untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia supaya terus mengekalkan keamanan dan kesejahteraan bumi Malaysia kita ini.

Selaku generasi muda, kita lah yang akan memacu negara ini di hari mendatang. Dan pastinya kemajuan, kenikmatan dan keharmonian negara tidak dapat dimiliki tanpa kerjasama, tanggungjawab, dan keprihatinan semua pihak. Sama-samalah kita pelihara Tanah Tumpah Darah Malaysia kita.. Bersyukurlah dengan apa yang kita nikmati hari ni, kekalkan yang baik dan tambah nilai untuk menjadi yang lebih baik.

Salam Kemerdekaan ke 56 untuk semua rakyat Malaysia.. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


"Dan janganlah kamu berbuat kerosakan dibumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang dan penuh pengharapan. Sesungguhnya Rahmat Allah itu dekat kepada orang yang berbuat baik"
-(al-Araaf, 55-56)

30 Aug 2013

Rahsia Menjadi Kaya & Berjaya

Assalamualaikum..

"Sesiapa pun boleh berjaya asalkan mereka memiliki keinginan yang tinggi untuk berjaya. Mereka juga harus bersedia untuk meniru jejak langkah orang-orang yang sudah berjaya. 'Diam, Dengar dan Ikut," 
- Dr. Azizan Osman, seorang mentor yang telah kaya dan berjaya


Kegagalan merupakan pelengkap kepada setiap kejayaan. Kegagalan bukan bertentangan dengan kejayaan, ia sebenarnya saling melengkapi. Kata lawan sebenar untuk 'kejayaan' ialah 'langsung tidak pernah bertindak' ataupun tidak pernah mencuba. Hanya orang yang putus asa, lemah semangat menerima kegagalan sebagai takdir ilahi qada dan qadar.

"Nothing in life is to be feared. It is olny to be understood."

Tuhan murka pada mereka yang mudah putus asa. Setiap kejayaan perlu menerima kegagalan seperti yang dialami oleh Nabi Yunus a.s, bila baginda tidak berani gagal dan dihumban ke dalam laut termasuk ke daalm perut ikan nun maka dia berdoa 'la illa ha illa anta subhanaka inni kun tum minaz zalimin'

Semua jutawan baharu di dunia memiliki sifat sama iaitu Berani Gagal. Mereka semua berani berimpian, berani mencubam berani gagal dan berani untuk mencapai impian ingin direalisasikan.

Fakta tentang Kejayaan dan Kegagalan :

1. Orang yang berjaya kebih banyak kali gagal dalam kehidupan mereka.
2. Hanya mereka yang mempunyai kekuatan untuk bangkit semuala akan terjamin kejayaan.
3. Setiap usahawan akan gagal secara purata 3.8 kali atau 4 kali sebelum menemui perniagaan yang sesuai untuk mencapai matlamat serta impian mereka.
4. Kejayaan sebenar ialah kebolehan seseorang beralih dari satu kegagalan dan bangkit semula dari kehidupannya.

Kejayaan setiap manusia datangnya dari ilmu pengetahuan dan sikap yang baik. Sikap adalah segala-galanya, dan kita mesti mengubahnya untuk mengubah kehidupan kita. Hanya dengan ilmu kita boleh menambah ilmu. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita perolehi. "the more you give, the more you get". Ilmu tak boleh datang kepada kita melainkan kita perlu mencari.


"Harta tidak akan berkurangan dengan sebab bersedekah, dan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi hamba-Nya yang pemaaf dan orang yang bertawadhu (rendah hati), akan Allah angkat darjatnya"
-Hadis Riwayat Muslim

Kongsi Gelap, Gangster dan Ops Cantas

Assalamualaikum..



Kongsi gelap merujuk kepada kumpulan jenayah yang dah tentunya tidak berdaftar disisi undang-undang. Kumpulan kongsi gelap biasanya terbabit dalam kegiatan haram (tidak sah disisi undang-undang) bagi membiayai kegiatan mereka. Biasanya kumpulan ini menjadikan perniagaan dadah, rompakan, ceti haram, perjudian haram, pelacuran dan penjualan cakera padat cetak rompak sebagai aktiviti utama.

