Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

27 Mar 2013

Silence Day Of The Wednesday | Overtime

Assalamualaikum..


24 Mar 2013

Cara Sopan Mengkritik Lelaki

Assalamualaikum..

Tidak dapat dinafikan siapa sahaja tidak menyukai apabila diri dikritik. Akan tetapi sebagai manusia kita tidak dapat lari daripada mendengar kritikan. Daripada situ kita tahu kesalahan yang dilakukan dan cuba membaikinya.

Akan tetapi bolehkah lelaki menerima kritikan terutama jika pengkritiknya kaum hawa. Ia mungkin sukar diterima apatah lagi lelaki dikenali dengan sikap ego yang tinggi. Jadi bagaimana mahu menyampaikan kritikan kepada lelaki. Tips dibawah boleh membantu :-

Hati-Hati
    Jangan mengkritik secara kasar. Luahkan dengan lembut dan sopan. Anda boleh melembutkan serangan itu melalui cara yang berhati-hati dan bijaksana. Contohnya jangan terus kepada kesalahan yang dibuat tetapi menyetuh secara tidak langsung.

Menyentuh Dalam Kenangan
    Jangan biarkan api kemarahan mengawal tindakan anda, apabila emosi mengawal diri segala apa yang dibuat menjadi kacau bilau. Pastikan setiap tindakan yang anda lakukan dihadapi dengan terang. Sudah pasti teguran akan diterima dan diri insaf atas kesalahan yang dibuat.

Jangan Kritik Personaliti
    Apabila mengkritik, bercakaplah mengenai tingkah laku dan bukan mengenai personaliti seseorang yang dikritik. Kritikan yang menjurus kepada personaliti boleh membuatkan si dia akan terasa hati dan terhina dengan apa yang diperkatakan.

Elakkan di Hadapan Orang Ramai
    Jadikan komen anda sebagai sesuatu bersifat peribadi. Jangan sesekali mengkritik rakan lelaki ketika berada dikhalayak ramai. Situasi ini boleh menyebabkan si dia berasa malu, lebih serius akan menyimpan perasaan dendam.

Mulakan Dengan Penghargaan
    Pastikan anda memulakannya dengan penghargaan. Cara sebegini dapat memeri kesan positif terhadap perbualan yang bakal dilakukan. Contohnya berikan pujian terlebih dahulu. Katakan dia seorang yang cukup memahami dan baik hati membuatkan anda tidak percaya kesalahan itu yang dilakukannya.

Kritikan Dalam Bentuk Nasihat
    Kadangkala lebih baik kritikan disampaikan dalam bentuk nasihat. Pendekatan ini lebih sesuai dan sudah pasti mereka akan mendengarnya. Si dia tidak akan berfikir bahawa anda menegurnya tetapi lebih kepada menyampaikan kesalahan yang dibuat.

Jangan Guna Perkataan Mengguris Hati
    Elakkan penggunaan perkataan boleh mengguris hati seperti bodoh atau salah apabila berbicara. kadangkala perkataan itu boleh membuatkan si dia akan naik marah dan mencetuskan sikap mempertahankan diri. Oleh itu gunakan perkataan dan nada yang lembut.


~Owh, lembutnya jiwa lelaki rupanya...



23 Mar 2013

5 Cara Menambat Cinta Wanita

Assalamualaikum..

Tahun-tahun kebelakangan ini, kajian menunjukkan ramai lelaki berusia 40-an masih kekal berstatus bujang dan tidak pernah berkahwin. Kajian juga menunjukan ramai wanita berusia 30-an juga masih belum mempunyai pasangan.

Antara sebab situasi ini berlaku ialah ketakutan si wanita untuk mempercayai si lelaki dan si lelaki pula rasa ragu dan bimbang untuk memikat wanita. Ramai lelaki melabelkan wanita yang senang ditawan terutama dengan rupa dan harta. Biarpun wanita sinonim dengan hati yang rapuh, mudah dipujuk rayu dan terlalu cepat melatah emosi terdapat tips utama untuk memenangi hati wanita yang mampu berikan kasih sayang yang ikhlas dan jujur kepada seorang lelaki.

