Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

31 Dec 2012

Berakhirnya Lambaian 2012

Assalamualaikum..

Akhirnya 2012 melabuhkan jugak tirainya hari ni.. Pejam celik, makan tidur semuanya kita dah lalui untuk setahun ni.. Apa yang korang rasakan untuk tahun ni? Mencabar? Biasa-biasa sahaja? atau luar biasa getarannya?? Huhu.. Setiap orang punya cerita tersendiri  untuk apa yang mereka lalui tu.. Setiap orang punya sejarah tercipta. Setiap orang punya bicara tersembunyi, Setiap orang punya gerak rasa yang berbeza.. tapi kita tetap sama kerana kita semua miliki denyut nadi yang bisa menghidupkan sehingga saat & ketika ini.. Masih mampu menghirup udara segar, masih mampu dan mengharapkan kemampuan itu terus terusan ada dan tak hilang.

Banyak kenangan 2012 yang berakhir ni. Manis, masam pahit payau kelat masin semua ada. Naik turun perasaan ni. Bab kerja, keluarga, teman bicara, bab cinta semestinya tak lari dari bicara.. Adoiii, banyak betul kalau nak dicerita. Satu persatu kalau nak diluah sehingga tahun depan pun takkan surut ceritanya =)

Hal kerja, sungguh aku terasa kepenatan yang melanda. Dan akhirnya 31 Disember memberi sedikit kekecewaan di hati bila mana target untuk bulan ni aku tak berjaya penuhi. Maklumlah, cuti berganda-ganda.. Yang membuatkan diri terkilan bila aku hanya kurang 3K untuk cukupkan RM 100K budget for this month.. Seriously, sakit rasanya bila begitu. Walaupun actual sales aku untuk setahun ni melebihi dari target tapi tetap rasa kekurangan bila last month ni aku tak achive. Huhu.. Sabar jelah kan.

Hal keluarga, mestilah okey.. dapat anak sedara baby boy yang semart hensem lagi bergaya & manja serta gedik gila.. Hakhakhak, Paling best my mum dapat anak banyak-banyak. Semua ada ekor pulak tu. Hehehe,  arnab beranak banyak betul tahun ni.. Tapi.. tetap ada tapi jugak..

Tentang kawan, teman bicara alhamdulillah tak pernah ku sangka diri ku akan punya sahabat yang tetap setia bersama. Sungguh, hadirnya kalian semua dalam hidup ni sangat-sangat bermakna.. Tak pernah aku bermimpi selama ni yang aku akan punya kalian disisi. Sentiasa ada ketika aku jatuh, tak pernah jemu bagi aku semangat saat aku hilang arah & punca.. Yang nyata, aku sangat-sangat sangat sayang korang semua..

Tentang cinta, tak de apa nak diucapkan.. menghitung hari, ahad ke isnin, selasa ke rabu, khamis ke jumaat esoknya sampai balik ke ahad. Aku tetap begitu. tidur siang begitu, malam pun tetap tiada beza.. Angan-angan indah, ahh biarlah.. Just follow the flow.. moga-moga sejarah itu bakal tercipta tanpa perlu diungkap cara..

Selamat Datang 2013

Berakhir kisah ku di sini untuk 2012 ni.. Moga selepas ni korang masih tetap sedia menemani diriku yang serba kurang lagi hina ni.. Tiada bicara tersembunyi, kerana aku ikhlas menghulur tali persahabatan ni.. Sudi-sudikan lah terima ye :)

Syukur padamu Ya Allah, dengan kurniaan yang telah kau beri selama ni. Ku bermohon agar kekuatan yang ku miliki hari ini berterusan sehingga ke akhirnya.. Tahun 2012 berlalu, 2013 silih dan berganti.. Tiada apa yang kuharapkan selain kau beri perlindungan dan merahmati perjalanan hidup kami semua..

Selamat Tahun Baru 2013.. Bye & bye 2012..

17 comments:

  1. selamat tinggal 2012

    biarlah ia jadi kenangan kan aima?

    ReplyDelete
  2. tahun baru hidup baru ;) semangat baru ;)

    ReplyDelete
  3. selamat tahun baru 2013 baby...
    kenangan manis dan pahit 2012 tetap tersemat dalam hati...
    moga tahun yang akan datang ini memberi 1001 makna dalam hidup baby... dan moga tahun 2013 lebih baik dari tahun sebelumnya... ^_^
    semangat!!

    ReplyDelete
  4. errr..100K? banyaknya..mintak sikit!!

    ReplyDelete
  5. selamat tahun baru kak aima syg :)
    smga persahabatan kita nie kekal selamanya..yana syg akak :)

    terima kasih sbb sudi dgr mslh ,kongsi mslh,kongsi pndpt,mnjd pendengar setia n sahabat yana..

    Semoga hari2 yg kita akan lalui pd msa akn dtg akn lebih bermkna..tahun 2012 nie byk sgt kenangan yg yana dpt..pahit manis smua ada..hee.. ^_^

    ReplyDelete
  6. selamat tahun baru baby....moga tahun depan lebih mantab pas bangat keren lagi...

    ReplyDelete
  7. apa yg datang dan pergi tu semua kehendaknya... walaupon pahit namun ianya manis bila di kenang... alangkah banyak kenangan potia di blog aima ni... banyak yg dah kita kongsikan kat sini... selamat tinggal 2012... plz welcome 2013

    ReplyDelete
  8. selamat tinggal 2012
    selamat datang 2013
    buka buku baru :)

    ReplyDelete
  9. Datang sini nak mengucapkan Selamat Tahun baru 2013....semoga persahabatan kita kekal berkekalan

    ReplyDelete
  10. cuba cipta bahgia pada tahun ni ok... lupakan derita 2012 .... selamat tahun baharu

    ReplyDelete
  11. selamat tahun baru 2013 ya baby...

    ReplyDelete
  12. selamat tahun baru baby.... semoga tahun ni akan memberi kejayaan di dalam kehidupan awak.. amin...

    ReplyDelete
  13. Harap2 thn ni lebih baik dr thn lepas..

    ReplyDelete

Awak memang COMEL!
Terima Kasih