Kegiatan kongsi gelap dikaitkan dengan kaum Cina tetapi di Malaysia ia semakin menular ke dalam bangsa-bangsa lain seperti India dan Melayu.

Gangster atau samseng merupakan penjenayah yang bergerak dalam suatu kumpulan, kelompok atau geng. Samseng biasanya terbabit dalam pelbagai jenis jenayah terancang dari jenayah ringan seperti peras ugut sehingga lah ke jenayah bersentaa yang melibatkan jutaan ringgit. Kegiatan samseng telah dipopularkan oleh kumpulan-kumpulan samseng di Amerika Syarikat yang memainkan peranan utama dalam ekonomi negara pada dekat 1920-an hingga 60-an.

Terbaru Kementerian Dalam Negeri mendedahkan sebanyak 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara memiliki 40,313 ahli berdaftar. Ketua Setiausahanya Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata daripada jumlah itu 28,926 menyertai kongsi gelap India, 8214 (kongsi gelap Cina) dan 1,923 (kongsi gelap Melayu).

Beliau turut mengesahkan Geng 08 dan Geng 04 adalah geng paling berbahaya dengan aktiviti termasuk penjualan dadah dan penggunaan senjata api ketika melakukan jenayah. Polis kini memburu dan menangkap mereka-mereka yang terlibat dalam kegiatan ini menerusi Ops Cantas yang sedang dilancarkan.

Individu yang terlibat dalam aktiviti jenayah atau sosial yang membawa penyelewengan tingkah laku dan kerosakan akhlak.


"Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak Adam itu, dan Kami angkat mereka dengan kenderaan di darat dan di laut sert Kami beri mereka rezeki dengan yang baik-baik. DanKami lebihkan mereka dari kebanyakan makhluk yang Kami jadikan, dengan kelebihan (yang sempurna)"
-Al-Isra' : 70

29 Aug 2013

Filem KL Gangster 2 dan Isu Download Full Movie

Assalamualaikum..


Rasanya seluruh Malaysia kecoh dengan penyebaran filem KL Gangster 2 menerusi internet dan laman media sosial. Download KL Gangster 2 Full Movie rasanya menjadi tajuk carian terhangat pastinya. Terbaru pihak penerbitan filem iaitu Skop Productions Sdn Bhd telah mengambil langkah dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi membendung supaya penyebaran filem ini tidak meluas.

Penat lelah mereka bekerja, berkorban wang, masa dan tenaga tapi belum pun keluar panggung terjadi pula ketirisan begini kan. Dahsyat kan.. entah siapalah yang punya angkara dan tidak bertanggungjawab ni kan. Diharap perkara ini dapat disiasat sebaiknya. Tak adil rasanya kepada mereka yang bekerja keras untuk filem ni kan.

KL Gangster 2 merupakan filem arahan pengarah Syamsul Yusof dan dijadualkan menenui penonton di pawagan pada 3 Oktober 2013 nanti. Difahamkan pihak penerbitan akan membuat sidang media berkenaan isu ini pada esok hari (30/08/13).





"Bukanlah mukmin yang sempurna imannya orang yang tidak menganggap bala/ujian itu nikmat dan kesenangan itu musibah." Lalu para sahabat bertanya : Kenapa ya Rasulullah? Jawab Baginda "Kerana suatu bala/ujian itu tidak datang selepasnya kecuali kesenangan dan begitu juga kesenangan tidak datang selepasnya melainkan bala dan musibah"     
 -Riwayat Imam At-Tahabrani dari Ibnu 'Abbas r.a

28 Aug 2013

Novel | Jodoh Itu Milik Kita

Assalamualaikum..


Judul: Jodoh Itu Milik Kita
ISBN : 978-967-0246-14-7
Terbitan : Karya Seni
Harga : RM 26.00 (SM), RM 29.00 (SS)

"Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali..."