Jadilah Lelaki Sejati
     Paling untama anda perlulah menjadi seorang lelaki sejati. Tak perlu tampil gagah perkasa tetapi sejati idaman wanita ialah anda berperwatakan menarik, sedap mata memandang, senang bergaul dan pandai mengambil hati. Bukan dengan selalu memuji dan bukan juga tak boleh mengeji tetapi berpada-pada.
      Sejati idaman wanita juga bermaksud anda mampu menjadi ketua, bukan mengarah itu ini sebaliknya ketua yang mampu melindungi. Wanita juga ingin didominasi oleh lelaki, bukan wanita yang perlu tentukan segala keputusan sehari-hari tetapi didominasi lelaki bukabn sampai hak wanita untuk bersuara dikesampingkan.
      Lantaran, lelaki sejati idaman wanita ialah mampu bertoleransi, bersikap terbuka dan boleh menerima pendapat dan saranan daripada wanita juga.

Jangan Berdusta
      Bukan sahaja lelaki, wanita juga tidak suka ditipu dan didusta. Ramai lelaki bersikap menipu tanpa niat atau ayat lebih hormat berbohong sunat. Elakkan bohong sunat ini tetapi secara berhikmah ucapkanlah kebenaran. Biar kenyataan itu terlalu pahit nyatakanlah kerana wanita boleh memaafkan kesilapan dan ketelanjuran tetapi takkan mudah menerima dan memaafkan sebuah penipuan dan pendustaan. Lantas wahai lelaki, sentiasalah amalkan sikap jujur dan berterus terang.
      Dalam hubungan perkahwinan ramai suami yang tidak mengambil berat isu berkata benar ini. Ramai yang memegang prinsip daripada katakan yang benar boleh melukakan hati, biarlah berbohong sedikit. Masalah akan jadi lebih besar bila isteri mengetahui tentang pembohongan tersebut. Isteri sukar terima penipuan untuk menjaga hati sebab isteri percaya ; jika suami benar ikhlas dan sayang; suami perlu berterus terang.

Ambil Berat dan Prihatin
      Wanita akan mengetepikan rupa, pangkat atau harta sekiranya bertemu lelaki yang menganbil berat dan prihatin terhadap dirinya. Keprihatinan seorang lelaki akan membuat wanita rasa diri dihargai.
      Ambil berat tentang kesihatannya, emosinya, ujian kehidupannya, perkara kegemarannya malah cerita-cerita kelakarnya. Dia tak perlukan nasihat bagai seorang kaunselor tetapi memadailah anda meluangkan sedikit masa untuk mendengar luahan hatinya.
      Wanita ideal tidak mendambakan hadiah berharga tetapi memadailah apabila hari-hari penting dalam hidupnya diingati. Ingatan anda cukup membuktikan anda mengambil berat dan prihatin.

Komunikasi Unggul
      Wanita ingin sentiasa didampingi, bukan berdampingan daripada aspek fizikal semata-mata tetapi dampingi wanita secara emosi. Sentiasa bertanya khabar dan jangan biarkan dirinya tertunggu-tunggu jawapan khabar dari anda. Penantian tanpa sebarang maklum balas daripada lelaki boleh membuatkan wanita beranggapan dirinya tidak diperlukan lagi.
      Komunikasi unggul yang perlu dipraktikkan sebagai jaminan hati wanita ditakluki ialah wujudkan komunikasi tanpa batas. Seringlah berhubung walau sekadar satu mesej ringkas.
      Wanita suka dimanja tetapi bukan terlalu dimanjakan. Wanita suka diberikan kepercayaan dan kebebasan tetapi berpada-pada. Kepercayaan dan kebebasan tanpa batas boleh membuatkan wanita merasakan dirinya tidak diperlukan.

