Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

31 Jan 2013

The Gift Of Friendship

Assalamualaikum..


The special gift of friendship should be treasured every day..   It's something very precious and should always be that way...    Friendship is so many things it's warmth, support and care it's knowing that, no matter what there's always someone there....    It's laughter, joy and happiness with MEMORIES to treasure sharing all life's highs and lows a bond that lasts forever..

# A friend will give you EVERYTHING that you will ever need .. A friend is someone SPECIAL and a PRICELESS gift indeed




Tangan Dihulur Ampun Dipinta

Assalamualaikum..

Salam sejahtera untuk semua. Pertama-tamanya nak mohon ampun dan maaf sangat-sangat sebab dah terlalu lama rasanya diri ni meninggalkan blog tersayang ni. Sungguh, terasa berat hati sebenarnya nak berlalu pergi tanpa kerelaan hati.. ku mengalah dan ku bersabar..

Seriously, I have no excuse..

Sejujurnya diri nak menyusun 10 jari memohon keampunan diatas segala kekurangan selama ni. Ya Allah, lama sungguh blog ni tak diisi kan.. Sebenarnya banyak menulis, ada 18 entri yang dah tersimpan kat draf tu. Tak tahulah kenapa tak terasa nak publish kan (Ekceli tulis sikit dan tinggal, then tulis lain dan kemudian tinggal lagi).. Sabar jelah, maaf ye kawan-kawan.. Lately ni kekangan masa tu tak tergambar rasanya. Terasa terkejar-kejar mencari masa. Tak mampu nak bagi banyak-banyak alasan, yang pasti diriku kerinduan..

Dan janjiku.. akan berjalan ke rumah korang InsyaAllah.. Rindu nak membaca-menulis dan meniggalkan komen kat blog kalian. Mana-mana yang buat segmen, contest or GA tu maafkan ku kerana tak berkesempatan nak turut serta selama kehilangan ku seminggu yang lalu.. Maaf, maaf dan maaf..

I beg U, plss.. Forgive me

Berada di hari terakhir bulan Januari, bermakna Januari akan meninggalkan kita.. akan tutup buku baru untuk bulan pertama 2013 ni.. Permulaan yang agak kurang memberangsangkan bagi ku sebenarnya.. Hahaha, aku terasa mahu menangis sebenarnya.. Tapi ku cuba selindungkan api keresahan, namun perasaan ini berapi di dalam.. 

Terima kasih kepada semua yang tetap jugak sudi singgah ke sini.. I'm coming back, dan tolong doakan ianya berkekalan ye. tak mahu hilang lagi. hehehehe.. 


~andai dapat ku undurkan putaran dunia, ingin ku ulang semula kata-kata dan tingkahlaku ku.......

23 Jan 2013

Silence Day of The Wednesday #22

Assalamualaikum..

ibu.. engkaulah ratu hatiku

21 Jan 2013

Sehangat Asmara

Assalamualaikum..

~Bibir tidak perlu berkata bila hati sudah mula bersuara~

Ahh, kalau nak di bilang hal cinta takkan habis kerana tiada penghujungnya.. Sebuah lagi drama bersiri yang bakal mencetus fenomena sehangat Adam & Hawa.. Drama yang diadaptasi dari novel nukilan Aisya Sofea kali ini dah tentu meriah. Sebab membaca novelnya sahaja pun dah membuatkan perasaan itu membuak-buak. Hehehe, nama pun sehangat Asmara kan..

Ni antara sinopsis yang ada dibelakang novel tu :

Novel Sehangat Asmara

Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengaan janji sehidup semati.

Kebahagian mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.

Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntun Misya, anak comel yang selama ini 'disembunyikan' oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya 'dendam rindunya' terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.

Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya...

gandingan Rita & Ady Putra

Rita Rudaini sebagai Kay & Ady Putra selaku Zainal. Owh, satu gandingan yang cukup hebat, mantap.. Aku suka! Tapi suka lagi kalau Hero tu Fahrin Ahmad =) dah tentu-tentu aku jatuh hati.. hehehe..
Bakal menanti anda bermula malam ini 21 Januari 2013 di Astro Mustika Hd.. Jangan lepaskan peluang menonton ye..
Terbaik & mungkin lebih hebat dari Adam & Hawa fikir ku.. Ehh?

Salam Isini untuk semua..

~Ulasan : 9 tahun tu ku meresakan ianya terlalu lama. Kalau aku,dah tentu-tentu tidak.. Terima kasih kerana membaca =)

19 Jan 2013

Africa Cup Of Nations

Assalamualaikum..

Piala Negara-Negara Afrika 2013 akan berlangsung bermula 19 Januari (tengah malam ini) hingga 10 Februari nanti. Ia merupakan kejohanan bola sepak antarabangsa utama di Afrika. Dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) sejak 1957 dan diadakan setiap 2 tahun mulai 1968.

Capture d’écran 2011-09-02 à 05.17.19.png
Africa Cup of Nations

16 pasukan terbaik dari benua Afrika yang dibahagikan kepada 4 kumpulan bakal berentap untuk kejohanan kali ini. 

~Afrika Selatan sebagai tuan rumah tersenarai dalam Kumpulan A bersama Angola, Maghribi dan Cape Verde

~Juara empat kali Ghana diundi bersama Mali, Niger dan Congo dalam Kumpulan B

~Kumpulan C pula bakal menyaksikan juara bertahan Zambia berentap bersama Burkina Faso, Ethiopia dan Nigeria yang kembali ke pentas Piala Negara-Negara Afrika setelah gagal layak sebelumnya.

~Manakala kumpulan maut iaitu Kumpulan D menampilkan Ivory Coast, Tunisia, Algeria dan Togo..

Dah tentu peminat-peminat bola sepak tak sabar menunggu aksi pertama tuan rumah Afrika Selatan dan Cape Verde malam nanti kan =) Moga team-team hebat ni memberi persembahan yang terbaik. 
Go,go Mesir!! ehh? =)


~Tak tahu apa motif sebenar entri ni terhasil. tapi kalau dah namanya penyokong setia bola, pergilah mana pun bola tetap di cari =)

 

17 Jan 2013

Merajukkah Aku?

Assalamualaikum..

Kelip-kelip ku sangkakan api
Sinarnya membuat hati berbunga
Cubit pipi kanan cubit pipi kiri
Yang pasti aku di sini bukanlah siapa-siapa

Menangis sendiri ketawa pun sendiri
Mencari-cari teman pengganti
Merajukkah aku kali ni
Belahlah dada rawatlah hati

Patah hati bercerai mati
Jangan dilayan hati yang lara
Patah kan tumbuh hilang kan berganti
Esok lusa tenanglah semula

Malam terang di sinari cahaya
Bulan tersenyum tanda gembiri
Hari ni esok lusa dan seterusnya
Ku harap diriku terus mampu bersama

Tenang air di muara kali
Hujan turun menyimbah bumi
Terkenang-kenang lagi bermimpi
Owh, aku mahu kembali

Aku adalah aku
Bukan kau dan bukan hantu
Sesungguhnya lahir ku
Dari zuriat jihat yang pasti punya hala tuju


p/s : maaf kerana ghaib beberapa ketika. ku pasti akan kembali seperti biasa.. 
dah namanya jiwa penulis kan.. =)

14 Jan 2013

Keputusan Liga Perdana Inggeris 13/01/2013

Assalamualaikum..

2 Perlawanan hebat berlangsung malam tadi, inilah keputusannya :


Manchester United (2) - (1) Liverpool
*gol-gol Man U dijaringkan oleh R.Van Persie & N.Vidic
*Liverpool oleh D. Sturridge

Arsenal (0) - (2) Manchester City
*Dijaringkan oleh J. Milner & E.Dzeko


~Tahniah Man U & Man City~

13 Jan 2013

Hadapi Kepayahan

Assalamualaikum..