Siapa sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih sayang yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.

"Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu tau. Nakalnya, ya ampun!!" -Dahlia Darius.

"Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She's a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?" -Aariz Danial.

"Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Sahlia itu... akan aku rampas sekejam mungkin!" -Syafiq

Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul si sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci... iaitu abangnya sendiri?


Hasil pembacaan :
Cerita yang sarat dengan nilai kekeluargaan, kasih sayang dan nilai persahabatan yang tinggi.. Menjadi seorang abang dengan menyayangi dan menghargai seorang adik tanpa sedari diri dibenci sepenuhnya rasanya terlalu sukar nak dibayangkan. Dendam yang sarat dalam diri, hati yang membengkak penuh rasa benci, itulah konflik yang terjadi dia antara Syafiq terhadap abangnya sendiri Aariz Danial. Akhirnya, bak kata pepatah  'yang dikejar tak dapat, yang dikendong bercucuran'  Sedih juga cerita ni. Banyak pengajaran yang boleh dibelajar dari novel ni.
Selamat membaca dan menonton (Drama Jodoh Itu Milik Kita sedang bersiaran di Astro Mustika HD)


"...if you really want to know who you are, look at the friends that you choose."

26 Aug 2013

Kenapa Diri Payah Berubah?

Assalamualaikum..


Sejujurnya, kita sering merasa terkilan pada diri sendiri apabila bercakap mengenai membuat perubahan. Kita sering berada di takuk lama dan copy paste pencapaian semalam untuk hari-hari mendatang di sepanjang laluan hidup. Kita seperti tidak punya api di dalam untuk mencipta perubahan bermakna. Kita sering didorong untuk menjadi lebih baik;
Sesiapa yang hari ini lebih baik dari semalam dia orang yang untung. Sesiapa yang hari ini sama sahaja dengan semalam dia orang yang rugi. Sesiapa yang hari ini lebih buruk dari semalam dia orang zalim,

Perubahan perlu pada setiap 24 jam. Hari semalam yang telah ditinggalkan dengan bekas yang samar perlu menjadi pemacu kecemerlangan hari ini. Cuba kita bayangkan berapa banyak peningkatan yang berjaya dilakukan sejak 365 hari yang sudah. Alangkah hebatnya seorang itu pad tahun ini! Pastikan bagi suruhan itu matlamatnya adalah takwa, tapaknya iman. Pelaksanaannya, dua perkara yang berjalan seiring; jangan buat maksiat dan bina ketaatan. Perubahan akan lengkap apabila pendorong dalamannya adalah cita-cita meraih keredhaan Allah. Pakej ini berupaya membina diri seorang Muslim.

Dengan pendekatan ini, Rasulullah SAW telah berjaya memacu para Sahabat daripada 'Zero to Hero' daripada masyarakat yang musnah tidak berharga kepada penguasa dunia henat selamat berzaman-zaman lamanya. Kita dapati, Rasulullah SAW memulakan usaha dakwahnya pada usia 40 tahun dan tamat apabila baginda wafat pada usia 63 tahun.

Rasulullah hanya mempunyai tempoh 23 tahun untuk membina suatu asas tamadun gemilang dengan pengikut berbilion jumlahnya hingga ke hari ini. Alangkah singkat masa tetapi hasil didikan Baginda tahan berkurun-kurun lamanya. Ia sesuatu yang benar-benar hebat!


#pilihan kita golongan yang mana?

Lagu Tema Jodoh Itu Milik Kita | Takkan Terpisah (Black)

Assalamualaikum..

Andainya kau tahu
Apa yang ada di dalam hatiku
Tersimpan takkan pernah berubah

Andainya kau tahu
Apa maksudku lafazkan cintaku padamu
Dengan cara yang berbeda
Oh mengapa seharusnya kita masih bersengketa

Demi cintaku, demi cintamu jangan biarku terseksa
Hembus nafasku, hembus nafasmu adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta

Takkan terpisah...
Takkan terpisah...