Terima Dia Seadanya
      Wanita sanggup melakukan apa saja atas nama cinta. Paling penting, terima dia seadanya. Jika ada kekurangan dirinya yang boleh diubah, lafazkan dengan penuh hikmah bukan mencerca tetapi sebagai mendidik kearah yang lebih baik.
      Wanita sanggup berusaha sedaya upaya jika anda boleh menerima dirinya seadanyta dan lakukan sikit perubahan demi kebaikan bersama. Wanita tidak suka dibandingkan dengan wanita lain. Lantas, dalam usaha mendidik, jangan bandingkan dia dengan orang lain walau dengan ibu atau saudaranya sendiri.
      Jika anda sanggup menerima wanita pilihan anda seadanya, anda akan jadi manusia paling bahagia dalam menjalani kehidupan ini, InysaAllah.

Syukur Alhamdulillah 11A

Assalamualaikum..

Selamat berhujung minggu semua.

Dah lama tak berupdate blog. Mintak maaf la sebab masih lagi tercari-cari masa tu. InsyaAllah sehari dua lagi ni akan kembali pulih seperti sediakala.
Erm, entri ni nak ucapkan kesyukuran kerana keputusan SPM 2012 yang baru keluar beberapa hari lepas, adik lelaki ku berjaya dapat semua A dalam 11 matapelajaran yang dia ambil. Tahniah kepada rakan-rakan sekolah dia jugak. SBPI Rawang. Tahniah jugak untuk semua calon SPM 2012 yang lain.

tahniah untuk semua

Tahniah kami sekeluarga ucapkan kat dia. Pertama kali dalam sejarah keluarga anak mak abah dapat 11 A dalam SPM. Syukur sangat-sangat. Tapi bukan semua A+ la, ada la campur A, A- pun ada jugak. Muhammad Amin, teruskan kecemerlangan, terus kekalkan apa yang ada. Moga cemerlang dunia akhirat. Lepas ni jangan la buat tak kisah lagi.. umur tu dah nak masuk 18tahun,
(kadang-kadang tak paham dengan perangai budak laki ni, jenis tak kisah eh, semua benda amik ringan je ye?) hehehe,


~takde niat nak membangga diri ke apa, cuma nak berkongsi kegembiraan dengan semua..


Giveaway Naili Shoppe Di Mialiana.com



NAILI SHOPPE : Kedai Online Termurah Di Pasaran

Naili Shoppe merupakan pemborong, pengedar dan penjual pelbagai produk kecantikan, kesihatan, tudung (bawal, labuh, ratu), stoking buluh, shawls serta pelbagai jenis aksesori bagi Putrajaya, Bangi, Sepang, Salak Tinggi, Puchong, Kajang, Seri Kembangan dan kawasan sekitarnya.

Antara produk kesihatan dan kecantikan yang dijual di Naili Shoppe ini ialah D’Herbs, Anugerah, V’Asia, Jamu Ratu Malaya, Nurbeautyline, Fellina, Megah Perawan, CocoaCollagen, Avail, Pamoga - Vida Beauty, Beauty Umairah, Tropica Bioherbs, Jamu Jelita, Hijrah, Smartherbs, Pompure, D’Qistee, Produk Sunnah, Jerslin, Jamu Ratu Dara dan banyak lagi.