Ada masanya Allah memberi nikmat melalui musibah yang dasyat, dan ada pula masanya menguji sesetengah manusia dengan nikmat dan kesenangan..  Renunglah semula masa lalu dan masa depan anda. Insaflah bahawa hidup ini penuh dengan peristiwa yang datang silih berganti. Orang yang mampu keluar dari ujian itu dengan selamat itulah yang menang..  Mudah-mudahan Allah menjadikan sesuatu yang menyenangkan selepas itu.. 

Amin..

12 Jan 2013

Wanita dan Kasut Tumit Tinggi : Confident atau Berhati-hati?

Assalamualaikum..

Okey, hari ni nak cerita tentang wanita dan kasut tumit tinggi. Dan untuk pengetahuan semua, entri ni terlahir melalui pengamatan ku seberapa kerap ni. Ianya juga tertulis berdasarkan pengalaman sendiri.. Aku sebenarnya pernah menderita perihal kasut tumit tinggi ni.. Sungguh, seksa sebenarnya bila bertumit tinggi ni. Menderita dan seksa tu maksudnya bukan lah aku mengalami penyakit berbahaya cuma aku terpaksa menaham kesakitan kaki yang buatkan aku rasa serik nak pakai tinggi-tinggi lagi.

suwitt giler kasut ni 

Ada orang cakap, takpe nak cantik punya pasal. aduhh bab ni memang aku lemah. Yelah, sape yang tak nak cantik kan.. tapi kali ni aku rasa biarlah aku biasa-biasa je dari terpaksa menanggung kesakitan. Okey, mukadimah yang panjang lagi lebar... hahaha

Bukan nak cerita pasal sakit sebenarnya. Nampak tak tajuk atas tu 'confident atau carefull?' haaa tu lah intisarinya berkenaan kasut tumit tinggi ni.. Lately aku perasaan yang kebanyakan wanita yang aku jumpa memilih untuk memakai kasut tumit tinggi. kenapa? sebab alasan paling banyak nak cantik. dan keduanya sebab dengan kasut tinggi yang tersarung kat kaki tu wanita akan merasakan confident level atau keyakinan dalam diri mereka sangat tinggi. Betul tak??

Ku akui semua itu.. memang akan kelihatan cantik plus kelihatan sangat berkarisma bila berjalan dan dah tentu-tentu la bila begitu tahap keyakinan tu makin tinggi. Dengan lenggang lenggok lemah gemalai berjalan persis seorang puteri raja menaiki takhta, bagai seorang artis yang berjalan di red carpet, bak seorang peragawati catwalk diatas pentas..

Tapi perasan tak yang sebenarnya mereka yang sedang berjalan menggunakan kasut tumit tinggi ni sebenarnya berhati-hati.. Sebab tu lemah gemalai, bersilang silang kakinya bila berjalan agar diri dapat balance seimbangkan badan & tak jatuh. Ehh? begitu ye?
Kalau salah tolong betul kan ye kawan-kawan..

~nak pakai boleh, tapi fikirlah effect dia untuk long term.. aku hanya pakai sekali & sekala sahaja. huhu =)




Hanif Idrus Giveaway 2013 Segmen

Assalamualaikum..