Andai ku tak mampu
Leraikan semua kekusutan yang melanda percintaan kita

Mungkin ini semua
Tetap menjadi satu pertanyaan selagi hati belum ada kepastian
Oh mengapa seharusnya kita masih bersengketa

Demi cintaku, demi cintamu jangan biarku terseksa
Hembus nafasku, hembus nafasmu adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta

Takkan terpisah...
Takkan terpisah...

Andainya kau tahu
Apa yang ada di dalam hatiku


Apabila Mereka Mula Serius Berbicara

Assalamualaikum..

Apa yang mungkin akan anda fikir bila melihat orang disekeliling mula serius berbicara dengan anda? Mula serius berbicara? Apakah maksud sebenarnya? Selama ini bicara mereka bagaimana??

Begini, menjadi seseorang yang biasa-biasa tanpa pernah memikirkan apa yang orang lain fikirkan mengenai anda. Anda bekerja, berbicara, berkata-kata, pendek kata you act like normal person do. Tapi kini anda sedari yang orang disekeliling anda sebenarnya care tentang diri anda. Care dalam erti kata mereka juga melihat, mula memahami dan peduli tentang perkembangan diri, hati dan perasaan anda. Walau hakikatnya anda tidak pernah atau mungkin jarang membuka cerita berkenaannya.

Mereka yang selama ini anda anggap 'huha-huha', mengusik dan bermain tak kira masa mula serius berbicara. Anda mendengar dan akhirnya mengiyakan kerana apa yang diperkatakan mereka betul, benar dan jujur belaka. Sehingga anda mengakui "ye, saya faham. betul pe yang awak cakap tu". Dan tentunya hati terdetik apa yang harus anda lakukan.

Bila sesuatu perkara itu mula melibatkan hati dan perasaan... pasti ianya bukan sesuatu yang mudah.. Memang tak kan pernah mudah kerana kekerasan hati jarang selari dengan kelembutan lidah.


#hanya insan biasa #naluri tetap sama

24 Aug 2013

Penyakit Lembu Gila

Assalamualaikum..

Penyakit Lembu Gila. Fakta bahawa jumlah orang yang dijangkiti disebabkan oleh varian manusia terhadap penyakit ini agak rendah, tetapi kerisauan sosial banyak berlaku di seluruh Eropah. Perkara ini boleh berlaku berdasarkan kepada fakta bahawa ia sejenis penyakit yang membingungkan, dengan ketidakpastian bagaimana ia boleh menjangkiti. Sehingga kini masih tidak ada rawatan untuknya.


Definisi : Bovin Spongiform Ensefalitis (BSE) merupakan kerosakan yang berlaku terhadap tisu-tisu otak yang menjadikan seperti span. Sejenis protein abnormal dinamakan prion berpatogen menyebabkan ia berlaku kepada manusia. Spongeform Ensefalitis berlaku disebabkan oleh pemakanan hasil daging yang telah dicemari dengan prion yang dipanggil "varian baru penyakit Creuttzfeldt-Jacob".

Cara Penjangkitan : Dalam kebanyakan kes, ia menjangkiti mamalia dan ia disebarkan dari satu ke yang lain apabila mereka makan bahagian badan haiwan lain yang telah dijangkiti. Ia juga disebarkan melalui darah (sebagai contoh tranfusi) dan melalui kulit (terdapat kes jangkitan daripada krim kecantikan yang disediakan degan menggunakan hasil bovin).

Perebakan Jangkitan : Spongiform Ensefalitis telah diketahui menjangkiti biri-biri sejak dua ratus tahun sebagai scraple.

  • Lembu dijangkiti apabila ia diberi makan campuran yang disediakan menggunakan bahagian dalaman biri-biri atau kambing yang sakit, satu amalan biasa sejak beberapa dekat lalu di Eropah Barat.
  • Makanan campuran disediakan dengan menggunakan bahagian dalaman lembu, sesetengahnya sakit, telah digunakan di Eropah sebagai makanan kepada lembu-lembu lian, dengan itu bermakna bahawa penyakit itu tersebar kepada anak-anak lembu.
  • Manusia dijangkiti apabila mereka memakan hasil daging yang dibuat dengan SRM daripada haiwan-haiwan yang sakit, atau apabila mereka bersentuhan dengan hasil-hasil yang telah tercemar.