PEMBELIAN SECARA ONLINE AMAT DIALU-ALUKAN

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :-
Puan Naili : 013-3913 349
Emel  : nailishoppe@gmail.com

Alamat Premis :
Naili Shoppe
T00-UF2, Blok C
Pangsapuri Putra Damai
Jalan P11E Presint 11
Putrajaya

Business Hours :
Isnin – Jumaat ( 10 pagi – 9 malam )
Sabtu – Ahad ( 10 pagi – 8 malam )


Syarat Penyertaan Giveaway
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Like Fanpage NailiShoppe dan Add To Circle Google+ Naili S
  3. Like Fanpage Keledek Pedas dan Add To Circle Google+ Dennis Zill
  4. Buat entri bertajuk Giveaway Naili Shoppe Di Mialiana.com
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri INI.
  7. Pemenang akan ditentukan melalui cabutan bertuah secara manual.
  8. Giveaway ini akan berlangsung dari 12.01 pagi 23/3/2013 sehingga 11.59 malam 7/4/2013

Hadiah Giveaway - Wang Tunai Berjumlah RM 200.00
  • Pertama : RM 40 X 1 orang
  • Kedua : RM 30 X 2 orang
  • Ketiga : RM 20 X 2 orang
  • Keempat : RM 10 X 6 orang

Marilah join beramai-ramai. Giveaway ini dianjurkan oleh Naili Shoppe dan Mykeledek dengan kerjasama Mialiana.com

20 Mar 2013

Pertandingan Tagline Visionnaire

Assalamualaikum..

klik je untuk join okey

Visionnaire - Visi Terlaksana Belia Melangkah Jaya


Jangan lupa untuk join sama ye


~Terima kasih ku ucapkan padamu, atas nikmat yang diberi padaku.. Terima kasih ku ucapkan padamu, kerna aman sentosa selalu..



Silence Day of The Wednesday | Bintang Hati

Assalamualaikum..



Apabila Sampainya Hari Rabu

Assalamualaikum..

Salam Rabu untuk sahabatku sekalian. Erm, makin lama makin melampau aku rasakan tau diri aku ni. Hidup makin lama makin berlemak tepu. Mood ke laut sungguh sekarang ni kan. Walaupun si dia asyik pesan "bila nak update blog?" tapi aku entahlah. Kekangan masa yang memang betul-betul tak mengizinkan.. siapa tak rindu, sungguh rindu..

Dan pejam celik pejam celik tiba jugak hari Rabu kan. Silence day.. hanya gambar yang berbicara. Okey nanti aku buat. Sekarang ni aku nak lepas gian menulis. sebab tu aku tak kisah walaupun ini hari Rabu..

Kawan sahabat semua.... sayangku tertumpah di sini.. mohon cari kain tolong lap eh. okey dadaaaa.. kekekeke

16 Mar 2013

Bila Nak Update Blog?

Assalamualaikum..

Hai selamat Sabtu untuk semua. Semoga bergembira dihujung minggu okey... Erm lama rupanya blog ni tak berupdate. Alahai, 3hari jugaklah aku tak menjenguk laman sendiri ni.  Kata sayang, tapi tinggal-tinggal jugak. Nak buat macamana kan, masa langsung tak mengizinkan.. Busy sangat-sangat. Maaf ye korang sebab tak sempat nak menjengah..

Haa, hari ni je 2kali aku ditanya "bila nak update blog?" hehe.. Sabar jelah, aku tengah mood kelaut sebenarnya ni. kekeke.. sabar ye yang, aima update la ni walaupun alahai... malasnya :) dah beberapa hari tinggal jadi keras pulak jari nak menaip tau..

Okey, entri hari ni aima nak kongsikan dengan korang sesuatu. Garu-garu kepala jugak bila tengok 'wah banyak jugak eh aku beli selama ni'... eh-eh beli pe pulak ni kan. cer korang tengok gambar bawah ni. Haa, ni la barang yang aima pernah beli beberapa bulan ni..

koleksi Hotwheel yang ada

Aima suka la tengok kereta-kereta Hotwheel yang comel ni. Sungguh comel-comel tau. Aima sendiri pun tak tau berapa banyak yang aima dah simpan pada mulanya. Tak kira pun. Beli then simpan dalam kotak. Macam yang aima pernah cerita dulu  Aima dalam entri aku & hotwheels..

