Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

30 Jun 2013

Pengertian Zakat

Assalamualaikum..

Zakat? Apa maksud zakat ye?


Dari segi Bahasa = Zakat beerti "BERSIH", "SUCI", "SUBUR", "BERKAT" dan "BERKEMBANG"
Pengertian "BERSIH" dan "SUCI" dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri saripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.

Dari segi Syarak = Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.

Hikmah Disyariatkan Zakat
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan Allah swt mensyariatkan zakat ialah :

  • Mengagihkan sebahagian kecik kekayaan daripada golongan yang berada golongan yang kurang berada.
  • Membersihkan diri pembayar zakat.
  • Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
  • Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT di kalangan golongan yang berada.
  • Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
  • Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan Allah SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
  • Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
  • Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
  • Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai Allah SWT
  • Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.

7 comments:

  1. Alhamdulillah...semoga kita sentiasa beringat tentang amalan kita....:)

    ReplyDelete
  2. hehe dalam harta kita ada hak org lain...sebab tu kena zakat utk kasik balance kan balik keberkatan pendapatan kita....

    ReplyDelete
  3. menolong umat islam yang kewangan tak stabil. :)

    ReplyDelete
  4. kalau kerja area selangor, ada skim BERKAT oleh lembaga zakat selangor... bayar zakat pendapatan melalui potongan gaji

    ReplyDelete
  5. :) zakat menyucikan harta.. :)

    ReplyDelete
  6. Harta yang Allah beri hanya sedikit sahaja yang Allah minta untuk hak org lain.. Harta tu pun Allah yg bagi..

    ReplyDelete

Awak memang COMEL!
Terima Kasih