Tindakan penyakit Ini Terhadap Manusia : Di antara 5 dan 15 tahun beberapa gejala-gejala akan muncul: kehilangan ingatan yang progresif, kerisauan dan kekecewaan, kekejangan otot, koordinasi motor rosak dan demensia. Kematian berlaku beberapa tahun selepas gejala-gejala ini muncul.

SRM (Specific Risk Material): Ini merupakan nama bahagian-bahagian haiwan yang boleh menyebarkan penyakit apabila ia dimakan oleh manusia atau haiwan-haiwan lian. Ia terdiri daripada otak, saraf perferal, tulang (dan geletin yang disediakan menggunakannya), visera (termasuk usus) dan darah. Daging tanpa lemak dan tanpa tulang atau saraf tidak menyebarkan penyakit; begitu juga dengan susu.

Pencegahan : Memandangkan tidak terdapat rawaan untuk penyakit ini, mereka yang mahu memakan daging harus mengalakkan untuk memakan atau bersentuhan dengan SRM daripada haiwan yang telah dicemari. 

Bila Dah Selesa

Assalamualaikum..

Setuju tak korang yang kita manusia ni terlalu susah nak buat perubahan. Terlalu payah nak buat satu gerakan. Even nak buang air pun kadang-kala alahai malasnya nak ke tandas. Kenapa? Adakah penyakit M yang menjadi punca utama terjadi begitu atau sebenarnya kita dah rasa selesa sangat berada pada satu-satu tahap membuatkan kita jadi sukar nak buat perubahan.

Upgrade level, bukan downgrade level ye. Sebagai contoh, dari satu menjadi dua. Berkawan dengan seseorang pastinya mahu diakhiri dengan sebuah perkahwinan. Bila dah berdua, pastinya akan rasa mahukan kehadiran org ketiga kerana salah satu tujuan utama tentunya mengembangkan zuriat. Betul tak? Its good movement okey. Kenapa mesti risau dan susah hati, percayalah setiap tindakan dan gerakan tu pastinya akan membawa rezeki tersendiri. Bukan mesti dianggap satu bebanan.

Tapi... bila kita merasakan diri dah selesa untuk sesuatu tahap, perubahan adalah perkara terakhir yang mungkin akan dilakukan dalam hidupnya. Dalam kepala "cukuplah" "buat apa nak susah-susah" "sekarang dah selesa, kenapa nak susahkan diri" "makan pakai cukup dah sekarang"... betul tak mereka akan fikir begini.

Apa sebenarnya yang dimahukan dalam hidup?? Kalau hidup hanya untuk fikirkan kepuasan dan perasaan sendiri, sebaiknya jangan pernah terniat untuk melukai dan menyakiti hati orang lain. Ingatlah, kita bukan hidup dalam zaman batu yang kau, kau, aku, aku..

Satu langkah kita bergerak dengan niat mencari yang lebih baik, seribu rahmat kita perolehi. Pengorbanan yang dilakukan untuk sesuatu perkara yang baik pastinya takkan sia-sia.  Terima kasih,

23 Aug 2013

Ciri-Ciri Usahawan Yang Berjaya & Berpotensi Berjaya

Assalamualaikum..

Nak berniaga? Cuba check anda ada tidak ciri-ciri utama usahawan yang berjaya.