Semalam Aima dah berikan semua yang kat atas ni pada my hero, baik dan lebih selamat mereka-mereka ni berada di bawah jagaan beliau. Yelah, aima beli dan simpan dalam kotak. nak buat pe kan.. Erm, menurutnya ada 54biji kesemuanya. Sungguh, memang la garu kepala banyak kali.

Okeylah, jangan tension-tension.. happy, ceria dan senyum selalu okey.. pasni aima bw kat rumah korang ye =)


~pasni jugak tak mau beli lagi dah. hehehe..


13 Mar 2013

Silence Day of The Wednesday | Riadah Petang

Assalamualaikum..



Riadah petang at secret recipe¿ lalala bersama si dia tersayang yang setia di sisi..

Silence Day of The Wednesday | Suami Aku Ustaz

Assalamualaikum..


Silence Day Of The Wednesday | Tahniah Mak

Assalamualaikum..

Tahniah mak atas kejayaan ni


11 Mar 2013

Comel vs Comel

Assalamualaikum..

Hai, tadi pagi kan tak tidur malam sebab berjam-jam godek untuk mengedit gambar kan.. jadi terjumpalah gambar ni yang diambil lebih kurang 2minggu yang lalu. Masa family day dekat Pulau Pangkor tempoh hari.


Rasa suka pulak tengok gambar ni. Agak-agak ada wajah keibuan tak aku ni? Hehehe, comel kan.. comel kan.. Acecece.. takde lah sebenarnya baby yang aku dukung tu anak kepada officemate aku. By the way, budak kecik ni bukanlah sebangsa dan seagama dengan kita. Nampak kan ada 'tambi' kat dahi dia. Haa, betullah.. dia memang India.


Baby comel ni namanya Meshana.. Entah berapa bulan aku lupa dah.. Suka tengok dia sebab tak kelip-kelip mata dia bila tengok orang tau. Entah dia suka ke tak aku pun tak tahu. kekeke..
Ermm, yang sebenarnya aku... hehehe, sabar..sabar.. tahun depan insyaAllah aku dah boleh pegang baby sendiri =)


~dah lama rasanya tak perasaan sendiri yang konon-kononnya aku ni comel :)  Mmmm, dah tua la aku ni. takde maknanya nak comel-comel lagi dah..

Tak Tidur Malam Punya Pasal

Assalamualaikum..

google image

Selamat Hari Isnin untuk semua.. Monday Blues? Ermm, agaklah.. Berjaga seawal jam 2 pagi sehingga lah sekarang. Penat? taklah.. Tension sikit je. Sikit kepala sebab dah tua-tua ni baru la belajar nak mengedit. hahahaha, edit gambar pun aku tak reti rupanya. Nak menangis pun ada.

Ni semua sebab homework punya pasal. Kalau dak haram aku nak ambil kisah tau. Mesti ada yang cakap "eleh edit gambar pun tak reti??" jawapan ikhlas "sungguh, memang aku bengong + tak reti langsung nak buat benda alah tu. Last edit gambar setahun lepas itu pun atas bantuan adik aku a.k.a princess hanna. hehehe,

Malu aku nak tunjuk hasil gambar yang aku edit. rasanya budak sekolah lagi baik kot. kehkehkeh..
Okeylah, selamat memulakan hari dengan baik ye.. Today is Monday & i luv today is Monday tu.. dalam kurungan luv la sangat kannn.. hahaha,

~Peace, moga perajurit negara yang masih lagi berjuang tu teruskan kekuatan mental dan fizikal. Moga mereka & kita semua dilindungi dan dipelihara.. Aman damai itu yang kita mahukan..

10 Mar 2013

Segmen Bloglist 24 Jam Oleh Akupenghibur.com



Assalamualaikum..