Selamat berhujung minggu semua.. Firstly thanks to KorN yang sudi mengetag diriku untuk GA ni. Memang berniat nak join pun Giveaway Hanif Idrus ni 2-3 hari yang lepas cuma kekangan masa terpaksa menunda ke hari ni. Erm bagi yang dah join awal tu rasanya sangat lah bertuah, kelebihan berpihak kepada mereka cuma memang kena rajin + usaha lebih =)

mohon korang usap dia pelan-pelan ye =)

Mudah je syarat-syarat penyertaan GA ni :
* Buat entri bertajuk Hanif Idrus Giveaway 2013 Segmen, tempekkan banner diatas tu & linkkan ke entri tu   
* Follow Google +  dan Follower Friend
* Tag 2 orang rakan
~mudah + senang je kan.. Jom lah pe lagi, mari kita ramai-ramai pakat join segmen ni dan moh kita komen mengkomen okey..  Sambil tu boleh kita kenal-kenal.. 
Jangan lupa usap banner kat atas tu untuk join okey =)  GA ni akan tamat pada 09.02.2013 ye

2 orang yang terpilih untuk di tag : <terukir di bintang> & <teman pengganti>


11 Jan 2013

Kenderaan JPJ Dibakar Orang Awam Di Ayer Tawar, Perak





Keadaan kecoh siang tadi bila sebuah kenderaan milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dibakar orang awam yang berang selepas kemalangan teruk yang membabitkan 11 buah kenderaan termasuk 2 buah bas sekolah. Menurut maklumat awam yang boleh dipercayai seramai 4 orang orang awam terbunuh dalam kemalangan maut ni..


Berlaku di Jalan Ipoh-Lumut, kemalangan ini menyebabkan kesesakan trafik yang teruk. Lebih-lebih lagi ianya berlaku ketika waktu puncak.. Kemarahan orang awam yang pada mulanya hanya menterbalikkan kenderaan Toyota Fortuner milik JPJ kemudiannya bertindak membakar . Bagaimanapun kebakaran dapat dikawal sepenuhnya beberapa minit kemudian.




sumber : youtube


2 buah bas sekolah juga terbabit dalam kemalangan
gambar : sumber

 ~Pekan Ayer Tawar ni sering berlaku kemalangan. Tetapi kemalangan kali ni punya cerita tersendiri.. Apakah? dan Kenapakah?

## pembetulan : tiada kematian direkodkan. 4 mangsa yang mengalami cedera parah. Maaf diatas kekhilafan penulis..

Lelaki Sifatnya Melindungi

Assalamualaikum..

Salam jumaat untuk semua. Okey, semua orang tahu peranan lelaki tu bagaimana kan.. Setuju tak korang dengan ayat tajuk entri ni. 'Lelaki sifatnya melindungi' ... Lelaki sebagai pemimpin, lelaki selaku ketua keluarga, lelaki sebagai ketua rumah tangga lelaki pemikul dosa  pahala.. banyak besar sebenarnya peranan lelaki ni kan..

Memang ku akui semua ni. Hebat sebenarnya menjadi seorang lelaki. Kenapa hari ni terasa nak cerita tentang lelaki? mungkin aku mahu melihat dan pendengar pandangan dari sudut yang berlainan pula. Selama hari ni aku hanya fikir 'kau lelaki then u should do ur job' U lelaki dan u sepatutnya tahu apa yang patut dilakukan. Tak kisahlah untuk diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Do ur job without complaining others. Tu yang ada dalam kepala aku selama ni.

Tapi semalam, I know something about men. Mereka dilahirkan untuk jadi seorang pemimpim, pembuat dasar, perancang pendek kata untuk menjadi bos la.. bukan orang yang melakukan atau penggerak. Lebih kurang macam operator la. Maksudnya mereka lahir sebagai perancang dan kita sebagai pelaksana. Bukan lah sampai tahap hamba abdi ok.. Sebab tu orang lelaki diberi 9 akal berbanding wanita yang punya 1 akal selebihnya 9 nafsu.. Betul ke begitu?? Aku respek dan hormat sangay dengan orang lelaki yang tahu kat mana nk letak diri mereka..