15 Ciri-ciri Usahawan (Muslim) Yang Berjaya atau Berpotensi Berjaya :-

1- Sikap yang bagus (GREAT ATTITUDE)
2- Sentiasa berfikiran positif walaupun orang lain negatif (POSITIVE MENTAL ATTITUDE)
3- Sentiasa yakin & passionate (ghairah) dengan kekuatan produk atau perkhidmatan mereka (High confident)
4- Berjiwa & berfikiran besar tetapi tebal muka
5- Berkeyakinan tinggi walaupun sebenarnya tidak berapa yakin
6- Sentiasa belajar dan membina khazanah ilmu dari yang terbaik atau pengalaman jatuh bangun orang lain
7- Sentiasa cari peluang untuk membina perhubungan dengan orang lain yang lebih berjaya
8- Bagus dalam pengurusan masa
9- Berdisiplin tinggi
10- Never give up (Tidak ada perkataan putus asa di dalam kamus hidup mereka)
11- Suka bersedekah
12- Menjaga komitmen berzakat
13- Menjaga ibu bapa lebih dari diri sendiri
14- Menjaga urusan Allah swt lebih dari diri sendiri
15- Mencintai Rasulullh saw dan memperbaiki diri mengikut sunnahnya

#Dr Azizan Osman

22 Aug 2013

Segmen 12 Jam Bloglist #4 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan September dan November 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 Ogos 2013, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #4 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

OHBlogger Blogger Baru

Assalamualaikum..

Salam Khamis yang indah untuk semua..


Baru je terperasan yang blogger Otai kita Tuan HasrulHassan ni buat segmen khusus untuk blogger baru.. Sayalah salah satu blogger baru itu. Haaa, siapa yang tak kenal HH ni kan.. Sifu ni. Banyak ilmu yang diturunkan dan seringkali dikongsi oleh beliau tentang panduan berblog ni. Terima kasih cikgu, mohon halalkan ilmu saya selalu curi-curi. Saya nak belajar, nak terus belajar.. Memasuki tahun kedua, ya Allah terlalu banyak benda yang saya tak tahu rupanya.

Ahha, segmen yang beliau langsungkan ni masanya agak terhad (baru je perasan kejap ni,maklumlah baru je bukak blog) harap-harap masih sempat dan diberi kesempatan untuk ditunjuk ajar oleh cikgu sambil-sambil tu boleh menang hadiah kalau diberi rezeki lah. InsyaAllah..

Okey, kembali ke topik asal. Untuk segmen ni beliau berkehendakkan kita menulis sedikit tentang latar belakang blog sendiri dan juga alasan kenapa nak sertai segmen beliau ni. Ermm, baik cikgu.

Ada apa dengan blog ~BabyComel~Hanya Insan Biasa??
babyaimacomel.blogspot.com.. Kenapa dipilih sebegitu rupa? Sebenarnya, permulaan saya menulis blog hanya kerana saya sedang dalam proses menulis novel. (masih dan sedang menulis dan seringkali tertangguh kerana kekangan masa dan tenaga). Novel? Yeah, kerana saya suka membaca novel.. Tapi kenapa sibuk-sibuk nak menulis novel? Sebab.. kisah realiti saya sebenarnya lebih hebat dari novel-novel yang saya baca sambil menangis tu. *Hebat tu dalam erti kata hebatnya saya menangis melalui hari-hari saya

Dan Baby itu adalah watak novel saya.. Comel itu adalah saya. hehehe, saya tidak cantik kerana sesungguhnya saya ~Hanya Insan Biasa, Miliki Naluri Yang Sama~ seperti orang lain dengan niat mahu berkongsi rasa, suka duka perjalanan hidup agar dapat dikongsi bersama. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dibuat sempadan hidup. "Orang berjaya adalah orang yang belajar dari pengalaman orang lain dan tidak mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan" Dengan berblog, sungguh saya belajar banyak perkara tentang hidup (tapi belum berjaya lagi la) Ops, terlupa.. Aima adalah saya juga..

Saya masih lagi mencari asas yang kukuh untuk blog ni. Tercari-cari niche yang betul-betul kuat untuk menggambarkan blog ni. Yang lebih mudah, permulaan blog ni adalah blog peribadi walau kini terlalu jarang saya meluahkan emosi rasa di sini (hanya sesekali bila my psychology drop until zero). Saya blogger baru dan memerlukan bimbingan dari pelbagai sudut untuk bertapak dan terus melangkah dalam dunia blogging ni.