Sebelum berakhir hujung minggu ni, Aima nak join segmen je.. Tadi singgah blog adik Nurul Aini dan tengok beliau join segmen. Jadi, nak join jugaklah. Kali ni segmen dari blog akupenghibur.com  (thanks adik aini) =)

mohon klik je banner ni untuk join okey

Segmen yang sangat mudah untuk disertai. Segmen ni akan berakhir pada jam 10pagi esok hari okey. Mohon klik je banner atas tu untuk syarat-syarat penyertaan.
Jom ler apa lagi  mari kita meriahkan suasana.. Mana tahu anda bertuah.  Terima kasih,


Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com

Assalamualaikum..

Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini bermula dari 7.00 pagi 9 Mac 2013 sehingga 11.59 malam 20 Mac 2013. Mia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.
tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....

9 Mar 2013

Hantu Betul

Assalamualaikum..

Hai selamat berhujung minggu semua. Korang pe khabar? Moga-moga semuanya dalam perlindunganNya. Erm, hari ni perjalanan hidupku seperti biasa je. Naik turun pasang surut. So far ok sebab just follow the flow. Alhamdulillah, masih meniti hari dengan senyum di bibir.

Cuma... (alahai, ada cuma jugak rupanya kan) hehehe.. Cuma, pergi dan balik dari kerja hari ni Aima rasa eeeiii geramnya dengan uncle-uncle bawak lori ni. Cewahh, uncle la pulak eh. Yelah, takkan nak panggil abang kot kan. Cannot, cannot plus takmo takmo.. kekekeke,

Nasibla wahai lori 

Aku geram sebenarnya pagi tadi sedap-sedap je lori yang kat atas ni bawak laju-laju pastu brek pun selamba je tak pandang kiri kanan depan belakang. Menyampah. Aku yang sememangnya bawak laju ni pun kalah. Tengoklah, asyik dia je kat depan aku. Aku potong pun at last kat trafic light dia jugak kat depan. Okey, fine aku tau ko takde muatan sebab tu ko laju kan. Fine, fine.. Kali ni aku mengalah (nada kecewa ni) hahahaha,

Yang aku tak suka sangat tu, dah la bawak ligat semacam pastu suka sembur ikut suka dia je. Tu pun aku dah cuba jarakkan tau. Aku agak lori yang kat depan ni bawak pasir sebab banyak je pasir tu terbang-terbang kat kereta aku. Benda yang paling aku nak elakkan sebab takut batu pasir kena cermin kereta dan crack lagi. Dah 2 kali berganti cermin tu, tak lalu aku nak lalui buat ke sekian kalinya.

Orang kata lori yang bawak pasir ni lori hantu.. Eh? aku agak memang hantu betul la camni ye.. hehehe,
(maaf, takde niat pun nak cakap camtu)
Kepada abang-abang drebar lori tak kisah la lori pe pun, kecik besar, panjang pendek ada muatan ke takde ke, melayu cina india tak kisah siapa pun anda.. sama-sama kita berhati-hati dijalan raya ye. Aku risau tengok lori yang jenis bawak laju-laju ni. Awak besar, jadi kita memang takut.


8 Mar 2013

Maaf Bila Ku Tak Sempurna

Assalamualaikum..

Salam Jumaat untuk semua. Haii laaa, pejam celik pejam celik tengok dah sampai hari Jumaat. Aduhaii, Pertama-tamanya nak mohon maaf sangat-sangat sebab semenjak dua tiga empat menjak ni Aima jarang-jarang dapat jengah halaman rumah korang. Maaf, itu yang Aima mampu katakan buat masa ni.

sudi tak maafkan kita??

Sedih sebenarnya sejak kebelakangan ni memang busy sangat-sangat. Pergi kerja awal pagi, dah gelap baru sampai rumah. pastu kejap je dah naik kapal belayar. Bangun pulak betul-betul dah masuk subuh. Letih sangat agaknya. Tu yang tidur dan sedar-sedar dah pagi dan kenalah bersiap nak pergi kerja semula. Sabar jelah kannn,

InsyaAllah kalau punya kelapangan dan diizinkan Aima akan marathon kat rumah korang okey. Tak janji tapi akan cuba yang terbaik. Biasanya Aima akan cuba buat. Okey, jangan marah Aima ye..