Pemimpin, ketua keluarga, pemilik tulang rusuk, imam dalam solat.. cukup gah status mereka tapi tahu nak main peranan. Itu yang aku suka. Memang tugas isteri lebih banyak di rumah sebagai pelaksana dan pastinya isteri akan rasa diri dipunyai bila diri dilindungi.. Mendidik biarlah kena dengan caranya..
Betulkan niat, punya wanita di sisi bukan untuk mereka bekerja demi kita tapi bak kata Pak Lah bekerja bersama saya.. tugas lelaki melindungi bukan tertindak sebagai diktator..

Lalalala.. apa lah yang aku merepek kat atas ni ye?? :) kalau salah tolong tegur dan betul kan ye.. thanks awak awak semua..

10 Jan 2013

Giveaway Mialiana.com

Assalamualaikum..

Terfikir-fikir jugak kenapalah diriku ini selalu sangat join segmen, contest, GA dan sebagainya last minute. Actually I really have no idea. Niat hati nak join lama dah tapi entahlah.. Selalu sangat final touch tu di saat-saat akhir. Maaf ye kak mia =)



Saya paling suka entri Sahabat Sejati Adalah Orang Yang Dapat Berkata-Kata Benar Denganmu di Mialiana.com kerana terlalu banyak kata-kata & ayat-ayat kak Mia dalam entri tu yang sedarkan betapa pentingnya kita memilih kawan yang betul dalam hidup ni. Sangat bermanfaat entri ni. Serius! kalau tak percaya boleh baca entri tu okey

Ayat kak mia yang terkesan kat hati :
~Sahabat sejati adalah orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang yang dapat membenarkan kata-katamu~

Bak kata kak Mia, sekarang ni ramai yang berpura-pura baik di depan tapi dibelakang suka menghentam.. Owh, sakit bila begitu jadinya.. Alahai, teremosi lah pulak. Hehehe, Haaa senang cerita nak tahu siapa kita hari esok, tengoklah siapa kawan kita hari ni.. Kan?


Okeylah, erm disebabkan dah last minit penyertaan ni, baby nak tag siapa-siapa yang belum turut serta dan yang sempat untuk turut serta..  baby tag jugaklah <si kacak> <si cantik> & <si gentle man> atas nasihat kak mia sendiri =) hehe,
~berakhir 11.59pm malam ni 10/01/2013

p/s : maaf, baby tak kreatif, tu je yang termampu buat.. Harap-harap syarat-syarat yang kak mia senaraikan tu baby berjaya buat dengan baikla.. Thanks kak mia,

9 Jan 2013

Silence Day of The Wednesday #21

Assalamualaikum..

bijka, bijak 


# Silence Day of The Wednesday diasaskan oleh www.silenceblogz.com.. Thanks
~sumber : google image

Silence Day of The Wednesday #20

Assalamualaikum..

just follow the flow


# Silence Day of The Wednesday diasaskan oleh www.silenceblogz.com.. Thanks
~sumber : google image

Silence Day of The Wednesday #19

Assalamualaikum..

Sungguh?? Owh, abg.. ayang tak reti masak ;) haha


# Silence Day of The Wednesday diasaskan oleh www.silenceblogz.com.. Thanks
~sumber : google image

Silence Day of The Wednesday #18

Assalamualaikum..

awak, saya tak comel :)



# Silence Day of The Wednesday diasaskan oleh www.silenceblogz.com.. Thanks

7 Jan 2013

Drama Bersiri Setia Hujung Nyawa



Assalamualaikum..

Dah masuk minggu ke 3 (8 episod dah) drama bersiri Setia Hujung Nyawa ni berlangsung. Sungguh aku cakap, aku belum pernah miss lagi cerita ni. Tak tahu lah apa sebenarnya yang menarik hati aku nak sampai aku tak mahu nak lepaskan peluang tengok cerita ni. Setiap hari aku akan pastikan yang aku sampai ke rumah sebelum pukul 7malam. Kalau sebelum-sebelum ni agak-agak dah dekat 8pm baru la aku terkedek-kedek jejak kaki kat rumah. hehehe,

<google image>

Apa yang pasti aku dah jatuh hati sebenarnya dengan drama ni. Tambah-tambah lagi lagu Adamu nyanyian Najwa Latif tu.. Sepanjang 8 episod ni macam-macam perasaan yang timbul dalam hati ni. Mula-mula tu tak la rasa seseronok & seteruja sekarang.. Tapi sekarang aku rasa cam berbunga-bunga je.

