Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

25 Jun 2013

Novel : Selamat Malam Kekasih


Assalamualaikum..

Penulis : Aina Emir
Harga Semenanjung : RM23.90
Harga Sabah/Sarawak : RM26.90
ISBN : 978-967-5367-88-5

Sinopsis : Hatinya sudah lama membeku hampir jadi kaku. Berpisah dengan Farhan begitu terkesan sekali. Umurnya masih muda, namun dia terpaksa sahaja melalui sesuatu yang membebankan, bagai kaca yang remuk setelah terhumban di atas batu. Mujurlah ada Aunty Julia dan Ain Suraya yang mampu menenangkan fikirannya. Namun, papanya mula mendesak agar Maya Kamilla tidak membuang masa lagi.

Pun begitu, papanya cerewet. Kalau tidak sama status dan tidak sekufu, jangan haraplah papanya akan bersetuju. Mungkin kerana itulah Maya terpaksa jauhkan diri daripada sang arjuna. Lagipun, lelaki itu tak cukup 'mata' untuk diletakkan dalam senarai calonnya.

Izz al Din, tak banyak beza daripada Farhan dari segi latarnya. Paling secocok dengan Maya Kamilla. Dia juga pernah menyayanginya, sama seperti Farhan juga. Apakah kali ini Abang Izz mampu menambat hati Maya semula? Atau Maya masih berkira-kira kerana niat Abang Izz diraguinya. Tapi kenapa pula?


Soal status bukan sekadar menjadi isu papa Maya sahaja, tetapi merupaka  soal penting buat orang lain jua. Dalam usaha Maya Kamilla untuk mencari pengganti, dia semakin terbeban. Misyal pula lebih muda daripadanya Takkan si usaz ini mampu menandingi Abang Izz yang serba hebat itu?

Kemanakah arah yang ingin Maya tuju? Sangupkah Maya terus mengikut arahan papanya, atau kali ini dia mahi memberontak lalu mengikut kata hati pula?

Selamat Malam Kekasih mengutarakan isu-isu kehidupan masyarakat Melayu elit hari ini. Juga mengetengahkan soal agama, harta dan waris, termasuk kesetiaan dan kejujuran dalam amalan seharian di sebalik unsur humor dan romantis yang diselitkan..

Jangan ketinggalan untuk menonton drama Selamat Malam Kekasih setiap Selasa jam 10malam di TV AlHijrah Segalanya Bermula Di sini.

9 comments:

  1. baca smp mempengaruhi diri

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. kadang kala terlebih elit pun boleh jadi masalah juga kan :)

    tp sempat belek2 novel baru tp blom tergerak lg nak beli :)

    ReplyDelete
  5. Kena beritahu wife untuk baca buku ini!!

    ReplyDelete
  6. blog walking.... jom la jenguk sat my blog... new blogger... :)

    ReplyDelete
  7. Hehe sekarang banyak drama dan filem yang diadaptasi drp novel kan? Menarik!

    ReplyDelete
  8. Assalam, makin banyak pula drama yg diadaptasi dari sebuah novel sejak akhir2 ini... tajuk pun mcm best saja nie...

    ReplyDelete
  9. Akak ni dah lama tak layan novel..

    ReplyDelete

Awak memang COMEL!
Terima Kasih