Assalamualaikum..
 |
google image |
Masalah kencing kerap atau urinary incontinence bukannya satu penyakit tetapi merupakan petanda terdapatnya masalah yang amat memerlukan perhatian dan kajian seorang doktor. Selalunya pundi kencing manusia akan dikosongkan setiap empat jam. Fungsi pundi kencing yang normal membabitkan perhubungan kompleks antara pundi kencing dengan otak. Apabila pundi kencing perlu dikosongkan, otot dinding pundi kencing mengecut dan sphincter urethra (otot pengawalan liang badan) akan berehat. Keadaan ini membenarkan air kencing dikeluarkan.
Kekerapan membuang air kecil pada setiap orang berbeza. Secara umumnya, keperluan anda ke tandas melebihi lapan kali dalam 24 jam dianggap tidak normal. Keinginan membuang air kecil meningkat apabila pundi kencing diisi kira-kira separuh penuh (250ml). Biasanya irang akan ke tandas pada tahap ini tetapi kapasiti normal pundi kencing adalah sekitar 400ml.
Jika mengalami simptom-simptom dibawah bermakna anda sedang mengalami sistem kawalan pundi kencing yang lemah.
~membuang air kecil melebihi lapan kali sehari.
~kerap rasa keinginan yang kuat dan tiba-tiba untuk kencing
~kebocoran air kecing yang tidak terkawal
~kebocoran air kencing ketika batuk, ketawa, bersin, melompat atau berlari.
Perkara ini bukanlah masalah asing bagi wanita yang telah meningkat usia, malah cabaran ini juga dialami oleh jutaan golongan wanita dan lelaki seluruh dunia. Malangnya ramai pesakit tidak mahu atau bertangguh0tangguh mendapatkan rawatan kerana malu.
Simptom kencing kerap boleh berpunca daripada pelbagai faktor, antaranya adalah :
~Jangkitan pada sistem kencing
~Sembelit
~Pemakanana, minuman dan ubatan
~Masalah fizikal atau fisiologi seperti :
*Ibu mengandung dan kesan bersalin
*Lanjut usia
*Kesan sampingan dari Hysterectomy
*Kesan interstitial cystitis
*Masalah prostat seperti barah dan prostatitis
*Masalah pundi kencing seperti barah dan batu karang
*Masalah saraf yang berpunca daripada penyakit stroke, multiple schlerosis & sbgnya
*Obesiti