Ada orang sound aku "ko tak payah la nak berangan sangat" mudah je jawapan aku "ada aku kisah" aku bahagia tengok  benda yang boleh membahagiakan ku walaupun sekadar bahagia kat tv. Hahaha, nampak tak kuat betul pengaruh tv tu =) sama lah bila aku membaca novel. Tersenyum kemain. Rasa menggebu-gebu je hati ni tau..

babak-babak menarik

Antara ayat-ayat yang aku rasa terkesan kat hati-cepat dalam drama ni :

"Perasan tak kita ni sebenarnya dah macam 2 tasik ni, salurannya sama tapi takungannya berbeza.. dia macam terpisah. 

~hujan ni tak pisahkan kita pun. Kita tetap je bersama :)

Dah nak masuk bab konflik dah ni. Makin tak sabar pulak aku jadinya..
Jom tonton slot Akasia TV3 Isnin-Khamis jam 7malam.. Mana-mana yang terlepas tu tengok kat tonton pun boleh :)



p/s : nak cepat-cepat balik rumah petang ni =)


Terukir Di Bintang

Assalamualaikum..

Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milikku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu..

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
Hati ini bukan milikku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu


dari youtube
Juara AJL 27 ~Aizat 

Tahniah Yuna, Tahniah Aizat.. You done a very good job! Sangat santai & bersahaja..  Terima kasih Aizat sebab sudi nyanyikan lagu ni untuk ku. Ehh?? =)




6 Jan 2013

Segmen : Saya Blogger Negeri...

Assalamualaikum..

Join segmen pulak dah hehehe.. Sebelum aku kena belasah dengan empunya Fizgraphic.com yang menganjurkan segmen ni baik la aku menjoinkan diri.. Okey Apit, baby yang tak comel ni dah turut serta sama ye =)


klik sini kalau tak.. siap korang! :p

Mak mengandung, melahirkan & membesarkan ku di Negeri Perak sejak 25tahun yang lalu.. Nampak tak yang sebenarnya aku nak cakap yang aku ni Anak Jati Perak.. Selamanya tetap Perak. Bangga wehh jadi anak Perak ni =)

Perak apa best ye?? Aku pun enggak tau sangat. Nak kata ada pulau erm Pulau Pangkor lah yang paling orang ingat pun. Dekat je dengan tempat aku ni tapi dah 10tahun tak jejak kaki ke sana :) Taman Tasik Taiping pun best jugak, aku suka sebab 2minggu sekali mesti akan ke sana. Hehehe, 

Menara Condong kat Teluk Intan, Kellie's Castle di Batu Gajah. Kalau nak main dengan binatang boleh la ke Zoo Taiping.. Nak main air jom la ke Lost World Tambun.. Kalau nak jenguk burung moh kita ke Kuala Gula Bird Sanctuary kat Kerian tu. Haa, yang nak mandi air terjun boleh ke Lata Kinjang & Lata Iskandar. Nak mandi air Panas boleh la ke Sungai Klah Hot Spring yang terletak kat Sungkai..

Perrghh, banyak jugak rupanya tempat menarik kat Perak ni ye =) Bertuah aku.. Tapi banyak jugak la yang aku tak jejak kaki lagi sebenarnya.. 