Maaf, saya masih blur-blur bila nak bercerita tentang blog sendiri ni. Kenapa mesti comel ye? Sebab saya dan kecomelan tak dapat dipisahkan.. Serius, yang comel-comel itu tetap menjadi kesukaan saya.
~Penanda arasnya bukan berapa kali kita jatuh tapi seberapa pantas kita bangkit dari kekecewaan hari semalam untuk menempuh hari mendatang~ DOA

#proses pembelajaran takkan pernah terhenti. Terima Kasih.

21 Aug 2013

Silence Day of The Wednesday | Untuk Mereka Yang Buncit Sahaja

Assalamualaikum..



#jangan raba-raba perut pulak =)

Silence Day of The Wednesday | I Don't Care

Assalamualaikum..



#feeling POYO =)

20 Aug 2013

Bodoh dan Membosankan

Assalamualaikum..

Bodo dan membosankan?? Hurmmmm, tarik nafas panjang-panjang dan lepas perlahan-lahan.. sakit, perit menusuk hati ku. Saat kamu ucap kata itu. Ku hanya bisa menitiskan airmata, jatuh rasanya langit ini..

Apa salahku?? Ye, ku akui memang terlalu banyak salah yang telah ku lakukan. Menyerahkan hati kepada yang belum benar bersedia untuk menerima, menyerahkan hati saat diri sendiri belum bersedia untuk dilukai.. dan jalan tu tetap terus berliku..

Apa yang daku ada, hanya kerapuhan diri menanti setiap yang mendatang.. airmata yang menitis bukan kerana suka-suka. Airmata yang mengalir juga bukan dipinta.. ia hadir kerana penderitaan yang sudah tertanggung sekian lama.

Dan... kekecewaan itu takkan pergi bersama airmata... maafkan segala kebodohan dan kebosanan ku,


#airmata syawal

19 Aug 2013

Jangan Malu Bertanya

Assalamualaikum..

Orang kata malu bertanya sesat jalan. Yeah, memang betul pun perumpamaan tu. Kalau tak tahu jangan nak tunjuk bodoh sombong sebab akhirnya sendiri yang sesat. Kalau dah sesat kan dah jadi satu isu lain. Kalau sesat setakat satu dua kilometer takpelah jugak, buatnya sampai 10kilo tak ke jenuh nak patah balik.. kan?


Ahha, panjang betul mukadimah untuk hari ni. Sebenarnya takde pape pun, sekadar nak cerita dan nak mengingatkan kepada kawan-kawan dan juga diri sendiri... tolonglah jangan malu-malu untuk bertanya kalau tak tahu. Hehehehe, sebab bila kita malu payah. Apapun kita tak dapat nanti tau. Bukan setakat pasal blog yang saya nak cakap kat sini, tapi dalam segala hal kehidupan harian kita.

Contoh hari tu I pergi pasaraya nak beli ikan. Serius tengok ikan tu alahai layu je. Rasa macam tak puas hati pulak, terus tanya. "Ni je ke ikan siakap yang tinggal?" Alhamdulillah lega sangat bila dia jawab "owh, ada lagi kat dalam. Nak ke?" Haa, tak ke rezeki tu bila sekali keluar perghh ikan segar bugar cantik-cantik pulak. Tak pasal-pasal angkat 4 ekor bawak balik rumah.. kalaulah tak tanya tadi.... erm sendiri fikir ye :)

Jadi, jangan lupa bertanya kalau dalam hati tu ada rasa yang kurang senang. Jangan takut bertanya untuk suatu kebenaran. Jangan risau untuk bertanya sesuatu yang kita tak tahu. Jangan tak angkat tangan untuk bertanya andai ada perkara menyulitkan rasa kita. Takkan ada orang nak marah sekiranya kita berhak untuk mengetahui sesuatu hal tu. Tapi kalau benda tu dah memang menjadi rahsia orang lain, haaaa jangan ler pulak kita..... *tolong sambungkan ayat tu ye


#suka ikan siakap

R4BIA dan Simbol 4 Jari

Assalamualaikum..