Kawan-kawan, hopefully korang masih sudi jengah sini walaupun Aima ni bukan siapa-siapa.. Terima kasih untuk segalanya, yang sentiasa sudi support blog yang serba kekurangan ni. Thanks a lot, seriously... Thank You very much for being a very good friends.


7 Mar 2013

Membina Sikap Positif

Assalamualaikum..

Kita tentu senang berkawan dan mempunyai kawan yang sentiasa tersenyum, bersedia pada waktu kita memerlukan, sentiasa memberi sokongan dan galakan. Rasulullah s.a.w sendri pernah bersabda
"kalau mahu kenal seseorang itu, maka kenallah kawan-kawannya."


google

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi membina sikap positif :

# Carilah kawan yang bersikap positif dan bergaullah dengan mereka yang berjaya.
# Belajar daripada pengalaman dan pengetahuan mereka.
# Belajar tentang cara mereka membentuk personaliti mereka dalam kalangan masyarakat.
# Berbuallah tentang apa yang mahu dicapai pada masa hadapan.
# Sentiasa membaca bahan bacaan yang boleh menjana minda.
# Tulis dan senaraikan matlamat hidup anda sama ada matlamat jangka pendek atau jangka panjang     dan CUBALAH untuk melaksanakannya.


Sumber rujukan : Midi

6 Mar 2013

Silence Day of The Wednesday | Ampunkan Kami Pak


Assalamualaikum..


<google image>

5 Mar 2013

Tentang Rasa

Assalamualaikum..

Aku tersesat menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Izinkan ku lepas penatku
Tuk sejenak lelap dibahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatkan takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam didera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya..


    U & I
~counting day for the most memorable moment
tolong doakan yang baik-baik ye untuk kami berdua. Thanks banyak-banyak sahabatku

I can be Ur Hero Baby
That A Hero Lies in You

2 Mar 2013

Serupa Tak??

Assalamualaikum..

2003
|
|
|
|
|
V
2013 







Terima Kasih Mialiana.com

Assalamualaikum..

Hai semua, hujung minggu kembali lagi. Okey, sebenarnya nak publish entri ni 2hari yang lepas masa kak mia umumkan keputusan tu. Tapi disebabkan masa dan komitmen yang tak dapat nak gagahkan diri tapi tetap nak jugak post entri ni walaupun orang cakap dah lapuk.

Smile... Smile... Smile... | Mialiana.com
mialiana.com

Hehehe, haa, ni adalah entri penghargaan dan ucapan terima kasih yang tak terhingga mialiana.com yang sudi memilih blog kerdil ni sebagai salah seorang dari pemenang dalam segmen yang beliau anjurkan. Tapi bukan I sorang je yang terpilih, ada 18 blog kesemuanya.. Tak percaya boleh baca kat sini Pemenang Segmen Bloglist 12 jam oleh Mialiana.com. Tahniah kepada semua ye,

Terima kasih banyak banyak kak mia untuk ni . Terharu sebab jarang-jarang jarang sangat la blog ni nak dipilih untuk apa-apa jugak segmen or yang seumpama dengannya. Dapat masuk dalam bloglist kak mia pun dah cukup buatkan baby rasa happy sangat-sangat. Bertambah semangat pulak nak berblog ni :)

Haa, sebelum terlupa satu lagi baby nak cakap kat kak mia yang baby berazam nak masuk dalam list carta pengomen tegar blog kak mia mestilah yang top ten tu.. nak improve jadi top ten pulak kekeke.. takpe kan kak mia?? baby nak sentiasa ada di sisi kak mia dan teman-teman =)

Owh, maafkan baby ye kak mia, perangai macam budak kecik baru nak masuk tadika je rupanya..
Okey, Selamat berhujung minggu semua.


Pengomen Meroyan Tegar Mak Dara

Assalamualaikum..