Then part makan-makan yang best kat Perak, paling aku suka adalah Laksa Kuala (Kuala Kangsar) dan Cendol! Memang best. Maybe ada yang tak berapa berkenan tapi aku suka. Mee Udang Kuala Sepetang perrgh terliur pulak bila mengingatnya.. Bukan setakat kat Sg Dua je yang sedap tau :)

Dahla, panjang sangat aku membebel rupanya.. Cukup, cukup.. Cukup rasanya aku mempromosikan negeri kesayangan aku ni. Jom ler lawat ziarah bertandang ke Perak Darul RIdzuan ni ye =)

Akhir kata, korang jom join.. klik je banner atas tu. Jom kita meriahkan boleh jugak kenal-kenal kawan-kawan dari negeri sendiri & negeri lain-lain.. Apa-apa pun kita kan Satu Malaysia.. Kan Apit kan?? :p hehehe, 

Nak tag korang semua yang membaca ni especially <miz Ruha>  & <Timizero>  Okey :)

Fear Factor Selebriti Malaysia 2012 -Episod 2

Assalamualaikum..

Hai, berjumpa lagi kita.. Huhu, 2 hari blog kesunyian tanpa entri. Membusy kan diri dengan membaca novel & tengok cerita tv. Kalau dah kaki novel, memang pakat tak buat pe lah kan..

Okey, cabaran Fear Factor Selebriti Malaysia malam tadi aku rasa a bit challange jugak la. Bermain dengan ular & berdepan dengan ketinggian lagi.. 2 cabaran yang perlu mereka tempuhi. Bukan semua orang sanggup  bermain dengan ular kan. Kalau aku sendiri pun tak lalu. Tapi mereka hebat la.. Semuanya berjaya melepasi ujian 3minit dalam cabaran pertama ni kecuali pasangan Didie Alias & pasangan Johan dan Kaka.. Cabaran pertama dimenangi oleh Athur dan Cellina dan mereka terselamat untuk minggu seterusnya. Good Job!

Cabaran kedua, bermain di awangan lagi. Kali ni rasanya lebih tinggi. Mengejar masa terpantas tu yang payah sebenarnya.. Tapi, apa yang aku nak cakap mereka hebat-hebat la.. Terbaiklah,. terbaik bagi aku yang memangnya penakut ni =)

Dan akhirnya.. Didie Alias dan suaminya Isham tersingkir untuk episod 2 ni. Kegelian terhadap ular menjadi faktor penghalang nampaknya..


selamat menonton <ihsan youtube>

Tak sabar nak tunggu episod seterusnya.. Huhu,

p/s : aku lebih ngeri dengan cicak dari ular. kenapa? entahla.. boleh menangis kalau tengok cicak depan mata :( poor betul aku ni kan..

4 Jan 2013

Typo Friday -Aku Menulis Dengan Rasa Cinta

Assalamualaikum..

Salam Jumaat untuk semua. Ada baik ke? harap semuanya dalam perlindungan Allah Taala.. Okey berbalik pada tajuk diatas, apa yang korang fikir?? Rasa cinta yang membara? Rasa sayang yang menggunung? Rasa kasih yang berpanjangan? Rasa sendu yang menggilai? Rasa rindu yang terpendam? Owh... semua rasa itu hanya dirimu, hatimu, jantugmu yang tahu.. dan juga Tuhan Allah yang Satu yang Maha Mengetahui..

Jujur aku katakan, aku tdiak mampu tahu apa yg berada dalam hati kalian. kadang-kadang bicara indah dibibir tak menjanjikan indah dihati. Kadangkala muka mempamerkan riak benci tapi dalam hati betapa bersyukurnya dapat  menatap wajah itu..  Adakah itu yang dinamakan pura-pura?

Aku tak menganggap itu sebagai pura-pura ataupun hipokrit. kerana aku sedar aku juga bukanlah sesempurna yang dimahukan. Mungkin kita hanya mahu menafikan apa yang terbuku di hati. Tapi amatlah perit bagi mereka yang terpaksa menghadapi.. Bagiku mudah sahaja. Tak suka katakan sahaja tak suka. Aku mampu menerimanya InsyaAllah.. Kalau hatiku sakit sekalipun, biarlah aku sendiri yang mengubatinya..