Mesir Kini

R4BIA dan Simbol 4 Jari. Pasti ada yang tertanya-tanya kenapa Simbol 4 Jari dengan kaler kuning ni tiba-tiba melekat di media sosial dan #R4BIA menjadi popular. Trend sekarang ke? Apa maksud disebalik Simbol 4 Jari dan #R4BIA yang cuba disampaikan tu sebenarnya??

1. Dalam bahasa Arab, Rabi'ah/arba'ah bermaksud empat. Rab'ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.

2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi'ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi'ah.

3. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdagon mulai Sabtu (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumaat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yan dikepung tentera junta.

4. Tujuan avatar simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain menimbulkan kesedaran oran ramai supaya lebih prihatin mengenai krisis di Mesir kini.

Erdagon ketika melancarkan R4BIA

#apa peranan kita?

18 Aug 2013

Truck Pick Up Yang Comel

Assalamualaikum..









#Luv Chevrolet..

Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #4 Mialiana.com


Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini hanya untuk hari ini sahaja, Ahad 18 Ogos 2013 bermula dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malamMia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #4 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri INI.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.
tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....

17 Aug 2013

Proton Suprima S Dilancarkan

Assalamualaikum..


Pengeluar kereta nasional, Proton Holding Bhd (Proton) secara rasminya melancarkan kereta model terbaharu, Proton Suprima S yang disifatkan sebagai kereta bertaraf dunia di Pusat Pameran & Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur. Majlis pelancaran penuh meriah itu disempurnakan perasmiannya oleh Penasihat Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad awal pagi 17/08/2013.


Proton Suprima S secara asasnya merupakan versi hatchback bagi model sedan Proton Preve, ditawarkan dalam dua varian iaitu Executive dan Premium. Kedua-dua varian berkenaan dijana enjin Campro 1.6 Turbo dengan horse power 140ps tork maksimum mencecah 205Nm sama seperti yang dimiliki oleh model Preve Premium dengan enjin CFE.

Menampilkan pelbagai ciri-ciri keselamatan dan spesifikasi yang kebiasaannya dimiliki model leboh mahal dan berjenama luar negara, Proton Suprima S ditawarkan pada harga bermula dari RM 76,638.00 sehingga RM79,638.00 dengan tempoh jaminan selama 5 tahun.


P8170124 150x150 Proton Suprima S dilancarkan, dua varian, enjin Campro 1.6 Turbo, harga bermula dari RM76,338.00 OTR

P8170161 Proton Suprima S dilancarkan, dua varian, enjin Campro 1.6 Turbo, harga bermula dari RM76,338.00 OTR


Proton Suprima S dilengkapi pelbagai ciri-ciri penting untuk tahap keselamatan maksimum, antaranya termasuklah ABS dan EBD, Hill-Hold Assist (Premium shj), Brake Assist (BA), Electronic Stability Control (ESC), Traction Control TC, 6 beg udara serta dilengkapi sensor parking sensor, reverse sensor, Auto headlamp dan Electronic Gear Shift Lock (Premium shj).

Lima warna menarik ditawarkan untuk Proton Suprima S baharu antaranya Atlantic Blue (Biru), Fire Red (Merah), Genetic Silver (Perak), Solid White (Putih) dan Tranquility Black (Hitam).


#apa kata anda?

Video Mat Luthfi Drama-drama Sebelum Kahwin

Assalamualaikum..

Tahniah kepada Mat Luthfi yang menang Anugerah Viral Original Paling Popular dalam Anugerah Lawak Warna 2013.



Memang betul pun pe yang beliau cakapkan dalam video ni. Memang masih ada lagi yang berfikiran begitu kan.. Apa pun, buang yang keruh ambil yang jernih. Ambil pengajaran dalam setiap yang dipersembahkan..

Tahniah sekali lagi kepada Matluthfi90 yang menang menerusi video  viral yang sangat mencuit hati dan berperasaan ini..
Tadaaa....