Syukur alhamdulillah, tak sangka +baby comel tersenarai dalam 10 Pengomen Meroyan Tegar Mak Dara. Mestilah suka kan, baby memang suka baca blog meroyan bicara mak dara ni. Suka dengan cerita-cerita mak dara. Sungguh-sungguh tak sangka jadi pengomen meroyan akhirnya. Suka!suka!

Terima kasih banyak-banyak mak dara.. InsyaAllah, baby akan lebih meroyan lepas ni. Baby nak sentiasa setia berada di sisi semua teman-teman (insyaAllah kalau diizinkanlah)..Tahniah jugak kepada mereka yang lain.. hehehe kemain sungguh aku ni.

Erm, kepada semua penuhi hujung minggu kita dengan sebaiknya.. Dadaaa

Segmen Pantas : Bloglist Edisi Mac


Assalamualaikum..

Disebabkan segmen ni pantas, terasa diri pun taip cepat-cepat. hehehe, tadi jalan ke blog kak mialiana then dia ajak join segmen bloglist oleh kecik Segmen Pantas : Bloglist Edisi Mac. Baby pun nak join jugak lerrr =)

mohon klik je kalau nak join.

Kalau berminat pe lagi jomlah join.. Mohon jenguk ke blog beliau eh untuk syarat-syarat penyertaan. Mudah je pun, jangan risau.
Segmen ni akan tamat pada 2/3/2013 tepat jam 4petang. Sekian,

1 Mar 2013

Pesta Laut Pangkor Lumut 2013

Assalamualaikum..

Salam hujung minggu untuk semua. Untuk makluman semua, Kerajaan Negeri Perak melalui Perak Tourism Sdn Bhd dan Majlis Perbandaran Manjung sedang menganjurkan Pesta Laut Pangkor Lumut 2013 bermula 28 Februari hingga 3 Mac 2013.

Moh kite..

Program ini diadakan bagi mempromosikan Negeri Perak khususnya daerah Manjung sebagai lokasi  pelancongan menarik, meningkatkan kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara ke daerah Manjung sebagai salah satu cara mempromosikan produk-produk pelancongan di daerah Manjung serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi penduduk setempat.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang tempoh berlangsungnya program ini seperti gerai pameran dan jualan, menaiki kapal layar cruise, persembahan seni ukiran ais, pertandingan sukan pantai, pertandingan sukan rakyat, pertandingan perahu layar, lumba perahu dan kayak, pertandingan karaoke 'Tourism Idol' dan persembahan artis.

Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan Pesta Laut Pangkor Lumut ini.


p/s : Ye, ye esok akan ke Pulau Pangkor sebab ada family day company (sangat eksited setelah 10tahun tak jejak kaki ke sana)


Sumber : mpm

Selamat Ulangtahun ke 80 Tentera Darat

Assalamualaikum..

Hai semua, selamat berhari Jumaat ye kawan-kawan.. Okey, hari ni bersamaan 01/03/2013  adalah hari ulangtahun yang ke 80 tentera darat. Owh, dah ke 80 ye. terasa cepat masa berlalu kan. dah 80 tahun juga maknanya tentera-tentera darat ni berbakti pada negara.



Hebatlah tentera-tentera ni. kerja mempertahankan negara bukannya mudah betul tak. Dulu kan... masa aku kecik aku sangat takut tau dengan mereka-mereka yang beruniform ni. Gerun je rasanya.. Dalam kepala askar, tentera darat ni duduknya dalam hutan je. Entah buay apa pun tak tahu lah kan. Ala dulu-dulu masa budak-budak kan tau bukannya tau apa pun.. Tapi sekarang ni dah tau dah yang kerja mereka memang memberi sumbangan besar untuk negara.

Selamat Ulangtahun ke 80 untuk wira darat negara..


p/s : teringin sangat nak jadi tentera ni tapi kecik sangat.. hehe