Dari mula aku kenal blog, banyak perkara yang aku belajar.. banayk hal yang membesarkan aku. banyak benda yang mengubah pendirian ku.. Aku mahu terus belajar, mahu terus mengorak langkah.. mahu terus memberi bakti walaupun hanya untuk secebis..

Sesungguhnya.. aku menulis bukqn kerana nama.. Aku menulis kerana Rasa Cinta.. itulah aku.. Terima kasih kerean membaca.. hidup tak seindah yang dijangka..

Hidup tak selalunya indah,
langit tak senantiasa cerah
tapi percayalah keindahan pasti akan menyerah
bila kita ikhlas dan terus tabah..

2 Jan 2013

Hyper Contest -Ada Apa Dengan Blog MkSyahir.Com

Assalamualaikum..

Pertama-tamanya nak mohon maaf kepada MK Syahir kerana lambat sangat keluarkan entri ni. Maaf, banyak sangat halangan yang terpaksa ditempuhi untuk sampai kelahiran entri ni.. Maaf abah MK Syahir, bukan tak nak support cuma terlewat disebabkan masalah-masalah yang tak dapat nak dielakkan..

klik jangan tak klik.. Mohon ramai-ramai join okey

Okey, macam yang disebutkan diatas. Entri ni terlahir sebagai tanda sokongan tak berbelah bagi ku kepada contest yang dianjurkan oleh abah kesayangan ku ni. Siapa lagi kalau bukan MK Syahir ni. Rugi kalau korang tak join sebabnya... korang berpeluang menang hadiah. Bukan sikit-sikit tau.. Jadi pe lagi, tekan je banner atas tu untuk korang turut serta sama.. 

Boleh baca syarat-syarat penyertaan kat situ okey.. tak pun klik link ni <Hyper Contest -Ada Apa Dengan Blog MkSyahir.Com>  Jangan risau, nampak je complicated tapi senang je.. Sungguh, mudah je. 

Yang ni nak cerita pasal hadiah yang ditawarkan (di kopi & pasta je dari blog beliau) :

Hadiah-haidah lumayan untuk para peserta dan pemenang

-Semua peserta akan dimasukkan ke dalam bloglist special di mksyahir.com

-Tempat Pertama - Wang Tunai RM 150

-Tempat Kedua - Wang Tunai RM 100

-Tempat Ketiga - Wang Tunai RM  50

-Tempat Keempat - Wang Tunai RM 30

-Tempat Kelima - Wang Tunai RM 20

-Tempat Keenam Hingga Kesepuluh - Wang Tunai RM 10

-Top Referrer 1 -Wang Tunai RM 50

-Top Referrer 2 - Wang Tunai RM 30

-Top Referrer 3 - Wang Tunai RM 20

-Jumlah Hadiah - RM 500

-Hadiah boleh ditukar kepada TOPUP Maxis, Celcom Atau Digi

**Amacam? lumayan kan? semua peserta yang join dah konfem dapat hadiah :)
Kalau nak tau maklumat lanjut yang lain-lain mohon klik je banner kat atas tu untuk ke blog beliau. Okey =)

Tarikh tutup menurut beliau pada 25 Januari 2013 dan kemungkinan akan diubah pada bila-bila masa je..

Jom ramai-ramai kita meriahkan contest yang dianjurkan oleh pemilik blog www.mksyahir.com disamping mengeratkan silaturrahim yang ada..


p/s : Ni entri sokongan, bukan entri penyertaan ye.. All the best to U my dear Abah.. Aima tetap akan sokong abah sentiasa =) 

Silence Day of The Wednesday #17

Assalamualaikum..


loading..loading..

Silence Day of The Wednesday #16

Assalamualaikum..

sedihnya dia..

Silence Day of The Wednesday #15

Assalamualaikum..


cumil, cumil ~ihsan google